Anda di halaman 1dari 10

CERITA PAKAR 

AIR
Januari 14, 2009 · 6 Komen

KATA-KATA BOLEH MEMPENGARUHI BENTUK MOLEKUL


AIR DALAM BADAN MANUSIA

Bentuk molekul air bersih (mineral) yang belum dibaca apa-apa


Bentuk molekul air oksigen dan berkhasiat (mineral tempatan) yang belum
dibaca apa-apa

Bentuk molekul air dibaca surah kitab suci  al-Quran

Bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun.
Penemuan ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air
boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut. Ustaz Abdullah Mahmud yang
pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pada tahun lepas pernah menceritakan
penemuan ini.

Bentuk molekul air sebelum dibaca doa


Bentuk molekul air setelah dibacakan doa sebelum diminum

Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh
seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan
melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil
daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa
cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa
jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

Air dikatakan “awak bodoh”


Air dikatakan “awak bodoh” (bahasa Inggeris)

Air dikatakan “awak bodoh” (bahasa


Jepun)

Air apabila JARANG  dipuji  – ‘ awak cantik”


Air apabila KADANG-KADANG  dipuji -  ‘
awak cantik”

Air apabila SELALU DAN SENTIASA  dipuji  – ‘ awak


cantik”

Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik,
seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah
disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu
mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut.
Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki
membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki
menunjukkan hasil kajiannya.
Bentuk molekul air ucapan “cinta” dan “penghargaan”

Bentuk molekul air orang berfikiran positif

Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong
cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ). Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air
tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin
kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau
disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin
molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.
Air dibaca ketika perasaan menderita

Bentuk molekul air dibaca ketika perasaan cemas

Bentuk molekul air diucap “tidak berguna”


Bentuk molekul air yang tidak
dipedulikan

Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan
makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan
memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan
air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau
dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti
oleh ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam dan umat islam yang memahaminya.

Bentuk molekul air dibaca ucapan bahagia

Bentuk molekul air yang diucap “kamu comel,


menarik”
Bentuk molekul air yang diucap “kamu buat 
saya sakit. saya akan bunuh kamu (Jepun)

Bentuk molekul air yang diberi ucapan


TERIMA KASIH dalam pelbagai bahasa
Mari kita mengamalkan ucapan yang baik-baik dan berdoa sebelum mimun atau makan.
Sebelum mandi, ucapkan doa terlebih dahulu ketika air bersentuhan dengan badan dan niatkan
mandi kita kerana Allah swt. Semoga kita akan beroleh kebaikan kesihatan yang berpanjangan
dari ucapan dan doa-doa kita.

15 JANUARI 2009- KHAMIS/ 1631 PETANG


PUSAT SUMBER FAKULTI PENDIDIKAN, UKM

PERTAMA: orang yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia  tidak tahu. Ia adalah orang tolol. Jauhilah
dia. KEDUA: orang yang tidak tahu dan dia tahu bahawa dia  tidak tahu. Ia adalah orang yang bersahaja.
Ajarilah dia. KETIGA: orang yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu. Ia sedang tidur. Bangunkanlah
dia. KEEMPAT: orang yang tahu dan dia tidak tahu bahawa dia tahu. Itulah orang yang bijaksana. Dekat
dan  pelajarilah  darinya.  -SARJANA ISLAM-

Anda mungkin juga menyukai