Anda di halaman 1dari 2

Cermin Diri

Sajak: Menara Gading

Aku hadir di sisimu

harungi awan biru

tinggalkan kesayangan kalbu

nekad pada yang satu.

Tiada teman

tiada idaman

tiada pedoman

bukan dagang merempat

tapi bertempat.

Dulu,

aku merayu

meratap dan memujukmu

wahai menara gadingku

tapi hampa kerana usiaku.

Kini,

aku hadir di sisimu

menara gading khazanah ilmu

di tengah kota berjerebu

idaman kalbu

yang dahaga dan lapar ilmu.

Aku mendakapmu

rakus dalam usia


meskipun,

memori semakin susut

hasrat semakin malas

tapi,

semangat pasti berkobar

aku tetap di sisimu.

Universiti Malaya -Adi Dharma

Julai 1996

Anda mungkin juga menyukai