Anda di halaman 1dari 8

Presented at National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx15)

24-26 Mac 2016


Politeknik Sultan Abdul Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah

PERSEPSI INDIVIDU MENGGUNAKAN SISTEM E-FILING DALAM


PENGHANTARAN BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN
Nuraishahtul Akmar binti Kamaruddin
Kolej Komuniti Selandar, Melaka
(mrs.akmar@gmail.com)

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi individu menggunakan sistem e-Filing serta mengkaji faktor keinginan
golongan pendidik yang berkelayakan dikenakan cukai untuk menggunakan sistem e-Filing. Faktor persepsi
yang dikaji berasaskan Model Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (Unified Theory of Acceptance and Use
of Technology) merangkumi Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial, Kepercayaan dalam
Keselamatan, Kepercayaan Kerahsiaan, Kepercayaan dalam Logik, dan Tanggapan Risiko. Dua faktor
tambahan yang dikenalpasti diuji iaitu kemahiran menggunakan internet dan pengetahuan tentang cukai
pendapatan individu. Kaedah tinjauan dilakukan dengan menggunakan Borang Soal Selidik bagi mendapatkan
data dan responden terlibat tertumpu kepada pembayar cukai individu di sekitar negeri Melaka iaitu seramai
131 orang yang pernah menggunakan sistem e-Filing. Hasil dapatan mendapati tidak terdapat pengaruh yang
signifikan diantara faktor Model Penerimaan dan Penggunaan Teknologi dengan keinginan untuk menggunakan
sistem e-Filing.
KATA KUNCI: e-Filing, Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), Model Penerimaan dan Penggunaan
Teknologi

1. PENGENALAN
Pengutipan cukai di setiap Negara adalah sangat diperlukan bagi memberi sumber kewangan kerajaan untuk
membangunkan Negara. Tanpa sumber kewangan dari kutipan cukai, adalah mustahil bagi sesebuah Negara
membiayai projek-projek pembangunan dan memperbaiki infrastruktur, memenuhi keperluan rakyat, memberi
subsidi serta sumbangan kepada rakyat yang memerlukan. Pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan
pendapatan melalui percukaian. Usaha ini termasuklah memudahkan pembayar cukai menghantar Borang Nyata
Cukai Pendapatan (BNCP) secara atas talian. Inovasi yang telah diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) pada tahun 2006 menggantikan pengisian BNCP dimana penghantaran borang tersebut sebelum
ini adalah secara manual. Perkhidmatan Sistem e-Filing ini adalah secara percuma. Dengan sistem e-Filing,
pembayar cukai dapat mengira, melengkapkan dan mengemukakan dengan pantas BNCP ke LHDN (Masrun,
2013). Melalui sistem e-Filing ini, ianya secara tidak langsung membantu pihak LHDN meningkatkan kecekapan
dalam urusan pemfailan BNCP.
Nor Hazwani dan Mohd Rizal (2011), objektif utama pelaksanaan e-Filing adalah untuk meningkatkan
keberkesanan pemprosesan borang cukai yang dihantar oleh pembayar cukai kepada agensi percukaian. Ini
penting kerana setiap tahun, kadar kelayakan pembayar cukai perseorangan meningkat dari semasa ke semasa
dan secara tidak langsung, tenaga kerja dan masa diperlukan oleh agensi cukai untuk memproses semua borang
cukai yang diterima meningkat. Melalui e-Filing, ketepatan pemprosesan dapat mengurangkan sebarang
kesilapan semasa pemprosesan borang cukai kerana ciri-ciri yang terdapat dalam sistem e-Filing direka khas
untuk memudahkan pembayar cukai mengisi borang tersebut. Kesimpulan di sini, pelaksanaan sistem ini
memberi impak yang baik kepada pembayar cukai mahu pun kepada agensi percukaian. Disini, pihak LHDN
masih mengharap agar pembayar cukai perseorangan yang berkelayakan yang menggunakan sistem ini mencapai
80 peratus dalam tempoh kurang lima tahun daripada tarikh sistem ini diperkenalkan.
Terdapat banyak penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh pihak LHDN bagi memastikan kualiti
perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik. Sebagai contoh, dipermulaan sistem e-Filing diperkenalkan,
pembayar cukai yang ingin memasuki dan menggunakan sistem e-Filing ini perlu mendapatkan nombor pin
untuk sijil digital secara manual samada hadir ke cawangan LHDN yang berhampiran, permohonan melalui
telefon,surat atau faks. Kini, LHDN telah memudahkan pembayar cukai untuk mendapatkan sijil digital tersebut
melalui pendaftaran secara atas talian di laman web LHDN. Dulu, para pembayar cukai harus hadir ke LHDN
berdekatan untuk mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan secara e-Filing. Kini, sistem e-Filing boleh diakses
dirumah dengan menggunakan talian internet.

