Anda di halaman 1dari 7

Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan air zam zam.

Professor dari Jepun memeluk agama islm kerana keunikan air zam-zam, firman Allah S.W.T
dalam Surah Al-Anbiya ayat 30 :


Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu
keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari
air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?
Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluk yang bernama air. Sesungguhnya ia adalah
makhluk yang paling setia dan amat peka dalam menjalankan perintah Allah. Dalam penelitian
ilmuan sains dunia, mereka menemukan satu fakta air sebagai alat perakam terbaik. Air dapat
merakam setiap bunyi gema getaran yang datang kepadanya dengan baik termasuk dengan katakata dan juga hanya dari niat kita. Islam mendidik umatnya untuk berwudhuk dengan niat, begitu
juga dengan mandi dari hadas kecil atau besar yang perlu dilakukan niat. Molekul air
mempunyai struktur yang mudah namun struktur tersebut dapat menghasilkan tindak balas yang
kompleks. Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.
Dalam kajian Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun telah melakukan
kajian penyelidikan tentang air. Air murni dari mata air Pulau Honshu didoakan mengikut tradisi
agama Shinto lalu didinginkan sehingga -5c. Kemudian, diambil gamabar air tersebut dengan
menggunkan mikroskop elektron dengan kamera berkualiti tinggi. Ternyata molekul air tersebut
membentuk kristal segi enam yang indah.
Ujikaji air diulangi dengan membacakan ucapan arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)
di depan botol air dan kristal yang terbentuk sangat indah. Kemudian, diuji pula dengan
menghadapkan air dengan tulisa arigato dan apa yang berlaku ialah ia membentuk kristal yang
indah juga sama bentuk dengan air yang dibacakan ucapan arigato. Seterusnya, air tersebut
dihadapkan dengan perkataan syaitan , maka molekul air berbentuk dengan bentuk yang
buruk. Kemudian, diputarkan muzik symphony mozart kristal membentuk bunga dan ketika
muzik heavy metal diputarkan molekul kristal tersebut terus hancur.
Setelah itu, seramai 500 orang memberikan tumpuan dengan fokuskan pesanan peace di
depan sebotol air, kristal air mengembang dan bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika
diuji dengan perdengarkan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul
berkilauan.

Punca Air Zamzam


Semasa seminar dihadiri pengunjung yang bukan Islam,Prof. Masaru Emoto menunjukkan
beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan
molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan.
Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap.
Dengan yakinnya seorang peserta seminar bangun dan berkata
Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia.
Prof. Emoto menggangguk dan berkata :
Saya tidak dapat memastikan bahwa Air ini yang paling mulia tetapi memang benar ini adalah
molekul air zam-zam.
Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan ujikaji dengan air di Swiss, Berlin,
Perancis, Palestin, dan beliau dijemput ke Markas Besar PBB di New York untuk
membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air dapat mendengar
kata-kata, membaca tulisan, dan boleh mengerti pesanan.
Di dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa
air mempunyai sifat yang dapat merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk.
Semakin kuat tumpuan yang diberikan oleh pemberi pesanan (contoh pengubatan dengan
menggunakan air) maka akan semakin kuat dan berkesan rakaman yang dirakamkan pada
molekul air berkenaan. Maka air itu boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang
lain.
Penemuan ini menjelaskan air putih yang didoakan mampu menyembuhkan penyakit mengikut
bacaan dan niat. Air berkemampuan untuk menangkap pesanan dan niat doa untuk penyembuhan
penyakit lalu dipindahkan pesanan dan niat itu kepada molekul air yang ada dalam badan pesakit
itu contohnya kepada molekul cecair darah. Tubuh manusia terdiri daripada 75% air. Otak
mempunyai 74.5% air, Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandungi 22% air.
Rasulullah saw, bersabda, :
ZamZam Lima Syuriba Lahu, maksudnya Air zam zam akan melaksanakan pesanan dan niat
orang yang meminumnya. Barang siapa yang meminumnya untuk merasa kenyang, dia akan
berasa kenyang. Barang siapa yang meminumnya dengan niat untuk penyembuhan, InsyaAllah
dia akan sembuh.

