Anda di halaman 1dari 5

TIRAMISU MILLE CREPE

Crepe Mentega Perang


90 gm mentega
720 ml susu cair
6 biji telur
1 1/2 cawan tepung kek
45 gm gula kaster
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
Cairkan mentega dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau hingga
mentega keperangan, jangan sampai hangus.
Dalam satu bekas satukan tepung dan garam, kemudian di ayak
Masukkan 1/2 daripada susu ke dalam adunan tepung dan gaul rata
sehingga ia licin dan tak berketul-ketul
Di dalam bekas berasingan, satukan telur, gula dan baki 1/2 susu tadi.
Kacau rata hingga sebati
Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata
hingga menjadi adunan yang licin
Tambahkan mentega perang dan esen vanilla
Kacau adunan hingga rata
Masukkan adunan dalam blender dan kisar halus
Kemudian tapi
Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang
30 minit.
Sediakan kuali leper yang tak melekat
Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas
Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali
Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar
Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning
keemasan
tak perlu di balikkan
Terus angkat
Buat sehingga habis
Setiap crepe dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan crepe kering

Biarkan crepe sejuk sepenuhnya


Kek Span Coklat
5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan
baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 35
mint atau sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan
Kita hanya guna satu lapisan sahaja anggaran 1~ 1.5 cm
~ atau boleh buat 1/2 daripada adunan kek ini.

Vanilla Cream Kastard


550 ml Whipping Cream base jenama Rich kotak biru
450 ml susu segar / susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula kastor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
Sedikit coklat susu di sagat
Biskut lady Finger secukupnya
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar
Bila ia dah meletu-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat
Biarkan ia sejuk

Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan
dalam peti ais hingga ia dingin
Masukkan kastard dan whipping cream base ke dalam mangkuk pemutar
hingga adunan kental

Cara menyediakan Tiramisu


Ambil sekeping kek span coklat dan letakkan atas lapik kek
Sapukan atas kek dengan sedikit air nescafe untuk melembabkan kek
Kemudian letakkan vanilla cream kastard di atasnya dan ratakan
Taburkan parutan coklat susu diatasnya
Letakkan sekeping crepe
Tekan-tekankan permukaannya supaya rata
Kemudian letakkan cream kastard lagi dan ratakan
Ulang proses yang sama sehingga habis

Salutkan keseluruhan kek dengan vanilla cream kastard


Susunkan biskut lady finger di sekeliling kek
Ikat dengan ribon jika suka
Hias atas kek dengan taburan buah-buahan dan parutan coklat susu
Simpan kek dalam peti ais semalam sebelum di potong.

Anda mungkin juga menyukai