Anda di halaman 1dari 205

PEMBANGUNAN PATRIOTISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN DUA : PERBANDINGAN ANTARA EMPAT JENIS

SEKOLAH

CHUA KHENG HOE

Disertasi ini dikemukakan sebgai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Dan Pembangunan)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

April 2007

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :.. Nama Penulis : CHUA KHENG HOE TARIKH : 12 APRIL 2007

iii

Dedikasi untuk:

Suami dan anak yang tersayang atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh penulisan karyaku ini. Begitu juga, tidak ketinggalan kepada mendiang ayahanda dan keluarga di kampung yang turut memberikan dorongan kepada diri saya untuk terus menimba ilmu.

PENGHARGAAN

iv

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada penyelia Profesor Madya Dr. Mohamed Najib bin Abdul Ghafar atas bimbingan dan dorongan yang diberikan oleh beliau sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Ucapan ribuan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang telah memberi nasihat dalam menjayakan penulisan ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengetua dan guru-guru yang terlibat secara langsung dalam memberikan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.

Selain itu sanjungan yang tidak terhingga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan khususnya Koo Ming Kuang, Yap Teng Teng, Teoh Hee Chong, Toh Siew Meng, Ng Yin Thien dan Trumay yang memberi sokongan serta kerjasama sepenuhnya kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan ini.

Akhir sekali saya tujukan penghargaan kepada ahli keluarga saya yang tersayang iaitu suami saya, kakak-kakak, abang-abang, adik dan anak saya atas kerja sama dan pengorbanan mereka sepanjang tempoh mejalankan kajian ini. Juga kepada semua individu yang terlibat langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih.

Hanya Tuhanlah yang dapat membalasnya.

v ABSTRAK

Kajian ini ingin menyelidik sejauhmana proses pembanguan dan penerapan unsur-unsur patriotisme mata pelajaran Sejarah tingkatan 2 berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di Malaysia dijalankan. Sejumlah 12 guru dari empat jenis sekolah dipilih sebagai sampel secara bertujuan untuk melihat proses pembangunan dan proses penerapan unsur-unsur patriotisme melalui interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas. Kaedah pemerhatian dilaksanakan ke atas responden. Teknik Classroom Analysis For Thinking Skills digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui Jadual Pemerhatian, Jadual Interaksi Dalam Kelas dan Jadual Hubungan Interaksi dalam Kelas, Analisis Jumlah Masa Kategori, Analisis Kekerapan Interaksi Dalam Kelas dan Analisis Hubungan Interaksi Dalam Kelas dilakukan.

vi

ABSTRACT

This study seeks to find out the extant in which acculturation of values in patriotism and its development based on the Malaysian secondary curriculum has been carried out. A total of twelve secondary teacher from four streams school had been chosen as the based to carry out purposive sampling on the respondents to assess the process of development and acculturation of value in patriotism. Observation was carried out on the respondents. The technique called Classroom Analysis for Thinking Skills was used to analyze the learning and teaching process. Data time, data frequency, data of classroom interaction and matrices of classroom interaction were used. The results were then analyzed according to classroom interaction analysis.

vii

KANDUNGAN

HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v-vi vii-ix x-xiii xiv xv

BAB KANDUNGAN 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 Latarbelakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif kajian Persoalan kajian Rasional Kajian Kepentingan Kajian Skop dan Batasan Kajian Definisi Istilah

MUKA SURAT

1 4 12 13 14 14 15 16 17

SOROTAN KAJIAN 2.1 2.2 2.3 Pengenalan Definisi Konsep Pembangunan Patriotisme Pendekatan Teori 24 24 28

viii 2.4 Peranan Guru Dalam Pembangunan dan Penerapan Unsur Patriotisme Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran 2.5 2.6 2.7 Kerangka Konseptual Kajian-kajian Lepas Kesimpulan 40 44 55 38

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Pengenalan Reka Bentuk Kajian Populasi dan Sampel Kajian Instrumen Kajian Kajian Rintis Prosedur penyelidikan Jadual Perancangan Kerja Kajian 56 56 60 62 79 80 82

PENGANALISISAN DATA KAJIAN 4.1 4.2 4.3 Pengenalan Dapatan Kajian Analisis Masalah Guru Dalam Pengajaran Unsur-unsur Patriotisme 4.4 Kesimpulan 162 84 85 160

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 Pengenalan Perbincangan Kajian Rumusan Cadangan Penutup 163 164 177 178 181

