Anda di halaman 1dari 1

Bakat kepimpinan yang ada pada seseorang pemimpin adalah berbeza antara satu sama

lain. Bukan semua pemimpin dilahirkan dengan bakat kepimpinan. Kekuatan dalam diri
pemimpin, akal yang tajam, dan disiplin diri yang tinggi dapat membentuk prestasi sekolah.
Pendekatan kolaboratif merupakan asas utama dalam kalangan pemimpin kependidikan.
Permuafakatan digandingi dengan asas kolaboratif saling melengkapi membolehkan murid
menikmati manfaat instruksional. Seorang pemimpin yang menggunakan pendekatan
instruksional dapat mengasah keperluan kognitif bagi tujuan peperiksaan malahan dapat
membangun sahsiah murid pada masa hadapan.

Dapatan kajian telah membuktikan bahawa wujudnya hubungan antara amalan


kepemimpinan kemahiran insaniah dengan pengurusan kurikulum. Seseorang
pengetua harus mengamalkan kelapan-lapan komponen kepemimpinan
kemahiran insaniah, iaitu kemahiran kolaborasi/kerja berpasukan, kemahiran
komunikasi, kemahiran inisiatif, keberkesanan kendiri/penguasaan kendiri,
kemahiran kepemimpinan, kemahiran perancangan dan pengelolaan, kemahiran
persembahan, dan kemahiran pembangunan kemanusiaan/kejurulatihan.
Pengetua yang memiliki kemahiran insaniah tersebut akan bijak menilai
kelebihan para guru untuk menjayakan program organisasi yang dipimpinnya.
Selain itu, pengetua yang mahir berkomunikasi, bijak berkolaborasi serta
mempunyai kemahiran dalam perancangan dan pengelolaan dapat
menggerakkan ahli organisasi sekolah untuk mencapai visi dan misi yang
dihasratkan

Salah satu sub didalam bidang HEM ialah Pengurusan Keselamatan Murid. Sebagai individu
yang diamanahkan untuk jawatan ini seseorang itu mestilah sentiasa peka terhadap isu ini.
Pemantauan berkaitan keselamatan murid didalam sekolah haruslah dititikberatkan agar kes
sebegini tidak berlaku. Aspek keselamatan disetiap ruang sekolah seperti bilik darjah, aset
(kerusi, meja, almari, papan kenyataan, papan putih dsb) peralatan sukan, padang, sistem
perparitan dan longkang, kantin, tandas, pagar, sistem pendawaian, alatan elektrik(kipas,
lampu, suis, aircond) atau apa sahaja yang ada disekolah haruslah dipastikan sentias
berkeadaan baik dan selamat. Jika perkara sebegini berlaku adalah amat malang bagi pihak
sekolah terutamanya Guru Besar dan PK HEM kerana terpaksa menanggung akibat yang
berat dan berpanjangan kesannya. Pendekatan "Prevent Is Better Than Cure" mestilah
diambil berat oleh pihak yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai