Anda di halaman 1dari 8

3.0 Sorotan nilai teori barat.

Pada hari ini, manusia banyak membicarakan tentang hal kasih


sayang. Kasih sayang pada kebiasaannya berkait rapat dengan luahan
perasaan dan naluri seseorang itu untuk bercinta. Menurut teori barat, nilai
kasih sayang yang terdapat boleh dibahagikan kepada tiga pecahan. Kasih
sayang tersebut ialah kasih sayang Tuhan kepada umatnya, kasih sayang
manusia kepada Tuhan dan kasih sayang sesama manusia. Kasih sayang
sesama manusia pula terbahagi kepada lapan pecahan yang menerangkan
fungsi dan peranannya. Berdasarkan kepada teori barat, nilai utama yang
ada pada agama kristian adalah cinta atau kasih sayang.
Nilai kasih sayang menurut agama kristian ataupun melalui teori barat,
begitu penting dalam agama kristian kerana nilai kasih sayang itu
merupakan satu nilai utama yang menjadi panduan di dalam agama kristian
ini. Akan tetapi, nilai kasih sayang yang wujud dalam agama kristian ini
hanyalah bertunjangkan dalam bentuk keadilan, pengampunan dan taat
setia. Mengikut teori barat, seseorang manusia itu mestilah mencintai
Tuhannya dengan sepenuh hati dan mencintai jiran seperti kita mencintai diri
kita sendiri. Seseorang individu itu jika hendak mendapat kesan daripada
nilai kasih sayang itu mestilah mengamalkan keadilan dalam kehidupannya,
melakukan keampunan dan ketaatan kepada agama. Tetapi bukan mudah
untuk seseorang individu itu membentuk nilai kasih sayang kerana untuk
membentuknya seseorang itu perlulah di dalam dirinya ada keperibadian
seperti kecerdasan, keberanian, disiplin diri dan rendah hati. Agama kristian
menyeru dan mengajak umatnya supaya mengamalkan nilai kasih sayang ini
kepada semua makhluk yang wujud dimuka bumi ini tanpa mengira mereka
berasal dari mana atau agama mana malah dengan musuh juga agama
kristian menyuruh umatnya membuat kasih.
Di dalam kitab Bible terdapat dua hukum yang terutama bagi umat
kristian. Menurut Markus, kasihilah Tuhanmu dengan segenap hatimu dan

dengan segenap akal budimu serta dengan segenap kekuatanmu. Untuk


ayat seterusnya Markus juga menyatakan, kasihilah sesamamu manusia
seperti dirimu sendiri, kerana tiada hukum lain yang lebih utama daripada
kedua hukum ini. Jelaslah di sini bahawa agama kristian cukup menitik
beratkan nilai kasih sayang ini kepada umatnya dan juga kepada semua
manusia yang berada disekeliling mereka berdasarkan kepada dua hukum
yang terdapat di dalam kitab Bible ini. Kedua-dua hukum ini merupakan
panduan umum kepada umat keristian itu sendiri. Menurut Korintus, kasih
itu sabar, kasih itu murah hati, ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri
dan tidak sombong. Ia tidak melakukan tidak sopan dan tidak mencari
keuntungan sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang
lain. Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tetapi kerana kebenaran. Ia
menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala
sesuatu, dan sabar menanggung segala sesuatu itu. Menurut kata-kata
Korintus ini lgi lebih meyakinkan kita bahawa mereka ini begitu mengambil
berat terhadap nilai kasih sayang. Selain itu juga, di dalam kitab Bible juga
iaitu dalam Old Testament telah menyampaikan 10 rukun. Rukun ke sepuluh
telah menyatakan berkasih sayang sesama manusia dan menggalakkan
hubungan mesra terutamanya dengan jiran tetangga mereka.
Kasih sayang Tuhan kepada umatnya adalah salah satu daripada tiga
pecahan kasih sayang yang terdapat dalam agama kristian atau teori barat
ini. Menurut masyarakat kristian, Tuhan adalah seorang yang penuh kasih
dan amat mengasihi semua manusia di bumi ini. Menurut Matius, mintalah
maka akan diberikan kepadamu, carilah maka kamu akan mendapat,
ketuklah maka pintu akan dibukakan bagimu. Selain itu juga, di dalam
agama Kristian ini Tuhan mereka boleh memberi pengampunan dan
penyembuhan dosa serta boleh mengampuni orang berdosa. Dapat dilihat
disini bahawa Tuhan mereka akan memberi apa sahaja yang umatnya ingini
hanya dengan berdoa kepada Tuhannya. Sebagai contoh, Dia sentiasa
memberkati dan memberi apa yang umatnya perlukan. Jelas disini yang

