Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Penyakit Skabies adalah satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan hama
betina ataupun nama saintifiknya, Sarcoptes scabie yang menyebabkan infestasi pada
kulit. Penyakit skabies ini merupakan satu daripada penyakit yang tertua di dunia
dimana kewujudannya telah lama di ketahui serta di kaji oleh para saintis tentang
kewujudan dan cara pencegahannya.
Populasi untuk hama ini semakin bertambah apabila hama jantan dengan hama
betina melakukan proses persenyawaan. Selepas proses persenyawaan itu selesai,
kebiasaannya hama jantan akan mati. Setelah itu, hama betina akan menggali lubang
membentuk terowong ke dalam epidermis sampai ke dalam stratum korneum dan
lucidum di dalam kulit mangsa. Kecepatan hama ini menggali lubang adalah 1-5
mm/hari.
Sarcoptes Scabie terbentuk dalam filum Arthropoda, kelas Arachida, Ordo
Akrarima, super famili Sarcoptes. Jangkitan yang berlaku pada manusia disebut
Sarcoptes Scabies Var Hominis. Hama betina ini kebiasaannya kerap ditemui di
bahagian kulit yang nipis dan lembab, iaitu di sekitar celah-celah jari tangan, siku,
pergelangan tangan, bahu dan pada bahagian kemaluan. Hal ini kerana, suhu ini
bersesuaian dengan aktiviti pembiakannya.

PENYAKIT SKABIES
Penyakit skabies merupakan penyakit yang tertua di dunia sebagaimana yang
kita ketahui. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pakar-pakar perubatan untuk merawat
penyakit ini. Contohnya, kajian telah dilakukan terhadap parasite ini tentang bagaimana
ianya membiak, ciri-ciri penyakit serta rawatannya.
Sarcoptes Skabie merupakan tungau kecil yang berbentuk oval, punggungnya
cembung dan mempunyai bahagian perut yang rata. Tungau ini translusen, berwarna
putih kotor, dan tidak mempunyai mata. Secara amnya, hama mampu hidup di luar kulit
hanya 2-3 hari dan pada suhu persekitaran 211C. Ukuran bentuk hama betina adalah
diantara 330-450 mikron kali 250-350 mikro manakala ukuran hama jantan 200-240
mikro kali 150-200 mikro. Sirkulasi kehidupan hama dari telur sampai bentuk dewasa
memerlukan masa antara 8-12 hari.
Seterusnya, telur yang kemudiannya berkembang melalui stadium larva, nimpa,
dan kemudian menjadi kutu dewasa dalam masa 10-14 hari. Sirkulasi kehidupan kutu
betina ini kira-kira 30 hari. Jangkitan penyakit skabies ini terjadi di seluruh dunia
terutamanya negara miskin. Kes dikenalpasti lebih menjurus ke arah faktor imun dan
kebersihan diri setiap individu. Semua golongan boleh terkena jangkitan skabies tidak
mengira tua,muda, remaja dan kanak-kanak tetapi lebih kerap terjadi pada kanak-kanak
kerana faktor kebersihan diri yang tidak dijaga dengan sempurna.

PUNCA-PUNCA PENYAKIT SKABIES MEREBAK


Penyakit Skabies boleh disebarkan melalaui sentuhan langsung. Hal ini terjadi
apabila pesakit menggaru kawasan yang dijangkiti dan hama ini akan melekat pada
bawah kuku-kuku jari, seterusnya melakukan konteks dengan teman serumah dan
berpindah ke perumah yang baru. Skabies juga boleh berjangkit melalui perkongsian
barang seperti pakaian, alas,dan perabot. Selain itu, penyakit Skabies boleh disebarkan
melalui hubungan persetubuhan walaupun pesakit menggunakan kondom kerana ianya
dihantar dari kulit ke kulit di tempat-tempat selain daripada organ seks.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jangkitan skabies. Di antaranya
adalah seperti, keadaan ekonomi yang rendah di dalam sesebuah negara di mana faktor
persekitaran kurang dititikberatkan. Selain itu, kebersihan diri seseorang itu sangat
rendah menjadi satu.faktor penyakit ini semakin meluas. Statistik menyatakan negara
mundur lebih banyak menghidapi penyakit ini dibandingkan dengan negara maju.
Seperti yang kita tahu penyakit ini berpunca daripada kebersihan yang teruk begitulah
juga bagaimana hama ini senang menjangkiti manusia.
Dalam pada itu, hubungan seks yang sering bertukar ganti penyebab skabies
cepat tersebar kerana seperti yang kita tahu hama ini suka tinggal di bahagian kemaluan
manusia dan secara tidak lansung berpindah ke individu lain semasa melakukan
hubungan seks. Perlaksanaan dalam mendiagnosis dan rawatan yang kurang cekap
oleh pihak hospital menambah burukkan lagi jangkitan hama ini.
Di samping itu, kepadatan penduduk yang tinggi dalam sesebuah negara adalah
antara faktor skabies semakin meluas. Pengetahuan masyarakat tentang penyakit
skabies yang sangat cetek juga menjadi satu punca yang dapat dikenalpasti penyebab
skabies semakin berkembang. Hal ini kerana, masyarakat tidak ambil peduli tentang
3

kesihatan mereka sendiri dan juga tidak tahu bagaimana untuk mengelakkan dari tekena
jangkitan penyakit ini.

