Anda di halaman 1dari 12

Tajuk :

Hubungan Kepimpinan Transformasi Guru Besar dengan Peningkatan Kecekapan


Kerja-kerja dalam Kalangan Guru: Satu kajian kes di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Daerah Manjung, Perak

Bab 1 Pendahuluan
1.1 PENGENALAN
Peranan sistem pendidikan dalam sesebuah negara amatlah penting untuk
memastikan pembangunan sesebuah negara. Sistem pendidikan yang cemerlang dan
berkualiti adalah usaha yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab dalam melahirkan
seseorang individu yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual
supaya menepati matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (Falsafah Pendidikan
Negara) iaitu menyediakan sumber tenaga manusia bagi memenuhi keperluan kemajuan
negara di masa hadapan.
Kepimpinan Transformasi dapat dikaitkan dengan pengurusan pentadbiran
seseorang pemimpin. Seseorang pepimpin seharusnya memiliki ciri-ciri berkarismatik
dan berupaya memberikan inspirasi kepada orang lain, memiliki pertimbangan individu
dan rangsangan intelektual (Zawawi, 1999). Sebagai seorang pemimpin di sesebuah
sekolah, guru besar sering memainkan peranan yang penting dalam merangsangkan dan
menginspirasikan pemikiran guru-guru supaya mereka dapat menaruhkan minat terhadap
kerja-kerja yang diberikan kepada mereka. Dengan menaruhkan sikap mencintai kerja,
guru-guru akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa melengkapkan kerja
yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Kepimpinan Transformasi boleh ditunjukkan dengan mengenalpasti dan
mengekploitasikan keperluan sedia ada atau kemahuan pengikut-pengikut yang
berpotensi (Burns, 1978). Guru besar yang memiliki sifat kepimpinan transformasi akan
mengaturkan guru-guru memegang jawatan dan tugas-tugas yang bersesuaian dengan

potensi mereka, mendorong dam membantu mereka dalam memikul jawatan tersebut.
Kepimpinan Transformasi guru besar yang cekap dapat mewujudkan satu perhubungan
yang saling merangsang di antara guru besar dan guru-guru. Ini dapat mengubahkan
watak guru-guru sebagai pemimpin dan meningkatkan kecekapan kerja-kerja mereka di
sekolah.
Menurut Ramaiah (1999), kepimpinan dalam konteks sesebuah sekolah adalah
merujuk kepada satu aspek tingkah laku guru besar dan juga sejenis pengaruh.
Kepimpinan guru besar merupakan kepimpinan formal kerana kepimpinan ini bergantung
kepada kedudukan formal dalam struktur organisasi sekolah. Guru besar sebagai role
model kepada guru haruslah menunjukkan kebijaksanaan dan kebolehan untuk
memerintah dan mempengaruhi guru-guru di dalam sekolah. Selain itu, watak seseorang
guru besar mampu mencetus motivasi dalam kalangan guru bagi meningkatkan lagi
prestasi sekolah dan seterusnya dapat memperbaiki pengurusan pentadbiran sekolah serta
mempunyai kuasa mutlak dalam menangani masalah sekolah. Kepimpinan yang
ditunjukkan oleh seseorang guru besar dapat dipelajari oleh guru-guru supaya mereka
menerima dan menghormati guru besar. Dengan itu, guru-guru akan menjalankan tugastugas mereka dengan rela hati dari semasa ke semasa.
Pentadbiran boleh didefinisikan sebagai satu corak tingkah laku yang didapati
dalam semua organisasi manusia, suatu proses yang mengatur dan mengawal sesuatu
organisasi sosial itu (Griffiths, 1959). Pentadbiran yang teratur dapat memastikan
kelancaran program-program yang dijalankan di sekolah dan turut meringankan beban
guru-guru

yang

melaksanakan

tugas-tugas

tersebut.

Sebenarnya,

keberkesanan

pentabdiran ini adalah berdasarkan pencapaian sesuatu objektif yang ditetapkan oleh
sesebuah organisasi. Jika objektif yang ditetapkan adalah untuk meningkatkan kecekapan
kerja-kerja guru, guru besar haruslah sentiasa mendengar pandangan dan idea daripada
guru-guru. Dengan itu, guru-guru dapat mengemukakan masalah yang dihadapi oleh
mereka dan guru besar patut memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh guruguru supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan cekap.

