Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROGRAM

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI MUZIUM NEGARA

TARIKH PELAKSANAAN

13/10/2022

ANJURAN

KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK

DISEDIAKAN OLEH :

BIL NAMA NO. ID


1 Muhammad Saifullah Bin Mohd Sohir A08SVM22F008

2 Amir Nur Hazim Bin Mohd Nor Julaimi A08SVM22F027

3 Muhammed Huzaifah Bin Mohd Riduan A08SVM22F006

4 Ammar Bin Yasser A08SVM22F005

5 Muhammad Arif Bin Misnan A08SVM22F010


1.0 PENGENALAN PROGRAM
 Program lawatan sambil belajar ke muzium negara adalah untuk mengenali peradaban
awal manusia dan mengenali pelbagai kaum yang berada di Malaysia .

2.0 TUJUAN/ OBJEKTIF PROGRAM


Di akhir Program peserta dapat:
 Kajian ini dapat memperluaskan kotak pemikiran pelajar untuk mengetahui peradaban
awal manusia dan dapat mengetahui peralatan muzik tradisional yang terdapat pada
setiap kaum.

3.0 TEMPAT PROGRAM


 Muzium Negara Kuala Lumpur

4.0 SASARAN
-Seramai 22 orang pelajar
-5 orang pensyarah

5.0 AJK PROGRAM YANG TERLIBAT

JAWATANKUASA INDUK
PENAUNG En Salahuddin Bin Yusoff
MENTOR Pn Nur Hidayati Bt Sanusi
PENGARAH
PROGRAM
SETIAUSAHA
BENDAHARI
JAWATANKUASA KECIL
JK
PENDAFTARAN
JK PENGINAPAN
JK
PENGANGKUTAN
JK FOTOGRAFI
JK JAMUAN

6.0 ANGGARAN BAJET PROGRAM


RM 40

7.0 IMPAK PROGRAM


1- PELAJAR-
 Pelajar dapat mengetahui dan mengenali lebih terperinci tentang peradaban manusia
awal dan pemerintahan melayu serta peralatan tradisional yang terdapat dalam negara .
2- PENSYARAH-
 Pensyarah dapat mendidik pelajar dan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang
sejarah peradaban awal manusia awal dan pemerintahan melayu serta peralatan
tradisional di negara ini.
3- PELANGGAN-
 Pelanggan yang mempunyai keluarga dapat mendidik anak-anak mereka untukm lebih
mengenali sejarah peradaban manusia awal dan pemerintahan melayu serta peralatan-
peralatan tradisional yang terdapat dalam negara kita .

8.0 GAMBAR SEKITAR AKTIVITI


9.0 HASIL DAPATAN – LAPORAN PERALATAN MUZIK TRADISIONAL YANG
TERDAPAT PADA SETIAP KAUM

Alat muzik Tradisional


Terdapat pelbagai alat muzik yang terdapat pada setiap kaum di Malaysia. Setiap negeri di Malaysia
mempunyai pelbagai jenis dan bentuk alat-alat muzik yang sering digunakan untuk memainkan perlbagai
bentuk teater tradisi Melayu seperti wayang kulit, makyung, mek mulung, gamelan, kuda kepang, jikey dan
sebagainya. Alat-alat utama seperti dari keluarga gendang, rebab tiga tali, gambus, serunai dan jenis-jenis
gong secara mutlak adalah milik masyarakat Melayu dimana ianya telah diwarisi dan dicipta oleh orang-
orang Melayu turun temurun sejak beratus-ratus tahun lamanya. Seain dari masyarakat Melayu, terdapat
alat muzik yang berbeza yang terdapat pada kaum lain seperti kaum Cina, India, Kadazan dan sebagainya.

Alat muzik tradisional kaum cina


Masyarakat Cina di Malaysia juga kaya dengan warisan budayanya yang tersendiri.Begitu Juga dengan
muzik, aat muzik dan tariannya. Warisan muzik masyarakat Cina yang paling dikenali ialah muzik
Guangong. Muzik Guandong sebenarnya berasal dan bermua dari Selatan Cina pada abad ke20. Pada
peringkat awal, muzik Guandong dimainkan sebagai iringan muzik dalam Opera Yue. Kemudian, secara
beransur-ansur muzik Guandong telah menjadi popular bukann sahaja di seluruh China bahkan juga sangat
diminati oleh para perantau China di seberang laut. Antara contoh alat muzik tradisional Cina ialah Pipa,
Yangqin, Guzheng, Erh Hu dan Seruling Cina (Zhudi).

Alat muzik tradisional kaum India


Tanpura digunakan dalam muzik vokal dan instumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan. Selain
Itu, Sitar diletak melintang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi
menekan dan menarik padap berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan
melodi. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk rentak lagu-lagu filem dan sebagainya.
Akhir sekali, Tabla ialah sejenis alat muzik India yang dimainkan seccara solo atau mengiring upacara
keagamaan, persembahan, barathanatyan, perkahwinan dan sebagainya.

Alat muzik tradisional masyarakat Sarawak


Tawak dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian
permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema
manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti ‘chak,
dong, peng’. Selain itu, sape yang berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan
berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya
didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. 
Alat muzik tradisional masyarakat Sabah
Kulintangan merupakan salah satu alat muzik tradisional yang terdapat di Sabah. Kulintangan banyak dan
dimainkan oleh suku kaum Bajau dan Kadazan-Dusun ketika menyambut majlis keramaian. Perayaan atau
majlis-majlis rasmi. Kulintangan mempunyai lapan hingga sembilan buah gong-gong kecil yang disusun
sebaris dan apabila ia dimainkan akan mengeluarkan bunyi yang berlainan antara satu sama lain.
Kulintangan akan dimainkan dengan menggunakan ua pemukul kayu yang kecil. Selain itu, gendang juga
merupakan salah satu alat muzik tradisional di Sabah yang mana ianya digunakan untuk muzik iringan
bersama dengan alat tradisional yang lain seperti Kulintangan. Selain daripada mengggunakan untuk
membuat persembahan di majlis-majlis untuk membuat persembahan di majlis-majlis tertentu, gendang
juga digunakan oleh sesetengah masyarakat ketika membuat upacara pengubatan orang sakit. Biasanya
gendang ini dihasilkan engan menggunakan bahan seperti kulit lembu atau kulit kerbau, batang pokok,
rotan dan kayu penahan. Oleh kerana bahagian atasnya dibuat daripada kulit haiwan, maka kayu pemukul
yang ddihasilkan juga mestilah dibuat denga betul agar kulit tersebut tidak mudah koyak

10.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pihak penganjur sangat berharap program ini dapat memberi impak yang
positif kepada semua pihak.Di harap program ini dapat diteruskan lagi pada masa yang
akan datang.

i. Disediakan oleh :

………………………………..
(MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MOHD SOHIR)
KETUA KUMPULAN 3 SVM 1A

Anda mungkin juga menyukai