Anda di halaman 1dari 16

NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

1.0 PENYAKIT BERJANGKIT- KUDIS BUTA

Gambar 1: Kudis buta

1.1 PENGENALAN

Penyakit berjangkit adalah keadaan tidak normal pada tubuh badan atau minda yang
menyebabkan ketidakselesaan, difungsi atau tekanan kepada kanak-kanak yang
mengalaminya dan orang sekeliling yang berhubung dengan sesiapa yang terkena jangkitan
penyakit. Kanak-kanak sangat mudah terkena jangkitan penyakit, ini kerana mereka belum
terdedah kepada pelbagai jenis kuman. Maka, daya ketahanan tubuh badan mereka melalui
antibodi belum terbentuk lagi.

Penyakit berjangkit lazimnya menular dikalangan kanak-kanak melalui aktiviti-


aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak, ini menyebabkan mereka lebih terdedah kepada
kuman berbanding orang dewasa dan secara tidak langsung mendedahkan kanak-kanak
dengan risiko terkena pelbagai jangkitan penyakit yang berjangkit. Penyakit berjangkit
boleh disebabkan oleh kuman seperti virus, bakteria atau parasit. Kuman-kuman tersebut
boleh disebarkan melalui makanan, minuman, sentuhan, pernafasan, peralatan seperti

1|Page
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

mainan, peralatan makanan seperti sudu garpu, tuala serta serangga seperti nyamuk dan
haiwan seperti tikus. (Syahmi, 2015)

Untuk tugasan ini saya memlilih Kudis Buta seperti gambar 1 diatas, dalam istilah
perubatan dikenali sebagai Scabies sebagai penyakit berjangkit yang kerap menyerang
kanak-kanak. Penyakit ini memang tidak asing lagi di kalangan kanak-kanak, antara
kejadian yang kudis buta yang menyerang kanak-kanak pada tahun ini ialah dari sumber
Berita Harian (BH Online) dimana 10 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pekan
dikuarantinkan disebabkan oleh jangkitan kudis buta- (Arif, 2018). Di dalam tugasan ini
saya akan mengupas dengan lebih mendalam apa itu penyakit berjangkit, kudis buta
(definasi), faktor yang menyebabkan kudis buta, Simptom-simptom penyakit kudis buta
dan cara-cara mencegah kudis buta dari menyerang kanak-kanak kecil yang tidak berdaya.

1.2 DEFINASI– APA ITU KUDIS KUDIS BUTA?

Kudis buta berpunca daripada serangan sejenis kutu atau hama yang dikenali
sebagai ‘Sarcoptes Scabiei’. Kutu ini adalah merupakan sejenis makhluk parasit iaitu
organisma yang hidupnya menumpang pada mahkluk hidup yang lain dan merugikan
mahkluk hidup yang ditumpangi. Kutu kudis buta ini bersaiz amat kecil dan tidak dapat
dilihat dengan mata kasar. Kutu kudis buta mempunyai badan berwarna krim yang berbulu
dan berduri serta memiliki empat pasang kaki. Biasanya, spesies kutu kudis buta betina
bersaiz lebih besar (sekurang-kurangnya 0.4 mm × 0.3 mm) jika dibandingkan dengan
spesies jantan (0.2 mm × 0.15 mm). Kutu betina inilah yang akan menggorek lapisan kulit
untuk membentuk laluan/terowong di bawah lapisan luaran kulit. Kemudian, ia akan
bertelur di dalam lapisan luaran kulit tersebut. Kutu betina ini mampu bertelur sebanyak
40-50 biji telur dalam seumur hidup. Selepas tiga hingga empat hari, telur-telur kutu akan
menetas dan membentuk larva, kemudian membesar menjadi kutu dewasa dan matang
hanya dalam jangka masa 10-15 hari. Secara purata, bilangan kutu kudis yang boleh
menyerang seseorang adalah dalam lingkungan 10-12 ekor. (Ibrahim D. S., 2018)

2|Page
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

1.3 FAKTOR- BAGAIMANA KUDIS BUTA BERJANGKIT?

Penyakit kudis buta ini hanya boleh dijangkiti dengan sentuhan secara langsung
antara kulit ke kulit kerana kutu atau hama kudis buta yang berada di permukaan kulit tidak
mampu terbang atau melompat dari permukaan kulit seseorang. Seseorang individu boleh
dijangkiti penyakit kudis buta sekiranya terdedah kepada kutu kudis buta walaupun dalam
tempoh masa yang singkat, iaitu hanya dalam 15-20 minit. Oleh hal yang demikian,
bahagian tangan merupakan bahagian yang pertama untuk dijangkiti kutu kudis buta ini.
Jika terdapat bilangan kutu kudis yang banyak pada permukaan kulit individu yang terjejas,

Penyakit Kudis buta ialah sejenis penyakit atau jangkitan pada kulit yang memberi
kesan kegatalan yang keterlaluan pada permukaan kulit dan merupakan sejenis penyakit
yang mudah berjangkit melalui sentuhan langsung pada kulit ke kulit seseorang dengan
orang yang mengalami penyakit kudis buta. Lazimnya jangkitan penyakit kudis buta
biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska, tadika, sekolah, asrama dan pusat-
pusat penjagaan di mana orang ramai kerap berhubung antara satu sama lain. Kutu kudis
buta juga boleh merebak melalui perkongsian barangan peribadi seperti tuala, cadar,
selimut dan pakaian antara seseorang individu yang terjejas dengan yang lain. Malah, kutu
kudis buta juga mampu merebak melalui patung-patung permainan kanak-kanak dan
sesetengah alatan perabot. Jadi, semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur
boleh terdedah kepada jangkitan ini. Walau bagaimanapun, kutu kudis hanya mampu
berkekal dan terus hidup selama 24-36 jam setelah berpisah daripada makhluk yang
ditumpangi. (Ibrahim D. S., 2018)

3|Page
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

1.4 APAKAH SIMPTOM PENYAKIT KUDIS BUTA?

Menurut (Ibrahim D. S., 2018) Simptom-simptom penyakit kudis buta akan


mengambil masa lebih kurang dalam dua hingga enam minggu untuk timbul dalam badan
seseorang setelah dijangkiti kutu kudis buta. Kutu kudis buta cenderung untuk menetap
pada beberapa bahagian badan dan dapat di kesan seperti celah-celah jari, tapak tangan,
bahagian pergelengan tangan, kawasan kemaluan, punggung, sekitar pusat, celah-celah
ketiak, siku, kaki serta buku lali dan berikut adalah senarai simptom-simptom penyakit
kudis buta:

1.4.1 KEGATALAN

Simptom utama penyakit kudis buta ialah rasa kegatalan yang keterlaluan pada
kulit. Rasa kegatalan ini amat teruk sehingga meyebabkan keadaan yang tidak
selesa. Pada mulanya, rasa kegatalan hanya wujud setempat, khususnya bahagian
telapak tangan tetapi akan merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain. Rasa
kegatalan akan semakin teruk pada waktu malam atau selepas bermandi air panas.
Individu yang terjejas dengan penyakit kudis buta boleh berasa gatal di seluruh
badan walaupun dijangkiti dengan bilangan kutu kudis yang kecil sahaja.

1.4.2 RUAM

Ruam penyakit kudis buta ini akan terbentuk dengan serta-merta pada
permukaan kulit setelah rasa kegatalan muncul. Biasanya, ruam akan kelihatan
berbintik-bintik dan berketul-ketulan merah yang boleh muncul di mana-mana
bahagian badan sahaja setelah dijangkiti kutu kudis. Bahagian badan di mana ruam
kelihatan jelas adalah pada kawasan lipatan kulit seperti di tangan dan kaki,
terutamanya di celah-celah jari, bahagian dalam peha, pusat, abdomen, punggung
dan celah-celah ketiak. Bahagian yang tersebut menjadi tumpuan kutu kudis
disebabkan suhu yang lebih tinggi dibanding dengan kawasan lain di tubuh badan.

4|Page
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

1.4.3 LALUAN/TEROWONG KUTU KUDIS

Terowong atau laluan yang dibentuk oleh kutu kudis betina dapat dilihat
pada permukaan kulit. Biasanya, ia kelihatan seperti garisan-garisan yang nipis,
halus dan berwarna gelap sekurang-kurangnya 2-10 mm panjang. Garisan-garisan
ini biasanya dapat dilihat pada bahagian kulit yang longgar antara jari, bahagian
dalam pergelangan tangan dan telapak tangan. Garisan-garisan ini juga boleh
muncul pada bahagian-bahagian lain badan tetapi hanya akan timbul selepas
wujudnya rasa kegatalan dan ruam.

