Anda di halaman 1dari 28

KONSEP ISLAM HADHARI DAN

PRINSIP-PRINSIPNYA
MAKSUD DAN KONSEP ISLAM HADHARI
Islam Hadhari membawa maksud memberi tekanan
kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada
pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai
dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha
mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan
ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta
pembangunan fizikal.

Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan


mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan
sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu
dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan
beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi
amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia
global.
Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan
ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam
Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam
kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al
Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan
tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan
difahami secara jelas, sama sekali tidak akan
memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah.
Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab
melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam
tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi cabaran
dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya
tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan
corak pembangunan mengikut masa dan mengikut
tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan
dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih
seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan
prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan
dengan pembangunan manusia melalui program
pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula
dengan program pembangunan rohani untuk
menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai
Islam dalam kehidupan.
PRINSIP-PRINSIP UTAMA ISLAM HADHARI

1. KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan


ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. al-qur’an dan sunnah
Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan
kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral
dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan
pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang
berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman
Allah SWT. dalam surah al-A’raaf :96,

Maksudnya : “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk


negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka
kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah
berkatnya, dari langit dan bumi . Tetapi mereka mendustakan(rasul
kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan
apa yang mereka telah usahakan.” 
Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka
yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan
dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing
seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 256

Maksudnya : 

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya


telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu,
sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan dia pula beriman
kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada
simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan
(ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Dan dalam surah al-Kaafiruun: 6, Allah SWT berfirman,

Maksudnya :

“Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”


2. KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH

Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya,
mengikut kadar masing-masing.Perlaksanaan keadilan tidak melihat
pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya atau
perbezaan agama.Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam al-Quran
dan hadis Nabi S.A.W.Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah, ayat 8
yang bermaksud:

Dan jangan sekali kebencian kamu tehadap sesuatu kaum itu


mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah
kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hamper kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa
yang kamu lakukan.

Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari, maksudnya:

Sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan potong


tangannya.
Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan
kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan daripada al-
Quran dan hadis Nabi SAW. Firman Allah SWT bermaksud:

Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan


segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)
dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah
menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah
SWT dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-
baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa
mendengar lagi sentiasa melihat.

Hadis Nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad, maksudnya:

Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah.


Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good
governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat.
Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan
perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju dan
dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-Quran surah
Saba’ ayat 15 yang bermaksud:

Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu


tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di
tempat tinggal mereka iaitu dua kumpulan kebun (yang luas lagi
subur), yang terletak disebelah kanan dan di sebelah kiri
(kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): Makanlah
daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah
kepada-Nya: (Negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman
dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha
Pengampun.
3. RAKYAT BERJIWA MERDEKA

Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah


mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara cirri jiwa merdeka ialah
berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat
melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu
melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah SWT
dalam al-Quran surah al-Isra’, ayat 70 yang bermaksud:

Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan


kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di
darat dan di laut dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka
daripada benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan
mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah
kami ciptakan.
Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang
terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan
orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan
pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan
negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.

Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat


yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan
etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan
sebagai landasan untuk membangunkan masyarakat dan
negara yang teguh dan utuh.

.
Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan
sebijaksana mungkin sehingga mampu memartabatkan jati
diri, imej keluarga, integriti masyarakat, keutuhan negara
berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang
tidak berbelah bahagi.

Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan


membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor
dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak
bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya
menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut
acuan kita sendiri. Makna jiwa merdeka bukan hanya
terletak pada slogan atau pernyataan luaran semata-mata
tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan
keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah
menyumbang dan membangunkan negara
4. PENGUASAAAN ILMU PENGETAHUAN

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif


boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang
pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual
dapat diperkembangkan, kekuatan peribadi dapat
ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat
dibangunkan.Proses ini perlu bagi melahirkan insan
seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam
Falsafah Pendidikan Negara kita.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran


semasa, faktor ilmu intergratif, kemajuan sains dan teknologi
sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga
manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan
ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya
menyumbang terhadap pembanguan negara, bangsa dan
manusia sejagat
5. PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN
WANITA

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan


insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi,
sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak
mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan
tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal.
Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan
syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh
berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi
kumpulan kecil atau perbezaan jantina.
Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah
salah dari segi undang-undang. Ini selaras dengan firman
Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Hujuraat : 13.

bermaksud

“Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah


menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami
telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah
mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-
mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan
atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha
mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan
keadaan dan amalan kamu)”.
Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam
Pelembagaan Persekutuan. Ia terdapat dalam Bahagian
Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai
kebebasan asasi (Fundemental Liberties).

Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan


minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati
oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut
sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua
yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh
menyertai dalam pentadbiran negara aktiviti ekonomi, sosial,
pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita
telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam
menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar
Wanita Negara.
Rasulullah S.A.W telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak
mula hingga keakhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa
mengerjakan Haji Wida’(Haji perpisahan) dengan sabdanya yang telah
diriwayatkan oleh muslim,

maksudnya :

“Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana


sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan
Allah menghalalkan kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab
Kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap
isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang
dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya. Sekiranya mereka
melakukan sedemikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak
menyakitkan. Manakala bagi mereka(wanita) keatas kamu(lelaki)pula
ialah memberikan mereka rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian
dengan cara yang baik. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu
suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya
kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah(al-qur’an)”.
Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan
sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan
hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan
dan jaminan melalui undang-undang negara.

Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi


menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan
telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).
Kerajaan juga telah menerima deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-
Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan kemanusiaan lain,
termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan
wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara
Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan
yang menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor
pekerjaan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara
dan penyertaan dalam pembangunan negara.
Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat
badan-badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi
kuasa dan bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila
berlaku pertikaian.

Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak


memberi perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita.
Sebenarnya hak-hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan
bukan Islam dan semua kaum serta jantina. Dalam sejarah pemerintahan
Islam orang bukan Islam diberi kedudukan dalam pemerintahan, hak-hak
mereka tidak dinafikan. Kebebasan beragama diberikan bagi menjamin
penghayatan dalam pembangunan negara dan perkhidmatan. Mereka
diberikan hak sehingga menjawat jawatan menteri dan pegawai kanan
kerajaan. Sejarah membuktikan orang bukan Islam begitu senang berada
di bawah pemerintahan Islam kerana hak-hak mereka terjamin dan
kerajaan berlaku adil ke atas mereka. Keadaan yang sama dapat
disaksikan berlaku di negara kita.
Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama,
amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat
tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak
memandang rendah mana-mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi
oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan
oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini bertepatan dengan
firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’: 58

maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala


jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan
apabila kamu menjalankan hokum diantara manusia, (Allah
menyuruh)maku menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah
dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya
kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi
sentiasa melihat”.
6. KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah


wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara
tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia,
kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem
nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai
akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan,
keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan
menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan
firman Allah SWT dalam surah al-Mukminin: 1-2

maksudnya:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka


yang khusyu’ dalam sembahyangnya”.
Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan
berjalan selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak
masyarakat berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan akhlak,
kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia
semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan
pendekatan Islam Hadhari.

Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu
sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur.
Matlamat ini tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan
diasingkan daripada nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur.
Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang
begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan
moral yang parah dalam masyarakat dan negara.

Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan


nilai-nilai murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang
menyumbang ke arah kebudayaan tinggi (high culture).
7. PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan


sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan
alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh
manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera
antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses
pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk
menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan
dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya,
keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan.
Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut
taufan, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat,
kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya semuanya
menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang
dilakukan oleh aktiviti manusia.
Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam sekitar
telah pun dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan
yang lestari. Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto
(1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut
menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi
Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan
mesra alam.

Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui
kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh.
Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang
berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam,
membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang
bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang
berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan
kepada seluruh peringkat masyarakat.
Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan
secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak
mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.
Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan
manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan
persekitarannya disamping berusaha untuk terus maju.
8. KEKUATAN PERTAHANAN

Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi


kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan
diri, fizikal dan spritual. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-
qur’an surah al-Anfal: 60

maksudnya:

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang


menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan
dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk
mengerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu
serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahui nya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa yang kamu
belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasanya kepada
kamu,dan kamu tidak akan dianiayai”.
Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri
dan negara dari dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan
ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara
dan bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa dan negara lain.

Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan


keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan
dilakukan secara berterusan.

Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta
penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita
menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri.
Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka
panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela
kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari
akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya
menghadapi cabaran dunia semasa
Pensyarah : Ustaz Azmi Bin Khamis

Ahli Kumpulan
Abu Hakim Bin Salleh Hudin
Faizulnizam Bin Ramli
Mohamad Firdaus Bin Abd Razak

Anda mungkin juga menyukai