Anda di halaman 1dari 26

Kalkulus Asas|100

UNIT PELAJARAN 4
HAD DAN KESELANJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1.

Menerangkan pengertian had f ( x) l .

2.

Mengenalpasti kes had tak wujud.

3.

Menerangkan had di ketakterhinggaan.

4.

Mencari had dengan menggunakan teorem-teorem had.

5.

Menerangkan takrif had secara formal.

6.

Mengenalpasti keselanjaran fungsi pada suatu titik tertentu.

x x0

Unit 4 Had dan Keselanjaran |101

PENGENALAN
ad sesuatu fungsi adalah satu konsep asas yang perlu difahami dalam pembelajaran

kalkulus. Konsep had dan keselanjaran mula dipelopori oleh Sir Isaac Newton (1642
1727) dan Baron Gottfried Wilhelm Leibnitz (1646 1716). Beberapa ahli matematik
lain seperti Agustin Louis Cauchy (1786 1857) dan Karl Weierstrass (1815 1897)
telah menyempurnakan konsep had ini dan digunakan sehingga ke hari ini.
Konsep had ini sangat penting dan banyak digunakan terutamanya ketika melakarkan
graf fungsi-fungsi nisbah. Selain itu konsep had juga digunakan dalam mentakrifkan

pembezaan atau pengamiran sesuatu fungsi. Ramai pelajar mendapati konsepnya sukar difahami
terutama sekali bagi mereka yang baru pertama kali mempelajarinya. Pelajar-pelajar dinasihatkan
supaya mempelajari takrifnya berulang-ulang kali dari pelbagai aspek.

Layari Laman Web untuk nota tambahan mengenai had dan keselanjaran:
http://www.intuitive-calculus.com/limits-and-continuity.html

Kalkulus Asas|102

4.1

Had

Had digunakan untuk menerangkan perubahan yang berlaku bagi suatu fungsi apabila nilai
pembolehubah tak bersandar menghampiri suatu nilai tertentu. Pertimbangkan fungsi
f ( x)

sin x
.
x

Fungsi ini tidak tertakrif apabila x 0 , tetapi perlu juga diketahui apa yang akan berlaku kepada
nilai f (x) apabila x bergerak di sepanjang paksi- x menghampiri nilai 0. Jadual 4.1 di bawah
memberikan nilai-nilai f (x) pada titik-titik berturutan di sepanjang paksi- x positif menghampiri
x 0.

Jadual 4.1: Nilai

sin x
apabila x menghampiri 0 dari sebelah kanan
x

0.0001

0.001

0.01

0.1

f (x)

0.9999999

0.9999998

0.9999833

0.9983342

0.8414709

Keputusan ini mencadangkan bahawa nilai f (x) menghampiri 1. Nombor 1 ini disebut sebagai
had bagi

sin x
apabila x menghampri 0 dari sebelah kanan, dan ditulis
x
had

x 0

sin x
1
x

Seterusnya, dengan cara yang sama, kita boleh mengetahui apakah yang akan berlaku kepada
f ( x)

sin x
x

Apabila x menghampri 0 dari sebelah kiri. Jadual 4.2 memberikan jawapan kepada persoalan ini.

Unit 4 Had dan Keselanjaran |103

Jadual 4.2: Nilai

x
f (x)

sin x
apabila x menghampiri 0 dari sebelah kiri
x

1.0

0.1

0.01

0.001

0.0001

0.8414709

0.9983342

0.9999833

0.9999998

0.9999999

Daripada jadual 4.2, kita boleh simpulkan bahawa nilai f (x) menghampiri 1 apabila x
menghampiri 0 dari sebelah kiri, dan ditulis
sin x
1
x

had

x 0

Takrif 4.1 (Had kanan)


Jika nilai f (x) menghampiri nombor l1 apabila x menghampiri x 0 dari sebelah kanan, maka
ditulis
yang dibaca sebagai had f (x) apabila x menghampiri x 0 dari sebelah kanan bersamaan
dengan l1.

had f ( x) l1

x x0

Takrif 4.2 (Had kiri)


Jika nilai f (x) menghampiri nombor l2 apabila x menghampiri x 0 dari sebelah kiri, maka
ditulis

had f ( x) l 2

x x0

yang dibaca sebagai had f (x) apabila x menghampiri x 0 dari sebelah kiri bersamaan
dengan l2.