1.4.4 KESAN-KESAN CALAR

Kesan calar juga boleh diperhatikan pada permukaan kulit dan mungkin
disebabkan oleh kegiatan menggaru secara agresif. Kawasan ruam yang digarru
secara berterusan dan dengan agresif akan mengakibatkan bahagian permukaan
kulit tersebut cedera dan seterusnya menyebabkan kerosakkan pada kulit.
Kerosakkan pada kulit pula boleh menjadi parah dan akan terdedah kepada bakteria
dan kuman yang lain. Kulit yang dijangkiti bakteria pula akan kelihatan merah,
beradang dan berinflamasi.

1.4.5 MENGANGGU PENYAKIT KULIT LAIN YANG SEDIA ADA

Penyakit kudis buta boleh menyebabkan simptom-simptom keadaan kulit


yang lain untuk bertambah teruk, khususnya penyakit kulit gatal seperti ekzema dan
juga psoriasis. Penyakit kudis buta juga akan menjadi lebih sukar untuk dikesan
dalam situasi ini.

5|Page
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

1.5 CARA-CARA MENCEGAH PENULARAN PENYAKIT KUDIS BUTA

Mengenal pasti dan merawat segera penyakit kudis buta ini sangat penting untuk
mengawalnya daripada merebak. Pesakit yang dijangkiti sepatutnya dikecualikan dari ke
sekolah sehingga selesai rawatan. Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat
penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan bahan yang tercemar
dengan penyakit tersebut.

Penyakit kudis buta boleh dirawat dan diubati dengan sempurna dengan sapuan
krim di semua bahagian terlibat dari bawah dagu hingga ke celah-celah jari kaki. Sapuan
nipis krim yang disapu selama lapan (8) hingga dua puluh empat (24) jam sebelum
membilasnya dan mandi keesokan pagi selain itu pakaian, tuala serta cadar perlu dibasuh
dengan air panas serta peralatan dan perabot rumah harus dibersihkan dengan pencuci
hampagas. Merujuk (Fong, 2012) rawatan yang diberi kepada individu yang dijangkiti
penyakit kudis buta ialah dengan sapuan krim antiscabies seperti:

 Permethrin 5% – sesuai untuk kanak-kanak, ibu mengandung dan menyusu


 Benzyl Benzoate (12.5 – 25%) – sesuai untuk orang dewasa
 Crotamiton
 Sulphur 6%
 Lindane – tidak sesuai untuk kanak-kanak dan ibu mengandung

Krim-krim ini merupakan sejenis racun yang bertindak untuk membunuh kutu kudis buta
pada permukaan kulit. Krim anti-scabies adalah racun dan perlu digunakkan dengan cara
selamat dan cermat, elakan dari terkena mata dan jangan disapu pada kulit yang terkena
luka atau dijangkiti kuman. Sapuan krim ini merupakan bentuk rawatan yang terbaik dan
amat berkesan jika digunakan secara konsisten dan dengan cara yang betul mengikut
arahan doktor. Rawatan adalah berbeza bagi bayi, kanak-kanak, ibu yang mengandung,
dewasa dan warga tua. Mereka yang bergaul rapat dan tinggal bersama individu yang telah
dijangkiti penyakit kudis buta haruslah dirawat pada masa yang sama.

6|Page
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

2.0 PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT- KEROSAKAN GIGI

Gambar 2: Karies gigi

2.1 PENGENALAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

Penyakit tidak berjangkit merupakan suatu penyakit yang tidak memerlukan vektor atau
perantaraan dan tidak boleh di sebarkan dari seorang individu kepada individu yang lain.
Penyakit ini berpunca daripada keturunan dan gaya hidup seseorang. Penyakit-penyakit ini
biasanya berkembang perlahan-lahan dan bertahan untuk masa yang lama, selalunya
sepanjang hayat. Kita patut berwaspada dengan faktor-faktor risiko penyakit tidak
berjangkit. Pokoknya, ambil peduli dengan status kesihatan diri sendiri. Jangan bersikap
acuh tak acuh akan kesihatan diri.
Seperti gambar 2 di atas untuk penyakit tidak berjangkit saya memlilih
Kerosakan Gigi sebagai penyakit yang kerap menyerang kanak-kanak. Kerosakan gigi
memang tidak asing lagi di kalangan kanak-kanak serta merupakan masalah biasa di
kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu gigi yang sihat dan kuat untuk mengunyah
makanan mereka dengan mudah, untuk bercakap dengan jelas, dan untuk penampilan yang
baik kepada diri sendiri dan rakan-rakan mereka. Kesan dari kerosakan gigi boleh
membuatkan kanak-kanak hilang keyakinan diri akibat dari perasaan malu dan kurang

7|Page
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

keyakinan diri kerana mempunyai gigi yang tidak cantic dan bersih. Secara amnya setiap
manusia di dunia ini mempunyai gigi susu dulu sebelum tumbuhnya gigi kekal tetapi jika
dari awal tidak menjaga dengan baik gigi susu ia akan memberi kesan kepada gigi kekal
sepanjang hayat. Gigi susu juga membantu mengekalkan ruang di dalam rahang untuk gigi
kekal, apabila gigi susu hilang awal, ia boleh menimbulkan komplikasi ortodontik pada
masa hadapan. Kesihatan kanak-kanak boleh terjejas jika gigi susu yang berpenyakit dan
rosak tidak dirawat pada peringkat awal.

2.2 DEFINASI- APA ITU KEROSAKAN GIGI?

Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi
lazimnya terjadi di kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut. Ia merupakan
penyebab utama mengapa seseorang itu berjumpa doktor gigi. Kesakitan yang teruk boleh
menyebabkan seseorang itu kehilangan tidur, ketidakhadiran ke sekolah dan mengganggu
kegiatan sehariannya. Ada beberapa Kerosakan gigi seperti, karies gigi atau kaviti, sakit
gusi akibat dari plak gigi dan lain-lain lagi penyakit yang berkaitan dengan gigi.
Karies gigi atau kaviti adalah punca kemusnahan gigi akibat daripada asid yang
terjadi disebabkan oleh bakteria. Bakteria mereputkan tisu-tisu keras gigi iaitu enamel,
dentin dan saraf dengan membuat asid daripada sisa-sisa makanan pada permukaan gigi.
Gula merupakan sumber utama bakteria. Kaviti boleh didapati dalam beberapa warna yang
berbeza dari warna kuning ke warna hitam.
Penyakit gusi boleh bermula di peringkat kanak-kanak dan boleh menjadi lebih
teruk di awal usia dewasa hingga ke peringkat pertengahan umur. Penyakit gusi disebabkan
oleh plak yang terkumpul di antara dan sekeliling leher gigi. Bakteria pada plak
menghasilkan toksin yang merangsang tisu gusi yang menyebabkan gusi menjadi
kemerahan, keradangan dan berdarah. Jika tidak dikawal, penyakit gusi boleh merebak ke
gentian sokongan dan tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi
menjadi rosak. (KPM, 2018)

8|Page
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

2.3 FAKTOR-FAKTOR KEROSAKAN GIGI

Merujuk kepada (Ai, 2012) antara faktor yang menyebabkan kerosakan gigi ialah
Tidak memberus gigi sebelum tidur malam. Ketika tidur, gigi akan lebih mudah
terdedah kepada serangan asid disebabkan aliran air liur yang berperanan dalam membaiki
gigi yang rosak menjadi lebih perlahan. Ini bermakna, jika terdapat gula atau asid di dalam
mulut, ianya akan lebih membahayakan gigi. Oleh itu, pastikan kanak-kanak memberus
gigi sebelum tidur. Mengambil makanan atau minuman yang manis, terutamanya
makanan yang melekit di antara waktu makan meningkatkan lagi risiko karies gigi.
Pengambilan florida yang tidak mencukupi. Florida merupakan sebatian bahan
kimia yang melindungi gigi daripada karies. Fluorida boleh wujud secara semulajadi
melalui air di bawah tanah serta makanan seperti ikan. Ianya juga boleh didapati dalam
bekalan air awam, ubat gigi dan kumuran mulut yang telah ditambah dengan florida.
Memberus gigi setiap hari dengan ubat gigi berfluorida boleh membantu mencegah
kejadian karies gigi.
Tidur dengan botol susu. Jika kanak-kanak dibiarkan tidur dengan keadaan botol
susu masih lagi di dalam mulut, cecair (sama ada susu, jus buah-buahan atau minuman
lain) akan bersentuhan dengan permukaan gigi untuk suatu tempoh masa yang lama. Gula
yang terdapat dalam cecair ini akan bertindakbalas dengan bakteria untuk menghasilkan
asid dan menyebabkan kerosakan gigi menjadi lebih cepat.
Menggunakan puting yang dicelup manisan. Penggunaan puting adalah tidak
digalakkan. Meletakkan madu atau sirap pada puting akan memburukkan lagi keadaan
kerana kandungan gulanya akan bertindak balas dengan bakteria di dalam mulut yang
menyebabkan kerosakan gigi.
Aliran air liur yang berkurangan. Air liur amat penting kerana ia membantu
untuk membersihkan karbohidrat yang melekit dalam mulut dan juga bertindak sebagai
agen penampan (buffer) yang dapat meneutralkan asid yang terhasil oleh tindakan bakteria
setiap kali kita makan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah masalah perubatan,
kemoterapi (rawatan penyakit barah) dan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat anti-
hipertensi (tekanan darah tinggi), boleh menyebabkan pengeluaran air liur berkurangan.
Keadaan sebegini akan meningkatkan lagi risiko karies gigi.

9|Page
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

2.4 APAKAH SIMPTOM KEROSAKAN GIGI?

Ada bermacam-macam simptom kerosakan gigi yang dapat dilihat dan boleh di
cegah dari awal untuk mengelakan kerosakan gigi atau gigi yang sedia rosak menjadi lebih
teruk. Antara simptom-simptom kerosakan gigi ialah:
2.4.1 SAKIT GIGI
Simptom ini adalah yang paling nyata sekali. Apabila kanak-kanak
mengalami masalah keroskan gigi untuk jangka masa tertentu gigi yang rosak
akan menyebabkan kesakitan setelah kerosakan menjadi makin teruk. Kesan
daripada kerosakan gigi ini akan membuatkan kanak-kanak tidak selesa. Keadaan
boleh menjadi serius dan parah jika tidak dirawat akibat dari rasa sakit yang dialami
oleh kanak-kanak.
2.4.2 PERUBAHAN WARNA GIGI
Gigi yang sihat dan cantik ialah gigi yang putih serta bersih tetapi gigi yang
rosak akan berubah warna seperti kesan putih legap menjadi kekuningan, kelabu
kebiruan, coklat dan akhir sekali hitam, ia merupakan satu simptom kehadiran
kaviti dan secara perlahan-lahan merubah bentuk gigi menjadi reput dan berlubang.
(Aziz, 2012)
2.4.3 GIGI BERLUBANG
Gigi berlubang merupakan perubahan bentuk enemal gigi dan salah satu
tanda gigi tidak sihat. Simptom gigi berlubang ialah akibat daripada kuman dan
bakteria. Bakteria terjadi akibat daripada sisa makanan yang tertinggal dan tidak
dibersihkan. Gigi berlubang menyebakan ketidakselesaan kerana boleh menjadikan
nafas berbau. Gigi berlubang biasanya tidak akan menimbulkan rasa sakit. Namun,
jika lubang pada gigi semakin membesar, ia boleh menyebabkan gigi patah.
2.4.4 NAFAS BERBAU
Akibat dari kerosakan gigi kesan yang paling membuatkan ketidakselesaan
kepada pesakit dan orang sekeliling ialahlah nafas berbau. Nafas berbau disebabkan
oleh kerosakan gigi akibat dari gigi berlubangan serta pereputan gigi, penyakit
gusi, makanan melekat di celah gigi dan lain-lain lagi. Nafas berbau menyebabkan
kanak-kanak kurang keyakinan diri dan kurang bercakap kerana malu.

10 | P a g e
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

2.4.5 PLAK GIGI


Plak gigi simptom atau gejala yang dapat dilihat ialah lapisan bakteria
yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan gigi,
lidah, gigi palsu dan tempat-tempat lain seperti pinggiran tampalan, korona dan
celah-celah gigi. Plak sering disalah tafsirkan sebagai sisa makanan yang melekat
pada gigi. Secara saintifik, plak gigi dikenali sekarang ini sebagai ‘dental biofilm’.
Di dalam plak dianggarkan terdapat lebih dari 1000 spesis bakteria. Dengan
peningkatan teknologi, lebih banyak bakteria baru ditemui di dalam plak gigi.
(Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar, 2014)
2.4.6 KARIES GIGI/KAVITI
Bagi karies gigi atau kaviti antara simptom atau gejalanya ialah perubahan
warna gigi, liang-liang kecil pada permukaan gigi, lubang yang ketara, makanan
mudah melekat pada permukaan gigi, rasa sakit dan sengal bila minum air panas
dan sejuk. Antara kawasan permukaan gigi yang mudah terjejas kepada kejadian
karies adalah celah–celah gigi hadapan dan belakang, kawasan gigi yang berlapis
dan permukaan gigi geraham. (Ibrahim D. R., 2015)

11 | P a g e
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

2.5 CARA-CARA MENCEGAH PENULAR KEROSAKAN GIGI

Ada pelbagai cara untuk mencegah kerosakan gigi dari terjadi ataupun merawat
gigi yang telah rosak untuk tidak menjadi lebih teruk. Antara yang boleh dilakukan untuk
menjaga gigi sejak dari kecil lagi ialah dengan:
Wujudkan rutin pembersihan mulut, ajari kanak-kanak, untuk memberus gigi
sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kanak-kanak di bawah usia enam tahun kurang mahir
membersihkan giginya secara menyeluruh, oleh itu perhatikan dan bantulah mereka untuk
memberus gigi sehingga berumur enam tahun bagi membantu anak anda memberus gigi,
berdiri di belakang mereka dan condongkan kepala ke atas supaya semua permukaan gigi
boleh diberus menggunakan kaedah gosokan yang lembut. Guna ubat gigi bersaiz kacang
hijau untuk mengelak anak anda menelan secara berlebihan. Berkumur-kumur dengan air
setiap kali selepas makan.
Pemakanan yang membantu pertumbuhan dan menguatkan gigi. Sebagai
permulaan, sediakan diet yang seimbang dan pelbagai, termasuk produk tenusu dan sumber
kalsium yang lain bagi merangsang pemineralan gigi agar gigi kuat dan sihat. Banyakan
makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Antara garis panduan untuk meminimumkan risiko
kerosakan gigi ialah, hadkan makanan dan minuman yang mengandungi gula tambahan.
Jika manisan diberikan sebagai pencuci mulut, ia hendaklah diberikan sebaik sahaja selesai
waktu makan. Snek hendaklah rendah kandungan gulanya dan dimakan pada waktu-waktu
yang ditentukan. Jika kanak-kanak dibenarkan memakan makanan dan minuman yang
mengandungi gula dan karbohidrat yang lain sepanjang hari (tabiat "mengunyah"), ia akan
meningkatkan risiko kerosakan gigi.
Membuat rawatan pergigian. Kanak-kanak harus mendapatkan rawatan gigi
secara berkala sekurang-kurangnya setahun dua kali. Antara rawatan pergigian ialah
rawatan florida topical, rawatan pengapan fisur, rawatan tampalan amalgam, rawatan
tampalan komposit, rawatan tampalan simen ionomer kaca, rawatan korona keluli nirkarat,
rawatan pulpa dan rawatan cabutan gigi.

12 | P a g e
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

3.0 KESIMPULAN
Kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya dari Allah S.W.T
kepada kita sebagai manusia, kanak-kanak pulak merupakan insan yang teristimewa yang
hadir dalam hidup kita. Maka dengan itu mendidik dan menjaga kesihatan, keselamatan
dan kebersihan kanak-kanak sejak dari azali lagi merupakan tanggungjawab dan amanah
kepada kita.
Kesimpulanya penyakit berjangkit dan tidak berjangkit merupakan masalah
kesihatan dan keadaan tidak normal pada tubuh badan yang perlu dicegah, dibendung dan
dirawat untuk mengurangkan penularanya kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan.
bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik dari mengubati’. Peranan dan kerjasama setiap
orang dewasa dalam komuniti untuk mendidik kanak-kanak tentang kesihatan harus
diperkasakan agar dapat melahirkan kanak-kanak, generasi akan datang yang bebas
penyakit serta hidup dengan sihat dan gembira

13 | P a g e
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

4.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT- KEROSAKAN GIGI

KELAS TABIKA PERPADUAN SRI MURNI


KELAS : DAERAH DANG WANGI,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TOPIK : KEBERSIHAN DIRI
TAJUK : GIGI SAYA
TARIKH : 18 SEPTEMBER 2018
HARI KHAMIS
MASA : 30 MINIT

1. PM 2.2.1 Mengamalkan penjagaan diri.


2. . FK 1.1.2 Mempraktikkan amalan harian terhadap
kesihatan gigi dari aspek:
STANDARD
: i. Pemakanan
PEMBELAJARAN
ii. Penjagaan
3. FK 1.1.3 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan
penggunaan motor kasar.

1. Mengenalpasti cara-cara menjaga kebersihan gigi dan diri.


2. Mengenalpasti dan menyebut peralatan-peralatan
menggosok gigi.
3. Menyanyi dengan sebutan yang betul
OBJEKTIF : 4. Membuat pergerakan motor kasar.
5. Mempamerkan perasaan sayang dan menghargai diri
dengan menjaga kebersihan gigi dan diri.

14 | P a g e
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

1. Induksi (5 minit)
Murid akan beratur bersama rakan-rakan yang lain. Mereka akan
menyayikan lagu ‘NEGARAKU” dan lagu Wilayah MAJU
SEJAHTERA”. Murid juga akan membaca ikrar dan doa.
2. Perbualan Awal (5 minit)
(Guru akan memberitahu mengenai gigi seterusnya memberitahu
mengenai fungsi gigi).
3. Aktiviti 1 – “GIGI SAYA” (10 minit)
 Guru memulakan aktiviti dengan
menunjukkan video lagu “BANGUN PAGI GOSOK GIGI”
AKTIVITI :  Guru memperkenalkan satu persatu alatan kebersihan gigi
menggunakan slide show.
 Kanak-kanak menyanyi sambil membuat pergerakkan
kreatif.
Aktiviti 2- “MENGGOSOK GIGI” (10 minit)
 Guru menyediakan peralatan menggosok gigi untuk kanak-
kanak
 Kanak-kanak bersedia beratur di dalam barisan dengan
peralatan mengosok gigi.
 Kanak-kanak menggosok gigi mereka dengan arahan dan
tunjuk ajar oleh guru.
1. Cawan plastik
2. Berus gigi
BAHAN BANTU
: 3. Ubat gigi
MENGAJAR
4. Tuala kecil
5. Video lagu
Di akhir pembelajaran kanak-kanak dapat memahami kepentingan
REFLEKSI : menjaga kebersihan gigi melalui sesi pembelajaran dan aktiviti
yang dilakukan.

CATATAN :

15 | P a g e
NORAZRINNA BINTI MOHAMAD BASRI- UFD170112

5.0 RUJUKAN

Ai, D. C. (2012, April 20). Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved from MyHealth:
http://www.myhealth.gov.my/nali-risiko-karies-gigi-anda/

Arif, Z. M. (2018, APRIL 7). Sekolah diserang kudis buta, lebih 10 murid dikuarantin. Retrieved
from BH ONLINE: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/408896/sekolah-
diserang-kudis-buta-lebih-10-murid-dikuarantin

Aziz, D. Z. (2012, Disember 14). Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved from Myhealth:
http://www.myhealth.gov.my/gigi-berubah-warna/

Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar, D. A. (2014, April 25). Kementerian kesihatan Malaysia.
Retrieved from MyHealth: http://www.myhealth.gov.my/plak-gigi/

Fong, Y. C. (2012, April 20). Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved from MyHealth:
http://www.myhealth.gov.my/kudis-buta-2/

Ibrahim, D. R. (2015, Mac 18). kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved from Myhealth:
http://www.myhealth.gov.my/karies-awal-kanak-kanak/

Ibrahim, D. S. (2018). Persatuan Dermatologi Malaysia. Kesengsaraan dibawah kulit-kudis buta,


1-8.

KPM. (2018, September 24). Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved from Program
Kesihatan Pergigian: http://ohd.moh.gov.my/v3/index.php/ms/component/content/article/45-
faq/oral-health-faqs/15-oral-health-faqs

Rajaretnam, D. R. (2012, April 27). Kementerian kesihatan Malaysia. Retrieved from MyHealth:
http://www.myhealth.gov.my/kudis-buta/

Syahmi, A. (2015, March 20). Penyakit berjangkit. Retrieved from SlideShare.

16 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai