Anda di halaman 1dari 6

SEJARAH OLAHRAGA

Kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran ini diperkembangkan dan seterusnya menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Tujuan diadakan pertandingan hanyalah untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih jauh, atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi orang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya dan mewujudkan sikap bersaing sesame individu. Mereka yang menang akan mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk menigkatkan keupayaan mereka supaya kejayaan dapt dikekalkan. Bagi mereka yang gagak pula, mereka akan berusaha lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud pertandingan yang tentu menarik dan mendapat perhatian ramai. Pertandingan seperti ini diteruskan dari masa ke semasa dan semakin ramai individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji keupayaan masing-masing.

SEJARAH AWAL
Pertandingan ini sudah dimulakan sejak zaman Sebelum Masihi lagi. Olahraga sudah bermula sejak 3000 tahun yang lampau lagi dan merupakan sukan terawal di dunia. Salah satu bukti kukuh ialah dilihat pada zaman Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga bukanlah menjadikan olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of Sport ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM. Selepas itu Sukan Olimpik diadakan 4 tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu, sukan Olimpik tidaj dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Theodosius tanpa menyatakan alasannya. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan sesuatu. Mereka tidak dapat lagi berkumpul seperti selalu dan bertanding seperti sebelumya. Bagaimanapun mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar. Mereka dapat mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang ramai. Tiada Negara lain yang sanggup meneruskan sukan itu kerana sukan pertandingan sukan Olimpik itu diadakan khusus untuk penduduk Greek sahaja. Tiada Negara lain yang sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu.

Hal ini berlanjutan sehingga abad ke 19. Walaupun tanpa sukan tersebut , mereka terus mengadakan pertandingan secara kecil-kecilan sesama mereka.

PERKEMBANGAN PADA ZAMAN MODEN


Menjelang abad ke- 19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan kembali Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Dalam pada itu terdapat pula usaha Negara-negara lain yang mula menunjukkan minat selain Greek untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di Englang umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College melalui temasya sukan yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu mengadakan temasya mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke serata tempat di England. Tidak berapa lama selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di England. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga yang lain selepas itu. Kebanyakkan sekolah turut menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam olahraga. Sasaran menjadikan sekolah, kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, dan peluang untuk mengembangkan sukan olahraga amat cerah. University Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal menubuhkan pasukan olahraga, iaitu Exeter College Athletics Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Apa yang menarik kelab itu masih wajud hingga ke hari ini. Perkembangan sukan di Negara-negara Eropah khususnya di England

termasuk sukan olahraga pada abad ke -19 memang ketara. Ini menjadikan penduduk di situ mudah mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu, tidak hairan jika di katakan bahawa tahun-tahun 1860-an. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan sukan ini. Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini, kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan oleh kelab-kelab olahraga di Negara tersebut. Sekali lagi sukan olahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang ramai sudah mula menonton dan meminati kejohanan-kejohanan yang dianjurkan. Selain itu, olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha perkembangan sukan inidi England diteruskan dan pada tahun 1876, Negara tersebut Berjaya mengadakan kejohanan pertama yang berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Kanada. Kemunculan sukan olahraga itu di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Negara tersebut. Perjumpaan olahraga tersebut turut diadakan dalam masa yang singkat. Pada penghujung abad ke 19 dan awal abad ke-20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan sahaja Berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan termasuk di luar Amerika Syarikat. Turut menbanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod yang terdahulu. Bagaimanapun, ketika itu kebanyakkan rekod dunia masih belum mendapat pengiktirafan dunia maka rekod-rekod ini tidak dicatat untuk rujukan. Bagaimanapun daripada senarai pemenang pada kebanyakkan bahawa sebahagian besarnya adalah peserta dari Amerika Syarikat. Perkembangan seterusnya ialah ke Negara-negara Eropah yang lain, selain daripada Kepulauan Inggeris dan ke beberapa Negara dunia yang lain. Kemasukan sukan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada

penduduk setempat, malah dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu menghasilkan olahragawan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika Syarikat masih belum tergugat. Mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa. Hal ini ditambah lagi dengan kemunculan atlit Amerika Syarikat yang berketurunan Negro prestasi yang menunjukkan dan menakjubkan. Di Negara-negara lain juga turut diadakan kejohanan olahraga yang disertai oleh peserta-peserta luar Negara. Malahan menerusi persatuanpersatuan olahraga masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan yang meriah. Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah dijadikan medan perjumpaan para olahragawan dari sekolah dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam bidang olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan ini dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, dan olahraga dijadikan acara yang utama dalam olahraga sukan tersebut. Australia dan New Zealand juga Berjaya melahirkan olahragawan yang mampu menandingi peserta dari Negara Eropah dan Amerika Syarikat. Olahragawan dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingini mereka, walaupun sukan olahraga diperkenalkan ke Negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia ini yang mampu menandingini dan member saingan, walaupun prestasi yang mereka masih belum mampu menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah. Bagaimanapun, kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi dan menarik. Kebanyakkan Negara mula menubuhkan persatuan olahraga masingmasing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di Negara mereka. Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap beberapa acara sejak kebelakangan ini. Ini, menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar

aktiviti dan kejohanan yang diadakan serta yang disertai Negara berkenaan. Persatuan ini juga bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di Negara masing-masing. Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun 1926 lagi. Dengan adanya persatuan-persatuan ini telah memberikan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai Negara mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa ( IAAF ) atau anjuran badan dunia itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai