Anda di halaman 1dari 1

No.

6, Jalan Silat Lincah 15,


Bandar Selesa Jaya,
81300, Skudai,
Johor Bahru, Johor.

Pengetua,
Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru,
Johor. 13 FEBRUARI 2010

Tuan,
Permohonan Keluar Asrama Pada Hujung Minggu

Merujuk perkara di atas, saya Nur Farahin Binti Subari, pelajar tingkatan 5 Pertanian 1 yang merupakan
pelajar asrama ingin membuat permohonan keluar asrama pada hujung minggu. Untuk makluman tuan
saya membuat permohonan ini adalah dasar ingin mengambil peluang masa terluang hujung minggu
saya di asrama dengan mengambil kelas tambahan di luar.

2. Untuk pengetahuan tuan, saya merupakan pelajar yang harus banyak mempertingkatkan usaha untuk
mencapai kejayaan dalam SPM. Walaupun di asrama sudah disediakan kelas tambahan pada waktu
malam, namun nama saya hanya tercatat dalam kelas matematik tambahan sahaja. Sedangkan saya
masih lagi lemah dalam subjek sains yang lain seperti fizik, biologi dan kimia dan perlu mengukuhkan lagi
kedudukan saya. Saya membuat pertimbangan ini setelah melihat keputusan peperiksaan akhir tahun
saya yang menyedihkan. Oleh yang demikian , saya amat berharap agar pihak tuan dapat meluluskan
permohonan keluar asrama saya pada setiap hujung mnggu diluluskan. Saya berjanji jika ada sebarang
aktiviti sekolah di hujung minggu yang mewajiban kehadiran saya, saya akan menghadirinya.

3. Saya amat berharap permohonan saya ini dapat dipertimbangkan. Kerjasama daripada pihak tuan
amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(NUR FARAHIN BINTI SUBARI)

Anda mungkin juga menyukai