Professor dari Japan memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam
Mukjizat air Zam-Zam bukan sekedar dapat merakam suara tetapi yang lebih mengejutkan
dapat merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu
yang tertentu (waktu solat).

Molekul Air Zam Zam


Rahsia kehebatan air zam-zam begitu terkenal apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4
penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkandung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air
Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang,
penyerahan yang harus diniatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuknunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya.
Betapa ramai berita yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat daripada dapat keluar
dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya
menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan
permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat kita agar menjadi suatu
peringatan supaya insaf dan sedar.
Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu dan mempercayai tanpa ragu akan
rahsia kehebatan air zam zam ini saja yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air
zam zam ini. Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohon ampun dan taubat, maka
dengan sendirinya, kekuatan air yaitu Air Zam-Zam merakam niat para jema'ah .
Setelah ia melakukan tawaf 7 kali putaran ke kanan, maka di situlah terjadi hilir,' (putaran
dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, inshaAllah rahsia
Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa
begitu hening, tenang serta lapang
lalu menangis teresak-esak karena dapat merasakan
kebesaran Allah SWT .
Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam
perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 memberitakan bahawa para ilmuan
menemukan apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma
berenang ke arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali putaran dan hanya satu sperma yang dapat
bercampur dengan sel telur maka persenyawaan pun terjadi hal ini tak lain sama dengan rahsia
putaran jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan
dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari
segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada
hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah
kecil saja karena alam pada diri manusia itu jauh lebih besar dan memegang segala rahasia
lahir dan bhatin.
Apabila kita renungkan ayat Al-Qur'an tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya
selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan
kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap
manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5
kali sehari, ketika solat sunat, bahkan untuk memegang Al-Qur'an.
Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib
mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati air. Jaga

kebersihan dan jaga adabadab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah mengkaji.
Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis.
Air tekandung 60-70% pada tubuh manusia,
Bayangkan bentuk molekul air dalam badan kita
Bilamana kita membuat sesuatu perkara yang positif atau negatif ?
Dan setiap perkara pasti ada kesannya (Perubahan air Tubuh pada Sifat molekul.)

Hal ini menjelaskan jika kita melakukan atau mendengar perkara-perkara yang tidak berfaedah
dan negatif molekul air dalam badan kita berubah menjadi sesuatu yang tidak cantik. Apakan
akan terjadi dengan rohani dan jiwa kita?Jiwa kita juga kacau seperti molekul air itu, rasa tidak
tenang.
Begitu juga jika kita mengalunkan zikrullah, membaca Al-quran, berfikiran positif dan
membuat kerja-kerja yang diredhai oleh Allah, insyaAllah rohani dan jiwa kita menjadi tenang
seperti molekul air zam-zam yang cantik dan berkilau yang telah dibuktikan melalui bacaan ayat
suci al-quran yang dijalankan
Dari hasil penelitian Dr. Masaru Emoto dari Jepun membuktikan air zamzam memiliki struktur
unik dan kemampuan penyembuhan yang luar biasa. Sejarah telah membuktikan khasiat dan
keistimewaan air zamzam dari zaman ke zaman. Di sebuah cekungan bukit batu hitam gersang,
di mana curah hujan hanya 10 sentimeter per tahun, secara teoritis sangat tak masuk akal jika di
dalamnya terkandung sumber mata air bersih yang luar biasa deras, berkhasiat, dan kaya mineral.
Meski usianya sudah lebih dari 4.000 tahun (sejak putra Nabi Ibrahim dilahirkan), mata air ini
masih dapat dinikmati seluruh umat manusia hingga kini.
Sumur air zam zam yang tak pernah kering dan tak tercemar ini terdapat di Gurun Saudi
Arabia. Kedudukannya sentiasa mengundang rasa kagum. Bayangkan saja, sumber air zamzam
ketika difoto satelit ternyata terhubungkan dengan Laut Merah atau Laut Mati yang bersatu
menuju satu titik di bawah Ka'bah. Tak heran jika air ini tidak pernah habis sepanjang zaman.
Begitu juga seputar kejernihan dan khasiatnya. Siapa sangka jika air zamzam sudah mengalami
proses penyaringan sangat unik, yakni melalui bebatuan dan gurun pasir yang berlapis-lapis.Air
ini mengandung berbagai mineral dan zat yang dibutuhkan tubuh.
Mineral dan elemen-elemen itu jumlahnya amat fantastis, sekitar 2 ribu miligram per liter.