Kalkulus Asas|104

Takrif 4.3 (Had suatu fungsi)


Jika had dari sebelah kiri dan had dari sebelah kanan bagi f (x) mempunyai nilai yang sama,
iaitu

had f ( x) had f ( x) l

x x0

x x0

maka had f ( x) wujud dan ditulis


x x0

had f ( x) l
x x0

Contoh 4.1
Diberi f ( x) x 2 jika x 1 dan f (1) 0 . Cari;
a)

had f ( x)

b)

had f ( x)

c)

had f ( x)

x 1

x 1

x 1

Penyelesaian:
Graf f mengandungi titik (1, 0) dan titik-titik pada graf y x 2 kecuali titik (1, 3), seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 4.1.
y
5
4
3
2
1
x
-2

-1

1
-1

Rajah 4.1

Unit 4 Had dan Keselanjaran |105

Didapati bahawa
a)

had f ( x) 3

b)

had f ( x) 3

c)

Oleh kerana had f ( x) had f ( x) 3 , maka had f ( x) 3

x 1

x 1

x 1

x 1

x 1

Latihan Formatif 4.1

1.

Berdasarkan Rajah 4.2 , cari


a)

had f ( x)

b)

had f ( x)

c)

had f ( x)

d)

had f ( x)

x 1

x 1

x2

x3

y f (x)
x
1

Rajah 4.2

Kalkulus Asas|106

2 x , x 2
4. Lakarkan graf f ( x) 2
dan cari had-had berikut.
x , x 2
a.
b.

4.2

had f ( x)

x 2

had f ( x)

x 2

c.

had f ( x)

d.

had f ( x)

x2

x1

Kes had tak wujud

Terdapat dua keadaan yang mana had f ( x) tak wujud:


x x0

Jika had dari sebelah kiri dan had dari sebelah kanan bagi f(x) tidak mempunyai nilai yang
sama, iaitu

had f ( x) had f ( x)

x x0

x x0

maka had f ( x) tak wujud.


x x0

Jika had suatu fungsi apabila

x x0 , x x0 , atau x x0
tidak dapat dipastikan. Jika had tidak ada, maka disebut had tak wujud.

Unit 4 Had dan Keselanjaran |107

Contoh 4.2

Lakarkan graf y

1
1
. Seterusnya dapatkan had 2 .
2
x0 x
x

Penyelesaian:

Graf bagi y

1
diberikan dalam Rajah 4.3. Perhatikan bahawa apabila x menghampiri 0 dari
x2

sebelah kiri atau sebelah kanan, fungsi ini menokok tanpa batas. Maka,
had
x 0

1

x2

.
had
x0

1
1
tidak wujud kerana y 2 menokok tanpa batas apabila x menghampiri 0.
2
x
x

y
4

1
x2

3
2
1
x
-4

-3

-2

-1

1
-1

Rajah 4.3

Kalkulus Asas|108

Latihan Formatif 4.2

x 2 1 , x 1
1. Lakarkan graf f ( x)
dan cari had-had berikut.
x

1
3
x

1
,

a) had f ( x)
x 1

b) had f ( x)
x 1

c) had f ( x)
x 1

d) had f ( x)
x1

2. Tentukan sama ada had


x 3

3
wujud.
x3

|x|
tak wujud.
x 0 x

3. Tunjukkan bahawa had

4.3

Had di ketakterhinggaan

Had juga boleh digunakan untuk menggambarkan kelakuan sesuatu fungsi apabila pembolehubah
tak bersandar bergerak menjauhi asalan di sepanjang paksi-x. Jika x dibiarkan menokok tanpa
batas, x dikatakan menghampiri positif ketakterhinggaan dan ditulis sebagai x . Sebaliknya,
jika x dibiarkan menyusut tanpa batas, x dikatakan menghampiri negatif ketakterhinggaan dan
ditulis sebagai x .
Katakan had bagi f(x) apabila x menghampiri positif ketakterhinggaan ialah l, dengan l suatu
nombor nyata. Pernyataan ini boleh ditulis sebagai

Unit 4 Had dan Keselanjaran |109

had f ( x) l .
x

Garis y = l merupakan garis asimptot mengufuk untuk f(x).

