Anda di halaman 1dari 5

SOALAN 1

Seorang guru hendak menjalankan aktivti pengayaan berkaitan dengan kemahiran


mengenal pasti bentuk 3D. Jelaskan bagaimana aktivti boleh dilaksanakan bagi kemahiran
tersebut sekiranya bilik darjah mempunyai resos yang sangat terhad.
JAWAPAN.
Aktivti pengayaan adalah untuk murid-murid yang pandai dalam kelas perdana. Dalam
sesebuah kelas, terdapat 3 kateogori murid berdasarkan tahap mereka iaitu lemah,
sederhana dan bijak. Untuk murid yang lemah, guru akan menjalankan aktiviti pemulihan
kepada mereka, manakala murid sederhana akan diajar guru seperti biasa, dan murid
pandai akan diberikan latihan ataupun aktivti pengayaan oleh guru.
Oleh yang demikian, guru perlu bijak merancang aktivti pengayaan untuk murid pandai
ini. Guru perlu mengembangkan lagi pengetahuan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
Untuk topik 3D contohnya, antara aktivti yang boleh digunakan adalah mencipta robot
ataupun bangunan dengan menggunakan bentuk 3D. Aktivti ini sangat sesuai kepada murid
yang pandai dimana mereka telah menguasai konsep dan ciri-ciri bentuk 3D. Pengetahuan
yang ada pada mereka ini boleh diaplikasikan dalam penghasilan robot ataupun bangunan.
Jika dirujuk kepada Taksonomi Bloom, aras aktivti ini adalah terletak pada aras yang
tertinggi iaitu mencipta. Murid tidak sepatutnya diberikan latihan tambahan untuk aktivti
mengenali konsep dan ciri-ciri bentuk 3D. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat
guru yang lebih cenderung memberikan latihan tambahan supaya murid lebih ingat sesuatu
fakta ataupun konsep. Guru melakukan sedemikian supaya murid dapat menjawab lebih
baik dalam peperiksaan.
Namun begitu, antara isu wujud dalam menjalankan aktvti pengayaan ini adalah
kekurangan resos dalam pengajaran. Tetapi itu bukanlah halangan, guru boleh memikirkan
cara lain sama ada menggunakan resos ataupun lain-lain. Tetapi adalah lebih baik
menggunakan resos yang boleh dilihat, boleh disentuh dan boleh diterokai oleh murid serta
memberikan pengalaman secara langsung kepada murid. Dalam erti kata lain, aktivti kurang
baik jika dilakukan secara abstrak. Sebagai seorang guru, antara keperluan asas yang perlu
ada adalah kertas, mesin cetak, dan kemudahan internet. Melalui kemudahan ini, guru boleh
mengakses templet-templet bentuk 3D dalam internet dan mencetak templet tersebut.
Terpulang kepada guru sama ada menggunakan barang peribadi ataupun pihak sekolah.
Selepas templet ini di cetak, guru memberikannya kepada murid dan meminta mereka
sendiri menghasilkan bentuk 3D. Semasa membentuk kertas ini menjadi 3D, antara
pengetahuan yang mereka perlu ada memahami dan mengetahui bentangan untuk bentuk

3D kerana tempet tersebut adalah templet bentangan bentuk 3D. Guru tidak boleh memberi
tahu kepada murid bentuk 3D yang boleh dihasilkan oleh bentangan tersebut. Selain
daripada mengetahui bentangan 3D, murid juga perlu mengetahui ciri-ciri bentuk 3D seperti
bilangan permukaan. Selain daripada ciri itu, murid perlu menguasai ciri-bentuk 3D lain
seperti bilangan sisi dan bucu, supaya murid boleh mencongak apakah bentuk 3D yang
boleh dihasilkan darpada kertas tersebut. Selepas murid menghasilkan bentuk 3D tersebut,
mereka boleh menyambung aktivti dengan menghasilkan bangunan ataupun robot dengan
menggunakan

3D.

Sebagai

seorang

murid

yang

pintar

cerdas,

mereka

juga

mengaplikasikan pengetahuan mereka tentang kestabilan dalam mencipta bangunan


ataupun robot. Melalui aktivti ini juga, murid akan secara tidak langsung dapat mengingat
bentuk 3D, dapat mengenalpasti ciri-ciri bentuk 3D.
Aktivti seperti ini dapat memberikan cabaran yang lebih tinggi kepada murid. Kadangkadang murid tidak suka kepada sesuatu perkara yang dilakukan secara berulang-ulang.
Jika ini berlaku, lama kelamaan mereka akan hilang minat kepada pembelajaran. Atas
sebab itu lah kita perlu menjalankan aktivti pengayaan kepada murid seperti ini.

SOALAN 2 ( Jawapan)
Apa yang berlaku dalam situasi ini adalah cikgu salmah menghadapi masalah dimana
perbezaan tahap murid yang pintar cerdas dan lemah. Antara langkah yang boleh dilakukan
oleh cikgu Salmah adalah menjalankan aktivti pemulihan untuk murid lemah, dan aktivti
pengayaan untuk murid pintar cerdas.