Kecekapan didefinisikan sebagai sesuatu agensi menggunakan daya usaha pada


kadar yang minimum dalam mencapai sesuatu taraf pengeluaran output dengan bertindak
secara rasional (Luna, 2006). Dengan perkataan lain, kecekapan bergantung kepada
jumlah masa dan tenaga yang digunakan dalam melaksanakan sesuatu kerja. Tahap
kecekapan kerja-kerja ini dapat mempengaruhi motivasi guru-guru terhadap sesuatu
program atau aktiviti. Guru besar yang sering memberi rangsangan dan bersifat
kepimpinan transformasi guru besar akan memberi keyakinan kepada guru terhadap
kebolehan dan potensi mereka terutamanya dalam bidang pendidikan.
Dalam sistem pendidikan kini yang semakin mencabar, pelbagai program sekolah
atas talian dan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan memang meningkatkan beban kerja
guru. Oleh itu, kerjasama antara guru besar dengan guru-guru amatlah penting bagi
melicinkan segala proses pentadbiran di sekolah dan meningkatkan kecekapan kerja-kerja
dalam kalangan guru. Pentadbiran yang tidak teratur dan tidak berkesan mungkin
mendatangkan bebanan tugas dan tekanan kepada guru-guru. Maka, kajian ini adalah
bertujuan untuk mengkaji sama ada hubungan kepimpinan transformasi guru besar dapat
meningkatkan kecekapan kerja-kerja guru di sekolah.
1.2 LATAR BELAKANG
Kepimpinan didefinisi sebagai pengaruh, seni atau proses mempengaruhi orang
supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian
matlamat kumpulan (Harold Koontz & Heinz Weihrich, 1995). Untuk menentukan
keberkesanan sistem pentadbiran sekolah, sifat kepimpinan adalah komponen yang
penting. Pemimpin sesebuah sekolah patut berupaya merealisasikan visi dan misi sekolah
yang ditetapkan dan ini dapat dinilai melalui kekuatan dan kualiti kepimpinan. Beberapa
kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa hubungan kepimpinan transformasi dengan
keberkesanan pentadbiran sekolah adalah rapat dan memang dapat meningkatkan
kecekapan guru-guru dalam menjalankan tugasan mereka.

Menurut Abdul Ghani (2005), beliau menegaskan bahawa pengalaman gaya atau
amalan kepimpinan transformasi oleh guru besar berkeupayaan meningkatkan prestasi
guru dan sikap guru. Hujahan ini kemudian disokong oleh Koh (2008), bahawa dengan
kepimpinan transformasi, guru besar sekolah akan membangunkan minda guru-guru
melalui keupayaan kepimpinan guru-guru iaitu merujuk kepada penglibatan meluas dan
berketerampilan dalam tugas-tugas pemimpinan.
Abdul Shukor (2004) pula berpendapat bahawa pengurusan dan kepimpinan guru
besar adalah faktor utama yang akan menentukan keberkesanan pentadbiran sekolah dan
dapat menentukan peningkatan atau penurunan prestasi sesebuah sekolah.
Justeru, kepemimpinan guru besar perlu berubah kerana terdapat bukti melalui
kajian lepas bahawa kepemimpinan transformasi guru besar dapat meningkatkan
kecekapan kerja-kerja guru. Maka, kajian ini adalah penting dalam mengenalpasti
hubungan kepimpinan transformasi guru besar dengan peningkatan kecekapan kerja-kerja
guru di sekolah.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Tidak dapat dinafikan bahawa guru besar adalah pemimpin yang penting dan
mempunyai kuasa mutlak dalam sesebuah sekolah. Hasil kajian lepasan turut
menunjukkan bahawa kualiti kepimpinan guru besar memainkan peranan yang penting
dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah (Hills, 1982; Powell,
Farrar and Cohen, 1985).
Guru besar yang sentiasa ingin berubah dan berprinsip kepimpinan transformasi
akan memberi kesan secara langsung terhadap kecemerlangan atau kejayaan sesebuah
sekolah. Guru besar memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan sekolah
menuju ke matlamat yang ditetapkan iaitu sama ada mencapai kecemerlangan dalam
akademik dan kegiatan ko-kurikulum mahupun mundur ke belakang. Jika tiada
perubahan dan pemangkin terhadap sesebuah sekolah, pentadbiran sekolah tersebut

