Anda di halaman 1dari 10

TEKS FORUM 2014

Pengerusi:

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Cetusan barakah buat hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Bertemu kembali dalam
Arena Forum Remaja buat sekian kalinya bagi mendiskusikan satu tajuk yang kian hangat
diperkatakan.

Hadirin sekalian, tidak molek rasanya jika saya tidak memperkenalkan tiga orang ahli panel kita
yang berdedikasi, bijaksana lagi berkarisma serta mempunyai lontaran idea yang bernas dan
bakal merungkai segala persoalan dan persepsi dalaman mengenai tajuk yang bakal kita
diskusikan bersama. Tanpa membuang masa, saya akan memperkenalkan ahli-ahli panel kita.

Di sebelah kanan saya, beliau kelihatan kacak dan tenang menempuh segala pancaroba. Itulah
Aiwon Maidol ahli panel pertama. Di sebelah kiri saya pula, beliau kelihatan manis dan pemalu.
Oleh sebab itulah beliau digelar Si Manis Pemalu. Itulah dia Aida Idayu ahli panel kedua kami.
Dan yang berada di hujung sana, beliau kelihatan cantik dan tenang selalu. Itulah Khuzierin ahli
panel ketiga.

Aiman kata Aiman tak kisah. Mawi kata aduh Saliha. Kami membawa modul bicara yang
berbunyi, Kecelaruan dan Krisis Identiti Remaja Melemahkan Bangsa bikisan wacara yang akal
kita diskusikan bersama.

Menurut laman sesawang Wikipedia, kecelaruan bermaksud kekusutan fikiran untuk membuat
keputusan dalam kehidupan. Fikiran akan bertambah kusut jika seseorang itu berada dalam
persekitaran yang tidak tenteram dan bising. Dalam diam-diam, mereka yang dilanda
kecelaruan akan mencari jalan pintas untuk mengatasinya dengan mengambil minuman keras,
berhibur dan mendengar muzik-muzik yang berunsurkan keganasan. Kesannya, akan
berlakunya krisis identiti terutamanya dalam kalangan remaja. Segala persoalan akan kita
rungkai dan kita kupas dalam Arena Forum Remaja 2012.

Baiklah, saya ingin mengajukan tunjang persoalan mengenai permasalahan ini daripada aspek
pegangan agama. Silakan wahai saudara.

Panel Pertama :

Terima kasih saudara pengerusi majlis. Selamat pagi dan salam sejahtera. Saudara, seperti
yang kita sedia maklum, setiap agama memandu penganutnya kearah kebaikan. Namun begitu,
agama dan fahaman merupakan dua perkara yang berbeza. Walaupun ajaran agama secara
jelas mengandungi nilai kemanusiaan yang tinggi selaras dengan fitrah manusia akan tetapi,
sesuatu fahaman boleh mengeksploitasikan nilai agama dan memesongkan manusia. Fahaman
modenisasi telah menyebabkan berlakunya krisis identiti dalam kalangan manusia tanpa
mengira apa-apa agama sekalipun. Oleh hal yang demikian, wujudlah sekularisme dan
dualisme yang mengasingkan ajaran agama dengan cara serta gaya hidup manusia. Sebagai
contoh, mana-mana agama di dunia ini tidak pernah menghalalkan perkahwinan sesama jenis.
Namun begitu, atas fahaman modenisasi, sekularisme dan liberalisme, masyarakat dunia kini
memperjuangkan hak golongan yang mahukan kebebasan berkahwin sesama gender.

Professor Doktor Syed Naquib Al-Attas pada tahun 1998 lagi telah meramalkan krisis identiti
menjadi masalah besar dalam kehidupan manusia. Kata beliau, ketidakfahaman manusia
terhadap agama yang dianutinya menyebabkan manusia hilang identiti tanpa mengira peringkat
umur. Tegasnya, remaja tercabut akar jati diri serta kabur hala tuju kehidupan sekali gus
menjadikan imej mereka semakin suram.

Selain itu saudara, banyak pendapat yang dikemukakan oleh ahli fikir dan ahli agama tentang
keruntuhan akhlak yang disebabkan hilang identiti agama. Secara global, para remaja yang
diasah dengan nilai murni sekalipun akan mudah terpengaruh dengan gaya hidup yang dibawa
oleh fahaman hedonisme. Rentetan itu, kita dapat saksikan remaja walaupun di negara China
yang begitu kuat dengan tradisi, hancur oleh globalisasi. Cara pemakaian mereka tiada
bezanya dengan pemuda di Las Vegas, London, Paris mahupun Tokyo. Jelaslah bahawa
kepincangan krisis identiti ini disebabkan oleh kelonggaran pegangan agama dalam setiap
masyarakat.

