Anda di halaman 1dari 9

Bahagian A

[28 markah]
Jawab semua soalan dalam bahagian ini
1.
Seorang murid menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim,
m bagi satu bahan dengan isipadunya, V. Satu jisim berslot yang berjisim 50.0g direndam
secara perlahan ke dalam sebuah silinder penyukat yang mengandungi air. Susunan radas
bagi eksperimen adalah seperti ditunjukkan pada Rajah 1.1

Rajah 1.2 menunjukkan aras awal air, V0, di dalam silinder penyukat sebelum jisim berslot
direndam ke dalamnya.

Rajah 1.3 menunjukkan aras air di dalam silinder penyukat apabila jisim berslot 50.0g
direndam ke dalamnya.
Prosedur ini diulang dengan jisim, m = 100.0g, 150.0g, dan 250.0g. Aras air di dalam silinder
penyukat yang sepadan ditunjukkan pada Rajah 1.4, 1.5, 1.6, dan 1.7.

a)

Bagi eksperimen yang diterangkan, kenal pasti:


(i)

Pemboleh ubah dimanipulasikan.

(ii)

Pemboleh ubah bergerak balas.

(iii)

Pemboleh ubah dimalarkan

b)
Untuk bahagian soalan ini, tulis jawapan anda dalam ruang yang disediakan
dalam rajah-rajah yang sepadan.
(i)

Berdasarkan Rajah 1.2, rekod bacaan V0.

(ii)

Berdasarkan Rajah 1.3, 1.4, 1.5, 1.6, dan 1.7, cata bacaan Vi.

(iii)

Hitung V bagi setiap nilai Vi di 1(b)(ii), menggunakan formula


V=(Vi -V0)

c)

Jadualkan keputusan anda bagi semua nilai m, Vi dan V dalam ruang dibawah.

d)

Pada sehelai kertas graf, lukis graf V melawan m.

e)

Berdasarkan graf di 1(d), nyatakan hubungan antara V dengan m.

2.
Seorang murid menjalankan eksperimen dwicelah Young untuk menyiasat hubungan
antara jarak sebuah skrin dengan dwicelah, D dan jarak pemisah pinggir, X, dengan
menggunakan sumber cahaya merah. Keputusan eksperimen ini ditunjukkan oleh graf X
melawan D dalam Rajah 2.1.

a)

Berdasarkan graf pada Rajah 2.1:


(i)

Apakah yang akan berlaku kepada X apabila D bertambah?

(ii)

Tentukan nilai X apabila D = 1.10 m.


Tunjukkan pada graf itu bagaimana anda menentukan nilai X.
X = ________________

(iii)

Hitung kecerunan, h, bagi graf itu.


Tunjukkan pada graf bagaimana anda menentukan h.
h = _________________

b)

Panjang gelombang cahaya merah yang digunakan boleh ditentukan dengan


menggunakan formula :
= kh
dimana, h ialah kecerunan graf dan k ialah pemalar dengan nilai 5.0 x 10-4 m.
Hitung nilai dalam meter.

c)

Eksperimen ini diulang dengan menggunakan sumber cahaya biru.


(i)

Apakah yang berlaku kepada kecerunan graf, h?

(ii)

Beri satu sebab bagi jawapan di 2(c)(i).

(iii)

Nyatakan satu langkah berjaga-jaga yang perlu di ambil untuk


memperbaiki ketepatan bacaan dalam eksperimen ini.

Bahagian B
[12 markah]
Jawab mana-mana satu soalan dalam bahagian ini
3.

Rajah 3.1 (a) dan Rajah 3.2 (b) menunjukkan satu kamera dengan kedudukan kanta
cembung yang berbeza. Fotograf dalam Rajah 3.2(a) menunjukkan imej yang
terbentuk bagi dua buah kereta apabila kanta cembung bagi kamera berada pada
kedudukan seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.1(a). Fotograf dalam Rajah 3.2(b)
menunjukkan imej yang lebih besar terbentuk bagi kedua-dua buah kereta itu bila
kantang cembung bagi kamera lebih dekat kepada kereta seperti ditunjukkan dalam
Rajah 3.1(b)

Berdasarkan maklumat dan pemerhatian ini:


(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai.
(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai
(c) Dengan menggunakan radas seperti kanta cembung, kotak sinar dan lain-lain radas
yang sesuai, terangkan satu eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang dinyatakan di
3(b)
(i) Tujuan eksperimen
(ii) Pemboleh ubah dalam eksperimen.
(iii)
Senarai radas dan bahan.
(iv)Susunan radas
(v) Prosedur eksperimen yang mesti termasuk satu kaedah mengawal pemboleh
ubah dimanipulasikan dan satu kaedah mengukur pemboleh ubah bergerak
balas.
(vi)Cara untuk menjadualkan data.
(vii)
Cara untuk menganalisis data.

4.
Rajah 4.2 menunjukkan budak lelaki itu mengulang perbuatannya dengan jarak
kedua-dua kaki yang lebih jauh. Budak lelaki itu mendapati bila jarak kedua-dua kakinya
lebih jauh, jarak antara riak-riak air berkurang.

(a) Nyatakan satu inferens yang sesuai.


(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai.
(c) Dengan menggunakan radas seperti tangki riak dengan dua pencelup dan lain-lain
radas yang sesuai, terangkan satu eksperimen untuk menyiasat hipotesis yang
dinyatakan di 4(b)
Dalam penerangan anda, nyatakan dengan jelas perkara berikut:
(i) Tujuan eksperimen
(ii) Pemboleh ubah dalam eksperimen.
(iii)
Senarai radas dan bahan.
(iv)Susunan radas
(v) Prosedur eksperimen yang mesti termasuk satu kaedah mengawal pemboleh ubah
dimanipulasikan dan satu kaedah mengukur pemboleh ubah bergerak balas.
(vi)Cara untuk menjadualkan data.
(vii) Cara untuk menganalisis data.

Anda mungkin juga menyukai