Anda di halaman 1dari 6

KERJA KURSUS TEKNOLOGI

PENDIDIKAN (KPLI Amb.Jun 2010)

TAJUK: ENGLISH YEAR 3

DISEDIAKAN OLEH:

1. MOHD KAMARULIZAN BIN AZIZ


NAMA GURU PELATIH :
2. NAZRIE BIN HIZAZI
1. 201006202
NO. MATRIK :
2. 201006035
800613 – 13 – 6089
NO. KAD PENGENALAN :
800527 – 13 – 5047
KUMPULAN/UNIT : KPLI BAHASA INGGERIS (BI 2)
KOD DAN MATA
: 2051D / TEKNOLOGI PENDIDIKAN
PELAJARAN
NAMA
: AGATHA FRANCIS UMBIT
PENSYARAH/PEMBIMBING
TARIKH SERAHAN : 03 SEPTEMBER 2010

Story Board
Topik
- Ilmu Pendidikan

Subjek
-English Year 3
-Nursery Rhymes - Pussy Cat

Listening and Reading


- Read and Listen to the Nursery
rhymes
- Students are shown a Nursery
rhymes recited by the teacher.
Sing Along
- Let us sing
- Students are ask to sing along
together with lyrics

Grammar Section
- Noun words
- Students are shown noun words in
the Nursery rhymes

Credits
- Credits
Refleksi Kumpulan

Kami bersyukur dengan nikmat dan kesihatan yang diberikan oleh Alllah subhanawataalla,
kumpulan kami mampu menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Kumpulan kami terdiri
daripada dua orang iaitu Mohd Kamarulizan Bin Abdul Aziz dan Nazrie Bin Hizazi. Walaupun
menghadapi kekangan masa yang cukup terhad dengan kerja-kerja lain dan pelbagai urusan,
namun berkat kesabaran dan kerjasama, kami menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang
ditetapkan.

Teknologi pendidikan merupakan satu subjek yang penting dalam menjadikan guru-guru
pelatih lebih dinamik, kreatif dan inovatif. Dalam era teknologi masa kini, pelajar lebih gemar
mempelajari sesuatu yang ada kaitan dengan teknologi dan tidak lagi kaedah-kaedah lama
yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis. Dengan adanya subjek seumpama ini,
bakal-bakal guru mampu menyampaikan gaya pembelajaran yang pelbagai dan lebih efektif
kepada para pelajar.

Dalam menjayakan kerja kursus ini, pada mulanya kami menghadapi cabaran dari segi
memulakannya. Kami seakan-akan menghadapi mental block yang membuatkan kami
menghadapi kesukaran dalam memulakan kerja kami. Disebabkan masalah ini, kami
mengambil keputusan untuk mengumpul terlebih dahulu maklumat-maklumat yang ada
tentang tajuk yang telah kami terima.

Kami membahagikan tugas kepada dua bahagian dimana salah seorang daripada kami
ditugaskan untuk mencari maklumat tentang tajuk dan isi kandungan video dan seorang lagi
ditugaskan untuk mencari perisian serta memahirkan diri dengan perisian yang bakal
digunakan. Setelah bersedia, kami mengadakan perbincangan tentang apa yang telah kami
pelajari. Ini mengeratkan lagi kerjasama kami disamping menambahkan lagi ilmu yang ada.
Kami berpuas hati dengan dapatan yang kami perolehi dan merasakan bahawa kaedah yang
kami gunakan untuk melakukan tugas mencari maklumat untuk kerja kursus ini sangat
berkesan serta lebih menjimatkan masa dan tenaga.

Setelah itu, kami mula melakarkan draf untuk story board kami, disini kami melakukan
aktiviti sumbangsaran dan perbincangan mengenai hala tuju video yang bakal kami cipta.
Disebabkan mempunyai maklumat yang cukup, kami dapati kami lebih mudah mencurahkan
idea-idea kami. Seterusnya, kami membahagikan lagi tugas dalam pembuatan video yang
kami akan lakukan. Seorang ditugaskan untuk mengedit video yang telah dimuat turun dari
internet dan seorang lagi pula ditugaskan untuk membuat animasi dan suara latar.

Setelah selang beberapa hari, dalam pertemuan yang seterusnya kami menggabungkan
video dan klip yang telah kami buat secara berasingan menjadi satu video yang lengkap
dengan beberapa penambahbaikan. Ketika ini kami meneliti kembali hasil akhir video yang
telah kami buat dan melakukan beberapa penyuntingan akhir.
Di penghujung kerja kursus ini kami dapat pelbagai ilmu dan pengalaman yang kami sendiri
tidak sangka boleh perolehi. Di antaranya adalah kami berasa amat terkejut dengan
kemampuan kami dalam menghasilkan suatu video yang agak memuaskan. Kami berharap
dengan dapatan yang kami perolehi ini kami mampu menerapkan serta menggunakannya
dalam pembelajaran dan pengajaran ketika di sekolah nanti. Akhir sekali kami ingin
mengucapkan terima kasih kepada Cik Agatha Francis Umbit yang telah memberikan tunjuk
ajar dan panduan kepada kami disepanjang kursus ini. Jasa dan ilmu yang diberikan akan
kami kenang dan gunakan sebaik-baiknya untuk membentuk satu generasi yang lebih holistik
dan dinamik.
Jadual Kerja
Tarikh Perkara
19/08/2010 Perjumpaan pertama
-membincangkan tentang tajuk yang hendak dibuat
-tiada kata putus dari kumpulan
-akan dibawa ke perjumpaan kedua
21/08/2010 Perjumpaan kedua
-membincangkan tentang tajuk yang hendak dibuat
-pembahagian tugas mencari maklumat
-Kamarulizan- mencari maklumat mengenai isi
kandungan projek
-Nazrie- mencari maklumat mengenai perisian yang
bakal digunakan serta memahirkan diri dengan cara
penggunaannya
28/08/2010 Perjumpaan Ketiga
-Maklumat yang diperolehi dikumpul
-Aktiviti sumbangsaran dan perbincangan mengenai
tajuk
-Membuat keputusan muktamad untuk membuat
Nursery Rhymes Pussy Cat
-Menyelitkan unsur pembelajaran Grammar Noun
-Pembahagian tugas untuk membuat video akhir
-Kamarulizan- mengedit dan mencari video yang
bakal digunakan
-Nazrie- membuat animasi dan suara latar
31/08/2010 Perjumpaan Keempat
-Klip video dan audio yang dihasilkan di gabungkan
-Video akhir dihasilkan
-Aktiviti memurnikan lagi hasil kerja

Anda mungkin juga menyukai