Anda di halaman 1dari 1

Menurut Piaget , matlamat utama pendidikan ialah untuk mencipta manusia yang

berkebolehan menghasilkan atau melakukan sesuatu yang baru, bukannya sekadar


mengulangi yang sedia ada atau yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu.
Namun apabila sesuatu pembahruan dilaksanakan maka akan timbul masalah
iaitu halangan, tujuan atau situasi yang memberi tekanan kepada seseorang. Masalah
wujud jika ada jurang diantara situasi semasa dengan situasi yang dikehendaki (goal
state).
Justeru itu, pemimpin sekolah perlu mempunyai kemahiran menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan bukan sebagai pencipta masalah. Masalah bagi
seseorang pemimpin mungkin bukan merupakan masalah bagi pemimpin lain.
Keinginan untuk menyelesaikan sesuatu masalah perlu wujud dalam diri penyelesai
masalah.
Masalah menurut Sandy Pokras (1994) wujud apabila sesuatu idea, tenaga atau
matlamat dihalang balas oleh idea, tenaga atau matlamat. Contohnya, anda mahu
berbelanja tetapi pada masa yang sama anda mahu menyimpan wang.
Manakala penyelesaian masalah adalah proses mencari penyelesaian kepada
sesuatu masalah. Proses ini akan melibatkan beberapa langkah sistematik memerlukan
penggunaan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman tertentu. Dua fasa penyelesaian
masalah adalah mengenalpasti punca masalah dan membuat keputusan untuk
menyelesaikannya.
Antara langkah-langkah menyelesaikan masalah iailah
menganalisis

punca

masalah

,kenalpasti

penyelesaian

memahami masalah,
yang

mungkin

pilih

penyelesaian , sediakan pelan tindakan akhirnya laksana penyelesaian dan menilai


kemajuan

Anda mungkin juga menyukai