Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI BIG

AIWON MAIDOL
BIG Fasa IV telah berlangsung selama 3 hari dua malam iaitu pada 29 Mac (Selasa) 31 Mac (Khamis) bertempat di SK Jeram Landak Kuala Lipis Pahang. Tema BIG pada kali
ini adalah Kemasyarakatan dimana melibatkan guru dan masyarakat pedalaman di SK
Jeram Landak. Unik nya BIG pada kali ini kerana kami dapat merasakan satu suasana
perkhemahan yang menarik dimana tapak perkhemahan adalah di tepi sungai dan di
kelilingi dengan hutan-hutan yang menyegarkan. Namun apa yang paling menggembirakan
saya adalah kami dapat bersama-sama dengan keluarga angkat selama setengah hari
untuk berjalan-jalan dalam kampung tersebut. Itu merupakan sebahagian kecil sahaja
pengalaman yang saya perolehi dan berikutnya adalah pengalaman yang saya perolehi
daripada keseluruhan Kursus Bina Insan Guru Fasa IV pada kali ini.
Seperti BIG sebelum ini, sesuatu program haruslah bermula daripada perancangan
terlebih dahulu. Perancangan yang kami lakukan adalah seperti pelantikan AJK Tertinggi
seperti Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan lain-lain. Selepas terbentuknya AJK
ini, kami telah membuat mesyuarat untuk perjalanan program ini. Antara perancangan awal
yang kami bincangkan dan telah pun dilaksanakan adalah baju seragam untuk BIG,
persembahan malam kebudayaan dan lain-lain. Apa yang ingin saya tekankan disini adalah
kerjasama daripada semua ahli sama ada yang memegang jawatan besar sehinggalah
memegang jawatan yang paling kecil. Setiap ahli perlu menjalankan tanggunjawab yang
dipikul serta sentiasa menyokong segala usaha-usaha yang dijalankan. Bukan lah
tanggungjawab AJK Tertinggi sahaja untuk melaksanakan urusan program tetapi AJK lain
seperti AJK Persembahan, AJK peralatan, AJK keselamatan turut sama-sama membantu
dalam menjayakan program ini.
Sebelum kami memulakan perjalanan ke SK Jeram Landak pada 29 Mac ( Selasa ),
kami telah membuat persiapan terakhir dimana semua barang yang perlu dibawa telah pun
siap di masukkan dalam kotak. Ini termasuklah barangan sumbangan seperti lapis tilam, jag
air, dapur gas dan lain-lain. Persiapan tersebut dilakukan pada waktu malam dalam jam 9-11
malam. Sesungguhnya, kesungguhan kami diuji pada masa tersebut kerana kami perlu
begerak pantas dan cepat bagi memastikan barang sempat dikemas. Ianya seakan-akan
dalam menyediakan barang-barang bagi mangsa banjir. Tenaga kami juga dikerah untuk
mengangkat dan mengemas barang-barang tersebut dalam satu tempat. Selesai sahaja,
kerja tersebut, kami membuat sedikit perbincangan tentang perjalanan pada hari esok. Kami
telah kembali ke bilik masing-masing dan selepas itu kami mula mengemas barang-barang
yang diperlukan untuk perkhemahan.

REFLEKSI BIG
AIWON MAIDOL
Apa yang saya belajar juga dalam persiapan terakhir sebelum perjalanan bermula pada
hari keesokan harinya ada tentang ketelitian kami tentang peralatan yang perlu dibawa
semasa program tersebut. Paling penting sekali adalah peralatan perkhemahan dan
seterusnya peralatan peribadi. Kami berjaya memastikan semua peralatan yang diperlukan
telah dibawa ke kawasan perkhemahan. Saling memberi peringatan kepada rakan
terutaman AJK Peralatan sangat diperlukan supaya tidak ada barang yang tertinggal.
Walaupun tapak perkhemahan adalah sekitar kuala lipis, tetap bas tidak menyediakan
pengangkutan untuk kali kedua bagi mengambil barang yang tertinggal. Oleh itu, kami telah
berusaha bersungguh-sungguh supaya semua kerperluan berjaya dibawa.
Pada keesokan harinya iaitu pada pukul 7 pagi, kami telah berkumpul di dataran bestari
untuk meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan iaitu SK Jeram Landak. Semua
barang telahpun dipunggah ke dalam bas dan ada beberapa barang lain dimasukkan dalam
kereta pensyarah. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit dan kami sampai ke
kawasan perkhemahan dalam pukul 9.30 pagi. Setiba di kawasan tersebut, kami telah
memasang khemah untuk tidur dan dua khemah untuk memasak. Pembinaan khemah ini
juga memberikan satu pengalaman baru kepada saya walaupun sebelum ini telah berkalikali saya mendirikan khemah. Pengalaman yang saya perolehi adalah cara memasang
khemah dengan kemas dan cantik dimana panjang kanvas sebelah kiri dan kanan daripada
bumbung khemah perlu sama, dan ikatan tali pada pancang tidak perlu panjang serta selari
untuk semua pancang. Pada mulanya, kami memasang khemah tidak seberapa cantik dan
ini sangat tidak disenangi oleh pensyarah iaitu Encik Sharuddin, dan selepas itu kami
terpaksa

membuka

khemah

tersebut

dan

memasangnya

semula.

Sama

seperti

perkhemahan sebelum ini, kerjasama daripada semua ahli adalah sangat penting supaya
khemah dapat dipasang dengan cepat, apatah lagi pada masa ini kerana cuaca sangat
panas apabila sampai pukul 12 tengah hari. Bukan itu sahaja, khemah memasak perlu cepat
didirikan bagi membolehkan petugas memasak dapat menjalankan tugasnya secepat
mungkin. Selain itu, jika ianya cepat disiapkan, aktivti seterusnya dapat dijalankan.
Selepas selesai sahaja mendirikan khemah, kami telah makan tengahari dan berehat
dalam beberapa minit. Selepas itu, barulah kami meneruskan aktivti yang seterusnya iaitu
membuat mural dalam bangunan sekolah seperti pusat sumber dan kantin sekolah. Kami
telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya aktivti dapat berjalan dengan lancar
dan sempurna. Semasa aktivti ini, kami sentiasa mengutamakan sikap tolong menolong dan
tidak mementingkan diri. Terdapat mural dan kerja-kerja lain yang boleh disiapkan cepat
oleh kumpulan lain. Selepas sahaja kumpulan lain menyiapkan mural mereka, kumpulan
tersebut perlu membantu kumpulan lain yang belum siap. Ini dapat mengeratkan lagi
hubungan antara kami dimana walapun berbeza agama, bahasa dan bangsa, kami dapat
2