Contoh 4.3

Lakarkan graf y

3
3
3
. Seterusnya dapatkan had dan had .
x x
x x
x

Penyelesaian:
y

3
x

6
4
2
x
-8

-6

-4

-2

-2
-4
-6
-8

Rajah 4.4
Graf bagi y

3
digambarkan dalam Rajah 4.4. Perhatikan bahawa fungsi ini tidak
x

tertakrif apabila x 0 . Perhatikan juga bahawa apabila x semakin monokok


menghampiri , nilai f (x) menghampiri 0. Maka,

had

3
0.
x

Dengan cara yang sama, apabila x semakin menyusut menghampiri , nilai f (x)
menghampiri 0. Maka,

3
0.
x x
had

Kalkulus Asas|110

Contoh 4.4

Tentukan had (7 x 5 4 x 3 2 x 9) .
x

Penyelesaian:

had (7 x 5 4 x 3 2 x 9) had 7 x 5 .

(Nota: Had bagi suatu fungsi polinomial boleh ditentukan dengan mengira had sebutan
yang mempunyai kuasa tertinggi).
Contoh 4.5

Tentukan had

3x 5
.
6x 8

Penyelesaian:

Bahagikan setiap ungkapan pada pengangka dan penyebut dengan pembolehubah x yang
mempunyai kuasa tertinggi. Untuk contoh ini, kuasa x tertinggi adalah satu iaitu x1 x .
Maka

5
3x 5
x 1.
had
had
x 6 x 8
x
8 2
6
x
3

Unit 4 Had dan Keselanjaran |111

Latihan Formatif 4.3

1. Berdasarkan Rajah 4.5, cari


a)

b)

had f ( x)

had f ( x)

y
8
6
4
2
x
-8

-6

-4

-2

2
-2
-4
-6
-8

Rajah 4.5

2. Tentukan had (4 x 8 17 x 3 2 x 1) .
x

6 x 3 2 x 2 5x
.
x 12 x 3 7 x 8 x

3. Tentukan had

4. Tentukan had
x

5 x 4 3x 2 2
.
2x3 4x 7

Kalkulus Asas|112

4.4 Kaedah pengiraan had


Dalam Bahagian 4.1, kita telah perhatikan bahawa had fungsi f (x) apabila x meghampiri a
tidak bergantung kepada nilai f pada x a . Walau bagaimanapun, boleh juga berlaku had
tersebut diberi dengan tepat oleh f (a) . Dalam kes ini, had suatu fungsi boleh dinilai secara
penggantian terus iaitu:
had f ( x) f (a) .
x a

Teorem 4.1 (Sifat Asas Had)


Misalkan a, k dan n ialah nombor-nombor nyata, maka
a) had k k
x a

b) had x a
x a

c) had x n a n
x a

Teorem 4.2 (Sifat Had)


Misalkan had mewakili had-had
had , had , had , had atau had
x a

x a

x a

Jika had f (x) dan had g (x) kedua-duanya wujud, maka


a) had [kf ( x)] k had f ( x) ; k pemalar
b) had [ f ( x) g ( x)] had f ( x) had g ( x)
c) had [ f ( x) g ( x)] had f ( x) had g ( x)
d) had

f ( x) had f ( x)

, dengan syarat g ( x) 0
g ( x) had g ( x)

Unit 4 Had dan Keselanjaran |113

e) had [ f ( x)]n had f ( x)

f)

had n f ( x) n had f ( x) , dengan syarat had f ( x) 0 jika n genap.

