Anda di halaman 1dari 2

Ayam masak negro(resepi daging hitam)

BAHAN2NYA:
6 ketul ayam ( ekor)
2 mangkuk taufoo faa bawang yang telah dimayang
cili kering kisar (ikut kepedasan yang diperlukan)
botol kicap manis (Kjee guna cap kipas udang)
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
1 bunga lawang
CARA:
1. Bawang yang telah diricik (mayang) dibuat bawang goreng. Hati2 jangan
hangus nanti lauk jadi pahit. Kemudian Kjee suruh Nadia tumbuk. Kak Ida kata
blend jer.
2. Ayam dibersihkan dan dikasi garam dan kunyit. Goreng masak. Asingkan.
3. Tumis lada kering kisar hingga terbit minyak atau garing. Boleh guna minyak
goreng bawang tadi. Masukkan tiga sekawan. Kacau2.
4. Kemudian masukkan kicap. Kacau.
5. Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk atau dikisar. Kacau
sampai rata.
6. Masukkan ayam dan perlahankan api. Ratakan bahan2 tumis dengan ayam.
7. Apabila dirasakan sudah cukup mesra hubungan ayam dengan bahan tumis,
tutup api dan hidangkanlah.
Oleh kerana kali pertama buat, maka Kjee dapati kalau Kjee bubuh lebih sikit cili
kering kisar lagi sedap. Tapi Nadia kata cili hijau banyak. Kunyahlah kalau nak
pedas. Lauk ini kalau dipadankan dengan nasi jagung, dalca dan acar rampai
sedap kan? Unclepali kata macam lauk kenduri.
Sedap. Thankx Kak Ida. I like!

Anda mungkin juga menyukai