Di antaranya:
sodium (250),
kalsium (200),

potassium (20),
magnesium (50)
sulfur (372),
bicarbonate (366),
nitrat (273),
fosfat (0,25),
clan ammonia (6).

Tidakk hanya itu keajaiban air zamzam. Kajiani ilmiah yang dilakukan doktor dari Universiti
Yokohama Jepun, Dr. Masaru Emoto membuktikan, kalau air zamzam yang selama berabad-abad
mengalir di kawasan tempat peribadatan umat Islam itu memiliki struktur yang unik. Dalam
bukunya, The True Power of Water yang laku di Jepun dan Amerika, tersurat bagaimana air
zamzam memiliki kekuatan penyembuhan yang luar biasa.
Tak salah jika Rasulullah SAW pernah bersabda,
Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zam zam. Padanya ada makanan yang
menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.
Menurut Masaru Emoto, air memiliki sifat sensitif namun juga reaktif. Jika dibacakan padanya
kata-kata yang baik, air akan bereaksi positif. Sebaliknya, jika diberikan kata-kata buruk, maka
air juga akan bereaksi sifat dan makna kata-kata tersebut. Keunikan air digambarkan Masaru
Emoto sebagai sebuah kristal yang bisa berstruktur indah heksagonal (segienam) atau bahkan
kristal pecah tak beraturan. Label baik atau buruk inilah yang pada akhirnya akan menentukan
jenis kristal yang akan terbentuk nantinya.

Molekul Air Zam Zam

Fakta Tentang Air Zam-Zam

1. Tidak semua air sihat dan jernih membentuk struktur kristal jika dibekukan.
Hanya air yang sihat dan berada di lingkungan yang menyenangkan dan baik

2. Struktur molekul air dapat dipengaruhi oleh getaran, muzik, kekuatan pemikiran, doa, katakata atau tulisan yang dilekatkan.
3. Air zamzam dari Makkahh ketika dibekukan dan diambil gambar membentuk kristal segi
enam yang jernih dan sempurna.

4. Air boleh memberi pengaruh positif dan negatif. Kerana itu sangat disarankan untuk berdoa
sebelum meminumnya.

5. Air dari perairan yang tercemar, air ladang, beracun, dan dipanaskan tidak akan pernah
membentuk kristal.

6. Air yang telah diberikan lantunan muzik klasik atau doa setelah dibekukan dan diambil
gambar di bawah mikroskop akan membentuk kristal segi enam berbentuk bunga yang indah.
Berbeza jika diperdengarkan muzik keras (heavy metal).

7. Meditasi dan doa hanya bersifat sementara mempengaruhi molekul air. Buktinya, upacara
ritual dan meditasi yang dilakukan tidak terus menerus di sebuah perairan yang kotor dan berbau,
hanya mengubah bau sementara.

8. Lantunan doa yang terus diperdengarkan sepanjang zaman seperti yang terjadi pada sumber air
zamzam, dipercaya membuat kualiti molekul airnya bertambah bagus, seperti kristal heksagonal
yang berpendar teratur dan berwarna indah.

Semoga pengetahuan tentang pengaruh air terhadap molekul ini


Mendatangkan nilai positif pada kita semua
Mari Muhasabah dirilah kita bersama-sama.

Semoga Manfa'at

oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama

Rujukan.
- https://00000i.blogspot.my/2013/07/professor-dari-japan-memeluk-agama.html

Anda mungkin juga menyukai