Anda di halaman 1dari 4

HALBAN FOOTBALL CLUB

1. PENDAHULUAN

Untuk menyahut seruan kerajaan dalam usaha untuk memartabatkan industri bolasepak tanah air
khususnya Parlimen Ketereh dan amnya negeri Kelantan dengan rasa tanggungjawab untuk
mendedahkan permainan bolasepak disamping melahirkan bakat-bakat baru. Kelab Bola Sepak Halban
berasa terpanggil untuk menganjurkan suatu bentuk program bagi mencapai hasrat tersebut. Maka
lahirlah idea untuk mewujudkan satu team yang berusia 23 tahun ke bawah yang akan bersaing dalam
Kejohanan Liga Bola Sepak Kelantan 2011 yang mana pasukan ini akan bermain untuk Divisyen satu Liga
KAFA mewakili Kelab Bola Sepak Halban. Kelab Bola Sepak Halban merasakan untuk menjayakan sukan
bola sepak di setiap pelusuk negeri dalam mencapai hasrat kerajaan untuk memajukan sukan ini pada
masa yang akan datang.

2. OBJEKTIF KELAB
Kesedaran warga setempat terhadap kebangkitan bola sepak di peringkat negeri dan negara telah
melahirkan Kelab Bola Sepak Halban FC yang bermatlamat serta berkeyakinan tinggi.

Objektif utama Halban FC adalah:

i. Untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan Bola Sepak di kalangan


masyarakat setempat.
ii. Untuk merancang dan membangunkan pemain, pegawai, jurulatih dan mencungkil bakat-
bakat baru.
iii. Untuk memilih pemain bagi mewakili Kelab Halban FC dalam mana-mana kejohanan atau
pertandingan bola sepak.
iv. Mempertingkatkan mutu sukan bola sepak dan mempertingkatkan penyertaan di kalangan
masyarakat setempat.
v. Menggalakkan interaksi yang sihat di antara masyarakat.
vi. Memajukan sukan bola sepak untuk negeri dan Negara.

MISI
Melayakkan diri ke LIGA FAM

VISI
Membentuk pasukan yang mantap, berkaliber dan berdaya maju.

1
HALBAN FOOTBALL CLUB

3. KAEDAH PERLAKSANAAN

3.1. Kumpulan Sasaran

Pemain-pemain yang ingin dibentuk adalah dari peringkat usia 18-23 Tahun.

3.2. Syarat Utama

Syarat utama adalah pemain terdiri dalam kawasan Parlimen Ketereh dan negeri Kelantan.

3.3. Kejurulatihan

Pasukan ini akan dikendalikan oleh Jurulatih yang bertauliah sekurang-kurangnya mempunyai
lessen B dan C yang diiktiraf FAM (Jurulatih Negeri).

4. PENYERTAAN

Terdiri daripada 40orang warga belia Parlimen Ketereh.

5. PENUTUP

Adalah diharapkan pasukan yang dibentuk ini dapat membina jati diri, semangat patriotisme
dan'Yakin Boleh", dalam setiap diri pemain yang menyertai pasukan ini. Kejayaan pasukan ini
banyak bergantung kepada semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di kalangan pemain
dan keluarga serta masyarakat setempat untuk mencapai 1 Malaysia disamping memajukan sukan
negara.

Penubuhan pasukan ini juga dapat menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa Kelab Bola
Sepak Halban juga mampu menyumbang sesuatu yang berharga untuk dijadikan kebanggaan
seluruh masyarakat setempat.

6. LAMPIRAN

Lampiran L,2 dan 3 adalah menunjukkan anggaran perbelanjaan program.

2
HALBAN FOOTBALL CLUB

Lampiran
ANGGARAN PERBELANJAAN PASUKAN 2011

A. PERALATAN

i) Cone/ma rker
RM 5/biji x 60 biji RM 300.00

ii) Bola saiz 5


RM 70 .00/ biji x 20 biji RM 1,400.00

iii) Beat Latihan


RM 150.00/Set X 2 Set RM 300.00

iv) Cetak Borang Penyertaan/Alat Tulis RM 300.00

v) Padang Bola Dan Gol RM2000.00

JUMLAH = RM 4,300.00

B. PAKAIAN PESERTA / PERSEGARAN

i) Baju / Seluar / Stokin


RM 80.00/psg X 40 RM 3,200.00

ii) Persegaran Peserta


RM 20/bulan X 6bulan X 40org RM 4,800.00

JUMLAH = RM 8,000.00

C. PERLAWANAN PERSAHABATAN

i) Pengangkutan RM
3,000.00

ii) Sewa Padang dan Pengadil RM 2,000.00

JUMLAH = RM 5,000.00

3
HALBAN FOOTBALL CLUB

D. PAKAIAN JURULATIH / ELAUN

i) RM 200.00 /set X 4set RM 800.00


( 4 org jurulatih (baju Seluar 3 suku)

ii) Elaun Khas RM 9,600.00


( RM 50.00/org X 4 org X 8hari/bulan X 6bulan)

JUMLAH = RM 10,400.00

F. JUMLAH KESELURUHAN

Jumlah Keseluruhan (A + B + C + D) RM 27,700.00

Segala perbelanjaan diatas adalah paling ringkas dan murah dalam segala perkiraan keseluruhannya
dan segala pengubahsuaian terpulang pada pihak yang sepatutnya.

Ahli Jawatankuasa program ini akan dilantik oleh pihak Bahagian Pengurusan Kelab Bola Sepak
Halban.

Anda mungkin juga menyukai