Presented at National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx15)


24-26 Mac 2016
Politeknik Sultan Abdul Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
Setelah hampir 8 tahun sistem e-Filing diperkenalkan oleh LHDN, namun didapati tidak ramai
pembayar cukai menggunakan sistem ini untuk menghantar BNCP. Statistik penggunaan e-Filing sebagai satu
medium penghantaran BNCP menunjukkan terdapat peningkatan penggunaan sistem e-Filing setiap tahun.
Tahun taksiran 2012 sebanyak 9.1%, tahun taksiran 2011 sebanyak 1.8 juta pembayar cukai, 8.07% peningkatan
dari taksiran tahun 2010, Walaupun terdapat peningkatan penggunaan e-Filing, namun masih ramai lagi
pembayar cukai enggan menggunakan sistem e-Filing. Oleh yang demikian, LHDN menawarkan Tempoh
Tangguh (grace period) sehingga 15 Mei pada tahun 2012 dan 2013. Langkah ini diambil sebagai satu galakan
kepada mereka untuk beralih daripada sistem manual yang menggunakan Borang Kertas kepada sistem e-Filing
yang ternyata lebih mudah, tepat dan selamat. (Masrun, 2012).
Badan percukaian di dunia juga secara progessif meningkatkan kualiti talian internet bagi membolehkan
sistem e-Filing dapat dilakukan. Dengan ini, diharapkan ianya dapat meningkatkan sistem pengurusan cukai dan
kepatuhan pembayar cukai membayar cukai yang dikenakan. Namun dengan kecanggihan sistem yang
diperkenalkan, pembayar cukai masih lagi diberi opsyen sama ada menggunakan sistem e-Filing atau sistem
manual. Oleh yang demikian, terdapat banyak kajian mendapati ramai pembayar cukai tidak mahu menggunakan
sistem e-Filing. (Hansford, Lymer & Pilkington (2006); Hung, Chay & Yu (2006). Walaupun sistem e-Filing
memberikan banyak manfaat untuk memperbaiki pengurusan cukai, ramai lagi pembayar cukai yang enggan
menggunakan e-Filing.
Nor Hazwani et. al (2011) menyatakan, sejak dari pelaksanaan sistem e-Filing di Malaysia, pembayar
cukai individu yang berkelayakan masih diberi alternatif untuk memilih sama ada penghantaran borang cukai
dilakukan menggunakan e-Filing iaitu secara elektronik atau pun secara manual. Keinginan pembayar cukai
untuk menggunakan e-Filing telah dijadikan isu yang penting untuk kajian ini dilaksanakan. Dengan ini kajian
dilakukan untuk mengkaji apakah persepsi individu menggunakan sistem e-Filing dalam penghantaran BNCP.
Pemahaman mengenai aplikasi sistem e-Filing amat penting bagi keinginan pembayar cukai
menggunakan sistem tersebut. Objektif utama kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi pembayar
cukai individu yang berkelayakan menggunakan sistem e-Filing untuk menghantar BNCP. Persepsi pembayar
cukai dalam e-Filing diukur dari segi pengetahuan tentang sistem e-Filing itu sendiri dan sikap pembayar cukai
terhadap e-Filing. Aspek pengetahuan tentang cukai pendapatan juga menjadi salah satu penyebab keinginan
pembayar cukai menggunakan e-Filing. Eriksen dan Fallan (1996) dalam kajiannya menyatakan pengetahuan
tentang cukai pembayar cukai yang mempengaruhi sikap mereka terhadap cukai. Kajian ini menunjukkan
kepentingan pengetahuan berkaitan cukai pendapatan bagi seseorang pembayar cukai dalam Sistem Taksiran
Sendiri. Ini kerana, pembayar cukai perlu mengetahui komponen yang diambil kira dalam cukai pendapatan.
Berdasarkan faktor yang dinyatakan diatas, adalah wajar untuk mengkaji persepsi pembayar cukai
menggunakan sistem e-Filing bagi penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan. Oleh yang demikian, maka
objektif bagi kajian ini adalah untuk mengkaji faktor mempengaruhi penggunaan e-Filing di kalangan pensyarah
Kolej Komuniti dan guru.
2. SOROTAN KAJIAN DAN PEMBINAAN HIPOTESIS
Perkataan persepsi berasal dari perkataan Latin, yang bermaksud menerima, mengumpul serta memahami
dengan menggunakan minda dan rasa (James, 1987). Oleh yang demikian, persepsi adalah satu proses dimana
pembayar cukai mentafsir pengalaman mereka dalam penggunaan sistem e-Filing. Kajian ini menyentuh
persepsi pembayar cukai terhadap penggunaan sistem e-Filing.

2.1 Model Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (Unified Theory of Acceptance and Use of TechnologyUTAUT)
Model ini dibangunkan oleh Ventakesh, Moris dan Davis (2003). Tujuh faktor dikenalpasti dalam UTAUT
adalah Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial, Kepercayaan dalam Keselamatan, Kepercayaan
Kerahsiaan, Kepercayaan dalam Logik, dan Tanggapan Risiko. Model ini bukan sahaja banyak digunakan
dalam kajian berkaitan teknologi maklumat, malah ia digunapakai dalam kajian bidang lain seperti kajian
berkaitan e-Kerajaan (Al-Awadhi dan Morris, 2008); bidang pendidikan seperti (Nanayakkara, 2007), bidang eCommerce (Foon dan Fah, 2011) dan banyak lagi.
Idawati (2013) menyatakan model ini dapat menjelaskan peratusan perbezaan yang tinggi. Tambahan
pula model ini boleh diubah dan ditambahkan pemboleh ubah yang lain untuk kesesuaian kajian. Secara
keseluruhannya, kajian ini menggunakan Model UTAUT kerana ianya adalah satu model yang digunakan secara
meluas dan ianya bersesuaian dengan konteks kajian.

Presented at National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx15)


24-26 Mac 2016
Politeknik Sultan Abdul Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
Daripada Model UTAUT, kajian ini mengadapatasi tujuh faktor yang telah digariskan serta menambah
dua faktor baharu yang dikenalpasti iaitu kemahiran menggunakan internet dan pengetahuan tentang cukai
pendapatan individu.

2.2 Pembinaan Hipotesis


Daripada persoalan kajian yang telah dibangunkan, beberapa hipotesis dapat dibuat bagi menjawab persoalan
kajian adalah seperti berikut:
Ho1: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor jangkaan prestasi (performance expectancy) terhadap
penggunaan e-Filing dikalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.
Ho2: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor jangkaan usaha (effort expectancy) terhadap penggunaan
e- Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.
Ho3: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor sosial (social influence) terhadap penggunaan e-Filing di
kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.
Ho4: Tidak dapat pengaruh yang signifikan faktor kepercayaan dalam kerahsiaan (trust in privacy) sistem eFiling terhadap penggunaan sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.
Ho5: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor kepercayaan dalam keselamatan (trust in security) sistem
e-Filing terhadap penggunaan sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.
Ho6: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor kepercayaan dalam Logik (trust in logic) sistem e-Filing di
kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.
Ho7: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor kemahiran menggunakan internet terhadap penggunaan
sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.
Ho8: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor pengetahuan tentang cukai pendapatan individu terhadap
penggunaan sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.
Ho9: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor tanggapan risiko dengan penggunaan sistem e-Filing di
kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.

3. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Data yang diperolehi ialah untuk mencari hubungan
antara persepsi pembayar cukai terhadap penggunaan sistem e-Filing. Kajian tinjauan dipilih kerana lebih
bersesuaian dengan objektif kajian. Populasi kajian ini terdiri daripada golongan pendidik iaitu pensyarah dan
guru di negeri Melaka yang pernah menggunakan e-Filing untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan.
Kaedah pensampelan rawak berkelompok diaplikasikan dengan memilih beberapa orang pensyarah daripada
Kolej Komuniti dan guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan. Sebagai sampel, 150 orang telah
terpilih yang terdiri dari kalangan pensyarah dan guru dimana pecahannya 75 orang pensyarah Kolej Komuniti
dan 75 orang guru di sekolah kebangsaan sekitar Melaka yang berdekatan. Walaupun sebanyak 150 set borang
soal selidik diedarkan, hanya 131 dikembalikan.
Borang soal selidik di adaptasi daripada Alexander, Sonja & Richard (2009) dengan beberapa
perubahan bagi menyesuaikan dengan sampel. Kajian tersebut mengkaji pengalaman, kepercayaan dan risiko
yang sanggup diterima oleh pembayar cukai dengan menggunakan perisian penyediaan cukai. Soal selidik yang
dirangka dalam kajian ini mempunyai dua (2) bahagian iaitu Bahagian A (Latarbelakang Responden), Bahagian
B (Penggunaan Sistem e-Filing).

