Anda di halaman 1dari 1

Selangor perkasa

AZIE YAHAYA

S2

SINAR HARIAN Sabtu 09 Februari 2008

sinar @ selangor

pembangunan modal insan


Selaras dengan status Selangor Negeri Maju, Program Pembangunan Insan akan diperkukuhkan dalam mewujudkan insan yang berilmu dan mempunyai sahsiah yang tinggi. Modal insan negeri yang berkualiti dan mempunyai minda kelas pertama merupakan elemen paling penting yang perlu ada dalam sesebuah negeri maju. Program Pembangunan Insan Negeri Selangor merupakan salah satu usaha kerajaan negeri bagi merealisasikan pelaksanaan pembangunan modal insan seperti mana yang telah digariskan sebagai teras utama Rancangan Malaysia ke-Sembilan (RMK-9). Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif membolehkan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai supaya kecemerlangan intelektual dapat diperkembangkan. Kekuatan peribadi juga dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan dalam menghadapi cabaran globalisasi. Fakta-fakta ilmu interaktif, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus utama bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan dan memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang ke arah pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat. Justeru, pelbagai kursus bina insan dan program pembangunan kepimpinan telah diadakan di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Insan sepanjang tahun 2007 demi melahirkan masyarakat yang berwawasan, berketerampilan dan berkeyakinan. Program-program dalam bentuk kursus dan bantuan pendidikan yang menggalakkan pembangunan modal insan ini akan terus dipergiatkan pada tahun 2008. Dalam pada itu, matlamat pembangunan modal insan negeri Selangor yang digariskan tidak terhad hanya kepada warga kerja serta kakitangan awam kerajaan negeri, malahan ianya turut diperluaskan hingga ke akar umbi, iaitu dari peringkat remaja hingga ke peringkat ibu bapa. Ini kerana bagi memastikan program tersebut dapat memberi manfaat secara menyeluruh kepada warga Selangor secara umumnya, semua pihak perlu sama-sama terlibat dalam merealisasikan setiap program yang dirancang. Sejak tahun 2001 sehingga 2007, sebanyak 1,534 program telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan penglibatan seramai 218,263 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat di semua daerah di negeri Selangor. Matlamat program ini adalah untuk membentuk individu yang boleh memimpin diri, seimbang dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani ke arah mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat. Antara objektifnya adalah: i. Memantapkan imej keseimbangan setiap individu dari segi kerohanian, emosi, intelektual dan jasmani atau fizikal ke arah menjadikan individu yang bersyukur; ii. Mewujudkan suasana yang kondusif bagi menyemarakkan penyertaan semua peringkat masyarakat dalam pelbagai program Bina Insan untuk mewujudkan individu yang boleh membina diri dan sentiasa berfikir yang terbaik dalam semua bidang yang disertainya; iii. Mewujudkan kepimpinan dan jati diri dalam keluarga dalam menghadapi unsur-unsur negatif atau sosial yang meruntuhkan akhlak individu dan masyarakat ; dan v. Memperkemaskan program permuafakatan di antara kerajaan dan rakyat dalam usaha membudayakan konsep keseimbangan bina insan dalam kehidupan harian.

Dr Mohamad Khir Toyo

Fakta-fakta ilmu interaktif, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus utama bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan dan memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang ke arah pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.

topik perbincangan dan aktiviti yang dilaksanakan selari dengan komponen-komponen yang termaktub dalam Dasar Bina. ii. Melaksanakan Training Need Analysis yang selari dengan komponen-komponen Dasar Bina Insan bagi tiap-tiap kategori dan kandungan modul hendaklah sesuai mengikut keperluan tiap-tiap kumpulan. iii. Penekanan isi kandungan modul kepada aspek membina semangat diri dan membuat penambahbaikan elemen patroitisme bagi menguatkan kesan Program Bina Insan secara menyeluruh. iv. Pendekatan secara liberal dan generik bagi kesesuaian program untuk peserta bukan Melayu. Penambahbaikan Proses Latihan i. Bilangan peserta untuk setiap sesi kursus perlu dihad dan diselaraskan agar peserta mendapat peluang experiential learning dan penglibatan sepenuhnya. ii. rogram kursus perlu melibatkan penyertaan lebih ramai di kalangan peserta bukan Melayu iaitu kaum India dan Cina di dalam semua kategori. iii. Proses latihan berdasarkan total training agar peserta dapat mengamalkan apa yang dipelajari semasa latihan dan seterusnya menjadi amalan dalam konteks kehidupan seharian. iv. Dalam melaksanakan kursus juga pihak konsultan dicadangkan supaya menggunakan kaedah ceramah seminimum mungkin, sebaliknya memperbanyakkan kaedah experiential learning seperti latihan dalam kumpulan, penilaian kendiri dan discovery learning.

Modul yang berkesan


Sebagai induksi utama pembangunan modal insan bagi 2008, kerajaan negeri akan meneruskan program-program sedia ada dengan mengadakan beberapa penambahbaikan: Penambahbaikan Kandungan Modul i. Kandungan modul perlu diteliti semula agar

RM1 juta untuk program pembangunan belia India


Dalam pada itu, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sejumlah RM1 juta sejak 2006 bagi menjayakan Program Pembangunan Insan Berkemahiran Teknikal Untuk Belia India Negeri Selangor. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yayasan Strategik Sosial dan Kolej Antarabangsa INPENS. Kursus-kursus latihan kemahiran adalah berbentuk sijil dan diiktiraf Kementerian Sumber Manusia. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah golongan belia India yang lahir dari keluarga miskin, bermasalah dan cenderung untuk melibatkan diri dalam gengsterisme dan gejala sosial. Kerajaan negeri telah menambah peruntukan kepada RM3 juta bagi memperluaskan kumpulan sasaran kepada belia pelbagai kaum memandangkan program ini menampakkan kesan yang positif. Pada Julai 2007, seramai 101 peserta telah berjaya menamatkan kursus pelbagai kemahiran menerusi program ini manakala seramai 148 peserta sedang mengikuti pengajian. Bagi 2008, kerajaan negeri berhasrat untuk meneruskan program ini dan mengekalkan peruntukan yang sama agar pendidikan kumpulan belia yang tercicir tidak terabai. Malah, Pelan Tindakan Program Menangani Gegala Sosial Negeri Selangor dirangka bagi membentuk tindakan program yang menekankan strategi dan pelaksanaan program jangka panjang yang berteraskan ke arah agenda pembangunan sosial yang lebih baik di negeri ini. Satu jawatankuasa diwujudkan di setiap kawasan Parlimen dan berperanan untuk merancang, melaksana dan memantau program-program yang difikirkan supaya dapat membendung gejala sosial daripada terus menular dan mempengaruhi aktiviti para remaja. Walau bagaimanapun, pelan yang dilaksanakan ini bukanlah dapat mengatasi permasalahan sosial secara sepenuhnya di negeri ini. Ini kerana, bagi mengatasi gejala sosial, ia memerlukan penglibatan semua pihak termasuklah peranan dan tanggungjawab ibu bapa remaja itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai