Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Minggu 3 (18/7/2017-22/7/2017)

1. Masalah

Isu yang saya akan fokuskan pada ini adalah momentum dan penambahbaikan
kaedah pengajaran yang saya jalankan. Dalam masa yang sama, saya perlu
mengekalkan budaya pembelajaran ini sepanjang praktikum. Selain itu, saya juga
meletakkan harapan supaya dapat meneruskan budaya pembelajaran ini walaupun
saya tamat praktikum nanti. Ini kerana budaya pembelajaran di kelas 3A khsusnya
agak kurang kondusif untuk pembelajaran abad ke-21. Sebagai contoh, mereka
kurang mahir dalam aktivti kumpulan, kurang diterapkan dengan kemahiran berfikir
dan beberapa aspek lain lagi. Oleh itu, fokus utama ini menjadi isu utama pada
minggun ini dengan terus membiasakan murid dengan kemahiran berfikir aras tinggi
dan kaedah pembelajaran abad ke-21.

2. Analisis

Masalah ini dianalisis berdasarkan kepada pemerhatian saya terhadap murid-


murid. Terdapat murid yang sudah biasa dengan kaedah pembelajaran kumpulan
ataupun pembelajaran kumpulan setalah empat minggu saya mengaplikasikannya di
dalam bilik darjah. Selain itu, saya juga menganalisis masalah ini dari aspek
keperluan murid dalam membina kemahiran yang sesuai dengan abad ke-21. Murid
perlu didedahkan dengan kemahiran memimpin, kerja berkumpulan, berfikir pada
aras tinggi dan pelbagai lagi.

Selain itu, analisis isu ini juga hasil perbincangan dengan pensyarah Major
dimana beliau memberikan pendapat supaya saya perlu meneruskan momentum
kaedah pengajaran yang saya aplikasikan. Ini penting supaya, bukan sahaja saya
mengaplikasikan kaedah tersebut semasa penyeliaan pensyarah tetapi perlu
menerapkannya dalam semua PdPc yang dijalankan. Begitu juga dengan sistem
ganjaran, beliau melihat ini merupakan satu kaedah yang baik dan perlu diteruskan
bagi murid.

3. Cadangan Penambahbaikan

Cadangan penambahbaikan yang saya cadangkan pada minggu ini adalah saya
akan sentiasa memantau perkembangan murid dari aspek sikap dan tingkahlaku
mereka terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran saya. Selain itu, saya juga
akan sentiasa meningkatkan mutu pengajaran saya melalui pembacaan dan sumber-
sumber lain tentang pembelajaran abad ke-21 dan penerapan kemahiran berfikir
dalam kalangan murid.
Selain itu, Saya juga bercadang untuk membuat pengajaran berpasangan
dengan rakan praktikum pada minggu ini supaya saya boleh mendapat refleksi
daripadanya. Ini adalah bertujuan supaya saya boleh menambahbaik kelemahan
yang dapat dikenalpasti.

4. Tempoh Masa

Tempoh masa yang saya cadangkan untuk mengatasi masalah ini sepenuhnya adalah
selama 4 minggu. Tempoh ini agak panjang memandangkan hasil yang saya ingin lihat
adalah perubahan budaya pembelajaran murid, sikap murid dan juga respon mereka
terhadap PdPc yang saya jalankan. Tempoh ini juga agak panjang memandangkan ini
merupakan isu utama yang saya ketengahkan sepanjang praktikum di sekolah ini.

5. Peniliaian Kejayaan.

Saya akan menilai kejayaan ini berdasarkan kepada ulasan pensyarah khususnya
pensyarah Major. Selain itu, saya juga akan sendiri meniliai bagaimana kaedah
pembelajaran yang saya jalankan dapat mengubah corak pembelajaran murid.

6. Tindakan Susulan

Selepas menulis jurnal ini, saya akan mengekalkan momentum kaedah pengajaran
dan sentiasa menambahbaik kaedah pengajaran yang saya jalankan. Saya akan
mengandakan usaha saya untuk selama empat minggu ini untuk memastikan
keberkesanan cadangan penambahbaikan yang saya nyatakan.

Anda mungkin juga menyukai