TANDA-TANDA JANGKITAN SKABIES


Jangkitan penyakit skabies ini boleh dilihat dengan ketara apabila seseorang itu
terkena jangkitannya. Pertama sekali, pesakit akan merasa gatal yang teruk pada
bahagian kulit yang terkena jangkit. Simptom ini menjadi lebih teruk pada waktu malam.
Hal ini kerana, suhu persekitaran yang sejuk dan sesuai untuk hama membiak.
Kedua, terdapat bintik-bintik kemerahan pada kulit yang dijangkiti. Hal ini terjadi
kerana aktiviti hama yang menggali kulit epidermis badan pesakit. Bintik itu adalah hasil
daripada kesan korekkan ataupun galian yang sudah dibuat oleh hama semasa aktiviti
menyimpan telurnya.
Ketiga, bintik-bintik kemerahan pada permukaan kulit terdapat biji-biji. Biji-biji ini
mengandungi cecair jernih pada kulit iaitu toksin yang menyebabkan gatal pada kulit.
Keempat, biji-biji yang mengandungi cecair jernih akan membentuk nanah. Ini
menyenangkan lagi jangkitan parasit serta bakteria lain memasuki badan. Secara tidak
lansung, ianya akan memudaratkan lagi kawasan jangkitan.
Kelima, apabila jangkitan sudah matang dimana sampai ke tahap jangkitan
parasit lain, pesakit akan mengalami demam. Hal ini kerana sistem imun yang ada telah
dilumpuhkan.

PENCARIAN LITERATURE
Penyakit skabies merupakan penyakit yang lama sudah di ketahui oleh
masyarakat di seluruh dunia. Penyakit ini merupakan penyakit yang sukar di hapuskan
kerana penyakit ini berkait rapat dengan kebersihan diri seseorang itu. Selain itu,
penyakit ini tergolong dalam penyaki berjangkit dimana ianya tidak menimbulkan
masalah yang besar kepada pesakit. Namun ianya boleh mengganggu pesakit dari
masa ke semasa kerana simptomnya yang boleh menyebabkan kegatalan pada
bahagian yang terlibat.
Globally bermula pada tahun 2009, dianggarkan yang 300 juta kes kudis berlaku
setiap tahun di seluruh negara. Terdapat banyak pihak menuntut angka ini salah dan
memandang rendah terhadap angka ini. Namun begitu, inilah hakikat yang harus
diterima. Perkara ini terjadi kerna kurangnya pengetahuan tentang penyakit ini.
Kira-kira 110% penduduk di dunia dianggarkan akan dijangkiti dengan kudis,
tetapi dalam populasi tertentu, kadar jangkitan mungkin adalah setinggi 5080%.
Anggaran ini boleh dianggap tinggi dan memerlukan semua pihak bekerjasama
menangani masalah ini
Dalam pada itu juga, Maunder (1983) turut menyatakan kira-kira 4 ke 6 minggu
selepas terinfeksi oleh parasit kecil Sarcoptei Scabiei ini, pesakit akan mula merasa
gatal-gatal dan cuba menggaru bahagian jangkitan. Selepas itu, ruam akan berlaku
akibat daripada perbuatan menggaru bahagian yang terjangkit. Pada kebiasaannya,
ruam kelihatan pada tangan,jari dan bahagian kaki.
Taplin (1986) telah menyatakan penyakit ini adalah disebabkan hama kecil yang
dinamakan Sarcotei Scabiei. Hama kecil ini membuat habitatnya di dalam lapisan
epidermal kulit manusia dengan membuat lubangpada kulit dan jika dilihat dengan mata
6

