Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad .

Wahai Tuhanku limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atasnya.

Jika mereka bertanya: Apa yang kamu bawa pulang setelah menziarahi makam
Nabi? Wahai semulia-mulia makhluk, apa yang patut kami jawabkan?
Katakanlah: Kami datang kembali dengan membawa segala kebaikan, dan telah
berhimpun dari umat yang lalu dan yang sekarang."






Jika bukan kerana mu Wahai Perhiasan Dunia (Rasulullah ), maka tidak akan berbahagia
hidup dan kewujudanku.
Dan tidaklah aku beribadah hanya melalui solatku, dan melalui rukuku mahupun sujudku.





Wahai malam (malam kelahiran Rasulallah )yang penuh dengan keredhaan, berulanglah
lagi agar menjadi tenteram jiwaku ini.
Datanglah semula dengan segala kebaikan, dengan berkat al-Musthofa yang mulia
keturunannya.






Demi Allah, sampaikanlah daku kepada penebus jiwaku (Rasulullah), aku akan bimbang
dan bersedih sekiranya tidak mendapatkan syafaatmu.
Daku hamba yang sangat mencintai engkau, sungguh hari di mana aku dapat berjumpa
denganmu adalah hari rayaku.





Kami akhiri dengan selawat ke atas Nabi kami dan keluarganya yang selalu ruku dan
bersujud. Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad .
Wahai Tuhanku limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atasnya.

Anda mungkin juga menyukai