Pemulihan
Untuk aktiviti pemulihan, konsep matematik tersebut perlu diajar dengan contoh-contoh
yang konkrit dan perlu diajar dengan mengaitkan pengajaran matematik itu dengan situasi
kehidupan sebenar murid-murid. Kemahiran dan penguasaan ilmu pedagogi perlu dimiliki
seoptimum mungkin oleh cikgu salmah agar mencapai sasaran dan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan deduktif dan induktif atau gabungan kedua-duanya digunakan
ketika mengajar dan diajar secara keseluruhan dahulu kemudian barulah beralih ke topiktopik kecil sesuatu tajuk. Sebagai contoh, dalam operasi tambah, guru perlu mengajar murid
proses penambahan 1, 2 dan 3 digit (mengikut tahap murid pemulihan) kemudian barulah
diajar operasi tambah 1 digit sehingga dapat dikuasai barulah beralih ke operasi tambah 2
digit dan seterusnya. Disamping itu, kandungan atau kehendak kurikulum yang digubal perlu
diketahui oleh cikgu salmah untuk kebaikan murid. Kemahiran mengajar dalam setiap topik
adalah sangat penting terutamanya dalam memberikan contoh-contoh yang konkrit dan
mudah difahami murid pemulihan serta berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran pemulihan
matematik seperti kesediaan belajar. Isi pembelajaran perlu bijak disusun mengikut aras dari
aras rendah ke aras yang tinggi malah, latihan yang diberikan juga perlulah menimbulkan
keseronokan kepada murid pemulihan untuk diselesaikan namun, latihan yang diberikan
tidak harus terlalu mudah hingga murid cepat menyiapkannya dan terlalu susah sehingga
menimbulkan kebosanan kepada murid.
Dari segi kontekstual, perkaitan topik baru dan pengetahuan sedia ada pada murid
pemulihan perlu dilakukan oleh cikgu Salmah. Murid perlu disogokkan dengan kaitan
matematik dengan situasi kehidupan yang sebenar. Sekiranya apa yang diajar hanya untuk
dihafal oleh murid, maka hasil pembelajaran hanyalah hafalan dan tidak bermakna. Guru
Pemulihan perlu mengajar dari mudah kepada sukar secara beransur-ansur agar aktivitiaktiviti pembelajaran itu selari dengan perkembangan kognitif mereka serta tidak
membosankan kerana sukar untuk diikuti dan difahami oleh murid pemulihan. Secara tidak
langsung, motivasi intrinsik dan ekstrinsik dapat dicapai, sekaligus memupuk kesedaran
murid untuk belajar sendiri. Pengajaran sesuatu konsep dalam matematik memerlukan
benda maujud bagi menimbulkan suasana yang tidak membosankan serta mudah difahami

oleh murid pemulihan apabila diperkenalkan kepada sesuatu konsep yang baru. Pengajaran
berdasarkan konsep konkrit ke abstrak sangat penting kerana murid sekolah rendah amnya
dan murid pemulihan khususnya tidak akan memahami hukum-hukum matematik
menyebabkan mereka hanya menghafal apa yang dipelajari dalam konsep-konsep
matematik. Aktiviti pengajaran

dan pembelajaran perlu

mengikut

kebolehan

dan

pengetahuan sedia ada murid untuk digabungjalinkan dengan kemahiran asas yang telah
dikuasai dengan kemahiran yang baru dipelajari.
Isi pelajaran perlu bermula dari mudah kepada kompleks, dari pengalaman sedia ada
kepada pengalaman baru dan daripada umum kepada spesifik. Penggunaan bahan
rangsangan perlu dipelbagaikan untuk menarik seterusnya mengekalkan minat murid untuk
terus belajar. Selain itu, guru perlu menggunakan teknik menyoal dan inkuiri penemuan agar
membangkitkan naluri ingin tahu di kalangan murid. Strategi pembelajaran berkumpulan dan
individu perlu diterapkan. Contohnya aktiviti perbincangan dalam kumpulan. Peneguhan
juga penting sebagai rangsangan dalam membantu kesediaan belajar murid untuk terus
belajar. Aktiviti kemahiran asas harus diberi secukupnya sebagai pengukuhan untuk
mempelajari kemahiran baru yang lebih kompleks. Bahan Bantu Mengajar (BBM) mestilah
menggunakan benda maujud agar dapat menarik perhatian murid serta menggunakan
teknologi seperti perisian komputer dalam mempertingkatkan kefahaman murid.

Pengayaan.
Cikgu Salmah perlu membuat perancangan yang rapi supaya aktiviti-aktiviti yang
dijalankan bersesuaian dengan murid-murid mengikut perkembangan umur dan
kebolehan
mereka.Sebagai panduan, aktiviti-aktiviti pengayaa yang hendak disediakan itu haruslah:
1. Bercorak belajar sendiri yang mengandungi arahan dan penerangan yang jelas
supaya murid dapat menjalankan tugasan tanpa banyak memerlukan banyak
tunjuk ajar daripada guru.
2. Menarik,mencabar dan sesuai dengan kebolehan minat dan bakat yang berbeza-beza.
3. Boleh berbentuk program harian atau projek yang mungkin mengambil masa
satu atau dua minggu.
4. Diletak atau disimpan di tempat yang mudah digunakan oleh murid-murid.
5. Mengandungi bahan-bahan yang dipelbagaikan sama ada dibuat sendiri atau
dibeli di pasaran. Sebaiknya,bahan-bahan itu mengandungi aktiviti yang
berkaitan dengan kemahiran yang telah dipelajari.

6. Memberikan masalah bukan rutin kepada murid.

Anda mungkin juga menyukai