RUJUKAN

183-197

LAMPIRAN

198

ix

x SENARAI JADUAL

NO. JADUAL Jadual 3.1

TAJUK Bilangan sekolah dan Responden yang Terlibat dalam Kajian Konstruk dan Aktiviti Penerapan Nilai Jadual Pemerhatian Jadual Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Jadual Hubungan Interaksi Dalam Kelas Jadual Perancangan Kerja Kajian Keadaan Sebenar bagi Kajian Secara Pemerhatian di Empat Jenis Sekolah Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2A berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2B berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2B di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

MUKA SURAT 62

Jadual 3.2

63

Jadual 3.3 Jadual 3.4

72 73

Jadual 3.5 Jadual 3.6 Jadual 4.1

75 82 85

Jadual 4.2

86

Jadual 4.3

88

Jadual 4.4

91

Jadual 4.5

93

Jadual 4.6

Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2C berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas

96

xi Jadual 4.7 Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2C di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) 98

Jadual 4.8

Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A, 2B dan 2C secara keseluruhan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

101

Jadual 4.9

Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2A berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas

104

Jadual 4.10

Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A di Sekolah Menengah Islam (SMI)

106

Jadual 4.11

Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2B berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2B di Sekolah Menengah Islam (SMI)

109

Jadual 4.12

111

Jadual 4.13

Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2C berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2C di Sekolah Menengah Islam (SMI)

114

Jadual 4.14

116

Jadual 4.15

Jadual 4.16

Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan 119 Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A, 2B dan 2C secara keseluruhan bagi Sekolah Menengah Islam (SMI) Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan 122 Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2A berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas

xii

Jadual 4.17

Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)

124

Jadual 4.18

Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2B berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas

127

Jadual 4.19

Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2B di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)

129

Jadual 4.20

Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2C berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2C di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)

132

Jadual 4.21

134

Jadual 4.22

Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A, 2B dan 2C secara keseluruhan bagi Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2A berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas

137

Jadual 4.23

140

Jadual 4.24

Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)

142

Jadual 4.25

Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2B berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas

145

xiii

Jadual 4.26

Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2B di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)

147

Jadual 4.27

Dapatan Jumlah Masa, Kekerapan dan Peratusan bagi Kelas Tingkatan 2C berdasarkan Kategori Interaksi Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2C di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)

150

Jadual 4.28

152

Jadual 4.29

Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar Dalam Kelas Sejarah Tingkatan 2A, 2B dan 2C secara keseluruhan bagi Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI) Jadual Perbandingan Antara Empat Jenis Sekolah Tentang Penerapan Unsur-unsur Patriotisme dalam Kelas Sejarah Tingkatan Dua

155

Jadual 4.30

158

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

Rajah 2.1

Pengamalan Unsur-unsur Patriotisme Melalui Mata Pelajaran Sejarah (Kerangka Konsep Trumay 2004) Penerapan Unsur Patriotisme Melalui Mata Pelajaran Sejarah

41

Rajah 2.2

43

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

Isi Kandungan Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 2.

Panduan Temu Bual Dengan Guru.

Surat Kebenaran untuk Menjalankan Penyelidikan Ilmiah.

Surat Kebenaran Membuat Kajian daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Surat Kebenaran Membuat Kajian daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Surat Pengesahan Status untuk Menjalankan Kajian Daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Contoh Instrumen Kajian

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Di Malaysia, mata pelajaran Sejarah dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di peringkat sekolah menengah. Ini selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menekankan perkembangan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, kemahiran sejarah bukan sahaja menuju ke arah pemerolehan ilmu pengetahuan tetapi juga ke arah perkembangan kemahiran belajar dan pemupukan serta penghayatan nilai-nilai (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1989).

Ketika menyusun matlamat dan kandungan Sukatan Pelajaran Sejarah negara, ia perlu diselaraskan dengan dasar pendidikan negara itu. Matlamat utama pendidikan Sejarah di peringkat sekolah menengah seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1989) adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air, para pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan semangat perpaduan

dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai suatu unit tunggal, mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan memperkukuhkan semangat cintakan tanah air.

Salah satu

matlamat

penting

dasar pendidikan negara adalah untuk

mewujudkan suatu identiti bangsa atau sebagai alat untuk pembinaan bangsa. Pendidikan Sejarah dapat memainkan peranan sebagai alat pembinaan bangsa apabila digunakan dengan efektif dan bertanggungjawab (Hazri, 2003). Menurut Mok Soon Sang (1998), selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharap juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara, melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara, melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum dan sebagainya.