Teorem 4.3 (Had bagi fungsi trigonometri)


Untuk setiap nombor nyata c yang tertakrif dalam domain
a) had sin t sin c
t c

b) had kos t kos c


t c

c) had tan t tan c


t c

d) had kot t kot c


t c

e) had sek t sek c


t c

f) had kosek t kosek c


t c

Teorem 4.4 (Had bagi fungsi trigonometri khas)


a) had

sin t
1
t

b) had

1 kos t
0
t

t 0

t 0

Kalkulus Asas|114

Contoh 4.6

Dapatkan had bagi setiap ungkapan berikut:


a)

had (5 x)

b)

had (3x 5)

c)

had (5 x 2 2 x 3)

d)

had

e)

had x sin x

f)

x2 1
had
x 1 1 x

g)

had

x0

x 2

x 3

5x 2 4

x 2

x 0

x 0

sin 3x
.
x

Penyelesaian:

a)

b)

had (5x) 5 had x 5(0) 0 .


x 0

x 0

had (3x 5) 3 had x had 5 3(2) 5 11.

x 2

x 2

x 2

c)

had (5x 2 2 x 3) 5 had x 2 2 had x had 3 5(32 ) 2(3) 3 42 .

d)

had

e)

had x sin x had x had sin x 0(0) 0 .

x 3

x 2

x 0

x 3

x 3

x3

5x 2 4 had (5x 2 4) 5 had x 2 had 4 5(2) 2 4 16 4 .


x 2

x 0

x 0

x 2

x 2

Unit 4 Had dan Keselanjaran |115

f)

Perhatikan bahawa kita tidak boleh menggantikan nilai x 1 untuk mencari had
x 1

x2 1
1 x

kerana f (1) tidak tertakrif. Kita juga tidak boleh menggunakan Teorem 4.2 (d) kerana
penyebutnya bernilai sifar. Maka, kita perlu faktorkan ungkapan tersebut sebelum mengira
had.

had
x 1

x2 1
( x 1)( x 1)
( x 1)
had
had
2 ,
x 1
x 1
1 x
( x 1)
1

Nota:
Secara umumnya apabila kedua-dua had pengangka dan had penyebut bernilai sifar, kita
boleh cuba meringkaskan ungkapan tersebut menggunakan kaedah pemfaktoran.
g)

had
x 0

sin 3x
sin 3x
sin 3x
had 3
3 had
1.
x 0
x 0
x
3x
3x

Latihan Formatif 4.4

Dapatkan had bagi setiap ungkapan berikut:


1. had (3x 2 5 x 4)
x 2

2. had

x 3 5x 4
x2 2

3. had

x2 1
1 x

4. had

xe 2 x 1
x2 x

x 3

x 1

x 0

5. Tunjukkan had | x | 0 .
x 0

6.

had
t 0

1 kos t
sin t

Kalkulus Asas|116

4.5 Takrif had secara formal


Andaikan f (x) tertakrif untuk semua nilai x dalam suatu selang terbuka yang mengandungi
nombor a , kecuali mungkin f (x) tertakrif atau tidak pada a . Kita tulis
had f ( x) L .
x a

Jika untuk setiap nombor 0 , kita boleh cari suatu nombor 0 supaya f (x) memenuhi

f ( x) L apabila x memenuhi x a .
Takrif ini diilustrasikan secara graf seperti dalam Rajah 4.5

Rajah 4.5
Contoh 4.7
Dengan menggunakan takrif had, buktikan bahawa
had (2 x 5) 1.
x 3

Penyelesaian:
Perlu ditunjukkan bahawa apabila diberi sebarang nombor , boleh dicari suatu nombor positif

supaya

Unit 4 Had dan Keselanjaran |117

(2 x 5) 1 ..(i)
apabila x memenuhi

x 3 .(ii)
Untuk mencari , kita tulis semula ketaksamaan (i) sebagai

2x 6
atau setara dengan

2x3
atau
x3

.(iii)

Nilai mestilah dipilih supaya (iii) dipenuhi apabila (ii) ditepati. Satu cara mudah yang boleh
dilakukan ialah dengan memilih

Untuk membuktikan pilihan ini adalah tepat, kita andaikan bahawa x memenuhi (ii). Oleh
kerana dipilih

, maka daripada (ii) diperoleh bahawa x memenuhi

x3

..(iv)

Perhatikan bahawa (iii) adalah sama dengan (iv). Ini membuktikan bahawa
had (2 x 5) 1
x 3

Kalkulus Asas|118

Latihan Formatif 4.5

Dengan menggunakan takrif had, buktikan bahawa;


1. had (3x 5) 1
x 2

2. had ( x 1) 3 .
x 2

4.6

Keselanjaran

Fungsi selanjar mempunyai tafsiran geometri yang mudah. Ia merupakan fungsi yang grafnya tidak
terputus pada satah koordinat.
Takrif 4.4 Keselanjaran suatu fungsi
Fungsi f adalah selanjar pada a jika tiga syarat berikut dipenuhi:
a)

f tertakrif pada suatu selang terbuka mengandungi a .

b) had f ( x) wujud.
xa

c) had f ( x) f (a) .
x a

Jadual 4.3 menggambarkan beberapa fungsi yang tidak selanjar pada titik x 2 .

Unit 4 Had dan Keselanjaran |119

Jadual 4.3: Beberapa contoh fungsi yang tidak selanjar pada titik x 2
Graf fungsi

Sebab f tak selanjar


y
5

f tidak selanjar pada x 2

kerana f (2) tak tertakrif.

3
2
1
x
-1

f tidak selanjar pada x 2

kerana had f ( x) tak wujud.

x2

1
x
-1

f tidak selanjar pada x 2

kerana had f ( x) f (2) .

x 2

2
1
x
-1

Teorem 4.5 Keselanjaran Fungsi Polinomial dan Fungsi Nisbah.


a) Semua fungsi polinomial adalah sentiasa selanjar iaitu ia selanjar dalam selang (, ) .
b) Semua fungsi nisbah adalah selanjar dalam selang di mana ia tertakrif iaitu ia selanjar
pada domainnya.

Kalkulus Asas|120

Contoh 4.8
Tentukan sama ada fungsi f yang diberikan oleh

x3
, x 1

f ( x) 2
, x 1
3
x 1 , x 1

adalah selanjar pada x 1.


Penyelesaian:
Domain f ialah N, maka fungsi f memenuhi syarat a) dalam Takrif 4.4.
Perhatikan bahawa

had f ( x) had x 3 1 .
x 1

x 1

had f ( x) had ( x 3 1) 0 .
x 1

x 1

Oleh kerana had f ( x) had f ( x) , maka had f ( x) tak wujud. Jadi, f tidak memenuhi syarat
x 1

x 1

x1

b) dalam Takrif 4.4, dan dengan itu, f tak selanjar pada x 1.

Latihan Formatif 4.6

1.

Tentukan sama ada fungsi-fungsi berikut selanjar pada x 2 .

x2 4
x2

a.

f ( x)

b.

x2 4 , x 2

g ( x) x 2
, x2

Unit 4 Had dan Keselanjaran |121

2.

Cari nilai c supaya fungsi f selanjar pada selang (, )

cx 1 , x 3
f ( x) 2
cx 1, x 3

RUMUSAN
Dalam unit ini kita telah membincangkan beberapa konsep penting berkaitan dengan had dan
keselanjaran suatu fungsi. Had dan keselanjaran suatu fungsi amat penting bukan semata-mata
kita ingin mengetahui kelakuan atau bentuknya tetapi ia diperlukan apabila sesuatu konsep
kalkulus hendak digunakan terhadap fungsi tersebut. Adalah diharapkan agar pelajar
mengukuhkan lagi kefahaman dengan latihan-latihan yang banyak daripada buku-buku teks.