REFLEKSI BIG
AIWON MAIDOL
membantu antara satu sama lain. Dalam aktivti ini juga, kami dapat merasakan
kegembiraan dalam membantu mencantikkan kawasan sekolah tersebut dengan mural yang
telah kami lukiskan. Kami berasa bangga kerana dapat meninggalkan kenangan di sekolah
tersebut. Kami sedar bahawa bukan tanggungjawab seorang guru sahaja dalam
mencantikkan sekolah tetapi memerlukan semua ahli organisasi perlu berjalan dengan
lancar dan bekerjasama antara satu sama lain.
Pada petang tersebut juga, AJK aktivti menjalankan aktivti senaman bagi murid-murid
di sekolah Jeram Landak. Walaupun saya tidak terlibat secara langsung dalam aktivti
tersebut, saya berasa sungguh terharu dengan usaha yang dilakukan oleh rakan-rakan saya
dimana mereka bersungguh-sungguh dalam menjayakan aktivti tersebut. Saya juga melihat
murid-murid sangat gembira untuk bersama-sama dengan rakan-rakan saya untuk
bersenam dan mengikuti aktivti yang dilakukan oleh mereka. Muzik yang digunakan sangat
sesuai dengan jiwa kanak-kanak sehingga saya sendiri dapat merasakan indahnya zaman
kanak-kanak saya sebelum ini. Kanak-kanak perlu dididik dengan baik dan penuh dengan
tanggungjawab supaya mereka menjadi insan yang berguna.
Selepas selesai aktivti tersebut, kami pun membuat persiapan diri seperti sembahyang
bagi kaum muslim, makan dan lain-lain. Tepat pukul 9 malam, kami telah membuat latihan
untuk persembahan kebudayaan pada keesokan harinya. Kekreatifan kami diuji dalam
bahagian ini kerana sesuatu persembahan yang menarik perlu lah dapat menarik perhatian
daripada penonoton. Semua rakan-rakan saya telah dibahagikan kepada beberapa
kumpulan, seperti tarian 1Malaysia, Tarian Sewang, Lakonan dan Nyanyian. Kami telah
berlatih bersungguh-sungguh pada malam tersebut supaya dapat menghasilkan suatu
persembahan yang menarik. Semua rakan-rakan saya dalam kumpulan mempunyai banyak
idea bernas yang disumbangkan dalam kumpulan. Walaupun terdapat banyak kekurangan
seperti speaker, microfon, pentas dan lain-lain, ianya tidak mematahkan semangat kami
untuk meneruskan latihan tersebut. Bagi kami, apa yang paling penting adalah dapat
membuat suatu persembahan sehabis baik dengan usaha yang paling tinggi kami
tunjukkan.
Selepas selesai persembahan tersebut, kami telahpun kembali ke khemah masingmasing untuk tidur. Namun tidak semua kami tidur dalam masa yang sama kerana ada
diantara kami yang ditugaskan untuk menjaga pada waktu malam ( Sentri ). Ini adalah sama
seperti perkhemahan sebelum ini. Ini demi memastikan keselamatan rakan-rakan lain
darpada gangguan yang tidak diingini. Kami dimaklumkan bahawa terdapat ular yang
sedang menetas sekitar kawasan tersebut. Tambahan pula, kawasan tersebut berdekatan
dengan sungai. Ini meninggikan lagi risiko keselamatan seperti serangan buaya, ular dan

REFLEKSI BIG
AIWON MAIDOL
haiwan-haiwan berbisa lain. Oleh itu kami sentiasa membuat rondaan dari masa ke semasa
bagi memastikan keselamatan sekitar kawasan perkhemahan terjaga.
Pada hari yang kedua ini, iaitu pada keesokan harinya, kami bermula berjalan kaki
daripada kawasan sekolah ke balai raya untuk program yang seterusnya iaitu bersama
keluarga angkat masing-masing. Ini adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh kami semua.
Pada mulanya memang rasa berdebar-debar. Ini kebiasaan kerana segan dengan keluarga
angkat. Saya faham perasaan rakan-rakan saya yang lain dimana mereka juga menghadapi
situasi yang sama. Tetapi saya memberanikan diri saya untuk bersama-sama dengan
keluarga angkat saya. Selepas diumumkan keluarga angkat tersebut di balai raya, kami pun
diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Saya dan rakan saya iaitu Yeow
berkongsi keluarga angkat. Pada mulanya memang segan kerana kami dibawa ke rumah
keluarga angkat. Bayangkanlah orang yang tidak pernah kita kenal, secara tiba-tiba menjadi
keluarga angkat kita. Namun, bak kata orang, jangan pernah mengalah, tak kenal maka tak
cinta. Saya dan rakan saya berusaha untuk membiasakan diri di rumah tersebut. Saya
bernasib baik kerana hanya bapa dan mama angkat sahaja tinggal di rumah tersebut,
jadinya segan yang kami rasakan berkurang.
Selepas dalam beberapa jam, akhirnya kami dapat membiasakan diri dalam rumah
tersebut. Keluarga angkat kami juga melayan kami sangat baik. Kami diberikan makanan
dan minuman. Pelbagai cerita yang kami kongsikan bersama tentang keluarga tersebut
seperti bilangan anak, kerja anak-anak, tempat tinggal anak-anak, aktivti harian keluarga
angkat, kisah zaman muda mereka, musim buah-buahan di kampung tersebut dan banyak
lagi. Komunikasi antara kami sangat baik walaupun terdapat sedikit perbezaan bahasa, kami
masih boleh memahaminya. Perbualan kami terhenti seketika selepas pukul 12 tengah hari
kerana kami perlu pulang ke kawasan perkhemahan untuk makan tengah hari dan untuk
mengambil barang sumbangan yang perlu diberikan kepada keluarga angkat. Tepat pukul 2
petang kami bergerak semula ke rumah keluarga angkat untuk memberikan sumbangan dan
meneruskan perbualan kami yang tergantung. Keluarga angkat kami sangat suka dengan
sumbangan yang diberikan. Walau pun mereka tidak lah terlalu miskin, kami dapat
merasakan bahawa merasa sangat menghargai sumbangan yang kami berikan.
Apa yang saya belajar daripada aktivti ini adalah, kita perlu berani dalam apa jua
keadaan. Dalam hidup ini, kita sentiasa berhadapan dengan suatu situasi yang baharu.
Kadang-kadang sebelum kita mencuba sesuatu yang baru, kita telah mengalah tanpa
mencuba. Kita perlu membiasakan sesuatu yang baru sama ada di tempat yang baru,
sistem yang baru dan apa-apa sahaja pembaharuan yang di lakukan. Selain itu, komunikasi,
sikap ramah dan pandai menjaga hati orang juga adalah pengalaman yang kami perolehi