Dalam hal ini, Voss (1997) menekankan bahawa mata pelajaran Sejarah boleh dijadikan medium mendidik pelajar mengenai nilai-nilai murni melalui refleksi dan pengajaran yang diperoleh hasil daripada pembelajaran mengenai peristiwa silam. Pendidikan Sejarah ialah asas penting dalam pembinaan bangsa Malaysia.

Mempelajari Sejarah bukanlah semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan tetapi boleh menjadi pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa yang telah berlaku. Apa yang berlaku perlu dinilai semula bagi tujuan merancang perubahan masa depan (Hazri, 2003). Oleh sebab sejarah memberikan banyak pengajaran yang berkait dengan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan negara. Maka, Sejarah patut dijadikan garis panduan untuk pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dan negara.

Pembentukan warganegara Malaysia yang mempunyai semangat patriotik adalah berasaskan amalan ciri-ciri berikut (Kementerian Pendidikan, 1994):

(a)

Bersemangat cinta akan negara dan bangsa

Seseorang yang bersemangat cinta akan negara dan bangsa harus menunjukkan sifat atau amalan bertanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan dan membawa kemajuan kepada negara dan bangsa, berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa serta sedia berkorban untuk negara dan bangsa.

(b)

Berbangga sebagai rakyat Malaysia

Sebagai seorang rakyat Malaysia, seseorang itu haruslah mempertahankan dan menyanjung perlembagaan negara, menghormati raja dan pemimpin negara, menghormati lambang-lambang negara seperti bendera dan lagu kebangsaan, mengamalkan perlakuan yang bersopan dan bertatasusila serta mengenal dan menghayati warisan budaya tempatan.

(c)

Bersemangat kekitaan

Rakyat Malaysia perlu bersatu dan berharmoni, bertoleransi, bekerjasama dan tolongmenolong, hormat-menghormati, bersefahaman dan bermuafakat, mempunyai

semangat muhibah dan bersifat kasih sayang.

(d)

Berdisiplin

Rakyat yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan dan undang-undang, bertanggungjawab, bertindak secara wajar, bersifat ikhlas, jujur dan amanah, berlaku adil dan bertimbang rasa.

(e)

Berusaha dan produktif

Mereka yang berusaha dan produktif adalah mereka yang rajin, tekun dan gigih, berdikari, sentiasa mempertingkatkan usaha, tabah menghadapi cabaran, menyokong

dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara, serta peka terhadap isu-isu semasa dalam dan luar negara seperti isu pemeliharaan alam sekitar. Melalui kajian ini, penyelidik cuba menimbulkan perhatian tentang

pembangunan patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dalam bilik darjah. Dalam perbincangan Bab 1, penyelidik mengenalpasti perkaraperkara yang merupakan asas yang membina bagi kajian ini. Perbincangan tersebut merangkumi latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis, skop kajian, rasional kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi istilah.

1.2

Latar belakang Masalah

Sejak belakangan ini, terdapat pendapat yang mula membincangkan tentang penglibatan generasi muda dalam aktiviti-aktiviti sosial yang boleh merosakkan keutuhan struktur masyarakat di negara ini. Golongan remaja didedahkan dengan penglibatan tidak sihat seperti penagihan dadah, masalah disiplin, vandalisme, black metal, kongsi gelap, penentangan terhadap status quo (melalui demonstrasi jalan), budaya mediokriti, apati dan sebagainya (Asmadi, Mas Juliana dan rakan-rakan, 2003). Sufean (1995) berpendapat pengukuran dan penilaian aspek afektif perlu dilakukan kerana domain afektif mempengaruhi kebolehan individu turut serta dengan berkesan dalam aktiviti-aktiviti masyarakat demokratik. Secara umum, nilai adalah sebagai penentu dalam diri manusia yang seterusnya akan mempengaruhi pilihan dalam kehidupan dan menentukan tingkahlakunya.

Pengajaran pembelajaran nilai merupakan komponen domain afektif dalam Taksonomi Pendidikan. Namun, kurikulum banyak menekankan aspek domain kognitif dan banyak mengabaikan domain afektif. Domain afektif dianggap perlu dipelajari dalam keluarga dan gereja sahaja (Ringness, 1975). Abd. Rahim (1993) berpendapat masa yang serius berkait dengan nilai pada tingkah laku manusia tidak boleh dibiarkan sebagai satu krisis berterusan. Langkah-langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah

kemerosotan nilai kemanusiaan ini. Mengikut beliau, daripada nilai kelompok, boleh diperolehi kebudayaan, ketamadunan dan satu cara baru hidup bersama.