4. ANALISIS DAN KEPUTUSAN


Kajian rintis dijalankan ke atas 40 orang pensyarah yang mewakili ciri-ciri populasi tetapi bukan sebahagian
daripada sampel. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan ujian statistik kebolehpercayaan untuk
mendapatkan nilai Cronbachs Alpha. Hasil dapatan ujian kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, mendapati
nilai a > 0.70 maka tidak ada item yang digugurkan.
Hasil dapatan kajian, mendapati majoriti responden kajian ini terdiri daripada perempuan iaitu seramai
89 orang (67.94%) manakala responden lelaki hanya berjumlah 42 orang (32.06%). Daripada 131 responden
yang dikaji, didapati kebanyakkan responden adalah berumur antara 36 hingga 45 tahun (56.49%) dan paling
sedikit adalah 46 hingga 56 tahun (16.79%). Seramai 69 orang (52.67%) adalah guru dan 62 orang pensyarah
3

Presented at National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx15)


24-26 Mac 2016
Politeknik Sultan Abdul Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
Kolej Komuniti (47.33%). Majoriti responden juga pernah menghadiri taklimat yang dianjurkan untuk mendapat
maklumat mengenai cukai pendapatan individu iaitu seramai 81 orang (61.83 %). Seramai 63 orang (48.09%)
daripada responden mendapatkan maklumat mengenai sistem e-Filing dengan menggunakan internet, 29 orang
(22.41%) daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, daripada rakan-rakan adalah seramai 17 orang (12.98%) dan
paling rendah iaitu melalui suratkhabar iaitu seramai 2 orang yang mewakili 1.53%. Item mengenai cara pegisian
borang BNCP, didapati majoriti responden mengisi sendiri BNCP secara e-Filing tanpa bantuan orang lain
adalah sebanyak 3 tahun (f= 71, 54.20%) dan paling sedikit adalah 5 tahun ke atas (f= 1 orang, 0.76%).
4.1 Pengujian Hipotesis
Dengan menggunakan analisis statistik SPSS, faktor mempengaruhi yang mempengaruhi penggunaan e-Filing
dikalangan pensyarah Kolej Komuniti dan Guru ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Hubungan diantara faktor mempengaruhi penggunaan e-Filing dikalangan pensyarah Kolej
Komuniti dan guru
PE
Keinginan
Korelasi
untuk
Pearson
menggunakan Sig. (2tailed)

EE

SI

TDE

IE

TIP

TIS

TIL

PR

-0.081 -0.077

0.037

0.009

-0.095

-0.095

-0.114

-0.119

0.041

0.359

0.677

0.921

0.278

0.278

0.195

0.175

0.639

0.382

N
131
131
131
131
131
131
131
131
131
*Nota : PE (Jangkaan Prestasi), EE (Jangkaan Usaha), SI (Pengaruh Sosial), TDE (Pengetahuan Dalam Cukai,
IE (Kemahiran Menggunakan Internet), TIP (Kepercayaan Kerahsiaan), TIS (Kepercayaan Dalam Kerahsiaan),
TIL (Kepercayaan Dalam Logik) dan PR (Tanggapan Risiko)
**. Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed).
Berdasarkan Jadual 1, keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat pengaruh yang signifikan diantara
penggunaan e-Filing dengan jangkaan prestasi di mana nilai (r=-0.081, p=0.359) p>0.05, tidak terdapat pengaruh
yang signifikan diantara penggunaan e-Filing dengan jangkaan usaha di mana nilai (r=-0.077, p=0.382) p>0.05
malah hubungan yang dapat dilihat adalah hubungan songsang. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat
pengaruh yang signifikan diantara penggunaan e-Filing dengan pengaruh sosial di mana nilai (r=0.037, p=0.677)
p>0.05 serta tidak terdapat pengaruh yang signifikan diantara penggunaan e-Filing dengan kepercayaan
keselamatan di mana nilai (r=-0.114, p=0.195) p>0.05. Kajian juga mendapati tidak terdapat pengaruh yang
signifikan diantara penggunaan e-Filing dengan kepercayaan keselamatan di mana nilai (r=-0.095, p=0.278)
p>0.05, tidak terdapat pengaruh yang signifikan diantara penggunaan e-Filing dengan kepercayaan logik di mana
nilai (r=-0.119, p=0.175) p>0.05, tidak terdapat pengaruh yang signifikan diantara faktor kemahiran
menggunakan internet terhadap penggunaan sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru di
mana nilai (r=-0.0.95, p=0.278) p>0.05, tidak terdapat pengaruh yang signifikan diantara penggunaan e-Filing
dengan pengetahuan cukai pendapatan responden di mana nilai (r=0.009, p=0.921) p>0.05 dan tidak terdapat
pengaruh yang signifikan diantara penggunaan e-Filing dengan jangkaan prestasi di mana nilai (r=0.041,
p=0.639) p>0.05. Kajian ini gagal menolak hipotesis nul.

