Anda di halaman 1dari 17

Pendidikan merupakan suatu yang amat penting untuk membawa perubahan

kepada manusia. Justeru, al-Qur’an diturunkan sebagai bahan utama dalam pengisian
pendidikan melalui proses pembacaan, penulisan, pengajaran dan penguasaan ilmu
yang berasaskan ketuhanan mengikut penghuraian dan penghayatan yang ditunjukkan
oleh Rasulullah s.a.w. dalam realiti hidupnya. Manusia yang tidak peka kepada ilmu
tidak mampu untuk mengubah pandangan dan cara hidupnya ke arah yang lebih maju.

Pemikiran dan pendidikan Melayu Islam

Ilmu tidak lagi terkonkong di istana dan kalangan golongan bangsawan, tetapi
disebarkan juga dikalangan rakyat jelata melalui pendidikan dan pengajaran di masjid,
surau, madrasah dan pesantren. Penumpuan ilmu pengetahuan dan persuratan bukan
lagi menekankan aspek estetik, romantic, ketakjuban, daya khayalan, cetusan dan
dorongan secara lansung daripada al-quran dan hadis yang menekankan kewarasan,
kerasionalan berasaskan akla budo dan ilmu yang sahih dan nyata.

Sistem pendidikan

Dengan kedatangan Islam, sikap terhadap kepentingan ilmu dapat ditanamkan


ke dalam jiwa ke semua golongan masyarakat. Kewujudan insititusi pendidikan formal
di Asia Tenggara seperti istana, pondok, madrasah, pesantren, dan surau.

Pendidikan merupakan suatu yang amat penting untuk membawa perubahan


kepada manusia. Justeru, al-Qur’an diturunkan sebagai bahan utama dalam pengisian
pendidikan melalui proses pembacaan, penulisan, pengajaran dan penguasaan ilmu
yang berasaskan ketuhanan mengikut penghuraian dan penghayatan yang ditunjukkan
oleh Rasulullah s.a.w. dalam realiti hidupnya. Manusia yang tidak peka kepada ilmu
tidak mampu untuk mengubah pandangan dan cara hidupnya ke arah yang lebih maju
dan lebih sempurna.

1
Matlamat pendidikan adalah pembekalan ilmu dan kemahiran serta pembinaan akhlak
mulia. Pendidikan bertujuan untuk pembangunan dan kemajuan diri secara luaran dan
dalaman supaya menjadi manusia yang sempurna , menyumbang kepada manusia
masyarakat dan memperolehi kesejahteraan dan keselamatan dalam kehidupan.

Akta pendidikan, Rukun Negara dan Dasar Kebudayaan kebangsaan

a) Merupakan instrument yang menyumbang kepada pembinaan bangsa Malaysia


dan tamadun Melayu khususnya dari segi sosiobudaya dan sosio politik

b) Dimantapkan pula dengan proses ‘penerapan nilai-nilai Islam yang selari dengan
nilai-nilai universal di dalam pentadbiran Negara

c) Penting dalam pembinaan tamadun Malaysia dan dikemukakan sebagai


alternative kepada system secular barat

d) System nilai Islam yang berpaksikan ketauhidan sama ada nilai social, politik,
dan budaya yang berasaskan prinsip ‘pertengahan’ selaras dengan konsep
Konfucios ‘Chun Yang’ dan konsep etika Aristotle The Golden Mean

e) Rukun Negara dirangka sebagai ideology Negara agar rakyat Malaysia memiliki
system nilai yang berasaskan prinsip-prinsip yang dipersetujui secara bersama

2
Pendidikan dan ilmu syariah

Pengaruh besar kedatangan Islam kea lam Melayu dapat dilihat dalam bidang
pendidikan dan ilmu, meliputi aspek yang ilmu yang diajar, institusi pendidikan dan
stukturnya, serta guru-guru dan muridnya.

Dari segi pengetahuan, perhatian banyak diberikan kepada ilmu syariah yang
meliputi bidang usuludin, fekah dan tasawuf. Antara kitab utama yang menjadi
pegangan ialah al-Durr al-Manzum oleh Abu Ishak al-shirazi. Aktiviti ilmu dan
pendidikan berlansung di istana yang turut berfungsi sebagai perpustakaan dan tempat
penterjemahan, di ruamh-rumah maulana atau ulama, masjid, madrasah dan surau.
Kebanyakan guru agama adalah orang asing seperti Arab, Parsi, Turki, India dan
sebagainya. Murid-murid pula terdiri daripada raja dan kaum bangsawan di samping
rakyat jelata.