Tuhannya begitu

mengambil berat dan kasihnya kepada umatnya walau

dalam keadaan apa sekalipun. Selain daripada kasih sayang Tuhan kepada
umatnya, lihat pula kepada kasih sayang manusia kepada Tuhannya. Apa
yang dapat difahami daripada ini ialah masyarakat kristian ini mematuhi
segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan mereka. Menurut Jones
1994, cinta kepada Tuhan bermaksud sentiasa taat kepadanya dengan
mencintai kebenaran dan keadilan serta memohon pengampunan seperti
yang diperintahkan olehnya. Manusia yang mengasihi Tuhan akan mematuhi
segala perintah Tuhan seperti tidak berzina, tidak membunuh, tidak mencuri,
tidak minum arak dan sebagainya. Tetapi pada hari ini, kesemua itulah yang
dilakukan oleh masyarakat yang beragama kristian ini kerana kebebasan
yang teramat sangat di negara mereka. Selain itu juga, kasih sayang kepada
Tuhan ini, mereka harus percaya bahawa Tuhan itu adalah satu yang
mencipta segala makhluk ini. Kenyataan ini mereka harus patuhi dan
mengagungkan

kerana

jika

tidak

ia

akan

dianggap

berdosa.

Dapat

difahamkan mereka ini boleh berdialog atau berkomunikasi dengan Tuhan


mereka melalui doa dan dengan membaca kitab Bible. Untuk menunjukkan
tanda kasih sayangnya kepada Tuhan mereka, mereka akan mengunjungi
gereja pada setiap hari ahad yang dikenali dengan hari kesucian menurut
pandangan mereka ataupun lebih dikenali sebagai The Sabbath Day.
Pecahan ketiga kepada nilai kasih sayang di atas ialah, kasih sayang
sesama manusia. Kasih sayang sesama manusia ini terbahagi kepada lapan
pecahan kecil yang menunjukkan kepada kita bahawa kepentingan nilai
kasih sayang itu kepada mereka. Masyarakat kristian diseru dan diarahkan
untuk saling mengasihi antara satu sama lain tidak kira agama, bangsa,
keturunan, pangkat dan sebagainya. Kenyataan ini dapat dilihat dengan jelas
melalui kata-kata Markus di atas tadi yang menekankan kasihilah sesama
manusia

seperti

dirimu

sendiri.

Pernyataan

ini

mengukuhkan

lagi

kepentingan kasih sayang ini kepada mereka. Kasih sesama manusia boleh
dibahagi kepada lapan bahagian iaitu :

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Kasih
Kasih
Kasih
Kasih
Kasih
Kasih
Kasih
Kasih

sayang
sayang
sayang
sayang
sayang
sayang
sayang
sayang

terhadap jiran
anak terhadap ibu bapa
ibu bapa terhadap anak
suami terhadap isteri
isteri terhadap suami
hamba terhadap tuannya
tuan terhadap hambanya
terhadap musuh

Disini kita dapat lihat bahawa mereka begitu menekankan nilai kasih sayang
ini sehinggakan dengan musuh pun mereka boleh berlembut dan hormat
kehidupan mereka. Kita lihat kepada kasih sayang terhadap jiran. Apa yang
dimaksudkan kasih sayang terhadap jiran ini ialah mereka diarahkan supaya
sentiasa mengasihi jiran tetangga walaupun jiran mereka ini berlainan
agama, bangsa, keturunan dan juga yang tiada pertalian darah dengan
mereka. Ini adalah kerana jika mereka saling hormat menghormati dan
bersikap kasih antara satu sama lain maka disini tidak akan wujud sengketa
antara mereka kerana kasih sayang ini akan membawa mereka kepada
kedamaian dan ketenangan hidup. Mereka akan membuang sifat dendam
dan

benci

bagi

menimbulkan

kekecohan

sebaliknya

mereka

lebih

menunjukkan perasaan kasih sayang dan baik hati kepada jiran tetangga
mereka ini. Apabila semua saling hormat menghormati dan berkasih antara
satu sama lain, maka masyarakat kristian akan sentiasa bersedia apabila
khidmat mereka diperlukan seperti berkhidmat kepada jiran dalam segala
hal dan mereka akan membantu dengan penuh kasih sayang. Mereka
berkhidmat untuk masyarakat dengan baik dan penuh kasih sayang.
Yang kedua pula ialah kasih sayang anak terhadap ibu bapa. Apa yang
difahami ialah, seseorang individu itu yang berpegang kepada prinsip
mengasihi dalam kitab Bible akan sentiasa menghormati ibu bapa mereka
tanpa sebarang alasan. Menurut Efesus, hai anak-anak, taatilah orang
tuamu di dalam Tuhan kerana haruslah demikian. Hormatilah ayahmu dan
ibumu ini adalah satu perintah yang penting seperti yang nyata dalam janji
ini iaitu supaya kamu berbahagia dan panjang umurmu di bumi. Melihat

kepada kata-kata Efesus ini, dalam agama kristian bahkan semua agama
memang menyeru umat masing-masing supaya sentiasa menghormati
kedua ibu bapa kita tidak kiralah jika kita sudah menganut agama apa
sekalipun. Ini begitu penting kerana dengan ibu bapalah adanya kita dimuka
bumi ini dan dapat mengenal apa itu erti kehidupan. Dengan ibu bapalah
kita dilahirkan di dunia ini, mereka telah membesarkan kita, menjaga kita
sehingga kita besar dan memberi makan dan minum kepada kita tanpa
sedikit

pun

meminta

balasan

daripada

kita

sebagai

anaknya.

Dosa

menderhaka kepada kedua ibu bapa amat besar dan akan menyebabkan
hidup kita sentiasa tidak diberkati dan akan sentiasa dalam keadaan malang.
Yang ketiga pula ialah kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Bukan
sahaja anak-anak perlu dikasihi oleh ibu bapa, anak-anak juga perlu dikasihi
oleh kedua ibu bapa mereka. Menurut Matius, dan kamu bapa-bapa,
janganlah bangkitkan amarah di dalam hati anak-anakmu tetapi didiklah
mereka di dalam ajaran dan nasihat Tuhan. Sebagai ibu bapa kepada anakanak, mereka haruslah memberikan yang terbaik kepada mereka demi
kepentingan mereka. Ibu bapa perlu memberi segala keperluan hidup seperti
ilmu pengetahuan, makanan, pakaian dan tempat tinggal supaya mereka
dapat membesar dengan baik. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang
secukupnya supaya anak-anak ini tidak teruk sikap sosial mereka meliputi
dari segi jasmani dan rohani. Selain itu juga, ibu bapa juga mestilah
memastikan bahawa anak-anak mereka membesar dengan cukup segala
keperluan hidup supaya mereka tidak dikatakan sebagai anak yang kurang
didikan daripada ibu bapa.
Kasih sayang yang ke empat pula ialah kasih sayang suami terhadap
isteri. Menurut Matius, hai suami, kasihilah isterimu sebagaimana Kristus
telah mengasihi jemaat dan telah menyerahkan dirinya. Berdasarkan
kepada ayat yang disampaikan oleh Matius ini, para suami haruslah
mengasihi isteri mereka dengan penuh kasih sayang dan hikmahnya. Para
suami tidak boleh sesuka hati menyakiti para isteri mereka kerana hal ini

telah bercanggah dengan apa yang disampaikan oleh Matius dan agama
kristian itu sendiri. Dalam agama kristian itu sendiri menyatakan bahawa
mereka yang bergelar suami haruslah mengasihi isterinya sepertimana dia
mengasihi dirinya sendiri. Pendirian ini jelas membuktikan bahawa di dalam
agama kristian juga menitik beratkan perkara ini dan dalam agama-agama
lain juga sama juga halnya. Selain itu juga, menurut agama kristian sesiapa
yang mengasihi isterinya, bererti dia juga telah mengasihi dirinya sendiri.
Kita harus menjaga isteri kita dengan penuh kasih dan sayang agar
mendapat kebahagiaan dalam rumah tangga. Selain itu juga, kasih sayang
isteri terhadap suami yang kelima juga begitu penting dalam agama kristian.
Efesus dalam ayatnya telah menyatakan, hai isteri, tunduklah kepada
suamimu seperti Tuhan, kerana suami adalah kepala isteri sama seperti
Kristus adalah kepala jemaat. Berdasarkan kepada ayat ini, suami juga
berhak untuk mendapat hak kasih sayang daripada isteri mereka bukan
sahaja si isteri sahaja yang berhak untuk mendapat nilai kasih sayang itu.
Tugas sebagai seorang isteri sebenarnya besar dan agung di sisi agama
begitu

juga

dengan

agama

kristian.

