Anda di halaman 1dari 3

PERNYATAAN PROFESIONAL

PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM

Pada semester ini, saya serta seluruh guru pelatih semester 7 ambilan Jun
2013 akan menghadiri praktikum fasa 3 yang akan berlangsung selama 12 minggu
persekolahan. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Kampus
Tuanku Bainun saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 3
bulan yang bermula pada 25 Julai 2016 hingga 21 Oktober 2016. Praktikum ini
adalah untuk subjek major iaitu Pengajian Tamil dan subjek major ialah Reka Bentuk
dan Teknologi. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang
telah ditetapkan oleh institut Pendidikan Guru.
Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah
sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 30
Jun 2016 di Dewan Kirkby. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan oleh staf-sataf
dari unit praktikum. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan
prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran
praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di
sekolah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telahh saya lakukan sebelum
menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi
mental dan fizikal. Sepanjang tempoh praktikum tersebut, saya dikehendaki untuk
menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh Unit Praktikum. Oleh itu, saya
perlu membuat beberapa persediaan sebelum menjalani praktikum tersebut.
Perkara seterusnya yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah
mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan
senarai semak yang telah disediakan oleh unit praktikum. Disamping itu, saya juga
perlu menyediakan portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat yang
diperole serta hasil penulisan yang telah dibuat kedalam portfolio sebagai bukti serta
rujukan dimasa akan datang

Sebagai seorang guru pelatih, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru yang
berpengalaman amat penting dalam melatih guru pelatih menjadi guru yang Berjaya.
Sehubungan dengan itu, saya perlu berbincang dan sentiasa meminta tunjuk ajar
dari guru pembimbing saya dari sekolah tersebut. Nasihat serta bimbingan yang
padu amat penting kepada saya sebagai seorang guru praktikal yang baharu di
sekolah tersebut.
Sebelum menjalani praktikum, saya mendapatkan pelbagai tips tentang
kaedah bagaimana mengawal bilik darjah dengan bijak melalui buku serta laman
sesawang. Malah saya juga telah membuat perancangan awal berkenaan peraturanperaturan yang perlu mereka patuhi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
yang saya jalankan. Selain itu, sasaya turut merancang aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang menarik minat murid dalam pembelajaran mereka di dalam
bilik darjah.
Saya berharap agar praktikum yang akan saya jalani pada 25 Julai hingga 21
Oktober 2016 berjalan dengan baik sepertimana yang telah saya rancangkan.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam
menghadapi segala cabaran yang datang kerana sesungguhnya seseorang yang
terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, adalah sukar
baginya untuk Berjaya. Saya pasti bahawa banyak pengalaman baharu yang akan
saya alami kelak.

Anda mungkin juga menyukai