Anda di halaman 1dari 2

Tugas guru tidak sekadar kepada mengajar sahaja tetapi guru-guru harus

dilengkapkan dengan ilmu untuk membuat penyelidikan dalam menyelesaikan


masalah-masalah yang dihadapinya dalam proses pengajaran. Guru-guru harus
disiapkan dengan ilmu penyelidikan seawal mungkin dan disokong oleh pihak-pihak
lain bagi memastikan keberkesanan penyelidikannya.
Kajian tindakan adalah penyelidikan dalam pendidikan (research in
education) kerana yang menyelidik . guru sendiri yang ingin memperkembangkan
dirinya serta profesionnya.(Lomax:1994). Guru membuat intervensi dan langkahlangkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran
yang baru.
Kurikulum bukanlah satu teori yang sempurna tetapi untuk melengkapkan
kualiti kurikulum kajian tindakan perlu dipraktikkan. Segala masalah yang timbul
perlu diatasi dengan baik. Guru adalah orang yang paling hampir dengan masalahmasalah kurikulum dan mesti menjadi orang yang paling cekap menyelesaikan
masalah-masalah yang timbul.
Pemimpin harus menggalakkan penyelidikan di sekolah dengan
memperuntukkan waktu mengajar yang sesuai untuk membuat penyelidikan
memberi ruang kepada guru mencuba pelbagai kaedah dan pendekatan dari dalam
dan luar sekolah untuk proses pengajarannya. Ini memberikan ruang untuk
kerjasama antara guru dan agensi-agseni luar dalam membuat penyelidikan dan
penyelarasan hasil kajian dan sebagainya.
Kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan
mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi
lebih sedar tentang amalan mereka sendiri. Guru perlu berubah amalan-amalan
tersebut yang menjadi kritis. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri
penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif.
(McNiff:1988)
Walaubagaimana pun terdapat halangan dalam menjalankan kajian tindakan
dalam kurikulum. Survey antarabangsa telah meletakkan beberapa halangan umum
yang biasa disebut dalam kajian tindakan dalam pendidikan:
a)kekurangan masa
b)kekurangan bahan
c)sistem organisasi sekolah
d) kekurangan kemahiran dalam membuat kajian
.

Tujuan utama kajian tindakan ini adalah untuk menambahbaikan cara


pengajaran dan membina pengetahuan praktikal dan pemahaman tentang natijah
atau hasil pemerhatian. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan
memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan
profesionalisma dalam profesion perguruan. (Hanipah Hussin : 2001)
Parameswari Pothras
Ambilan 2/2016

SRI 1

Anda mungkin juga menyukai