Anda di halaman 1dari 3

2.

2 TEORI TAMADUN

Teori yang kami pilih dalam tugasan ini ialah tamadun kemunduran. Dari segi
falsafah teori kemunduran merupakan ciri modernisme yang utama. Di samping itu,
teori kemunduran adalah segala sesuatu di gerak ke arah kepentingan masa depan
kesemuanya. Kemajuan sains & teknologi memberi sumbangan besar dalam
pembinaan tamadun manusia, namun masih ada ciri negatif yang menyebabkan
sesuatu tamadun itu mundur.

Jika kita lihat, pada pandangan Stuart Flexner mengatakan sejarah dunia ini
penuh dengan kehancuran. Pada asalnya manusia yang membina tamadun, tetapi
manusia juga yang menghancurkan sesuatu tamadun itu. Ini adalah pendapat bagi
Stuart Flexner. Bagi Oswald Spengler dan Albert Achweither pula mengatakan
bahawa tamadun moden sebagai alam industri dan mekanis hampa dari segi
semangat dan nilai moral. Manakala penderitaan yang dialami oleh tamadun Barat
moeden merupakan penderitaan luar biasa yang akan berakhir menjadi melapetaka.

Model pertama iaitu Ibnu Khaldun juga menegaskan dalam tahap


perkembangan kerajaan atau organisasi sosial yang berbunyi dan dikemukakan
oleh baginda ialah tahap lemah atau kejatuhan yang dicirikan oleh konflik politik dan
krisis ekonomi sehinggan membawa kesan kepada stratifikasi sosial dengan
peningkatan kemewahan dan kelunturan semangat kekitaan.

Manakala bagi model Tonybee juga membuat penambahan apabila secara


khusus memperincikan lagi tahap tersebut iaitu mengenai keretakan, perpecahan
dan kejatuhan. Kejatuhan ataupun kemunduran bagi sesuatu tamadun itu adalah
kerana manusia itu sendiri. Jatuh ataupun naik sesuatu tamadun berpuna daripada
manusia yang mempunyia pelbagai kerenah dan ragam.

Dalam tugasan ini, kami memilih teori kemunduran kerana sangat sesuai
dengan permasalahan yang kami hadapi dalam tugasan ini. Di mana terdapat unsur
perkauman yang dibangkitkan melalui novel ini yang telah menyebabkan ramai
masyarakat India secara amnya tidak menyukainya.
2.2.1 Faktor – faktor Kemunduran Tamadun

Setiap tamadun sememangnya akan mengalami kemerosotan dan ada pula yang
runtuh secara mendadak. Pendapat ini telah ditegaskan oleh Ibn Khaldun. Menurut
beliau, sesebuah tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia yang
akan melalui tempoh kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.

Beliau turut membahagikan kadar tempoh sesebuah peradaban kepada empat


generasi iaitu:

a. Generasi pengamal

b. Generasi pengikut

c. Generasi pemelihara tradisi

d. Generasi pemusnah tradisi

2.2.1.1 Keruntuhan akhlak

Keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin


adalah faktor kemerosotan sesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak
dipedulikan lagi. Sikap berfoya-foya, amalan rasuah, tamakkan kuasa berlaku secara
berleluasa.Contohnya empayar moghul dan kesultanan Delhi.

2.2.1.2 Perpecahan dalam kalangan masyarakat

Perpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan


tamadun. Contohnya pertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan
Bani Umaiyah menyebabkan kerajaan Bani Umaiyah merosot.

2.2.1.3 Ketidakadilan

Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara


antara golongan kaya dan miskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah
tamadun. Contohnya di Yunani terdapat golongan hamba abdi yang hidup melarat
yang ditindas dan dikerah untuk mengusahakan tanah golongan berharta telah
menyebabkan pemberontakan dalam kalangan masyarakat bawahan. Hal ini adalah
seperti mana kami bincangkan mengenai tugasan kami dalam novel Interlok.
2.2.1.4 Ketidakstabilan Politik

Perpecahan dalam kalangan negara kota dan wilayah –wilayah yang dijajah.

2.2.1.5 Bencana Alam atau Malapetaka

Menyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara besar-besaran seperti


banjir, wabak penyakit dan sebagainya. Contoh Athens – serangan wabak penyakit
yang mengakibat kematian penduduk dan pemerintahnya iaitu Pericles.

2.2.1.6 Penerimaan Perubahan

Sikap tidak mahu menerima perubahan juga boleh membantuutkan perkembangan


tamadun. Sikap seperti ini merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah
masyarakat yang seterusnya membawa kepada masyarakat berkeadaan beku atau
static berpanjangan. Contohnya, kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Anda mungkin juga menyukai