Seorang

isteri

itu

akan

harus

menghormati suami mereka dengan penuh taat dan patuh. Mereka perlu
menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dengan sempurna kerana
merekalah seorang ibu kepada anak-anak dan isteri kepada seorang suami.
Seorang isteri harus melakukan sedemikian kerana menurut agama kristian
suami adalah ketua keluarga dan pemimpin kepada mereka.
Seterusnya kita melihat kepada kasih sayang hamba terhadap
tuannya. Seseorang hamba mestilah menghormati kepada tuannya kerana
tuannya itulah yang memberikan kerja kepadanya dan memberi makan dan
minum kepadanya. Seseorang hamba iaitu pekerja mestilah mengasihi
tuannya iaitu majikannya serta taat dan patuh kepada perintah tuan mereka
tanpa persoalan. Sebagai tanda kasih sayang kepada tuannya, seseorang
hamba itu haruslah menjalan dan melaksanakan tugas mereka dengan
penuh dedikasi dan tanggungjawab, dan menganggap melakukan tugas itu

seperti melakukan tugas kepada Tuhan mereka dan bukan untuk manusia.
Menurut Efesus, hai hamba, taatilah tuanmu yang di dunia dengan takut
dan gentar dan dengan tulus ikhlas hatimu sama seperti kamu taat kepada
Kristus. Melihat kepada kata-kata Efesus ini jelaslah di dalam agama
Kristian ini menekankan seseorang hamba itu perlu hormat kepada tuaanya.
Ini kerana dalam agama Kristian, setiap orang yang melakukan kebaikan itu
akan mendapat balasan daripada Tuhan mereka. Seseorang hamba kristian
itu dilarang melakukan kebaikan terhadap tuan mereka hanya untuk
menyenangkan hati mereka dengan sebab-sebab tertentu dan bukan dengan
sebab taat dan patuh. Selain itu juga, jika seseorang hamba itu mesti taat
kepada tuannya, seseorang tuan atau majikan juga mestilah menghormati
mereka kerana mereka juga ada perasaan untuk dihormati. Menurut Efesus,
dan kamu tuan-tuan perbuatlah demikian juga terhadap mereka dan
jauhkanlah mengancam. Menurut kata-kata Efesus ini, seorang tuan atau
majikan

itu

tidak

boleh

mengancam

dan

mengarah-arah

hambanya

melakukan kerja tanpa kerelaannya. Ini kerana, seorang majikan harus


mengasihi serta menghormati mereka sepertimana hamba ini menghormati
tuannya. Seseorang tuan juga mestilah memberikan rehat kepada hambanya
kerana mereka juga perlukan rehat sepertiman manusia biasa juga. Di dalam
mana-mana agama pun kita diseru untuk saling hormat-menghormati antara
satu sama lain termasuk jugalah dengan keadaan ini.
Untuk nilai kasih sayang yang terakhir dalam agama kristian pula
ialah, kasih sayang terhadap musuh. Menurut Kolose, sabarlah kamu
terhadap yang lain dan ampunilah seorang yang lain apabila mereka
menaruh dendam terhadap yang lain, sama seperti Tuhan telah mengampuni
kamu, kamu perbuatlah demikian juga. Menurut agama kristian, mereka
dilarang untuk menyimpan dendam, sedangkan Tuhan mengampuni orang
yang berdosa apatah lagi manusia itu sendiri haruslah saling maaf-memaafi.
Tetapi pada hari ini, kita lihat kebanyakkan orang kristian pada hari ini
seperti tidak mengikuti apa yang telah dikatakan oleh Kolose ini, malah

mereka berdendam dengan agama-agama yang lain. Orang kristian diseru


supaya menunjukkan perasaan kasih terhadap musuh kerana dengan
perasaan kasih sayang ini akan dapat mengatasi perasaan dendam. Tetapi
pada masa kini kenyataan ini hanya lebih kepada sebutan di bibir sahaja dan
perlaksanaannya tidak ada. Menurut agama kristian, masyarakat kristian
akan mendoakan orang yang berdendam itu agar mereka sedar akan
perbuatan mereka dan mendapat keampunan daripada Tuhan mereka.
Walaupun ajaran agama kristian berpegang kepada rukun kepatuhan
dan kecintaan kepada Tuhan, berbuat baik sesama manusia, namun tidak
semestinya semua individu yang beragama kristian itu melaksanakan semua
arahan Tuhan mereka dengan baik dan sepenuhnya. Malah kebanyakan
masyarakat yang beragama kristian ini hanya indah khabar dari rupa, kerana
tidak semuanya yang melaksanakan apa yang disebutkan di atas bahkan
ada yang lebih teruk daripada haiwan sikap mereka ini.

Anda mungkin juga menyukai