Pengerusi:

Ulasan pendapat yang begitu bernas sekali saudara. Memang benar seperti apa yang saudara
katakan sebentar tadi, pegangan agama penting agar remaja tidak terpesong ke arah
kejahatan.

Rasullullah s.a.w. telah bersabda dalam khutbah terakhir baginda yang berbunyi, Aku telah
meninggalkan dua perkara kepada kamu. Jika kamu berpegang kepada kedua-duanya,
nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya.

Dua perkara tersebut merupakan kitab suci al-Quran dan sunnah baginda.

Saya ingin bertanya kepada saudari Aida Idayu pula. Bagaimanakah institusi kekeluargaan turut
menjadi penyebab remaja mengalami kecelaruan dan krisis identiti. Silakan wahai saudari.

Panel Kedua :

Terima kasih saudara Pengerusi Majlis. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.Memang
tidak dapat dinafikan bahawa kelonggaran pegangan agama merupakan faktor prima
berlakunya kecelaruan dan krisis identiti dalam kalangan remaja .Memang tidak dapat dinafikan
bahawa kelonggaran pegangan agama merupakan faktor prima berlakunya kecelaruan dan
krisis identiti dalam kalangan remaja .Sebelum saya membicarakan aspek ini , cuba kita fikirkan
sejenak tentang fenomena yang kian menular pada era serba moden ini.
Hadirin sekalian , marilah kita sama-sama renungkan sejenak akan sebatang pohon yang
kering hidup di tanah yang gersang di bawah terikan mentari yang membakar diri serta
ketiadaan sumber air dan tidak dibajai untuk membantu pohon tersebut terus hidup di atas
muka bumi ini . Analogi ini dapat dikaitkan dengan kehidupan seorang remaja yang
keseorangan dek kehilangan kasih sayang serta perhatian daripada ibu bapa mereka.

Remaja digantung tidak bertali sehingga terpaksa membawa haluan sendiri ibarat layang-
layang terputus talinya. Hal ini demikian kerana, institusi keluarga yang rapuh merupakan faktor
utama remaja mengalami kecelaruan dan krisis identiti seterusnya terjerumus dalam kancah
gejala kuning. Sebagai contoh, pergaulan bebas, mencuri, membuli golongan yang lemah serta
aktiviti vandalisme yang sering dilakukan oleh golongan remaja sehingga masyarakat
memandang mereka sebagai ayam tak patuk, itik tak sudu yang membawa maksud, remaja
dipandang hina oleh masyarakat akibat tempias daripada kesibukan ibu bapa yang mengejar
kerjaya masing-masing. Bak Layang-layang Terputus Talinya. Anak yang menuntut pengisian,
belaian kasih sayang , perhatian dan bimbingan tidak merasakan limpahan rasa keibuan dan
kebapaan. Situasi seperti ini wujud kerana , ibu bapa kini rakus mengejar harta duniawi
sehingga menyebabkan ramai anak mengalami kecelaruan dan krisis identiti semenjak awal
umur lagi. Hal ini disebabkan, anak-anak tidak dapat berfikir secara matang dan rasional
tentang perkara yang ingin dilakukan kerana tiada bimbingan serta dorongan daripada ibu
bapa. Sesungguhnya, kerapuhan institusi kekeluargaan turut menyumbang kepada kecelaruan
dan krisis identiti remaja.

Sekian sahaja daripada saya. Saya serahkan kembali kepada saudara pengerusi.
Pengerusi:

Wah, begitu bersemangat sekali saudari melontarkan pandangan saudari sebentar tadi.
Kesimpulannya, ibu bapa yang tidak mempunyai ilmu dan keterampilan keibubapaan perlulah
berusaha untuk mencarinya. Hal ini demikian kerana, jika mereka tidak berbuat demikian, akan
wujudnya lompang dalam hati dan minda anak-anak. Seterusnya, anak-anak akan membentuk
minda, hati dan tinggkah-laku berasaskan persekitaran yang ada. Justeru, akan berlakunya
kecelaruan dan krisis identiti terutamanya dalam kalangan remaja.

Seterusnya, apakah pendapat saudari tentang kecelaruan dan krisis identiti remaja ini. Adakah
perkara ini juga berpunca daripada individu itu sendiri.

Panel Ketiga :

Terima kasih saudara pengerusi yang molek pekertinya membawa rasional persoalan.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dihormati, barisan
tetamu kehormat, kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain seterusnya
para hadirin yang dihormati sekalian. Selepas saya mendengar persoalan yang saudara ajukan,
saya teringat akan sabda Rasullullah s.a.w. yang berbunyi,

Jagalah dirimu baik-baik dan usahakanlah kemudiannya, kerana engkau dipandang manusia
bukan kerana rupa tetapi kerana kesempurnaan budi dan adab.

Pada pendapat saya, remaja merupakan tonggak utama dalam pembentukan sebuah negara
maju. Dengan ini, remaja wajar memahami akan tanggungjawab yang perlu dipikul agar dapat
melaksanakan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Sebaliknya, dalam keadaan remaja
yang mengalami kecelaruan dan krisis identiti, sudah pasti sukar untuk mereka memikulnya.
Hal ini demikian kerana, remaja ibarat ayam baru belajar berkokok kerana masih belum dapat
membezakan yang mana satu intan, yang mana satu kaca dalam kehidupan seharian mereka.
Keadaan sedemikian dapat dilihat melalui remaja yang telah dicabar egonya untuk melakukan
sesuatu perkara di luar jangkaan. Tamsilnya, ramai remaja yang mati katak akibat daripada
merempit di atas jalan raya. Selain itu, remaja yang mengalami kecelaruan dan krisis identiti
telah hanyut dalam kancah negatif kerana buntu untuk menentukan sesuatu keputusan
malahan mereka tidak berinovasi, tidak mempunyai daya saing serta hanya berfikir cenderung
ke arah hiburan semata-mata. Remaja ini ibarat kata, di dalam malam yang kelam, dipukul
ombak derita, kapal pecah sepuluh dan mereka lemas menggapai-gapai dan kerana malam itu
hatta tangan sendiri pun tidak terlihat. Tegasnya, cara pemikiran ini adalah antara faktor yang
menyebabkan masa depan remaja menjadi kelam seterusnya menyebabkan masalah
kecelaruan dan krisis identiti berlaku. Sekian sahaja saudara pengerusi.

Antara Aksi Ganas Mat Rempit

Pengerusi:

Terima kasih saudari. Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara sebentar tadi. Selain
menjadi tonggak yang prima dalam pembentukan sesebuah negara, remaja juga turut
diibaratkan sebagai tulang belakang pembangunan negara. Hal ini demikian kerana, remajalah
yang akan meneruskan kejayaan negara yang telah berjaya kita kecapi.

Hadirin sekalian, tiga persoalan telah Berjaya dirungkai oleh ahli-ahli panel kita. Masih berbaki
dua persoalan untuk dibincangkan. Saya tujukan persoalan ini kepada semua ahli panel.
Benarkah pengaruh rakan sebaya turut mempengaruhi remaja sehingga mereka dibelenggu
kecelaruan dan krisis identiti.
Panel Kedua :

Saudara pengerusi, izinkan saya memberi buah fikiran tentang persoalan yang ditujukan
sebentar tadi. Terima kasih saudara pengerusi. Hadirin sekalian, seperti yang kita semua
ketahui bahawa golongan remaja merupakan rantai zaman yang amat penting dalam
meneruskan kesinambungan tamadun manusia untuk terus membangunkan negara yang
berwawasan . Malahan , jika kita lihat dari sudut lain khususnya darsawarsa ini , rata-rata
remaja mengalami kecelaruan dan krisis identiti . Wahai hadirin sekalian, mengapakah isu
sedemikian boleh terjadi? Jawapannya, akhlak remaja kini kian luntur akibat pengaruh daripada
rakan sebaya. Keadaan sedemikian disebabkan, rakan sebaya boleh memberikan impak yang
besar dalam diri remaja kerana rakan merupakan insan yang paling rapat dengan diri remaja
lebih-lebih lagi bagi golongan remaja yang tinggal di asrama. Malangnya, remaja ibarat dahan
sekah, belatuk tumpang mati yang membawa maksud, mendapat susah apabila hilang tempat
bergantung. Remaja kini mudah terpengaruh apabila kurangnya perhatian serta pengawasan
daripada ibu bapa . Jadi , tidak hairanlah remaja kini lebih meluangkan masa bersama-sama
rakan sebaya. Remaja gemar menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak
berfaedah seperti melepak di tempat hiburan seperti kafe siber dan pusat beli-belah. Dari tinta
kaca yang sama , remaja kini pantang dicabar oleh rakan sebaya walaupun perkara tersebut
salah di sisi undang-undang dan membahayakan diri mereka. Sebagai contoh yang paling
ketara, kebanyakan remaja gemar menghisap rokok serta terlibat dalam aktiviti ponteng
sekolah. Maka sudah pasti individu ini akan mengalami keciciran dalam pemelajaran akibat
daripada aktiviti yang dilakukan . Hal ini sekali gus menyebabkan kita kehilangan modal insan
kelas pertama yang akan menerajui kecemerlangan negara Malaysia di persada global.Sekian
sahaja ulasan daripada saya. Terima kasih saudara pengerusi.

Panel Pertama :

Maafkan saya wahai saudara pengerusi, sebelum saudara membincangkan perkara ini dengan
lenih lanjut, izinkan saya menambahkan sedikit informasi.
Pengerusi:

Silakan wahai saudara. Saya amat mengalu-alukannya.