kasar ianya seakan-akan menyerupai benang yang halus berwarna putih bersama hama
yang berwarna keperangan. Menurut beliau juga, hama betina akan mengeluarkan 2 ke
3 biji telur dalam masa sehari selama 6 minggu. Hama ini lebih suka membiak pada
kawasan kulit lembab iaitu di pergelangan tangan, celah jari di bahagian kaki dalan pada
bahagian yang sukar dilihat iaitu di bawah ketiak perumah.
Menurut Dr. Peter Rudy dan Dr. Angus Nicol (1991) parasit skabies ini lebih
banyak di United Kingdom. Ini adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan yang
mempunyai lembab dan senang untuk parasit ini membiak. Penyakit ini mengjangkiti
manusia tidak mengira peringkat umur dan jantina. Pada kebiasaannya penyakit ini
selalu mengjangkiti orang yang tahap kebersihan diri yang rendah serta cara mandi
yang tidak sempurna. Selain itu , jangkitan boleh berlaku kepada orang lain akibat
daripda berhubung dengan kontaks yang berpanjangan contohnya tinggal serumah dan
menggunakan tuala yang sama.
Barnet dan Morse (1993) menyatakan untuk mendiagnos bahawa penyakit kulit
yang dialami seseorang pesakit itu adalah skabies kajian yang lebih terperinci perlu
dilakukan. Ini bagi membuktikan diagnosis dengan lebih tepat. Ujian menggunakan
mikroskop terhadap ruam yang ada pada pesakit akan dilakukan. Penyiasatan ini sangat
penting kerana data yang diperoleh melaui penyisatan ini akan menentukan rawatan
serta menghapuskan parasit skabies dari kontaks.

PENYAKIT SKABIES DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAH


Penyakit skabies sering kali berlaku kepada kanak-kanak terutamanya kepada
pelajar sekolah rendah yang tinggal di asrama. Hal ini berlaku kerana kurangnya
penjagaan kebersihan diri dikalangan mereka secara tidak langsung meningkatkan lagi
angka kejadian penyakit skabies di Malaysia, malahan diseluruh dunia. Jika ini
berterusan pembelajaran boleh terganggu dimana semua pelajar yang terkena jangkitan
merasa kurang selesa semasa pembelajaran berlangsung.
Kajian harus dilakukan bagi mengkaji tahap pengetahuan pelajar mengenai
penyakit skabies. Adalah diharapkan dengan adanya kajian ini langkah pencegahan
yang lebih dapat diambil dan dilakukan oleh pihak terlibat. Melalui kajian ini , punca
mengapa penyakit skabies masih belum dapat di bendung sedikit sebanyak akan
terjawab.
Penyakit ini kerap kali menyerang pelajar sekolah terutama sekolah berasrama.
Hal ini kerana, perkongsian barang-barang seperti kain tuala dan juga baju
memudahkan lagi pembiakkan hama berlaku.
Selain itu, persekitaran asrama yang kotor juga merupakan punca dimana
jangkitan senang berlaku. Hal ini kerana sikap pelajar itu sendiri yang malas untuk
mencuci baju serta kain tuala. Ini merupakan faktor penyumbang kepada jangkitan terus
merebak kepada pelajar lain.
Seterusnya, sentuhan langsung merupakan penyumbang utama penyakit ini
menjangkiti pelajar lain. Hal ini kerana, kawasan asrama yang sempit dimana para
pelajar akan berkongsi tilam serta tidur secara bersebelahan.

Perkara ini amat membimbangkan pelbagai pihak yang mengambil berat.


Pelbagai cara sudah di iktiharkan oleh pihak kementerian bagi menangani kes ini.
Namum begitu, perkara ini tetap tidak dapat dielakkan. Antaranya adalah, memberi
kemudahan fasiliti seperti meyediakan katil dimana satu katil untuk seorang pelajar.
Saringan kesihatan turut dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

INVESTIGASI

Biopsi kulit:

Biopsi kulit adalah satu teknik di mana biopsi satu luka pada kulit dan dihantar kepada
satu ahli patologi untuk menjalankan satu mikroskopik diagnosis. Ia biasanya dibuat di
bawah anestetik tempatan di pejabat seorang doktor, dan keputusan-keputusan boleh
didapati dalam 4 hingga 10 hari. Biasanya prosidur ini dilakukan oleh pakar dermatologi.

10

PENGURUSAN DAN RAWATAN PENYAKIT SKABIES


Rawatan penyakit skabies mesti melibatkan keseluruhan isi rumah itu atau
komuniti. Ini adalah untuk menghalang jangkitan semula daripada berlaku. Jangkitan
akan mula menunjukkan tanda-tanda dan gejala dalam 7 minggu pertama infestasi
skabis. Beberapa ubat-ubatan berkesan dalam merawat skabis.
Ubat yang digunakan untuk merawat infestasi skabis ini dinamakan sebagai
agen skabisida. Ubat ini kan digunakan untuk membunuh hama penyebab infestasi
skabis yang terdapat di atas permukaan kulit badan manusia. Doktor akan memberikan
perskripsi ubat skabisida untuk rawatan. Sebagai contoh, Emulsi Benzyl Benzoate 25 %,
Krim Crotamiton 10 %, Krim Lindane 0.5 %, Gamma Benzene Hcl 1%, Sulphur ointment
2.5% dan Syampu Malathion 1 %.
Losen Scabicide seharusnya digunakan ke atas semua bahagian-bahagian
badan dari leher ke bawah kaki dan jari-jari kaki. Kudis boleh menjejaskan muka kulit
kepala , dan leher, serta selebihnya badan bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, bayi-bayi
dan kanak-kanak perlu diberikan, losen scabicide dan digunakan ke atas keseluruhan
kepala mereka dan leher. Ubat berkenaan perlu digunakan selepas pesakit tersebut
mandi.
Setelah pesakit sembuh, pesakit dikehendaki menggunakan pakaian yang
bersih. Selain dari penjagaan kebersihan diri, kebersihan barangan harian yang
digunakan turut dititik beratkan. Contohnya, lapik tilam , pakaian , dan tuala yang
digunakan oleh orang atau isi rumah mereka, perlu direndam dalam air panas. Ini
adalah bertujuan bagi menghapuskan hama penyebab skabies ini.