Abd. Rahim (1999) juga berpendapat pembelajaran Afektif adalah satu proses membangunkan perkembangan personal dan sahsiah, perkembangan emosional, kemahiran interpersonal dan sosial, kesedaran sosial dan moral, membangun dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik, membina prinsip, pegangan dan falsafah hidup yang berlandaskan nilai-nilai murni bagi membentuk insan yang seimbang, stabil, rasional, berwibawa, bertimbang rasa, berdedikasi dan bertanggungjawab serta mempunyai keyakinan dan kekuatan diri bagi menghadapi cabaran.

Akan tetapi, masalahnya ialah lapisan masyarakat sering menuding jari kepada tanggungjawab sisitem pendidikan negara, apakah pendidikan yang diberikan tidak boleh membimbing mereka untuk menjadi generasi yang lebih cemerlang dari generasi yang ada sekarang. Usaha mencari jawapannya memerlukan penyelidikan empirikal supaya dapat dibuktikan darjah tinggi atau rendah tahap pembangunan patriotisme di kalangan guru yang menghadapi pelajar yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang berbeza, dan seterusnya mengesan hubungan interaksi antara guru Sejarah dengan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah.

M. Najib (1997) mengutarakan hasil pembelajaran di sekolah menengah adalah salah satu jangkaan yang paling baik untuk menentukan pencapaian pelajar di tahap universiti. Terdapat tiga faktor yang penting dalam mempengaruhi ujian kognitif seseorang. Pertama, faktor persendirian seperti faktor motivasi, intrinsik atau ekstrinsik, sifat self-esteem dalam akademik dan sebagainya. Kedua, faktor luaran yang berkaitan dengan kehidupan di universiti, keadaan sekeliling, rakan sebaya dan tempat duduk mereka. Manakala faktor ketiga ialah tanggapan. Dalam huraian M. Najib (1997)

Perception can be defined as interpretation of events in the light of the present context and past experience. If they expect to be successful , then they may work harder (highly motivated) to achieve that goal, influence by their need for achievement. (halaman 6)

Ini bererti tanggapan boleh dijelaskan sebagai interpretasi terhadap sesuatu peristiwa dalam konteks semasa dan pengalaman yang lalu. Pelajar boleh mencapai kejayaan sekiranya mereka mendapat motivasi yang positif.

Sekiranya tanggapan tersebut

merujuk kepada konteks pembangunan

patriotisme dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah, kemungkinan hasil pembelajarannya ialah para pelajar dapat mempraktikkan semangat mencintai negara seperti yang dihasratkan oleh Wan Mohd. Zahid (dalam kata alualuan buku teks Sejarah KBSM Tingkatan 1, 2004) bahawa diharapkan buku teks Sejarah ini mampu melahirkan semangat cinta dan setia kepada negara di kalangan pelajar, dan seterusnya dapat membantu melahirkan generasi muda yang sentiasa mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara di samping berusaha memajukan negara kita.

Masyarakat Malaysia adalah majmuk, terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza. Menurut Pye dan Verba (1965), identiti kebangsaan ialah kepercayaan individu dan ia dikaitkan dengan bagaimana mereka memikirkan diri sendiri sebagai ahli dalam negara mereka. Wujudnya identiti kebangsaan antara ahli-ahli dalam sesebuah negara ialah satu budaya di mana berdasarkan sempadan antara negara. Maka kita tidak harus dibiarkan keadaan perbezaan yang tidak sesuai dan mungkin menghalangkan perpaduan antara kaum. Falsafah Pendidikan Negara (Mok Soon Sang, 1988) menyatakan :

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ( halaman 121)

Guru-guru Sejarah memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk minat di kalangan pelajar terhadap mata pelajaran sejarah dan seterunya menanam, menghayati dan mengamalkan unsur-unsur patriotik dalam kehidupan mereka. Guru yang dapat menunjukkan kualiti pengajaran yang baik, mementingkan kemajuan dan pencapaian pelajar, dapat menjadikan pengajarannya menarik minat dan disukai pelajar. Ini merupan asset yang penting kepada sekolah. Menurut Tyler (Kamaruddin dan Hazil, 1991)

Guru boleh menyediakan pengalaman pendidikan dengan menyediakan alam sekeliling dan menstruktur keadaan untuk meransang tindak balas yang diinginkan. Ini bermakna bahawa guru perlu memahami minat dan latar belakang murid supaya dia boleh meramalkan bahawa murid boleh bertindak dengan sewajarnya dalam satu keadaan tertentu; dan lagipun ia akan mengakibatkan tindakbalas yang dikehendaki. (halaman 54)

