Anda di halaman 1dari 6

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek

untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah


diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya
dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri
atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak atau bekas tersebut. Bahagian dinding kotak
dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema
diorama. Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang
sama seperti tema diorama.
Aktiviti seni dan kraf yang dilaksanakan ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih
menekankan proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran serta membentuk sifat
kerohanian, sikap dan nilai kanak-kanak. proses ini dapat menzahirkan idea-idea kreatif
mereka serta dapat memupuk minat dan memperkembangkan potensi dan bakat seni
kanak-kanak. Selain itu diorama juga boleh digunakan sebagai media ataupun bahan bantu
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
membantu murid-murid untuk membuat penerokaan, memperolehi pengalaman dan
membuat ekspresi.
Diorama adalah seni yang banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, ini secara langsung menunjukkan kepada kita bahawa unsur seni juga
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila kita menggunakan diorama. Seni
merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan
sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara,
seni tari dan seni lakon. Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran
seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007).
Apa yang uniknya penggunaan diorama ini dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah kita boleh menggabungkan beberapa unsur seni lain dalam persembahan diorama
seperti seni visual, seni muzik dan pergerakan yang sesuai dengan topik. Selain itu, diorama
juga menyokong teori 8 kecergasan pelbagai Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner
(1983). Penggunaan diorama ini juga banyak melibatkan murid secara aktif seperti
meneroka dan membina pengalaman serta membuat ekspresi terhadap situasi dan
pergerakan.
Sesuatu diorama yang dibuat dalam bentuk 3D sebenarnya memberikan gambaran
dan pengalaman secara tidak langsung kepada murid. Jika sebelum ini, murid hanya
banyak didedahkan dengan bahan maujud 2D, dan ini menyebabkan mereka tidak dapat
mengambarkan dengan lebih jelas sesuatu peristiwa itu berlaku. Dengan penggunaan
diorama yang mempunyai bentuk 3D dan bertema ianya dapat mewujudkan situasi sebenar.

Kita

boleh

lihat

daripada

persembahan

yang

kami

laksanakan

dimana,

ianya

menggambarkan habitat-habitat haiwan seperti atas pokok, bawah tanah, dalam air dan
dalam gua. Terdapat haiwan dan tempat tinggal yang dimasukkan dalam kotak dan
berbentuk 3D. Bandingkan dengan penggunaan gambar sahaja, ianya pasti lebih menarik
kerana murid boleh melihat haiwan dan tempat tinggal dalam pelbagai arah. Ini seakan-akan
menunjukkan bahawa apa yang mereka lihat adala suatu realiti dan bukannya imaginasi.
Walapun begitu, diorama ini mungkin boleh ditambah baik jika haiwan-haiwan tersebut boleh
berbunyi dan bergerak statik.
Selain daripada itu, murid juga dapat membina pengalaman tentang habitat haiwan
melalui penceritaan guru berdasarkan kepada diorama. Untuk menghidupkan lagi suasana
dan peristiwa sebenar diorama kami yang bertemakan habitat haiwan ini, kami telah
membuat kaedah penceritaan terhadap habitat-habitat haiwan. Dengan itu, murid bukan
sahaja melihat diorama tetapi juga mendapat pengalaman daripada penceritaan kami
tentang habitat haiwan melalui diorama. Kami percaya bahawa murid lebih berminat untuk
belajar jika mereka dapat menggunakan penglihatan dan pendengaran. Sambil mereka
melihat haiwan dalam diorama tersebut, mereka dapat membayangkan bahawa haiwanhaiwan tersebut berbicara melalui latar suara kami. Cara penceritaan guru yang
menggunakan suara kanak-kanak dan pelbagai intonasi seperti rendah, sederhana dan
tinggi menambahkan lagi minat dan kesornokan murid-murid.
Selain daripada itu, diorama ini juga dikatakan dapat memberikan pengalaman dan
membolehkan murid meneroka sendiri situasi tersebut. Sebenarnya, murid akan teruja
apabila melihat diorama yang kita hasilkan. Sebagai seorang kanak-kanak normal, mereka
mempunyai naluri untuk merasa dan menyentuh sesuatu benda yang mereka gemari.
Sesuai dengan keinginan murid tersebut, ianya sesuai dengan diorama yang telah kami
hasilkan dimana ianya boleh disentuh, malah boleh dialihkan kedudukannya contohnya
haiwan harimau dan tempat tinggalnya iaitu gua boleh dialihkan kedudukannya. Hiasan
dalaman diorama yang dihasilkan seakan-akan dalam hutan juga memberikan pengalaman
secara langsung kepada murid-murid. Mungkin sebelum ini murid tidak pernah ke hutan,
dan sebab itu mereka tidak tahu bagaiamana situasi hutan itu sendiri. Tetapi dengan adanya
diorama yang menggambarkan keadaan hutan yang mempunyai pelbagai habitat ini telah
memberikan pengalaman kepada murid tentang situasi dalam hutan. Ini juga merupakan
pengalaman yang berguna kepada murid.
Murid juga membina pengalaman apabila melibatkan diri dalam aktivti mencari haiwan
dan tempat tinggal. Semasa aktivti menyanyi, murid akan mencari haiwan yang tinggal
dalam habitat yang dinyatakan dalam lagu. Pengetahuan mereka tentang habitat haiwan