11

PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT SKABIES


Pencegahan serta kawalan harus dilakukan bangi menangani penyakit ini dari
terus merebak. infestasi skabis ini boleh dicegah sekiranya kebersihan diri diutamakan.
Contohnya mandi dengan lebih kerap dengan sabun, dan pakai pakaian yang bersih
setiap hari.
Selain daripada itu, pertingkatkan lagi kualiti saringan kesihatan kepada pelajar
sekolah. Lakukan prosedur dengan lebih teliti. Kesan sebarang keabnormalan berlaku
ke atas pelajar-pelajar sekolah.
Sebagai tambahan, lakukan promosi kesihatan kepada semua sekolah. Bagi
ceramah kesihatan dalam bentuk yang lebih jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Di
samping itu, tambahkan ilmu pengetahuan para pelajar supaya mereka lebih peka
terhadap kesihatan mereka sendiri.
Seterusnya, elakkan dari berkongsi pakaian serta alatan dengan orang yang
terkena jangkitan penyakit ini. Ini bagi menghalang infestasi merebak kepada orang lain.
Selain itu, persekitaran yang bersih juga memainkan peranan dalam mencegah
infestasi

kudis

ini.

Pembersihan

pesekitaran

rumah

seperti

bergotong-royong

membersihkan halaman dan dalam rumah perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada
ianya merebak ke seluruh keluarga atau komuniti.
Selepas infestasi berlaku, kawalan terhadapnya akan dimulakan. Cuci alas tilam,
pakaian dan sarung bantal dengan merendamkannya di dalam air panas serta dicuci
dengan sabun dan akhirnya dijemur untuk membunuh hama penyebab kudis ini.
Lain daripada itu, elakkan diri dari menyentuh seseorang yang telah mengalami
kudis sebab ia akan merebak dengan cepat. Kawalan juga dilakukan dengan rawatan
12

seisi keluarga atau komuniti yang terlibat untuk mengurangkan kesan perebakan di
kalangna ahli keluarga atau komuniti.

13

RUMUSAN
Penyakit skabies merupakan satu penyakit yang tidak memudaratkan. Namun
begitu, penyakit ini akan menimbulkan reaksi seperti gatal yang menyebabkan perasaan
tidak selesa kepada pesakit.
Jangkitan bakteria sekunder akan berlaku, seperti impetigo jika jangkitan tidak
dirawat. Impetigo adalah jangkitan pada epidermis kulit yang disebabkan oleh infeksi
bakteria iaitu staph (staphylococci) bakteria atau sekali-sekala oleh strep
(streptokokus) bakteria.
Sejenis lagi bentuk kudis yang lebih dikenali dan lebih merbahaya adalah
skabies berkeruping,kebiasaannya mengjangkiti kumpulan-kumpulan yang berisiko
tinggi tertentu, seperti, pesakit leukemia dan HIV yang kronik dimana sistem imunitinya
yang rendah.
Oleh sebab itu, kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan.Cara hidup yang
sihat merupakan tonggak utama negara untuk lebih maju kehadapan seiring dengan
negara-negara maju yang lain.

14

RUJUKAN
1. Mounder, J. (1983), The Increase Of Scabies, Postgard (Muka Surat 198-202)
2. Taplin(1989), Cutaneous Infestation. In Modern Manage Management Of Skin
Disease(Muka Surat 18-25)
3. Dr.PETER Rudy And Dr. Angus Nicol(1991), Manual On Infections And
Immunization In Childrensecond Edition
4. Barnet, N.J And Morse (1993), The Resurgence Of Scabies
5.

3rd Edition Dermatology, Lionel Fry (Muka Surat 137)

6. Konsep Asas Patogenesis Penyakit Berjangkit, Tikki Pang (Muka Surat 68)
7. Lecture Notes Dermatology, Robin Graham-Brown Tony (Muka Surat 54)
8. Http://En.Wikipedia.Org/Wiki/Scabies

15

Anda mungkin juga menyukai