Perkembangan dalam bidang ilmu dan pendidikan telah membawa kepada kelahiran
ulama Melayu dengan kemampuan ilmiah yang tidak kurang hebatnya. Antara ulama
yang muncul dalam ilmu syariah ialah Nuruddin al-Raniri.

Kebaikan-kebaikan dalam Ilmu Pengetahuan dan Pendidikan:

Globalisasi dan  TMK zaman ini mendatangkan kesan dalam ilmu dan pendidikan
dalam segi membolehkan maklumat-maklumat  dan pengetahuan boleh dicapai dalam
laman-laman web yang berguna berkenaan dengan pelbagai ilmu pengetahuan sama
ada berkenaan dengan agama atau bidang-bidang ilmu pengetahuan lainnya, termasuk
sains, sastera, ilmu-ilmu sosial, dan seterusnya, apa lagi berita-berita melalui akhbar-
akhbar dan majalan-majalah on-line.Gunakan sahaja enjin pencari “Yahoo.com” atau
“Google.com” antara yang popular atau “Alta Vista”  dan tuliskan apa yang kita
kehendaki dalam kotak dialognya, tekan, kita akan dapati jawapannya yang
menenaraikan punca-puncanya.Pencariannya boleh dilakukan dalam Bahasa Inggeris
3
dan Bahasa Melayu, bahkan boleh dilakukan dalam Bahasa Arab bila seseorang itun
ada program Arabnya dan “browser” yang digunakan itu membantu pencarian dalam
bahasa itu seperti IE5 dan seterusnya, dengan “Google.com”  bila dipilih bahagian
Bahasa Arabnya.Mungkin tidak lama lagi pencarian boleh dilakukan dengan bahasa
Jawi.

·     Kamus-kamus Inggeris dan Arabpun boleh didapati, kalau kamus Inggeris boleh
diminta kamus “Webster” atau kamus “Cambridge”, atau ensiklopedia tentang istilah-
istilah falsafah atau iulmu-ilmu sosial.Pencarian boleh dilakukan dalam Bahasa Melayu
dan juga Bahasa Arab.     Laman-laman web yang memperdengarkan bacaan Qur’an
pun senang didapati, bahkan sampai yang membaca hadith Bukhari dengan
menyebutkan baris-barisnya dengan baik pun boleh didapati, misalnya dalam laman
web “al-islam.com”, juga “al-islamonline”. Maklumat-maklumat tentang majalah-majalah
terkenal seperti “Time”, “Asia week”, “The Economist”, “al-Ahram”, dan akhbar-akhbar
Melayu juga boleh didapati on-line.

Adanya CD ROM-CD ROM dan DVD ROM berkenaan dengan pelbagai matapelajaran
dalam pelbagai bahasa memudahkan penyebaran pengetahuan asalkan seseorang itu
ada minat untuk mencari pengetahuan  dan memenafaatkan dirinya dengan
perkembangan-perkembangan yang ada. Adanya sarjana-sarjana dan para ulama yang
mempunyai laman web mereka masing-masing yang membolehkan mereka dihubungi
untuk melakukan hubungan demi kepentingan menjayakan budaya ilmu. Adanya buku-
buku dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab dan lainnya yang boleh didownload dan
dicitak untuk kepentingan penyelidikan.

Adanya maklumat-maklumat tentang perpustakaan-perpustakaan yang besar-besar


dan pusat-pusat pengajian yang boleh dihubungi on-line.Ringkasnya peluang untuk
mendapat maklumat dan pengetahuan adalah terbuka dengan seluas-luasnya dalam
semua bidang pengetahuan.Yang diperlukan ialah kemampuan menapis maklumat-
maklumat dan huraian-huraian ilmu supaya seseorang  itu tidak tersasul kerana salah
pilih dan kerana kedangkalan fahamnya.

4
Seseorang yang mempunyai persediaan yang mencukupi dalam ilmu dan
kefahaman sampai boleh mendapat hikmah kebijaksanaan dalam zaman TMK
ini.Dalam hubungan dengan memperkuatkan kedudukan Melayu dalam menghadapi
globalisasi dan zaman TMK ini ada beberapa perkara yang boleh kita fikirkan bersama
antaranya ialah:

Bagaimana Melayu yang agama Islam adalah sebahagian yang sebati dengan
jatidirinya perlu mengingati dan meyakini hakikat bahawa Islam adalah agama yang
ditakdirkan dari awal mula lagi untuk memperkasakan manusia dalam menghadapi
globalisasi, sebab itu maka Tuhannya adalah “Tuhan sekelian alam” bukan Tuhan
“kabilah kita” atau Tuhan “umat kita”.

Berkaitan dengan itu ia perlu ingat dan yakini bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
diutuskan sebagai “rahmat untuk seluruh alam” , bukannya untuk bangsa Arab atau
mana-mana bangsa terpilih sahaja, bahkan ia membawa agama Islam “untuk seluruh
umat manusia”(“kaffatan lin-nas”).

Maka Islam hendaklah diyakini oleh Orang Melayu-bersekali dengan saudara-


saudaranya bangsa lain  dalam umat ini bahawa hidup ini memang berbentuk sejagat,
dan hidup yang bersifat sejagat ini hendaklah dijadikan medan untuk menjayakan
“Kalimah Tuhan” yang mengatasi segalanya, walau apa sekalipun yang dikatakan oleh
falsafah pasca modenisma. Kesenangan dalam perdagangan dan komunikasi adalah
alat atau wasilah untuk menjayakan Kalam Tuhan dan menjayakan kehidupan serta
tamadun sebagai khalifah Tuhan di muka bumi dan sekaligus sebagai
hambaNya.Maka  dengan itu  Orang Melayu hendaklah membuat persiapan dalam
semua segi-iman, ilmu, kemahiran, akhlak, perhubungan, teknologi,  dan rangkaian
menjayakan rancangan-francangan yang tersusun- supaya apa yang dilafazkannya
dalam doanya selepas takbir dalam sembahyang terlaksana dalam hidup, negara dan
budayanya yaitu doa yang bermaksud:”Sesungguhnya sembahyangku,
pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi AllahTuhan yang mentadbir sekelian
alam”.

5
Disamping membenarkan globalisasi dan menerimanya, serta membuat persiapan
untuk menghadapinya, hendaklah ia  memainkan peranannya sebagai juara yang
sewajarnya dengan kemampuannya untuk membuktikan dengan penghayatan bahawa
masyarakat Islam adalah membayangkan “ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk
faedah umat manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan dan kamu mencegah
kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.

Maka hendaklah dijaga dan dijayakan akidah Ahlis-Sunnahnya, hidup rohaninya,


akhlaknya, aturan syariat agamanya, nililai unggulnya, penghayatan peribadi-peribadi
unggul dalam tamadun dan sejarahnya, Perkara-perkara yang menyentuh jatidiri yang
paling intim itu tidak boleh dibenarkan terpesong kerana tenaga-tenaga pasaran
bebas.Ini perjuangan yang ia mesti hadapi untuk menjaga maruah diri dan agamanya
serta maruah bangsa dan tamadunnya.

Dalam bidang pendidikan dan ilmu ia mesti menguasai ilmu-ilmu agama yang
memadai untuk dirinya-kalau ia bukan spesialis atau sarjana- supaya ia boleh hidup
sebagai Muslim yang  komited dan berdisiplin serta hendaklah ia mempelajari cara-cara
membuktikan keindahan Islam dalam hidupnya, serta mampu membuktikan keindahan
itu dalam percakapan dan perbuatan serta tingkah lakunya.

Ilmu-ilmu semasa perlu dikuasainya setinggi mungkin,  demi untuk kebaikan dirinya
dan bangsanya, serta negaranya, sebab mengikut teori Ibn Khaldun sesuatu bangsa itu
ilmu pengetahuan dan berfikirnya menjadi unggul dan tinggi—dan ia mencapai apa
yang disebut sebagai al-‘aqlul-mazid atau akal tambahan—dengan mengalami
pendedahan kepada ilmu-ilmu dan kemahiran serta percubaan-percubaan dalam
budaya menetap yang tinggi.Dengan itu ia menjadi kuat.

Hendaklah Melayu diberikan pendidikan dan ilmu-ilmu  saintifik dan teknologi yang
memadai demi untuk menjadikan masyarakat Islam mampu bersaing, tanpa keperluan
meminta ehsan pihak lain,  dengan itu ia membina tamadun dan peradabannya
bersekali dengan rakan-rakannya terdiri daripada bangsa-bangsa yang berlainan

6
agama membina kehidupan dan budaya serta hidup dengan harmonis dalam
kepelbagaian agama dan budaya sebagaimana yang terjamin dalam perlembagaan.

Kesepaduan ilmu-ilmu yang difahami antara ilmu-ilmu keagamaan dan ilmu-ilmu


rasional boleh dilihat contohnya sebagaimana yang ada dalam “al-Muqaddimah” ibn
Khaldun rh yang patut menjadi bahan telaah yang serius dalam pendidikan negara ini
untuk memberi persiapan akal bagi menerima ilmu-ilmu dalam kesepaduannya.Dengan
itu akan Melayu Muslim akan mendapat pemerkasaan melalui pemenafaatan teks ini.

Melayu Muslim perlu menunjukkan contoh perpaduan sesama Islamnya terlebih


dahulu baharu ia boleh mengajak pihak lain dengan cara yang meyakinkan dalam
perpaduan kebangsaan untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.Ini
dilakukan oleh Nabi s.a.w. bila baginda menyatupadukan Muslimin Arab dahulu dengan
rakan-reakan mereka di Madinah, kemudian diadakan perjanjian dan perpaduan
dengan Orang Yahudi dan lainnya yang dibebankan dengan tugas menjaga negara-
kota Madinah sebagai tugas bersama.Untuk menjayakan hakikat ini maka usaha perlu
dilakukan untuk menggantikan “budaya perang “(‘ a culture of war”) dalam masyarakat
dengan “budaya kasihan belas” (“a culture of compassion” ) sebagaimana yang
digambarkan dalam Quran dalam akhir Surah al-Fath.Sebagaimana yang saya suka
selalu sebutkan bahawa teori ‘asabiyyah Ibn Khaldun perlu dijadikan asas teori
menyatukan Melayu-Muslim untuk menjadi paksi perpaduan negara ini.Mereka yang
terlibat dalam ilmu pengetahuan dan mereka dalam kalangan da’wah perlu menjadi
“bumi menengah intelektuil dan moral” (“the intellectual and moral middle turf”) demi
untuk menjayakan penyatupaduan umat secara berkesan.

Nilai-nilai adat dan budaya yang bersesuaian dengan keyakinan dan agamanya
hendaklah dijaga dan diteruskan penghayatannya sebagaimana yang terkandung
dalam kata-kata terkenal:”Hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum dan hukum
bersendikan kitab”.

Perkara-perkara positif dalam globalisasi dan TMK hendaklah digarap dalam umat
Islam dengan seperkasa mungkin sebagai rancangan nasional pada semua peringkat

7
dan jurang antara mereka yang mengetahui dengan mereka yang tidak mengetahui
TMK hendaklah dikurangkan.Kemenafaatan TKM perlu dicanangkan dengan cara
seluas-luasnya dengan kerjasama semua pihak, termasuk warga pendidikan para
pemimpin, aktivis masyarakat dan ulama.

Ciri-ciri tambahan yang disebutkan dalam “Agenda Melayu” oleh Prof Dr Hashim
Musa. INMIND, 2002 adalah relevan: pengembalian kepada faham alam (“world-view”)
Melayu-Islam tentang Allah, alam, insan, sewajarnya; Islam sebagai “al-din” yang
membina Muslim, mu’min, muhsin; keyakinan penuh kepada Allah sebagai Tuhan alam
semesta dengan kelebihan yang didapati dalam hidup dengan keyakinan itu dalam
masa susah dan senang; wawasan, misi, objektif, niat, dan strategi yang sah benarnya
mengikut hukum agama tanpa manipulasi dan keingkaran; nilai tertinggi manusiawi
mengikut akhlak yang luhur mengatasi bangsa dan warna kulit; kehidupan yang berada
dalam “tawazun” antara rohani-jasmani, dunia akhirat, ilmu, maklumat dan
kebijaksanaan,kemahiran, kepakaran, fardhu ain dan fardhu kifayah.

Keperluan itu semua adalah berlaku dalam rangka epistemologi  Sunni dengan
akidahnya, dengan Syariatnya bermazhab Syafi’I, misalnya, ajaran rohani, akhlak
dan isyarat falsafah dan pemikiran seperti dalam ajaran al-Ghazali, dan aspek-
aspek ketamadunan dan budaya  serta perkembangan intelektuil seperti yang
diajarkan oleh ibn Khaldun rh, dengan tambahan-tambahan seperlunya dari
penulisan klasik atau moden yang berguna.Dalam hubungan dengan pemikiran
dalam agama maka hendaklah dikecualikan Dunia Melayu daripada pemikiran
teologi dan yang berkaitan dengannya daripada cara pemahaman  yang lain
daripada ijma’ dalam epistemologi Sunni  dan yang bersifat “divisive” apa  lagi yang
menimbulkan sikap kombatif dan bukan sikap “an-nasihah” dalam menghadapi
waliul-amri.rtinya kerja membina umat ini dan perpaduannya ada dimensi teologi
padanya selain daripada usaha-usaha lain.

Pemerkasaan itu juga mesti berlaku dengan penyelesaian kelemahan-kelemahan


yang menghantui Orang Melayu dalam beberapa perkara gejala buruk, seperti yang
disebut dalam sumber yang sama, menukil pendapat Prof Dr Mohd Kamal
8
Hassan:pegangan dan amalan hidup liberal, materialistik, sekular yang negatif,  gaya
hidup menunjuk-nunjuk, sindrom politik wang (yang disebut oleh ibn Khadun berlaku
bila tamadun menurun), kelemahan moral (juga disebut oleh Ibn Khaldun), dengan
rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya,  amalan dan sikap tuan-hamba (patron-
client), gejala lepak dan salah laku muda-mudi, sindrom pencapain rendah,  sindrom
pergantungan, sikap mengelak matematik dan sains (Ibn Khaldun menyebutkan
matematik menjadikan penggemar dan orang yang mahir di dalamnya orang-orang
yang cerdik dan pintar),  kecenderungan hendakkan sesuatu dengan segera tidak sabar
dan tekun, tidak menghargai masa dengan kegiatan-kegiatan tidak berfaedah (walhal
dalam perhimpunan dibaca Surah Wal-‘Asri), keyakinan terhadap akhirat yang
disalahtafsirkan sampai kurangnya amalan kebajikan kemasyarakatan, akhlak, umat,
dan konsep takdir yang disalahtafsirkan, kepercayaan kepada takhayyul, gejala fitnah
dan umpatan,  amalan ajaran sesat.

Boleh ditambahkan dalam senarai di atas, walaupun implikasinya sudah ada:


yaitu budaya berfikir secara teratur, tersusun dan objektif  yang perlu dijadikan budaya
yang diamalkan dengan berkesan, dengan dimulakan dari awal lagi disekolah dan di
pusat pengajian melalui latihan-latihan.Ibn Khaldun mengambil berat tentang budaya
berfikir teratur dan bermatlamat ini.

Juga boleh ditambah budaya membaca bahan-bahan yang serius dan berguna
dan budaya suka membuat catitan dan menulis; orang yang terlibat dalam proses
menulis adalah orang yang melibatkan diri dalam proses penyempurnaan zat
insaniahnya, sekaligua ia sedang melakukan usaha membina tamadun.Perlu difikir:
bagaimana berkembang tamadun ilmu kalau orang tidak serius belajar? Bagaimana
boleh berkembang ilmu kalau tidak ada buku yang ditulis? Kalau tidak dibiasakan
menulis bagaimanakah akan ada tulisan? Untuk menulis pula perlu ada ilmu dan
pemikiran.Demikian seterusnya. Juga boleh ditambah budaya jimat cermat perlu
dihidupkan di kalangan mereka yang hartawan selain daripada orang biasa.

Pengajaran dalam buku “The Millionaire Mind”(20) yang menyebut tentang budaya
milionair Amerikayang berhemat dalam berbelanja, tidak menunjukkan kemewahan
9
hidup, berdisiplin, kasihkan nilai-nilai kekeluargaan, khidmat sosial, cekap menmgurus
kejayaan mereka, demikian seterusnya yang banyak persamaannya dengan ajaran
Islam tentang adab-adab mereka yang berharta, perlu menjadi panduan dalam
masyarakat Islam, untuk sasana semasa, selain daripada panduan Quran dan Sunnah.

Dalam rangka yang lebih luas Dunia Melayu perlu bersama dengan tamadun-
tamadu Asia lain dalam membina kekuatan menjaga jatidiri berpaksikan nilai-nilai Asia
dalam menghadapi penghakisan nilai-nilai sarwajagat yang ada dalam tamadun Asia
supaya dengan itu kekuatan dan keberkesanan akan menjadi lebih mantap dalam
perjuangan.

LUQMANUL HAKIM: MODEL TARBIYAH ISLAM  - APABILA menyebut soal


pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu kepada tugas dan
tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang kamil tidaklah
semudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan seminar. Ia lebih menekankan
soal keinsafan, kesedaran dan sikap tanggungjawab yang mendalam di samping
mempunyai aqidah yang kental terhadap Allah SWT. Justeru itu, Allah SWT telah
merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu
mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah: 

 Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama’ dan dengarlah kata-kata
para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati
dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang
lebat. 
 Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah
berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih
terbaring di atas katilmu. 
 Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan
datang tiba-tiba. 

10
 Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya.
Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya. 
 Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman. 
 Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang
lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika
berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan
memerlukan pertolongan daripadanya. 
 Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit
daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada
yang lebih sedikit tadi. 

Perkembangan Sejarah Pendidikan Islam.

Pendidikan Agama Islam di Malaysia bermula sejak sekian lama dahulu. Pendidikan
yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar diajar oleh mubaligh-
mubaligh Arab yang berdagang di Tanah Melayu masa itu. Masjid, surau dan rumah-
rumah tok guru adalah menjadi tempat di mana ilmu agama ini diajar. Pendidikan pada
masa itu tidaklah dijalankan secara formal dan sistematik dengan sistem silibus yang
seragam. Silibus adalah berasaskan kepada Al-Quran, Sunnah dan Hadith.
(Kementerian Pendidikan Malaysia 1997).

Didalam laporan Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah (1992), sistem


pendidikan agama di Malaysia terbahagi kepada 4 tahap:-

a. Sistem belajar di rumah guru.

b. Sistem pondok.

c. Sistem Madrasah

d. Dasar Pelajaran Kebangsaan.

11
 Sistem belajar di rumah guru

Kehadiran Islam telah merubah sistem kehidupan masyarakat masa itu dari Hindu
kepada Islam. Oleh sebab itu, Islam diterima sebagai membawa perubahan sosiologi
kanak-kanak Islam dalam keluarga Melayu. Hikayat Abdullah Munshi pernah menulis,
sesudah boleh membaca dan menulis barulah disuruh mengaji Ilmu Tauhid dan Fiqh.
Pendidikan pada awalnya ialah dengan pelajar datang ke rumah guru (Penyeliaan
Pendidikan Islam Sekolah Rendah, 1992)

 Sistem pondok

Apabila bilangan pelajar makin bertambah, timbullah idea baru dengan membina surau
berdekatan rumah guru. Ianya dipelopor oleh ulama yang mendapat pendidikan di
Patani. Bilangan pelajar yang ramai dan datang dari beberapa tempat menyebabkan
pondok-pondok kecil pula dibina berdekatan dengan rumah guru. Ini bagi memudahkan
pengajaran bagi pelajar-pelajar yang datang dari luar daerah. (Penyeliaan Pendidikan
Islam Sekolah Rendah, 1992).

 Sistem Madrasah

Apabila pendidikan ini semakin berkembang, tumpuannya lebih daripada sekadar


kepada ibadah dan tauhid tetapi juga bahasa Arab, Hisab, Geografi dan lain-lain. Jadi,
sistem madrasah pula dibentuk. Pada awalnya, madrasah ini adalah yang dibiayai oleh
penduduk setempat (Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah, 1992).

 Dasar Pendidikan Kebangsaan

Madrasah telah lumpuh apabila Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) diperkenalkan.


DPK diperkenalkan melalui Penyata Pelajaran Razak 1956 dan Penyata Pelajaran
Abdul Rahman Talib 1960. Ibu-bapa banyak menghantar anak-anak ke sekolah
kerajaan memandangkan peluang untuk mengikuti pendidikan yang lebih tinggi adalah
lebih luas. DPK dibahagikan kepada:
12
1. Sekolah agama dan madrasah rakyat yang didirikan oleh rakyat dan ditadbir sendiri.

2. Sekolah agama oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri.

3. Sekolah agama oleh Majlis Agama.

4. Sekolah Agama dibawah Kementerian Pendidikan (SMKA)

(Sumber: Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah, 1992)

Sewaktu penjajahan Inggeris, sistem penjajahan Inggeris tidak melibatkan diri


mereka dalam hal agama dan budaya Melayu. Seperti contoh, dalam pembinaan
sekolah Madrasah. Pada tahun 1917, Madrasah Muhammadiah telah dibina di Kelantan
hasil usaha rakyat tempatan sendiri tanpa campurtangan Inggeris. Sekolah ini
mempunyai tiga bahasa pengantar iaitu Inggeris, Melayu dan Arab. Kurikulum asasnya
adalah bersamaan dengan yang ditawarkan di sekolah menengah akademik biasa.
Kursus yang wajib adalah bahasa Arab (komunikasi), Bahasa Arab (lanjutan),
Tasawwur, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syari'ah. Dasar
Inggeris yang mengamalkan pendidikan vernakular, memisahkan lagi pendidikan
agama dengan pendidikan yang lain. (Chelliah 1960 ).

Mereka yang mengikuti persekolahan di sekolah agama, kebanyakkannya


melanjutkan pelajaran ke Mesir terutama di Universiti Al-Azhar di Kaherah. Ini
memandangkan Al-Azhar pada masa itu adalah merupakan gedung ilmu agama yang
termasyhur. Pada masa itu, ilmu agama dipisahkan dari ilmu sains dan teknologi.
Mereka ini mendalami ilmu agama dengan begitu mendalam tetapi tidak mahir dengan
sains dan teknologi. Kelompok yang menuntut di negara-negara barat pula, adalah
kebanyakkannya mereka yang mendapat pendidikan Inggeris di tanah air dan dari
golongan bangsawan (Chelliah 1960)

Fenomena lampau ini memberikan kesan sejagat kepada masyarakat sekarang dalam
melihat adakah arus teknologi berkembang bersama dengan unsur-unsur kerohanian
Islam itu sendiri.

13
Konsep Ilmu

Tentang konsep ilmu pada Orang Melayu Muslim, kita boleh katakan bahawa
ianya dipandukan oleh ajaran Islam Sunni; ilmu itu difahamkan—sebagaimana yang
ada dalam teks-teks usul al-din misalnya ialah mengetahui sesuatu  dengan yakin
mengikut keadaannya yang sebenarnya, berdasarkan dalil yang muktabar. Kalau
mengetahui sesuatu itu bukan mengikut keadaan yang sebenarnya itu bukan ilmu atau
pengenalan tetapi dikatakan kejahilan. Kalaulah tentang sesuatu itu yang diketahui itu
lebih banyak yang iannya daripada yang tidak itu dipanggil sangkaan; kalau lebih
banyak yang bukan ianya daripada sebaliknya, itu disebut sebagai waham.Ilmu yang 
berkenaan dengan Tuhan disebut sebagai “pengenalan” atau ma’rifah.(1) Maka yang
dituntut dalam semua perkara ialah ilmu, apa lagi Tuhan, yang merupakan objek ilmu
yang paling tinggi dan mulia.Ini merupakan objek kewujudan akal manusia mengikut
ajaran Islam.Nampaknya antara ulama klasik yang memberi takrifan ilmu ini ialah al-
Baqillani rh dalam “al-Tamhid”nya, iaitu takrif yang bermaksud “Mengetahui apa yang
boleh dimaklumi mengikut keadaan sebenarnya”. (2)Bila ditanya mengapa tidak disebut
“mengetahui tentang sesuatu”, maka disebutkan oleh beliau bahawa apa yang bukan 
“sesuatu” yang tidak ada juga diketahui, maka kalau disebut “sesuatu” sahaja maka
“yang bukan sesuatu yang tidak ada” tidak boleh diketahui, walhal ianya boleh
diketahui. Maka kalau dikatakan ilmu itu tiba makna pada jiwa, maka kalau yang
“datang” itu tidak benar dan tidak berdasarkan dalil yang boleh diterima, maka tidak
ilmu namanya.Bila benar dan dengan berdalil, maka baharulah ilmu namanya.  

Dan tentang dalil yang menjadi bukti bagi ilmu itu, dalam ajaran Islam yang
diterima dalam  tamadun Melayu ialah wahyu, Qur’an, Sunnah  yang mutawatir, yang
sahih, atau cerita yang mutawatir riwayatnya, yang tidak menasabah lagi ada
kebohongan padanya, pancaindera manusia  seperti penglihatan, pendengaran,
sentuhan, penciuman, dan kecapan.(3) (Dengan  itu  menjadi berkembang
pengesanannya dengan alat-alat yang boleh direka dengan perkembangann tamadun
manusia dalam sejarahnya termasuklah, kalau sekarang TMK).
14
Ke dalam rangka fahaman yang demikian maka pemikiran akal adalah punca
ilmu manusia; dan akal ini pula ada aspek-aspek perkembangannya yang menimbulkan
huraian—misalnya dalam “Muqaddimah Ibn Khaldun” tentang akal nazari, yang berfikir
tentang teori-teori ilmu yang bersifat spekulatif dan tinggi serta mendalam, akal tajribi
atau akal pengelaman yang membuat rumusan-rumusan daripada pengelaman-
pengelaman dan percubaan-percubaan (yang boleh diperpanjangkan maksudnya
sampai kepada percubaan-percubaan dalam ujian-ujian yang terkawal dan tersusun
seperti  yang dilakukan dalam makmal); akal tamyizi, atau akal pembeza, yang boleh
membezakan sesuatu dengan sesuatu yang lain samaada dealam klasnya atau dalam
klas lain daripadanya. Akal yang berkembang dengan baik mencakupi banyak segi
kemahiran dan pengetahuan dalam agama dan kemahiran-kemahiran lainnya serta
pengetrahuan lainnya disebut sebagai akal tambahan atau al-‘aqlul-
mazid.Perkembangan al-‘aqlul mazid ini berlaku melalui pendedahan ilmu dan
kemahiran serta latihan-latihan dalam budaya menetap yang tinggi tahap
kecerdasannya yang menguatkan dan memajukan sesuatu bangsa itu, selain daripada
keimanannya dan ketaatannya kepada ajaran Tuhan dan  Nabi.

       

Dalam konsep ilmu yang dipandukan oleh Islam Sunni inilah maka Dunia Melayu
berkembang sampai sekarang dengan memahami ilmu-ilmu sebagai ilmu-ilmu agama
atau ilmu-ilmu syar’I, atau ilmu nakli,  dan ilmu  yang bukan bersangkut secara
langsung dengan agama, dipanggil ilmu akli atau boleh disebutkan sebagai ilmu-ilmu
rasional. Ini tercermin dalam sistem pendidikan  kita sekarang yang membahagikan
ilmu-ilmu kepada ilmu-ilmu Islam atau Pengajian Islam, atau Pendidikan Islam, atau
Ilmu-Ilmu Wahyu dan ilmu bukan-wahyu.

15
Ilmu-ilmu yang berhubung dengan agama yang diketahui umum ialah ilmu-ilmu
berhubung dengan Qur’an, Sunnah, Akidah, Fiqh atau Hukum Islam, Aqkhlak, atau
Taswwuf, Sejarah, Sirah, Bahasa Arab Nahu dan Sasteranya,  Falsafah Islam. Ilmu-
ilmu yang lain yang bukan berkait dengan agama secara langsung ialah ilmu-ilmu Sains
Tulin atau Sains Gunaan,  Fisik, Kimia, Geologi, dan lainnya, termasuk ilmu-ilmu Sains
Sosial dan Undang-Undang.(8)

Dalam hubungan dengan ilmu-ilmu yang selain dari ilmu-ilmu agama maka
sekarang muncul pemikmiran dan usaha untuk menjayakan apa yang disebut sebagai
Pengislaman ilmu-ilmu atau “The Islamization of Knowledge” yang dialu-alukan dan
patut mendapat sokongan semua pihak, walaupun ada suara-suara sumbang  yang
muncul berkenaan dengan pemikiran yang sedemikian.

BIBLIOGRAFI

16
Samri Sainudin(2004): TITAS Tamadun Melayu Shah Alam. Tanjung Malim : Quantum
Books

Afifah Abu Yazid ( 2003 ) : Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur : PTS Publications
& Distribotors Sdn. Bhd

Abdul Aziz Mohd Zain (2003) : Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Buku Teks TITAS
Untuk Institut Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur : Universiti Malaya

Mohd Liki Hamid (2003) : Pengajian Tamadun Islam. Pahang. PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd

www.geocities.com/Athens/Parthenon/5352/luqman.htm

http://members.tripod.com/~sarjana/teknorat3.html

17

Anda mungkin juga menyukai