Anda di halaman 1dari 1

Coretan ini aku dedikasikan khas buat bakal suamiku Buat bakal suamiku Terima kasih kerana sudi

menerima diriku.. Terima kasih kerana sudi berkongsi kasih denganku.. Terima kasih kerana sudi mengambil alih hak menjagaku dari ibu dan bapaku.. Aku bersyukur kerana diriku kini milikmu.. Buat bakal suamiku.. Diriku bukanlah sehebat serikandi Khadijah Diriku jua bukanlah sebijak Aisyah Diriku juga bukanlah sekuat Sumayyah Diriku adalah insan yang kerdil lagi hina di muka bumi Allah Buat bakal suamiku Saat lafaz sakinah diungkapkan Aku tahu diriku telah menjadi hak dirimu.. Zahirku,batinku,seluruh jiwa dan ragaku adalah empunya mu.. Aku redha menyerahkan seluruh pengabdianku padamu Buat bakal suamiku Cintaku padamu bukan cinta sia-sia.. Cintaku padamu ikhlas kerana Allah Cintaku terhadapmu hanya utk mendapat keredhaanNya.. Cintaku terhadapmu sampai ke syurga Buat bakal suamiku Aku terima dirimu dengan redha Aku berjanji menjaga kurniaan Allah Aku berjanji akan setia Kerana ku impi menjadi bidadari syurga.. Buat bakal suamiku Usah kau toleh ke belakang.. Pandanglah hadapan dengan harapan.. Agar keluarga sakinah menjadi kenyataan Dalam melayari badai perkahwinan.. Buat bakal suamiku Andai diri ini syahid kerana generasimu.. Ampunkanlah diri ini. Redhailah segala perbuataanku Ku tunggu mu untuk bersama di Raudhah

Anda mungkin juga menyukai