Anda di halaman 1dari 1

C.I.K.G.

U
Bangun semua Tarik nafas [ Selamat pagi Cikgu ] dan selamat pagi semua rakan-rakan yang kami kasihi. Kami pelajar pelajar SMK Sindumin ingin, Mempersembahkan choral speaking kami Yang bertajuk C.I.K.G.U Kita selalu dengar Guru ibarat lilin yang membakar dirinya Untuk menerangi kehidupan manusia Cikgu banyak memberi sumbangan ilmu kepada kita Tapi, kita jarang menghargainya Bila kita cemerlang [Yeah kami dapat 8A,] [kami dapat 9A] Orang akan kata (Alah, budak tu kan memang pandai!) Tapi, bila kita gagal, Ishh, cikgu tu tak pandai ajar lah. Cikgu selalu dipersalahkan padahal, sampai dah sakit tekak cikgu mengajar kita je yang tak berusaha bila cikgu bagi homework (cikgu, bagilah lagi, tak cukup la) Tapi, ada yang merungut (ish,, tension lah) (tak nak la buat!!) (Malam ni ada tuisyen pulak) Cikgu bukan nak bunuh kita,tapi cikgu nak bagi kita lebih faham dan ingat. Kat sekolah kita ni, semua cikgu baik baik Ada Pn Norul (Baik punya!!!) Cikgu Kula (seriusnya.. senyum la sikit!!) Cikgu Dayang (eee takutnya garang la!!) Ustat Mohd Nor (loghat Kelantan tak pernah hilang) Cikgu Aquino(Fuh,takut aku)(guru disiplin tu mau pergi gunting rambut la ni) Cikgu Joshua(hensem ooo ) Cikgu Mainah (comel nyeeee )

Semua kejayaan kami adalah sumbangan daripada guru-guru Terima kasih guru Kerana hulur tanganmu Kami menghargainya setulus jiwa kami Bicaramu guru kan kami ingat selalu Menjadi azimat hingga ke akhirnya

Sekian terima kasih

Copyright Miss Belle@SMKS2011

Anda mungkin juga menyukai