telah pun diperolehi semasa aktivti penceritaan tentang habitat haiwan. Oleh itu giliran murid
pula yang akan mencari sendiri haiwan yang tinggal dalam sesuatu habitat. Ini juga
membolehkan mereka membina pengalaman sendiri tentang habitat haiwan kerana mereka
yang melakukannya. Murid akan lebih ingat lebih lama sesuatu perkara jika pengetahuan itu
dibina daripada pengalaman mereka sendiri Disamping itu juga, pengalaman mereka juga
dibina melalui aktivti nyanyian. tempo dan lirik yang sesuai dengan kanak-kanak dapat
menarik lagi minat murid untuk sama-sama menyanyi. Begitu juga apabila murid membuat
pergerakan haiwan seperti monyet, burung dan lain-lain semasa menanyi. Pengalaman
mereka akan membina pengetahuan yang lebih kekal dalam ingatan mereka seperti habitat
haiwan, jenis-jenis haiwan, pergerakan haiwan dan semua ini diperolehi semasa penglibatan
mereka ataupun melalui penceritaan dan demonstrasi oleh guru.
Aplikasi seni diorama ini dalam pengajaran dan pembelajaran juga membolehkan murid
untuk membuat ekspresi. Seni diorama dalam pengajaran ini telah menyediakan matlamat
yang menarik dengan memberi peluang kepada murid untuk menemui potensi ekspresi diri
melalui perkataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Semasa persembahan diorama ini
dijalankan, terdapat banyak ekspresi yang dapat diluahkan murid. Kita boleh melihat
ekspresi yang mereka tunjukkan apabila melihat perubahan sikap mereka, tubuh badan
mereka, mimik muka dan lain-lain. Antara ekspresi yang mereka dapat luahkan semasa
melibatkan diri dalam persembahan diorama tadi adalah seperti ekspresi perasaan dan
emosi mereka. Apa yang saya lihat apabila murid melihat diorama yang kami hasilkan
mereka menunjukkan perasaan yang gembira dan seronok, emosi yang tenang dan teruja.
Ini menunjukkan bahawa murid menunjukkan reaksi kepada rangsangan iaitu diorama.
Selain itu, ini juga menunjukkan bahawa apa yang kami ingin sampaikan dalam diorama
tersebut dapat dirasai dan diperolehi oleh murid. Murid juga menunjukkan perasaan seronok
dan gembira semasa mendengar penceritaan kami yang menggunakan dunia dimensi
kanak-kanak seperti suara dan gerakan. Ini sangat sesuai bagi jiwa kanak-kanak. Selain itu,
muzik juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi sedalam mana
keindahan diorama itu dapat dirasai oleh jiwa murid. Elemen muzik yang harmoni, tenang
dan sesuai dengan jiwa murid ini disertakan dalam penceritaan dan nyanyian seterusnya
menimbulkan perasaan yang gembira dan tenang dalam kalangan murid.
Selain daripada ekspresi itu, terdapat lagi beberapa ekspresi yang dapat diluahkan
murid melalui penglibatan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran diorama ini.
Antaranya mereka dapat menunjukkan ekspresi secara lisan dan ekspresi reaksi. Perasaan
seronok dan gembira murid dapat diekspresikan secara lisan melaui nyanyian dan sorakan.
Sebagai contoh apabila mereka melihat diorama yang dihasilkan, mereka akan cuba
menunjukkan reaksi secara lisan seperti waaa cantiknya, waaa comelnya dan lain-lain.