REFLEKSI BIG
AIWON MAIDOL
disebalik aktivti ini. Sebagai anak angkat dalam sesebuah keluarga, kita perlu menjaga
tatasusila, perbuatan, percakapan dan banyak lagi agar tidak menyinggung perasaan
mereka. Ini juga demi menjaga keselesaan mereka dengan kehadiran kita.
Selesai sahaja aktivti tersebut, kami kembali ke tapak perkhemahan untuk aktivti
seterusnya iaitu memasak bersama warga SK dan Penduduk Kampung Jeram Landak.
Disamping aktivti memasak bersama, turut diadakan adalah aktivti riadah seperti Petanq,
Bola Sepak dan Bola Jaring. Aktvti ini dijalankan bersama-sama dengan penduduk kampung
SK Jeram Landak. Ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga IPG
dan Penduduk Kampung Jeram Landak. Dalam aktivti ini juga, kami belajar bekerja dalam
satu pasukan dimana sentiasa mengutamakan pasukan berbanding dengan diri sendiri.
Selapas makan malam, kami meneruskan aktivti malam kebudayaan. Pada masa ini lah
kami mempersembahan semua persembahan yang dilatih dalam malam kebudayaan. Majlis
penutupan juga turut dijalankan serentak dengan malam kebudayaan. Kami telah membuat
persembahan dengan penuh bersemangat dihadapan penduduk jeram landak dan VIP yang
hadir pada malam tersebut. Tidak banyak saya saya belajar daripada persembahan ini,
cuma apa yang penting adalah kita membuat persembahan sama seperti yang dirancang.
Walapun banyak kekurangan daripada majlis ini, ini menjadikan kami lebih matang dan
membuat penambahbaikan pada masa-masa yang akan datang.
Pada keesokan harinya, kami mengemas khemah masing-masing dan khemah dapur.
Kami juga menjalankan pembersihan di kawasan perkhemahan demi menjaga nama baik
IPG. Sampah telahpun dibuang ditempat yang sepatutnya dan segala peralatan telahpun
dikumpul dalam suatu tempat bagi memudahkan lagi barang tersebut diangkat
memandangkan hari tersebut kami akan kembali ke IPG. Tetapi sebelum itu, kami telah
melaksanakan sesi refleksi terlebih dahulu. Melalui sesi refleksi ini lah kami dapat
memberikan maklum balas ataupun berkongsi pengalaman sepanjang BIG dijalankan.
Secara keseluruhnnya, BIG pada kali ini sesungguhnya memberikan pengalaman yang
cukup manis dan berguna kepada saya dan rakan-rakan. Banyak ilmu yang kami perolehi
sama ada tersurat ataupun tersirat dimana hanya hati kami sahaja yang dapat
merasakannya. Kami berharap agar, kursus BIG seperti ini diteruskan lagi pada masa-masa
yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai