Anda di halaman 1dari 1

Rangka cadangan Tugasan Profesional Ethics Semester Januari 2016

Soalan: Terangkan hubungan antara undang-undang dan standard moral. Pilih satu undang-undang
sedia ada dan nilaikan proses pembentukan undang-undang yang dipilih.
Pendahuluan pengenalan tentang maksud dan ciri undang-undang
- Definisi undang-undang :rujuk modul Etika (terjemahan m/s 61 Topik 4)
- undang-undang ialah set peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat untuk mengawal kelakuan
dalam masyarakat tersebut
- H. L. A. Hart dalam bukunya The Concept of Law (1961), Oxford:Oxford University Press
berpendapat undang-undang bermaksud satu sistem peraturan yang merupakan kesatuan peraturan
rendah dan menengah.
- Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan undang-undang sebagai sesuatu peraturan atau
keseluruhan peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat.
- Hapriza Ashari, Khairiah Soehad & Lekha Laxma (2005) dalam buku Prinsip Undang-Undang
Malaysia. Pahang. PTS Publications menyatakan John Austin dalam bukunya The Province of
Jurisprudence Determined mendefinisikan undang-undang sebagai suatu kumpulan arahan-arahan
yang di keluarkan oleh pihak pemerintah keatas pihak yang di perintah dan dikuatkuasakan melalui
penggunaan sekatan dan hukuman keatas mereka yangmengingkarinya
- John William Salmond dalam bukunya Jurisprudence or the theory of the law (1902), London :
Stevens and Haynes mendefinisikan undang-undang sebagai kumpulan prinsip-prinsip yang di
iktiraf dan digunapakai oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilan
- Ciri undang2: rujuk modul Etika(Topik 4 m/s 66) konsisten, universal,diterbitkan,diterima dan
dikuatkuasakan huraian (m/s 67 modul terjemahan Jadual 4.1)
Penerangan tentang hubungan antara undang-undang dengan standard moral
- Rujuk modul terjemahan m/s 69 hingga 71. Nyatakan pemahaman anda terhadap Kesimpulan 1
hingga 3.
- Immanuel Kant dalam bukunya The Critique of Pure Reason yang diterjemahkan oleh Marcus
Weigelt (2007), London:Penquin Group menyatakan "Dua perkara mengisi pemikiran saya dengan
penuh kehairanan dan ketakjuban - lebih kerap dan lebih hebat lagi ialah apabila saya
membayangkan perkara tersebut semasa memerhati langit di atas dengan bintang-bintang yang
bergemerlipan serta undang-undang dan akhlak yang tertanam di jiwa."
- Beliau memilih pendekatan yang mencantumkan akhlak dan undang-undang dan disebut sebagai

undang-undang akhlak. Namun semenjak itu bukan sahaja dua perkara tersebut terpisah, malahan
kedua-duanya sudah mula diberi penakrifan yang tersendiri. Keadaan ini membuatkan masyarakat
bertanya tentang - apakah undang-undang dan apakah akhlak?
Pemisahan antara undang-undang dan akhlak telah berlaku sejak lama dahulu tetapi telah cuba
diperbaiki malangnya wujud halangan sebagai contoh pemikiran moden terhadap kesalahan seksual
seumpama kes-kes homokseksual ,gay dan lesbian di negara barat

Rujuk link ini dan buat pemahaman sendiri: http://crackerzisme.blogspot.my/2007/07/isu-moral-danpenguatkuasaan-undang_17.html

Perbincangan berkenaan proses pembentukan undang-undang


- Rujuk modul terjemahan m/s 72 hingga 79
- Rujuk
link
ini
dan
buat
pemahaman
http://www.academia.edu/6391431/SUMBER_UNDANG_UNDANG_MALAYSIA

sendiri:

Penilaian tentang proses pembentukan undang-undang kepada undang-undang yang dipilih


- Pilih satu undang-undang dan nyatakan penilaian proses pembentukannya
- Contoh undang-undang pengangkutan di Malaysia: http://www.jpj.gov.my/sejarah-jpj-malaysia
- Penilaian:
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/8939-mencari-titik-pertemuanundang-undang-dan-penguatkuasaan
Penutup : Rumusan keseluruhan

Anda mungkin juga menyukai