Anda di halaman 1dari 5

3.

0 Teks Pengacaraan Majlis Pelancaran Batik 1 Malaysia

Masa : 7.30 pagi

Cue : Para hadirin masuk ke Dewan Utama selepas mendaftar di pintu-pintu


masuk, lagu rakyat dimainkan semasa para hadirin mengambil tempat duduk.

Hani : Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia, majlis mengalu-alukan


tetamu-tetamu undangan, dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis
Penutupan Kursus Kepegawaian Kesukanan, hadirin dan hadirat dipersilakan
mengambil tempat. Diminta para hadirin memenuhkan tempat kosong dibahagian
hadapan terlebih dahulu dan dan memastikan telefon bimbit anda berada dalam
nada “senyap”.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Zaifi :

Masa : 8.00 pagi

Cue : Bungkusan kudapan diagihkan kepada hadirin. Skrin layar diturunkan.

Lutfi : Tuan-tuan dan puan-puan, bagi memeriahkan lagi majlis ini marilah kita
bersama-sama menyaksikan tayangan multimedia yang disediakan khas oleh
Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan untuk tatapan anda.

Pucuk pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan,

Kalau tuan nak tahu,

Silalah menonton tayangan

Zaifi : Persembahan ini menerangkan tentang kronologi perkembangan batik di


Malaysia dan appresiasi kepada industri batik di Malaysia, tuan-tuan dan puan-
puan saksikanlah tayangan multimedia ini, “Khazanah Bangsa, Cetusan Minda,
Batik 1 Malaysia”.

Begitulah dia tayangan multimedia mengenai Batik 1 Malaysia.


Masa : 8.30 pagi

Cue : Kenderaan Menteri Kebudayaan, kesenian dan warisan tiba di perkarangan


dewan utama. Muzik gamelan dimainkan. Para hadirin berdiri bagi menghormati
ketibaan beliau.

Lutfi : Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato' Seri Hj. Mohd. Shafie b. Hj.
Apdal Menteri Kebudayaan, kesenian dan warisan.

Zaifi : Menteri Kebudayaan, kesenian dan warisan merupakan tonggak utama bagi
merancang Majlis Pelancaran Batik 1 Malaysia pada hari ini. Berikan tepukan yang
gemuruh kepada beliau. Hadirin dipersilakan duduk.

Masa : 8.40 pagi

Cue : Kenderaan Timbalan Perdana Menteri tiba di perkarangan dewan utama.


Muzik gamelan dimainkan. Para hadirin berdiri bagi menghormati ketibaan beliau.

Lutfi : Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Tan Seri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri.

Masa : 8.50 pagi

Cue : Kenderaan Perdana Menteri tiba di perkarangan dewan utama. Muzik


gamelan dimainkan. Para hadirin berdiri bagi menghormati ketibaan beliau.

Zaifi : Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak Perdana Menteri Malaysia. Berikan tepukan gemuruh kepada beliau.

Masa : 9.00 pagi

Cue : Kenderaan Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
tiba di perkarangan dewan utama. Muzik gamelan dimainkan. Para hadirin berdiri
bagi menghormati ketibaan beliau.

Zaifi : Mengumumkan ketibaan Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agong Al-
Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-
Muktafi Billah Shah.

Lutfi : Hadirin dan hadirat marilah bersama-sama saya melaungkan “Daulat


Tuanku”. Daulat tuanku! Daulat tuanku! Daulat tuanku!
Masa : 9.05 pagi

Cue : Lagu Negaraku dan Lagu 1 Malaysia dimainkan, hadirin bangun.

Zaifi : Hadirin dan hadirat diminta bangun untuk kita menyanyikan Lagu Negaraku.

Terima kasih kepada hadirin sekalian atas nyanyian yang sungguh bersemangat
itu tadi. Hadirin dibenarkan duduk.

Masa : 9.20 pagi

Cue : Doa oleh Imam Masjid Negara.

Lutfi : Marilah kita sama-sama memohon keberkatan mengaminkan doa bagi


memberkati majlis ini, majlis menjemput Imam Masjid Negara Tan Sri Dato’ Syaikh
Hj. Ismail Ibn. Hj. Muhammad, dipersilakan.

Masa : 9.30 pagi

Cue : Ucapan daripada Menteri Kebudayaan, kesenian, dan warisan.

Zaifi : Majlis menjemput Yang Berhormat Dato' Seri Hj. Mohd. Shafie b. Hj. Apdal
Menteri Kebudayaan, kesenian dan warisan untuk menyampaikan ucaptama.

Sesungguhnya batik merupakan khazanah bangsa yang tidak ternilai, itulah dia
sebentar tadi amanat yang diberikan oleh Yang Berhormat, dan kita sebagai rakyat
Malaysia haruslah menyedarinya. Terima kasih kepada Yang Berhormat atas
ucapan sebentar tadi.

Masa : 9.50 pagi

Cue : Ucapan daripada Perdana Menteri Malaysia.

Lutfi : Majlis menjemput Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan ucapannya.

Begitulah ucapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun
Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Masa : 10.10 pagi

Cue : Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Zaifi : Majlis mohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-
Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-
Muktafi Billah Shah untuk menyampaikan titah dan harapannya.

Majlis menjunjung kasih atas perkenan tuanku menyampaikan ucapan sebentar


tadi.
Masa : 10.30 pagi

Cue : Majlis memohon Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dipersilakan
untuk naik ke pentas diiringi oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia untuk meletakkan
pencanting ke layar kain putih kemudian corak Batik 1 Malaysia akan dipaparkan.

Lutfi : Majlis sekali lagi memohon perkenan tuanku, mencemar duli untuk
merasmikan majlis pelancaran Batik 1 Malaysia. Seri Paduka Baginda Yang Di
Pertuan Agong dipersilakan untuk naik ke pentas diiringi oleh Perdana Menteri,
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kebudayaan, kesenian dan warisan
Malaysia untuk meletakkan pencanting ke layar kain putih.

Majlis menjunjung kasih perkenan tuanku kerana merasmikan majlis, serta kepada
Yang Berhormat sekalian.

Masa : 10.40 pagi

Cue : lampu dinyalakan di pentas utama, peragawan dan peragawati bersedia di


belakang pentas untuk memperagakan pakaian mereka .

Zaifi : Sekarang tibalah masa yang kita tunggu-tunggukan iaitu peragaan Batik 1
Malaysia oleh peneraju batik Malaysia Nur Arfa Batik Sdn. Bhd.

Peragaan Batik 1 Malaysia ini diperagakan oleh 12 orang peragawan dan


peragawati yang dari pelbagai kaum di Malaysia bagi mewakili setiap kaum dan
etnik yang terdapat di Malaysia.

Begitulah dia pertunjukan fesyen Batik 1Malaysia.

Masa : 11.30 pagi

Cue : Lagu Negaraku di alunkan, hadirin bangun.

Lutfi : Hadirin dijemput bangun.


Masa : 11.40 pagi

Cue : Tetamu kehormat berangkat ke dewan santapan. Nyanyian lagu rakyat


dimainkan.

Zaifi : Tetamu-tetamu kehormat dijemput keluar dewan. Hadirin diminta bangun.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin atas kerjasama yang telah
diberikan bagi memastikan majlis ini berjalan dengan licin, sekian salam satu
Malaysia.

Kalau menjerat burung kelicap,

Bawa bersama ragi berotan,

Jika ada salah silap,

Ampun maaf kami dulukan

Anda mungkin juga menyukai