Anda di halaman 1dari 1

RIMUP GUNA 5 MODUL BARU

Oleh: Mohd Roji Abdullah

KEMENTERIAN Pelajaran melancarkan lima modul baru Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) bagi memantapkan lagi program berkenaan ke arah pembentukan
generasi muda berilmu, bersemangat muhibah, berperibadi unggul serta mampu
menghadapi cabaran secara kolektif demi kesejahteraan negara.

Modul itu ialah kecemerlangan akademik, kokurikulum, kesukanan dan permainan,


meningkatkan patriotisme serta khidmat masyarakat.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, melancarkan lima modul baru
Rimup itu pada majlis penutupan Khemah Kerja Perpaduan dan Intergrasi Pemimpin
Murid Menengah Rendah Peringkat Kebangsaan Ke-3, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Kahang, di Kluang, baru-baru ini.

Seramai 452 peserta dari seluruh negara menyertai perkhemahan selama lima hari yang
diadakan di Hutan Lipur Gunung Berlumut, Kluang, bermula 18 Jun.

Hishammuddin berkata, selain pelancaran lima modul baru yang akan memastikan
Rimup lebih berkesan melahirkan generasi muda bersemangat patriotik, Kabinet juga
sudah meluluskan peruntukan berjumlah RM25.8 juta bagi menjayakan program itu
sepanjang tahun ini.

"Bagi memastikan kelancaran program ini, timbalan saya (Datuk Hon Chong Kim) akan
mengetuainya dan saya percaya sebagai salah satu agenda yang kita telah tetapkan
dalam Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PTPP) serta dengan modul
yang lebih tersusun, Rimup akan berjaya melahirkan generasi muda yang hebat pada
masa depan," katanya.

Beliau berkata, bekas peserta program Rimup sejak siri pertama tiga tahun lalu akan
dipanggil untuk menjadi tenaga penggerak program itu pada masa depan.

Katanya, mereka sudah memiliki asas yang kukuh dan pengalaman mereka diperlukan
untuk membimbing peserta baru dikalangan murid sekolah menengah dan rendah.

"Kementerian mampu menyediakan pelbagai kemudahan serta menyalurkan


peruntukkan kewangan yang diperlukan, tetapi kekurangan tenaga penggerak
berpengalaman untuk membantu menjayakan program berkenaan.

"Sudah tiba masanya alumni perkhemahan Rimup yang kita adakan sejak tiga tahun lalu
diberi tanggungjawab menggerakkan program ini kerana kita kekurangan kepemimpinan
dan tenaga penggerak.

"Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi sedia ada di sekolah sama ada melalui
makmal komputer, pusat akses atau televisyen pendidikan pula akan kita gunakan
sepenuhnya untuk menjayakan program ini," katanya.

Anda mungkin juga menyukai