KATA KUNCI
Had kiri, had kanan, Had fungsi, Had tak wujud, Had di ketakterhinggaan, Keselanjaran fungsi

Latihan Sumatif

1. Tunjukkan had | x | 0 .
x 0

2. Cari had-had berikut jika wujud:

x2 x 2
x2 4

a)

had

b)

t2 9 3
had
t 0
t2

x 2

Kalkulus Asas|122

x 1

c)

had

d)

had

x2 1
x 2 2x 3

e)

had

sin 4 x
tan x

f)

t 2 kos t
had
x 0
t 1

g)

had

tan x
x

h)

had

x kos x
.
sin 2 x

x 1

x 0

x 0

x 0

x 1

x2
tak wujud.
x 2 | x 2 |

3. Tunjukkan had

4. Diberi
x

f ( x) 3 x
( x 3) 2

a)

,
x0
, 0 x3
,

x3

Cari had-had berikut jika wujud:


i.
ii.
iii.

had f ( x)

x 0

had f ( x)

x 0

had f ( x)
x0

Unit 4 Had dan Keselanjaran |123

iv.

had f ( x)

v.

had f ( x)

vi.

had f ( x)

x 3

x 3

x3

b) Tentukan titik ketakselanjaran f (x) .


5. Dengan menggunakan takrif had, buktikan bahawa
had (3x 2) 5 .
x 1

6. Diberi
x3 , x 3

.
f ( x) x 3
1 , x 3

Adakah f selanjar pada x 3 ?

7. Tentukan titik-titik di mana fungsi-fungsi berikut tidak selanjar:

x2 x 2
x2

a)

f ( x)

b)

g ( x) x 2
1

c)

x 2 2x 3

, x 3.
h( x ) x 3

1
, x3

, x0
, x0

8. Tentukan selang-selang di mana fungsi-fungsi berikut adalah selanjar


a)

f ( x) x 5 2 x 3 15

b)

g ( x)

x 2 2 x 17
.
x2 1

Kalkulus Asas|124

RUJUKAN
Majid, M. (2002). Kalkulus Asas Untuk Pelajar Kejuruteraan dan Sains. DBP: Kuala Lumpur.
Md.Raji, A.W., Rahmat, H., Kamis, I., Mohamad, M.N. & Ong, C.T. (2000). Kalkulus. UTM.
Smith, R.T., & Minton, R.B. (2007). Calculus: Early Transcendental Functions (3rd Ed.). Mc. Graw
Hill: New York.
Steward, J. (2003). Calculus (5th Ed.). Brooks/Cole: Belmont.

Layari Laman Web


http://www.brightstorm.com/math/calculus/limits-and-continuity/
http://www.wyzant.com/help/math/calculus/limits/continuity
http://mathworld.wolfram.com/Limit.html
http://curious.com/integralcalc/limits-and-continuity

JAWAPAN LATIHAN FORMATIF


Latihan Formatif 4.1
1.

a) 0

b) 1

c) 0

d) 1

2.

a) 4

b) 4

c) 4

d) 2

b) 2

c) tak wujud

Latihan Formatif 4.2


1.

a) 2

Latihan Formatif 4.3


1.

a) 5

2.

b) 3

d) 4

Unit 4 Had dan Keselanjaran |125

3.

1
2

4.

Latihan Formatif 4.4


1.

2.

16
7

3.

4.

6.

Latihan Formatif 4.6


1.

a) Tak selanjar kerana fungsi f tak tertakrif pada x 2 .

2.

1
3

b) Selanjar

JAWAPAN LATIHAN SUMATIF


3
4

2.

a)

4.

a) i. 3

b)

1
6

ii. 0

c) 2

d) 1

e) 4

iii) tak wujud

iv. 0

f) 0
v. 0

g) 1

h) 0

vi. 0

b) 0 dan 3
6.

Tak selanjar kerana had f ( x) had f ( x)

7.

a) x 2

8.

a) f adalah fungsi polinomial, maka ia selanjar pada (, ) .

x 3

b) x 0

x 3

c) x 3

b) g adalah fungsi nisbah, maka ia selanjar pada domainnya iaitu (,1) , (1,1) dan

(1, ) .

Anda mungkin juga menyukai