Anda di halaman 1dari 2

Tajuk

Penulis
Penerbit
Tahun
Pengulas

: Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal


: Ibnuyaacob
: Moon Media Enterprise
: 2012
: Mohd Dahri Zakaria

Sinopsis:
Buku teori konspirasi ini membawa wacana perkaitan sebuah dinasti keluarga paling
bahaya dalam dunia sekarang, Rothschild, dari permulaan hidup yang sederhana
menjadi keluarga jutawan paling kaya dan terpengaruh seluruh dunia dan memberi
tekanan kepada setiap pemimpin berkuasa dunia. Hal ini tidak sahaja terikat kerana
wang dan kuasa keluarga berkuasa tetapi ia turut mengaitkan perjanjian yang lebih
purba dari tawarikh, iaitu Dajal Laknatullah sendiri. Ia bermula tentang seorang lelaki
Yahudi dari suku Ashkenazi yang mana seluruh keturunannya menguasai dunia
sehingga sekarang dari sisi belakang tabir dengan pengaruh dan kekayaan yang
luarbiasa selama lebih 200 tahun.
Ia memuatkan 22 bab dengan sebahagian besar daripada kandungan berkenaan
dipecahkan mengikut wilayah kekuasaan mereka serta hubungannya dengan
peristiwa-peristiwa besar dunia yang pernah berlaku. Perang Napoleon, Perang
Dunia Pertama, keruntuhan khalifah Uthmaniyyah, pensekularisasi Mesir,
penjajahan dunia, holocaust, Revolusi China, Revolusi Perancis, pemodenan Jepun,
penubuhan Arab Saudi, pembentukan Israel dan Palestin semuanya berkait rapat
dengan keturunan Rothschild.
Rothschild adalah nama dalam bahasa Jerman dan terdiri dari gabungan dua
perkataan iaitu Roth dan Schild. Menurut kamus nama Jerman, Roth bermaksud
rambut merah atau nama gelaran bagi individu lelaki berbangsa Yahudi suku
Ashkenazi yang mempunyai rambut merah. Manakala dalam kepercayaan klasik
Eropah, Roth adalah gelaran kepada kanak-kanak hasil sumbang mahram. Dalam
hujah buku ini, mereka mengambil hujah bahawa Roth itu bermaksud anak
sumbang mahram.
Schild adalah ungkapan yang dalam kamus Jerman membawa maksud seseorang
yang hebat yang tinggal di dalam sebuah rumah dan orang itu mempunyai tandatanda ketokohan yang tiada tolak bandingnya. Jika diteliti pada bunyi ungkapan
Schild, bunyinya hampir sama dengan Sayyad atau Said.
Dalam menterjemahkan teori ini, mereka mengambil hipotesis bahawa maksud
nama Schild sebenarnya merujuk kepada Dajjal yang tinggal di dalam sebuah biara
yang mana dirinya dijumpai oleh Tamim Ad-Dhari seperti mana yang dikhabarkan di
dalam hadith riwayat Imam Muslim.
Maka berdasarkan ketetapan takrifan tersebutlah mereka menyimpulkan bahawa
nama ROTHSCHILD sebenarnya bermaksud Dajjal si anak haram yang berambut
kemerahan yang tinggal di dalam sebuah tempat perlindungan.
Strategi Rothschild mudah, iaitu memanipulasi wang menerusi sistem perbankan
dan ekonomi. Apabila seseorang memerlukan wang, Rothschild datang menawarkan
bantuan pada kadar bunga yang tinggi. Langkah ini sahaja sudah cukup untuk

Rothschild memegang seseorang itu sehingga ke anak cucu cicitnya,


mengakibatnya dia bergantung 100% kepada hutang sehinggalah bankrap dan
tergadai semua harta.
Inilah yang berlaku kepada khalifah Uthmaniyyah sehingga menjadikan semua
negara dibawah naungan khalifah ini di jajah semasa perang dunia pertama dan
juga Mesir yang mengalami kebankrapan akibat hutang yang berlipat kali ganda.
Kita membicarakan sebuah negara yang muflis, bukannya syarikat. Jadi kesannya
ialah kepada penduduk secara keseluruhan, yang seterusnya mengakibatkan
negara tersebut berada sepenuhnya dibawah telunjuk Rothschild.
Antara bab yang sangat kontroversi dalam buku ini adalah bab 12, berkenaan
perkaitan perintis Salafi Muhammad bin Abdul Wahhab-Ibn Saud, keturunan
pemerintah kerajaan Arab Saudi sekarang dengan Illuminati/Freemason serta
penggerak kaum muda, Syed Jamaludin Afghani sebagai antara Ketua Lodge
Freemason yang memaparkan bagaimana bertahun-tahun di Malaysia, kelompok
yang membawa faham kaum tua masih bertahan menolak perjuangan kaum muda
atas sebab-sebab yang mereka sedari bahayanya.
Ia bermula bila Sheikh Muhammad Rasyid Redha, pengarang tafsir Al-Manar telah
mengeluarkan fatwa baru tentang keharusan dalam pengambilan riba untuk
kegunaan pemerintah dalam urusan pentadbirannya. Ijtihad ini telah mencetuskan
perdebatan dan perbahasan hangat dikalangan agamawan sehingga mencetuskan
konflik dan merintis kepada kewujudan dua puak yang masing-masing dinamakan
sebagai kaum muda dan kaum tua.
Penulisnya Ibnuyaacob menulis dengan telus dan ringan, menjadikan pembacaan
kita lancar dan jelas. Semua fakta diceritakan dengan cermat tanpa mendatangkan
keraguan terhadap kredibiliti penulis.
Buku yang menarik sebagai persuratan teori konspirasi ala Islam yang berkaitan
kuasa Yahudi-Zionis merancang peristiwa mendatang pada akhir zaman.

Anda mungkin juga menyukai