Sorakan juga dapat menunjukkan bahawa murid dapat meluahkan ekspresi mereka secara
lisan seperti yeah dan horey.
Sebenarnya ekspresi yang ditunjukkan oleh murid adalah disebabkan mereka
memberikan respon kepada rangsangan yang di terima. Contohnya, rangsangan
persekitaran yang cantik, harmoni dan mendamaikan jiwa dapat membantu mereka untuk
meluahkan ekspresi yang positif. Jika rangsangan persekitaran yang diterima oleh murid
adalah sesuatu yang tidak selesa dan suram, ini akan menyebabkan mereka tidak dapat
meluahkan ekspresi mereka melalui perasaan dan emosi, namun kita hanya dapat melihat
bahawa perasaan dan emosi pada ketika itu tidak stabil dan mudah terganggu melaui mimik
muka dan pergerakan mereka. Dalam erti kata lain perasaan dan emosi yang negetif.
Penglibatan murid dalam aktivti kumpulan semasa persembahan diorama juga dapat
mewujudkan rangsangan sosiologi yang membantu murid meluahkan ekspresi mereka.
Rangsangan sosiologi ini diperolehi murid semasa aktivti berpasangan dan berkumpulan.
Jika mereka diterima dalam aktivti kumpulan dan berpasangan, mereka akan berasa
dihargai dan dapat menunjukkan ekspresi muka yang gembira dan seronok.
Secara keseluruhannya, penggunaan diorama yang kami gunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran berjaya menarik murid untuk meluahkan ekspresi mereka. Pertama sekali
apabila kami sebagai seorang guru memaparkan diorama tersebut kepada pelajar, sudah
tentu kita dapat lihat bahawa murid-murid sangat teruju. Perasaan teruja itu sendiri tanpa
mereka sedari bahawa mereka telah menunjukan reaksi yang seronok dapat melihat
diorama tersebut. Diorama yang cantik dan tersusun juga banyak mempengaruhi ekspresi
murid. Kita boleh menggambarkan perasaan murid pada ketika itu dengan melihat ekspresi
muka mereka. Ekspresi yang mereka tunjukkan juga adalah dipengaruhi oleh keindahan
diorama yang dapat menggambarkan situasi sebenar dalam hutan. Bayangkan lah jika
sebelum ini, murid tidak dapat merasai suasana hutan, tetapi dengan bantuan diorama yang
bertemakan hutan dan seakan-akan peristiwa tersebut adalah realiti, ini menjadikan
perasaan murid yang gembira dan seronok.
Selain daripada murid mendapat pengalaman dan dapat meluahkan ekspresi mereka,
diorama ini juga banyak membantu murid dalam meneroka sendiri tentang habitat haiwan.
Dalam perkataan lain meneroka juga melibatkan aktivti penyiasatan. Melaui diorama yang
kami hasilkan, murid akan membuat pemerhatian terlebih dahulu sebelum memulakan sesi
pengajaran. Melalui pemerhatian murid terhadap diorama tadi, ianya akan menimbulkan
perasaan ingin tahu tentang apakah yang berlaku dalam diorama tersebut. Selain itu,
penerokaan juga berlaku apabila murid-murid dapat memanipulasikan objek yang terdapat
dalam diorama seperti haiwan, tempat tinggal, tumbuhan laut dan batu-batu. Penerokaan

