Anda di halaman 1dari 3

JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK

2) BUKAN RUTIN (Aras Tinggi)


1) RUTIN (Aras Rendah)
--> Tidak memerlukan murid
menggunakan kemahiran berfikir aras
tinggi. (Biasa kita gunakan)
CONTOH 1:
Maria membeli sekotak susu dengan
harga RM1.55 dan sebungkus biskut
dengan harga RM1.70.
Berapakah jumlah wang yang dibayar
oleh Maria?

--> Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.


--> Penyelesaian mungkin memerlukan lebih
daripada 1 cara bagi membuat keputusan dan
memilih operasi matematik.
CONTOH 2:
Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55
dan
sebungkus biskut dengan harga RM1.70.
Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual.
Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria
sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa
syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen?
Terangkan jawapan anda.

Zaman akan datang sangat-sangat mencabar.


Jumlah "A" bukan lagi perkara yang penting dlm pencapaian akademik. Yang penting bagaimana anak
anda mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah.
GAYA soalan ditanya untuk pelajar Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah sama sekali.

Soalan HOTs

Soalan LOTs (Lower Order

(Higher Order Thinking Skills)

Thinking Skills)
Zaman dulu soalannya mungkin seperti ini

Bundarkan 726 kepada


ratus yang terdekat?
Anak anda mungkin boleh faham dgn
pantas.

@cheguzam

Apakah nombor yang boleh


dibundarkan kepada 700?
Cuba anda fikir dan berikan jawapan dengan pantas.
Banyak jawapan bukan? Timbul rasa ragu?
Dan perlu berhenti untuk berfikir sekejap, bukan?
Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah.

Mungkin sebagai ibubapa, yang mungkin terbaca artikel ini, Apa tindakan kita untuk membantu anakanak?
Soalan berbentuk KBAT akan mula diajar pada sesi TAHUN 2014 ini.
PERSOALANNYA SEJAUH MANAKAH semua ibu bapa dudah TAHU tentang PENAMBAHAN ini?

Berikut disenaraikan 5 CIRI 'KBAT' @' HOTs'


@cheguzam

SKOP YANG LUAS


Pengetahuan Asas sebagai keperluan

FAKTA
Tidak Spesifik & merentasi matapelajaran

BERMAKNA
Boleh ditafsir dan Mencabar

STIMULUS
Situasi baru
Bukan lazim bagi murid
Memberi maklumat secukupnya kepada pelajar

RESPON MURID
Kepelbagaian
Boleh melibatkan lebih daripada 1 jawapan
MASIH TAK BEBERAPA FAHAM? Lihat contoh-contoh yg disediakan

CONTOH 1 : (Soalan Biasa ~ LOTs)

Berapakan nilai bagi 695 dibundarkan kepada ratus yang


terhampir?
Komen ;
Jawapan Bagi soalan ini adalah 700
Ada 1 jawapan sahaja
Soalan juga secara terus tanpa perlu banyak berfikir
CONTOH 2 : (Soalan ARAS TINGGI ~ HOTs)

Apakah nombor yang apabila dibundarkan kepada ratus yang


hampir adalah 700 ?
Komen ;
Jawapan mungkin adalah : 699,672, 681 , 633 dan banyak lagi
Yang penting pelajar tahu konsep asas "ratus terhampir"
Jawapan boleh jadi lebih daripada 1
Membantu pelajar lebih berfikir dlm situasi sebenar - setiap masalah dlm kehidupan
sebenarnya ada byk cara penyelesaian.
Moga anak2 generasi pewaris kita kelak menjadi insan di dunia & akhirat.

- See more at: http://cheguzam.blogspot.my/2014/06/kbat-panduan-dan-format-untukguru.html#sthash.VANkF7ny.dpuf

Anda mungkin juga menyukai