Panel Pertama :

Terima kasih saudara. Memang benar kata-kata saudari Najihah sebentar tadi. Selepas saya
meniti pandangan saudari kita sebentar tadi, saya teringat akan sebuah artikel yang saya baru
baca iaitu akhbar Berita Harian yang bertarikh 18 April 2012 bersamaan dengan hari Rabu yang
mengisahkan seorang ibu yang merupakan seorang tukang masak merayu agar anaknya
pulang setelah seminggu menghilangkan diri. Anak perempuannya yang bernama Fatemah
Atikah binti Mohd Nizam berusia 15 tahun pergi meninggalkan rumah pada awal pagi tanpa
memakai pakaian seragam sekolah meninggalkan sekeping nota yang disertakan dengan
harapan bahawa dia akan pulang apabila tiba masanya. Situasi seperti ini dapat dilihat melalui
keadaan Fatemah yang mangalami kecelaruan dan krisis identiti. Perkara ini jelas membuktikan
bahawa rakan sebaya member kesan yang amat besar dalam diri remaja.

Pengerusi:

Terima kasih wahai saudari dan saudara berdua. Apa yang dapat saya simpulkan adalah
pengaruh rakan sebaya dapat memberi impak yang besar kepada remaja. Jika remaja bijak
memilih rakan sebaya, ia akan mendorong mereka ke arah kebaikan begitu juga sebaliknya.

Saya lihat saudari Khuzierin sudah tidak sabar untuk berkongsi sesuatu bersama kami. Apakah
perkara yang ingin saudari kongsikan bersama?
Panel Ketiga :

Nampaknya begitulah wahai saudara. Izinkan saya menambah pandangan saya tentang
kecelaruan dan krisis identiti daripada aspek media massa.

Pengerusi:

Silakan wahai saudara.

Panel Ketiga :

Terima kasih saudara pengerusi. Hadirin sekalian,menurut Eric Ericsson yang merupakan pakar
psikologi yang mencipta teori tentang kecelaruan dan krisis identiti lazimnya dilalui individu
pada zaman remaja. Beliau telah membahaskan beberapa aspek berdasarkan masalah
kecelaruan dan krisis identiti antaranya konflik peranan seseorang terhadap penerimaan
masyarakat tentang dirinya. Remaja yang umum kita ketahui berperwatakan rapuh serta mudah
terikut-ikut. Justeru, media massa merupakan pengaruh yang kuat terhadap permasalahan ini
dalam kalangan remaja. Remaja mahu menonjolkan dirinya hebat serta mahu diterima oleh
pihak lain sama ada rakan sebaya, keluarga mahupun masyarakat. Media yang sering
memaparkan gaya hidup hedonism meruntun jiwa remaja yang inginkan kebebasan supaya
meniru idola dunia hiburan seperti penyanyi, watak dalam filem dan kumpulan-kumpulan rock.
Dengan itu, kita dapat lihat remaja kita berpakaian seperti kumpulan heavy metal, kumpulan
emo, trash, rap dan hiphop yang semuanya dipelopori budaya negatif malahan belakangan ini
gaya k-pop pula menjadi ikutan remaja kita semuanya ini ternyata akibat pengaruh media
massa. Satu Contoh Trend K-POP yang Menjadi Hit Dalam Kalangan Remaja ; PSY ''Oppa
Gangnam Style''
Pengerusi:

Pandangan yang begitu padat sekali saudari. Tuntasnya, media massa adalah antara
penyumbang utama berlakunya gejala sosial, mendatangkan keburukan dan membawa negatif
kepada remaja pada hari ini. Jika perkara ini masih berterusan dan tiada langkah yang drastik
untuk menanganinya, sudah tentu pada masa akan datang gejala-gejala buruk menjadi budaya
golongan muda. Sebagai hasilnya, lahirlah generasi yang umpama robot dan hanya
diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu.

Intihanya, masalah kecelaruan dan krisis identiti remaja terdapat banyak penyebabnya dan
kesannya amatlah buruk. Oleh itu, di sini saya ingin menyeru agar semua lapisan masyarakat
bekerjasama dan berganding bahu dalam mencegah perkara ini sebelum nasi sudah menjadi
bubur. Hal ini demikian kerana, mencegah lebih baik daripada mengubati. Cegahlah sebelum
terlambat agar modal insan kelas pertama yang berkualiti dapat dilahirkan. Pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.

Nampaknya masa tidak mencemburui kita kerana kita sempat membincangkan kesemua lima
persoalan yang sering menjadi pertikaian pada hari ini.

Hadirin sekalian, Arena Forum Remaja tamat di sini. Bukan untuk selamanya tetapi hanya buat
seketika. Segala perhatiam yang telah hadirin curahkan kepada kami amatlah kami hargai.

Anda mungkin juga menyukai