juga berlaku apabila murid-murid dapat menggambarkan dan menjelaskan perisitiwa yang
berlaku dalam diorama tersebut. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh membuat penerokaan
terhadap diorama yang kami hasilkan menggunakan pelbagai pancaindera. Contohnya,
murid akan mencari haiwan dan tempat tinggalnya melalui pemerhatian, murid meletakkan
haiwan di tempat tinggal yang betul melalui anggota tangan mereka.
Selain itu, diorama ini juga membolehkan murid untuk meneroka konsep ruang dan
tempat. Murid dapat melihat kehidupan haiwan-haiwan dan tempat tinggal haiwan tersebut.
Murid juga boleh bertanya soalan tentang kejadian atau peristiwa yang berlaku dalam
diorama tersebut. Tidak cukup dengan itu, penerokaan juga berlaku apabila murid-murid
mengikuti perjalanan cerita tentang seekor harimau yang sesat jalan. Murid akan meneroka
tempat-tempat tinggal haiwan yang ada di dalam hutan. Penerokaan ini banyak berkait
dengan pengalaman murid dimana semakin banyak murid meneroka, maka semakin banyak
pengalaman yang diperolehi oleh murid-murid. Dengan adanya aktitvti penerokaan terhadap
diorama ini, ianya boleh membantu mereka menghayati rasa keseronokan, kepuasan,
kegembiraan dan kejayaan.
Seni diorama yang digunakan dalam pengajaran ini memberi peluang kepada
seseorang murid untuk meningkatkan cara meneroka, memperoleh pengalaman dan
ekspresi melalui muzik, pergerakan dan seni visual. Justeru, ia membantu seseorang untuk
mencapai perubahan diri dan sosial mereka. Dengan cara ini membolehkan seseorang itu
membuat eksplorasi, menimba pengalaman dan meluahkan potensi diri, kreativiti dan
keupayaan diri. Seni diorama dalam pengajaran ini juga membantu menangani situasi yang
memerlukan penyelesaian secara kreatif di dalam disiplin yang lain. Ini adalah penting untuk
mengetahui keseluruhan interaksi yang kompleks, eksplorasi, memperoleh pengalaman dan
ekspresi di dalam sesebuah bidang dan mampu menggunakan ilmu itu dalam mengurus dan
merancang kegiatan mereka.
Daripada binaan diorama itu sendiri sehinggalah proses penyampaian guru dalam
kelas, terdapat banyak elemen seni yang diketengahkan seperti seni visual, seni reka
bantuk, seni tarian dan pergerakan, seni muzik dan banyak lagi. Melalui penglibatan murid
ini, mereka akan dapat meneroka keindahan dan kesitimewaan sesuatu seni itu. Apabila
mereka dapat merasakan seperti itu, secara langsung minat mereka akan bertambah dalam
aktivti pembelajaran. Selain itu mereka juga akan meneroka sendiri setiap unsur seni
tersebut melalui pemerhatian, pendengaran, sentuhan dan manipulasi objek, pertuturan dan
lain-lain. Penerokaan yang mereka lakukan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan
pengalaman mereka. Mereka akan lebih faham dan menghargai seni dalam kehidupan

mereka. Ini seterusnya dapat memupuk kekreatifan mereka dalam mencipta dan
merekabentuk sesuatu dengan memasukan unsur-unsur seni tadi.

Berdasarkan kepada huraian itu, saya berpendapat bahawa diorama yang kami
hasilkan ini dapat membantu murid dalam meneroka, memperoleh pengalaman dan
meluahkan ekspresi. Namun keberkesanan sesuatu diorama itu juga banyak bergantung
kepada seorang guru iaitu bagaimana guru menggunakan diorama tersebut dengan lebih
optimum. Walaupun sesuatu diorama tersebut sangat cantik, tetapi kaedah penyampaian
guru kurang baik, tidak jelas, dan tidak tersusu, ianya akan menjadikan diorama tersebut
tidak hidup. Oleh itu sebagai seorang guru, pembinaan diorama adalah digalakkan supaya
dapat menarik minat murid untuk belajar dan berusaha untuk menyampaikan diorama
tersebut dengan lebih menarik.
Terdapat banyak lagi jenis-jenis diorama yang ada di dunia ini. Ianya bergantung
akan keadaan bagaimana sesuatu diorama itu dihasilkan oleh karyawan-karyawan seni bagi
menggambarkan sesuatu, contohnya kejadian-kejadian setempat, luahan perasaan, dan
sebagainya kerana diorama adalah sesuatu seni yang unik dalam cara penyampaiannya
malahan dapat membantu serta menyampaikan sesuatu mesej kepada orang lain mahupun
luar dalam keadaan yang sangat harmoni. Disamping itu, konteks penyampaian ini amatlah
diperlukan kerana ianya banyak membantu dalam pembesaran kanak-kanak di masa
sekarang kerana ianya dapat memudahkan mereka menerima penyampaian atau
pembelajaran dengan lebih lancar dan efektif serta menggalakkan kemahiran berfikir dalam
proses pembelajaran dengan lebih berkesan.
Kesimpulannya, di harapkan melalui seni diorama ini ianya akan melahirkan individu
yang berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat
mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat
berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini. Seni dan falsafah menjadi faktor
terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan. Memang benar apabila seni dikatakan
sebagai agen perubahan masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu
masyarakat itu juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.

Anda mungkin juga menyukai