dianggap tidak berkesan dan seterusnya menjejaskan keberkesanan dan kecekapan kerjakerja guru di sekolah.
Misalnya, katakan sesebuah sekolah menganjurkan program yang berkaitan
dengan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris di mana
hanya guru besar yang mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan dan merancangkan
segala aktiviti-aktiviti bagi program ini. Pada masa yang sama, guru-guru tidak boleh
terlibat dalam segala aktiviti perancangan ataupun membuat keputusan. Guru-guru hanya
boleh melaksanakan apa yang diarah oleh guru besar dan tidak memberi idea dalam
proses menjayakan program tersebut. Situasi ini mungkin akan menimbulkan masalah
antara guru besar dan guru-guru kerana kekurangan komunikasi di antara kedua-dua
pihak ini. Guru besar seharusnya memainkan peranan yang penting dalam memotivasikan
serta membantu guru-guru dalam pembangunan diri dengan mendengar pandangan serta
memberi sokongan kepada guru-guru dari semasa ke semasa.
Perubahan adalah melibatkan semua pihak yang berkenaan
. Kepimpinan transformasi guru besar dapat membawa perubahan dan
mendatangkan pelbagai kesan kepada sesebuah sekolah. Kepimpinan transformasi guru
besar yang berkesan akan membawa perubahan dalam sikap dan pemikiran guru supaya
mereka sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu perubahan atau tugas-tugas di
sekolah. Dengan perubahan( yang diterima oleh semua pihak,
keberkesanan pentadbiran sesebuah sekolah dapat dinilai melalui program-program
sekolah yang dijalankan pada sepanjang masa. Secara langsung, program-program yang
berjaya turut menunjukkan kecekapan guru-guru dalam kerja sekolah mereka.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk:
1. Mengenalpasti persepsi guru terhadap tahap kepemimpinan transformasi guru besar
di Daerah Manjung, Perak.
2. Mengenalpasti tahap kecekapan kerja-kerja guru di Daerah Manjung, Perak.

3. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara kepimpinan


transformasi guru besar dengan peningkatkan kecekapan kerja-kerja guru di Daerah
Manjung, Perak.
4. ( kajian libat
objektifkajian Mengenalpasti persepsi guru terhadap
tahap kepemimpinan transformasi guru besar di beberapa buah sekolah rendah
kebangsaan cina di Daerah Manjung, Perak.

1.5 SOALAN KAJIAN


1. Apakah persepsi guru terhadap tahap kepemimpinan transformasi guru besar di
Daerah Manjung, Perak?
2. Bagaimanakah tahap kecekapan kerja-kerja guru di Daerah Manjung, Perak?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara kepimpinan transformasi
guru besar dengan peningkatan kecekapan kerja-kerja guru di Daerah Manjung,
Perak? ( objektif )
1.6 HIPOTESIS KAJIAN objektif Hipotesis
objektif
1. Terdapat perbezaan tahap kepimpinan transformasi guru besar di sekolah-sekolah
dalam Daerah Manjung, Perak.
2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kepimpinan transformasi
guru besar dalam Daerah Manjung dari segi demografi (umur, jantina, bangsa dan
agama).
3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kecekapan kerja-kerja di
kalangan guru dalam Daerah Manjung dari segi demografi (umur, jantina, bangsa
dan agama).

4. Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kepimpinan transformasi guru


besar dengan peningkatan kecekapan kerja-kerja di kalangan guru dalam Daerah
Manjung, Perak.

1.7 KERANGKA TEORI DAN KERANGKA KONSEP KAJIAN


Terdapat banyak kajian yang membincangkan tentang isu-isu kepimpinan
transformasi seseorang guru besar. Kebanyakan kajian yang dijalankan telah meninjau
tentang faktor-faktor yang membentuk kepimpinan transformasi itu sendiri serta kajian
mengenai impaknya terhadap sesebuah organisasi. Burns (1978) menegaskan bahawa
asas teori kepimpinan transformasi adalah dilihat pada hubungan interpersonal, motif dan
nilai.
Teori transformasi Burns (1978) adalah bertujuan untuk meningkatkan nilai moral
dan motivasi pengikut sehingga ke tahap pengikut berupaya berfikir tentang apakah yang
boleh disumbangkan kepada oraganisasinya. Teori ciptaan Burns (1978) dan seterusnya
dimurnikan oleh Bass (1985) ini terdiri daripada empat aspek iaitu pengaruh yang idea,
ispirasi motivasi, ransangan intelek dan pertimbangan individu. Keempat-empat aspek ini
telah dijadikan rujukan bagi kebanyakan pengkaji dalam mengkaji konstruk kepimpinan
transformasi dalam kalangan guru besar.
i.

Pengaruh yang ideal


Pemimpin transformasi merupakan seorang ketua yang menyimpan
harapan yang tinggi terhadap keupayaan pengikut dan pemimpin bertindak
sebagai role model kepada para pengikut. Pada masa yang sama, para pengikut
mengenal pasti kewujudan pemimpin ini dan mahu mencontohi mereka.
Pemimpin seperti ini selalunya mempunyai tahap moral dan pengendalian etika
yang tinggi. Mereka ini dihormati oleh para pengikut yang selalunya meletakkan
satu kepercayaan yang mendalam pada pemimpin ini. Sehubungan itu, mereka
juga memberikan pengikut satu visi dan juga misi(???).

Faktor karisma pula menerangkan mengenai individu yang istimewa dan


boleh mempengaruhi orang lain supaya mengikut visi yang mereka tetapkan
untuk masa depan. Bass dan Avolio (1997) memperjelaskan sifat-sifat pemimpin
yang bersifat karismatik sebagai seorang pemimpin yang sanggup berkorban demi
kepentingan organisasi dan bersifat optimis terhadap visi dan misi yang ingin
dicapai.
ii.

Inspirasi motivasi
Guru besar yang sentiasa berkomunikasi dengan berkesan dengan guru
serta

memberikan

insipirasi

kepada

guru-guru

melalui

motivasi

akan

menghasilkan guru yang bermotivasi tinggi dan cenderung untuk melibatkan diri
dalam penambaikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru besar
merupakan seseorang pemimpin sekolah yang sentiasa berperanan dalam
memberikan sokongan kepada para guru.
iii.

Rangsangan intelek
Guru

besar

yang

mengamalkan

kepimpinan

transformasi

bertanggungjawab merangsang para guru supaya menjadi lebih kreatif dan


inovatif. Beliau juga mendorong guru-guru untuk berfikiran jauh, melihat sesuatu
perkara dari perspektif yang baru di samping menonjolkan kreativiti mereka
dalam menjalankan tugas harian mereka di sekolah. Guru besar transformasional
juga sering memberi sokongan padu kepada guru-guru semasa mereka mencuba
sesuatu pendekatan yang baru atau menghasilkan cara-cara yang inovatif apabila
berdepan dengan isu-isu pengajaran dan pembelajaran yang semakin mencabar
dalam alam pendidikan pada masa sekarang. Beliau juga merupakan seseorang
individu yang sering mengalakkan para guru supaya berfikir mengenai perkaraperkara dengan sendirinya dan cuba menyelesaikan masalah itu dengan berhatihati.
iv.

Pertimbangan individu

Guru besar transformasional akan berusaha untuk mengenali kemampuan


setiap guru dan seterusnya akan memberi semangat dan peluang untuk meluaskan
ilmu di samping melatih guru-guru untuk memajukan diri sendiri kerana guru
besar ini yakin bahawa kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada
pencapaian secara bersepadu. Guru besar sebegini akan menghasilkan suatu
persekitaran yang amat kondusif dan selesa dalam kalangan guru dan sentiasa
memberi sokongan dan galakan kepada mereka. Secara tidak langsung, hubungan
antara guru besar dengan para guru dapat membina komunikasi kerja yang
kondusif kerana guru besar transformasional sensitif dalam menghargai guru-guru
sebagai seorang individu.

Rajah 1.1 :Kerangka Kajian

Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan kepada kerangka konsep yang


diringkaskan dalam Rajah 1.1 seperti yang ditunjukkan di atas. Fokus kajian ini adalah
kepada guru besar sebagai pemimpin di sekolah. Tahap kepimpinan transformasi
seseorang guru besar akan dinilai melalui empat dimensi amalan berdasarkan teori
ciptaan Burns (1978) iaitu membina ransangan intelektual, merangsang motivasi,
memupuk pengaruh yang ideal dan pertimbangan berasakan individu. Keempat-empat
dimensi amalan ini dapat memberi impak secara langsung terhadap kecekapan kerja-kerja
di kalangan guru.
1.8 KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini dapat membantu guru mengetahui tahap kecekapan kerja-kerja
mereka. Di samping itu, dapatan kajian ini juga dapat menjadikan pedoman kepada guru
besar untuk mengetahui apakah corak atau jenis kepemimpinan yang perlu dipraktikkan
bagi meningkatkan kecekapan guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. Kajian
ini juga dapat dijadikan panduan kepada bakal guru besar kerana daripada hasil kajian ini,
mereka dapat mengetahui corak kepemimpinan yang terbaik dan sesuai serta aspek-aspek
yang perlu diberi perhatian untuk meningkatkan kecekapan kerja-kerja guru. Apabila
mereka dilantik menjadi guru besar sekolah pada masa hadapan, mereka akan menjadi
lebih bersedia memandangkan mereka dapat menerajui pucuk pimpinan dengan lebih
berkesan dan menjadikan pentadbiran sekolah turut berkesan.
1.9 BATASAN KAJIAN
Untuk melihat hubungan kepimpinan transformasi guru besar dalam keberkesanan
pentadbiran, hanya guru besar daripada beberapa buah sekolah yang terkenal dalam aspek
pengurusan dan pentadbiran sekolah di Daerah Manjung (kena dibuktikan dari mana
kamu tahu bahawa sekolah tersebut adalah terkenal, mungkin dapat source dari JPN
Manjung? Or whatever! Must come together with the proof) dipilih sebagai sampel dalam
kajian ini. Kajian ini lebih berfokus kepada penglibatan persampelan dari Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina di dalam Daerah Manjung, Perak.

1.10 DEFINISI OPERASI


Kepimimpinan transformasi merujuk kepada pemimpin yang berusaha
mempengaruhi perlakuan orang bawahan melalui penggunaan sifat-sifat peribadinya dan
tingkahlakunya, serta keupayaan pemimpin mengubah sikap, motivasi, moral dan
komitmen terhadap organisasi melalui interaksi dengan orang-orang bawahan.
Kepimpinan transformational alam konteks kajian ini didefinisikan sebagai pemimpin
yang menunjukkan sifat kebijaksanaan, inspirasi dan bertimbang rasa dalam usaha untuk
meningkatkan keyakinan guru dalam tugas mereka. Kepimpinan transformational
pengetua diukur dengan soal selidik Multifactor-Leadership Questionnaire (Bass and
Avolio, 1997) (This part should be explained further under the chapter of Methodology as
it refers to the method that you are going to use. Should not explain here).
Menurut Hussein Mahmood (1993) dalam kajian beliau, guru besar dirujuk
sebagai pemimpin organisasi pendidikan yang diamanahkan untuk menjalankan
tanggungjawab dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan institusi sekolah. Peranan guru
besar

amat

relevan

dengan

aspek

pentadbiran

dan

pengurusan,

penyeliaan,

kepemimpinan, pendidikan dan juga yang berkaitan dengan proses perjalanan organisasi
sekolah sebagai suatu institusi pendidikan formal.
Kecekapan kerja-kerja merujuk kepada suatu hasil kerja yang dicapai oleh
seseorang dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya
yang didasarkan atas kecekapan, pengalaman, kesungguhan serta waktu (Hasibuan,
1990). Guru yang minat akan kerja mereka akan melaksanakan tugasnya dengan cepat
dan betul.
1.11 RUMUSAN
Kajian ini dijalankan melalui memerhati, meneliti dan merumuskan kepimpinan
guru besar sekolah rendah dengan tahap kepimpinan transformasi mereka. Dalam konteks

kajian ini, penyelidik ingin memberi gambaran jelas tentang tahap tingkah laku dan
amalan kepimpinan yang diaplikasikan oleh guru besar khususnya dalam aspek
peningkatan kerja-kerja dalam kalangan guru di sekolah.
Sebagai kesimpulannya, pemimpin yang mengamalkan kepimpinan transformasi
yang bersifat prihatian dan mendorong pengikutnya untuk berusaha dengan bersungguhsungguh bagi meningkatkan tahap pencapaian keseluruhannya selari dengan peningkatan
tahap kecekapan kerja yang ditentukan oleh sesebuah organisasi (maybe this part will be
better if you put in conclusion as you havent done this research and cannot simply make
any conclusion).
Selain itu, kepimpinan transformasi ini juga merupakan satu proses yang
memerlukan guru besar mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi meningkatkan
kematangan motivasi dan untuk memacu guru-guru untuk mementingkan kepentingan
organisasi atau sekolah khususnya dengan mengetepikan kepentingan peribadi sematamata (this one can be ignore just rumusan pendek enough).

Anda mungkin juga menyukai