4.2 Regresi
Jadual 2: Ringkasan Model
Model

R Square

Adjusted R Square

Std. Error of the Estimate

1
.194a
.038
-.025
1.04058
a. Andaian: (Tetap). Jangkaan prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial, Pengetahuan tentang Cukai
Pendapatan, Kemahiran menggunakan Internet, Kepercayaan Kerahsiaan, Kepercayaan Keselamatan,
Kepercayaan Logik, Tanggapan Risiko
Jadual 2 menunjukkan analisis kekuatan keinginan untuk menggunakan sistem e-Filing dengan persepsi
pembayar cukai. Walaupun sembilan (9) antara dua belas hipotesis (12) yang diuji gagal menolak hipotesis yang
diuji namun begitu apabila analisis regression dijalankan nilai R Square adalah .038 iaitu bersamaan 0.38%. Ini
4

Presented at National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx15)


24-26 Mac 2016
Politeknik Sultan Abdul Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
bermakna hanya 0.38% sahaja faktor mempengaruhi keinginan untuk menggunakan sistem e-Filing untuk
menghantar Borang Nyata Cukai pendapatan dapat diterangkan dalam kajian ini. Manakala selebihnya sebanyak
99.62% tidak dapat diterangkan atas faktor lain yang tidak boleh dikawal.
Jadual 3 : Ujian Pekali (Coefficients)
Unstandardized Coefficients
Model

Std. Error

Sig.

5.228

0.785

6.656

0.000

Jangkaan prestasi

-0.010

0.332

-0.031

0.975

Jangkaan usaha

-0.161

0.286

-0.561

0.576

Pengaruh sosial

0.065

0.228

0.285

0.776

Pengetahuan terhadap cukai

0.107

0.144

0.740

0.461

Kepercayaan dalam kerahsiaan

-0.151

0.142

-1.066

0.288

Kepercayaan dalam keselamatan

0.146

0.463

0.315

0.753

Kepercayaan dalam logik

-0.212

0.472

-0.450

0.653

Tanggapan risiko

0.082

0.205

0.399

0.690

1 (tetap)

Jadual 3 menunjukkan hubungan faktor persepsi responden dalam menggunakan sistem e-Filing untuk
menghantar BNCP. Ujian Pekali digunakan untuk membina model Linear Regression. Model Linear Regression
mengandaikan bahawa terdapat hubungan linear (berbentuk garis lurus) antara pemboleh ubah bersandar dalam
konteks kajian ini adalah persepsi responden dengan setiap peramal (pemboleh ubah yang lain).
Hubungan ini ditunjukkan dalam formula atau model di bawah:
y = a + bx
Di mana,
y= Pemboleh ubah bersandar
a = Pangkal garis regresi linear pada paksi Y
b = Kecerunan garisan regresi yang menyatakan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah
x = Pemboleh ubah bebas
Oleh itu, persamaan regression yang dibentuk daripada kajian ini adalah:
y = a + b1x1 + b2x2 + b3x3 + b4x4 + b5x5 + b6x6 + b7x7 + b8x8 + b9x9 + b10x10 + b11x11 + b12x12 + e
y= 5.228 + (-0.010) ( Jangkaan prestasi) + (-0.161) (Jangkaan usaha) + (0.065) (Pengaruh
sosial) +
(0.107) (Pengetahuan terhadap cukai pendapatan) + (0.151) (Kepercayaan kerahsiaan) + (0.146)
(Kepercayaan keselamatan) + (-0.212) (Kepercayaan logik) + (0.082) + (Tanggapan risiko)

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji persepsi pembayar cukai individu yang berkelayakan
iaitu terdiri daripada pensyarah Kolej Komuniti dan guru dalam penggunaan e-Filing untuk menghantar BNCP
mereka. Adalah amat penting bagi kerajaan Malaysia untuk mengkaji persepsi dan sikap pembayar cukai untuk
meningkatkan penggunaan sistem e-Filing secara optimum agar pelaburan kerajaan dalam perkhidmatan atas
talian tidak disia-siakan. Walaupun sistem ini adalah lebih baik dan efisyen dari sistem manual biasa namun
kadar penggunaannya sejak lima tahun lalu adalah sangat rendah.
Oleh yang demikian, aspek persepsi yang ingin dikaji adalah dari aspek Jangkaan Prestasi
(Performance Expectancy), Jangkaan Usaha (Effort Expectancy), Pengaruh Sosial (Social Influence),
Kepercayaan dalam Keselamatan (Trust in Security), Kepercayaan dalam Kerahsiaan (Trust in Privacy),
Kepercayaan dalam Logik (Trust in Logic), Pengetahuan tentang Cukai Pendapatan (Tax Domain Expertise),
Kemahiran menggunakan internet (Internet Expertise) dan Tanggapan Risiko (Perceived Risk).
Berpandukan Jadual 1, Hipotesis 1 diuji menggunakan Korelasi Bivariate dan hasilnya mendapati tidak
terdapat pengaruh yang signifikan faktor Jangkaan Prestasi (Performance Expectancy) terhadap penggunaan eFiling di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru di mana nilai (r=-0.081, p=0.359) p>0.05. Dapatan ini
bercanggah dengan dapatan Azleen, Norazah dan Mohd Rushdan (2008), mereka mendapati wujudnya hubungan
5

