Anda di halaman 1dari 2

GUNUNG FUJI

Gunung Fuji ialah gunung tertinggi di Jepun, terletak di


sempadan Prefektur Shizuoka danYamanashi, di sebelah barat Tokyo. Gunung
Fuji terletak berhampiran perairan Pasifik di pusat Honshu. Fuji dikelilingi oleh
tiga kota iaitu Gotemba (timur), Fuji-Yoshida (utara) dan Fujinomiya (barat
daya).

Gunung Fuji adalah simbol Jepun yang terkenal dan sering digambarkan
dalam karya seni dan gambar, serta dikunjungi pendaki gunung mahupun
pelancong.

Gunung Fuji diperkirakan terbentuk sekitar 10,000 tahun yang lalu.


Sebuah gunung berapi yang kini masih aktif walaupun memiliki kemungkinan
letusan yang rendah, Fuji terakhir kali meletus pada tahun 1708 dan kini
dikategorikan sebagai gunung berapi pendam. Terdapat lima buah tasik di
sekeliling Fuji, yaitu Tasik Kawaguchi, Tasik Yamanaka, Tasik Sai, Tasik
Motosu dan Tasik Shoji.

Lebih kurang 200,000 orang mendaki Gunung Fuji setiap tahun dan 30%
antaranya adalah orang asing. Waktu yang paling popular bagi para pendaki
adalah dari 1 Julai hingga 27 Ogos iaitu ketika musim panas.

Pendakian boleh memakan masa dari 3 hingga 7 jam sementara penurunan


gunung mencapai sekitar 2 hingga 5 jam. Lazimnya, pendakian akan
diadakan pada waktu petang dan pendaki akan memastikan bahawa mereka
akan sampai di puncak Gunung Fuji sebelum matahari terbit.

Anda mungkin juga menyukai