Presented at National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx15)


24-26 Mac 2016
Politeknik Sultan Abdul Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
yang signifikan diantara faktor kualiti/prestasi sistem e-Filing. Disini dapat dilihat sistem e-Filing dapat
dilakukan pada bila masa sahaja dan kadar bayaran balik lebihan cukai yang dibayar oleh pembayar cukai adalah
lebih cepat berbanding sistem manual. Ini menunjukkan dengan penggunaan sistem e-Filing dapat
mempercepatkan penyampaian maklumat cukai pendapatan. Kajian yang dijalankan oleh Alexander et. al.
(2009) mendapati terdapat hubungan yang positif diantara keinginan untuk menggunakan sistem e-Filing dengan
faktor jangkaan prestasi. Melalui kajian ini, didapati bahawa ramai responden berpendapat dengan
menggunakan sistem e-Filing, sistem tersebut dapat mengurangkan pembayar cukai melakukan kesilapan.
Namun begitu, pengiraan secara manual perlu dilakukan bagi setiap item yang terkandung dalam BNCP. Oleh
yang demikian, kesilapan dan pengiraan dan kesilapan tersalah memasukkan data masih boleh berlaku.
Merujuk Jadual 1 juga, Hipotesis 2 juga gagal ditolak kerana berdasarkan hasil ujian Korelasi
Bivariate, didapati tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor Jangkaan Usaha (Effort Expectancy) terhadap
penggunaan e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru dimana nilai (r=-0.077, p=0.382) p>0.05
malah hubungan yang dapat dilihat adalah hubungan songsang. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian oleh
Azleen et. al. (2008) yang menyatakan terdapat hubungan yang tidak signifikan diantara faktor usaha dan
kemudahan sistem e-Filing. Hasil dapatan ini membuktikan tidak terdapat kesan faktor jangkaan usaha dan
kemudahan sistem e-Filing ke atas keinginan penggunaan sistem e-Filing dikalangan pensyarah Kolej Komuniti
dan guru di negeri Melaka. Mungkin diatas sebab ini, dalam laporan akhbar, masih lagi terdapat pembayar cukai
yang masih tidak mahu menggunakan sistem e-Filing walaupun sistem tersebut boleh diakses dimana dan bilabila masa sahaja. Mungkin salah satu sebab mengapa pembayar cukai merasa tidak selesa menggunakan eFiling, tanggapan mereka bahawa sistem ini adalah terlalu kompleks.
Hipotesis 3 juga gagal ditolak kerana melalui hasil ujian statistik, didapati nilai (r=0.037, p=0.677)
p>0.05 (Rujuk Jadual 1). Oleh yang demikian, tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor Pengaruh Sosial
(Social Influence) terhadap penggunaan e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru. Hasil dapatan
ini selari dengan kajian Nor Hazwani et. al. (2011). Mereka mendapati keinginan untuk menggunakan dengan
pengaruh sosial tidak terdapat hubungan yang signifikan. Schaupp dan Carter (2009), menyatakan pengaruh
sosial ini adalah rujukan pendapat orang lain yang dapat mempengaruhi perasaan pengguna tentang pengajuan
cukai mereka melalui sistem e-Filing yang telah dianjurkan oleh agensi percukaian. Hasil kajian ini juga
menunjukkan keinginan pembayar cukai untuk menggunakan sistem e-Filing ini tidak dipengaruhi oleh orang
lain.
Melalui Jadual 1 juga, dapat dilihat Hipotesis 4 menunjukkan tidak terdapat pengaruh yang signifikan
diantara penggunaan e-Filing dengan Kepercayaan dalam Keselamatan (Trust in Security) di mana nilai (r= 0.114, p=0.195) p>0.05.
Hipotesis 5 menyatakan tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor Kepercayaan dalam Kerahsiaan
(Trust in Privacy) sistem e-Filing terhadap penggunaan sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti
dan guru. Berdasarkan ujian di Jadual 1, setelah ujian dilakukan, keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat
pengaruh yang signifikan diantara penggunaan e-Filing dengan kepercayaan keselamatan di mana nilai (r=0.095, p=0.278) p>0.05. Kajian ini selari dengan kajian Nor Hazwani et. al. (2011). Ramai pembayar cukai
yang menggunakan sistem e-Filing ini masih ragu tentang keyakinan mereka terhadap sistem ini. Suhaini dan
Radiah (2010) mengkaji faktor penentu sistem pembayaran cukai diatas talian mendapati jangkaan kredibiliti
juga tidak mempunyai hubungan yang signifikan. Namun dapatan kajian tidak disokong oleh kajian Wang
(2003). Dapatan kajian mendapati wujudnya hubungan yang positif diantara kepercayaan keselamatan
perbankan secara elektronik. Satu sebab yang menunjukkan hasil dapatan berbeza adalah kerana transaksi
menggunakan e-Bayaran yang menyambungkan pelbagai bank yang dikawal ketat oleh bank. Oleh yang
demikian, tanggapan keselamatan bukanlah satu faktor yang penting menyebabkan pembayar cukai
menggunakan sistem e-Bayaran.
Hipotesis 6 menyatakan tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor Kepercayaan dalam Logik
(Trust in Logic) sistem e-Filing terhadap penggunaan sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan
guru dan setelah diuji, dengan merujuk Jadual 1, hasil dapatan menunjukkan dengan nilai (r=-0.119, p=0.175)
dimana p>0.05 hipotesis tersebut gagal ditolak dan ternyata bagi kajian ini tidak terdapat pengaruh yang
signifikan antara kepercayaan dalam logik dengan penggunaan sistem e-Filing.
Bagi Hipotesis ke-7, juga berpandukan Jadual 1, ujian Korelasi Bivariate telah mendapati faktor
Kemahiran menggunakan Internet (Internet Expertise) terhadap penggunaan e-Filing dikalangan pensyarah
Kolej Komuniti dan guru tidak terdapat hubungan yang signifikan. Nilai Pearson Correlation memberi nilai (r=0.0.95, p=0.278) dimana kadar keyakinan adalah p>0.05. Alex (2003) mendapati pembayar cukai yang tahu
menggunakan internet mempengaruhi mereka menggunakan sistem e-Filing. Pembayar cukai yang tidak
menggunakan internet sama ada tidak terdapat kemudahan internet atau kemudahan komputer adalah tidak
cenderung untuk menggunakan sistem e-Filing.

Presented at National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx15)


24-26 Mac 2016
Politeknik Sultan Abdul Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
Hipotesis 8 juga gagal ditolak kerana berdasarkan ujian Korelasi Bivariate, yang dapat dilihat dalam
Jadual 1, didapati tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor pengetahuan tentang cukai pendapatan
individu terhadap penggunaan sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.
Manakala hipotesis yang terakhir iaitu Hipotesis 9, juga merujuk Jadual 1, dalam menguji Tanggapan
Risiko (Perceived Risk) berkaitan penggunaan sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru,
kajian mendapati tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor tanggapan risiko dengan penggunaan sistem eFiling di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru. Hasil kajian ini banyak bertentangan dengan kajian lain.
Bagi hubungan keinginan mengguna dengan tanggapan risiko, kajian yang dijalankan oleh Nor Hazwani et. al.
(2011) mendapati terdapat hubungan yang signifikan diantara penerimaan risiko dengan keinginan untuk
menggunakan sistem e-Filing. Pengurangan penerimaan risiko adalah diperlukan untuk menggalakkan ramai
pembayar cukai memilih menggunakan sistem e-Filing untuk menghantar BNCP mereka. Walaubagaimanapun,
menurut Shaupp et. al. (2009), rakyat percaya bahawa pembayar cukai lebih berinteraksi dengan cekap dengan
sistem elektronik walaupun mereka berpendapat menggunakan sistem e-Filing adalah berisiko.

5. KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pelaksanaan sistem penghantaran borang cukai menggunakan talian internet di manamana negara memerlukan persekitaran yang sangat kondusif bagi merealisasikan objektif pengwujudannya.
Secara ideal, persekitaran yang teknologi internet yang lengkap dan selesa akan mudah diterima dan diguna
pakai oleh pembayar cukai. Dengan menggunakan model yang telah diaplikasikan dari kajian lepas, kajan ini
diharap dapat memberi gambaran tentang persepsi pemilihan sistem e-Filing dikalangan pembayar cukai
berkelayakan di Malaysia. Melalui kajian ini juga, kita dapat melihat penerimaan sistem ini semenjak ia
dilancarkan pada tahun 2006. Ini diharap dapat memberi input yang berguna kepada agensi percukaian di
Malaysia dalam usaha meningatkan jumlah pengguna e-Filing supaya kecekapan pentadbiran cukai di Malaysia
dapat ditingkatkan dan dengan itu juga, jumlah kutipan akan meningkat.

5.1 Limitasi dan Saranan kajian


Kajian ini dijalankan adalah terhad kepada persepsi pembayar cukai mengenai sistem e-Filing di sekitar Melaka
sahaja, oleh yang demikian, diharapkan kajian akan datang dapat mengkaji secara terperinci faktor-faktor yang
mempengaruhi pembayar cukai menggunakan sistem e-Filing. Tambahan lagi, disamping mendapatkan data
daripada edaran soal selidik, dicadangkan beberapa orang pembayar cukai ditemuramah untuk melihat keinginan
mereka untuk menggunakan sistem e-Filing untuk menghantar BNCP mereka.
Pembayar cukai disarankan untuk menggunakan sistem e-Filing bagi menghantar BNCP mereka ke
LHDN kerana sistem ini memberikan banyak faedah tidak kira kepada pembayar cukai ataupun pihak kerajaan.
Geetha dan Sekaren (2012), menyatakan sistem e-Filing merupakan satu kaedah baru yang efektif untuk
menghantar borang cukai secara atas talian dan mudah membuat pembayaran cukai diatas talian. Ia
menjimatkan masa, tenaga dan kos secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan.
Impak kajian ini mencadangkan pihak LHDN perlu menambahkan lagi program-program berkaitan
kesedaran menggunakan sistem e-Filing, serta maklumat berkaitan item yang terkandung dalam BNCP seperti
pelepasan, pendapatan dan lain-lain dengan lebih terperinci.

RUJUKAN
Alexander, M., Sonja, P., & Richard, M.(2009). Individual Taxpayer Intention To Use Tax Preparation
Software: Examining Experience, Trust, And Perceived Risk, Journal Of Information Science And
Technology, 6(1)
Azleen, I., Norazah, M. S., & Mohd Rushdan, Y. & Rahida, A. R. (2008). A Study of Taxpayers Intention in
Using E-Filing System: A Case in Labuan F.T s. Computer and Information Science. Vol. 1 (2)
Azleen. I., Mohd Zulkeflee, A. R., & Mohd Rushdan, Y. (2009). Taxpayers Attitude In Using E-Filing Sistem:
Is There Any Significant Difference Among Demographic Factors?. Retrieved from
http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/ums.eprints.
Eriksen, K., dan Fallan, J. (1996). Tax Knowledge And Attitudes Towards Taxation: A Report On A Quasi
Experiment. Journal Of Economic Psychology, 17, 387-402.
Geetha R. dan Sekar M. (2012), E-Filing Of Income Tax: Awareness And Satisfaction Level Of Individual Tax
Payers In Coimbatore City, India. Research Journal Of Management Sciences. Vol. 1 (4), 6-11.
7

Presented at National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx15)


24-26 Mac 2016
Politeknik Sultan Abdul Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
Hansford, A., Lymer, A. & Pilkington, C. (2006). It Adoption Strategies And Their Application To E-Filing SelfAssessment Tax Returns: The Case Of The Uk. (80-96)
Hung, S. Y., Chay, C.M, & Yu, T. J (2006). Determinants of User Acceptance of the Governmant Services: The
Case of Online Tax Filing of Payment System. Government Information Quarterly. Vol. 23, 97 122
Idawati, I. (2013). Electronic filing of personal income tax returns in Malaysia: determinants and compliance
costs. Phd Thesis. Curtin University, Curtin Business School, School of Economics and Finance
Idawati, I., Jeff, P.(2011). Compliance Costs Of Electronic Tax Filing For Personal Taxpayers In Malaysia.
Proceeding International Conference On Management.
James, G., J., (1987). The Ecological Approach To Visual Perception. New York: Lawrence Erlbaum
Associates.
Masrun, M. (2013). Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2012. Kenyataan Media Lembaga
Hasil Dalam Negeri. Retrieved from www.hasil.gov.my
Nor Hazwani, H., & Mohd Rizal, P. (2010). Faktor Mempengaruhi Masyarakat Menggunakan Perkhidmatan EKerajaan: Kajian Terhadap Penggunaan E-Filing. Prosiding Perkem VI. Jilid1 : 203 210
Schaupp, L.C & Carter, L. D (2009). Antecendent To E-File Adoption: The U.S. Citizens Perspective. E journal
Of Tax Research. 7(2) : 158-170.
Wang, Y. S. (2003). The Adoption of Electronic Tax Filing Systems: An Empirical Study. Government
Information Quarterly, 20. Pp 333 352
Suhaini, A. & Radiah, O. (2010). Determinants of Online Tax Payment System in Malaysia. International
Journal of Public Information Systems. pp 17 32
Venkatesh, V., Moris, M.G, & Davis, G.B. (2003).User Acceptance Of Information Technology: Toward A
Unified View. Mis Quarterly, 27:425-478.

Anda mungkin juga menyukai