Dalam dunia sebenar, perhubungan antara guru dengan pelajar terjalin semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pengajaran guru dalam

menyampaikan bahan pengajaran memberi kesan yang mendalam terhadap pelajarnya. Menurut M. Najib (1997 ) :

An earlier study by Steven (1912) found out that 64 percent class activity was by teachers. They gave questions at a rate of two to four questions per minute or 395 questions per day. Flanders (1963) found out that two thirds of all lessons observed was talk, two third of this talk was by the teacher and two third of the teachers talk was lecture. Wragg (1973) found out that 65 percent of all lessons observed was talk, 75 percent of this talk was by the teacher and 63 percent of teachers talk was lecture. (halaman 48)

Kajian-kajian awal seperti Steven, Flanders dan Wragg mendapati kebanyakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah adalah komunikasi secara lisan.

Kajian awal ini menunjukkan kebanyakan guru mengajar dengan cara memberi syarahan. Proses komunikasi dalam bilik darjah sepatutnya adalah sumber mesej

seperti guru, pelajar, sekumpulan pelajar atau seluruh kelas dengan menghantar mesej itu sendiri melalui dua saluran sama ada secara verbal atau bukan verbal kepada penerimanya iaitu guru, pelajar, sekumpulan pelajar atau seluruh kelas dengan kemungkinan memberi maklumbalas secara komunikasi verbal atau bukan verbal. (Cohen dan Manion, 1981). Maka guru memainkan peranan dalam mempengaruhi idea pelajar-pelajar tentang isu-isu yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar.

Sejajar dengan idea kajian lepas yang disebut di atas, adalah perlu memeriksa dari semasa ke semasa tentang pengajaran guru terutama dalam konteks pengajaran sejarah tentang patriotisme. Penyelidik berpendapat masyarakat di Malaysia sama ada guru-guru, institusi-institusi pendidikan, pelajar-pelajar, ibu bapa atau masyarakat umum harus meningkatkan tahap kesedaran tentang cara penyampaian pengajaran mempengaruhi hasil pembelajaran dan perubahan yang positif perlu ada untuk mendapat hasil pembelajaran yang positif. Oleh sebab guru sendiri terlibat secara formal dalam sistem pendidikan formal maka diharapkan kajian ini memberi kefahaman yang jelas agar guru-guru mengambilnya sebagai panduan dalam rutin mereka.

Wawasan 2020 merupakan satu cetusan pemikiran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuannya sendiri. Kemajuan yang dicita-citakan ialah untuk mencapai kemajuan yang sempurna dari segi nilai moral dan etika yang kukuh, demokrasi, liberal, bertolak ansur, penyayang, adil serta dinamik dan tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal (Trumay, 2004).

Daripada sembilan cabaran Wawasan 2020 ini, cabaran pertama merupakan cabaran yang paling utama dan paling asas iaitu membentuk negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa depan yang dikongsi bersama. Iaitu bangsa Malaysia mestilah sejahtera, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa (Yusof, 2001). Cabaran kedua dan keempat pula

menyeru agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika, dengan para warganya mempunyai kerohanian yang utuh dan diunjangi oleh budi pekerti yang luhur, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan.

Dalam usaha menghadapi cabaran di atas, lapisan masyarakat sedang berjuang dengan kemelut sosial yang dihadapi oleh remaja hari ini. Sistem pendidikan, cabaran Wawasan serta pembangunan sumber manusia yang cuba diadun dan dicanai agar mampu melahir tenaga manusia yang kompeten dan berjiwa murni seolah-olah dikejut oleh masalah keruntuhan sosial di kalangan remaja sedangkan mereka ini adalah penentu kejayaan masa depan negara (Haminah, 1999).

Remaja merangkumi lebih separuh daripada keseluruhan penduduk di Malaysia. Oleh kerana bilangannya ramai, maka masalah yang berkaitan, dengan kelompok ini juga banyak (Mahmood, 1994). Data statistik banyak menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Penolong Penguasa Siasatan Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993), di antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37,602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3,450 atau 9.17% adalah remaja. Mengikut sumber akhbar Utusan Malaysia (4 Ogos 1993), ramai di kalangan remaja yang rosak akhlak adalah mereka yang masih berada di bangku sekolah. Umpamanya, pada tahun 1991 sahaja, 124 pelajar ditangkap kerana terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah dan bilangan yang ditangkap ini meningkat dari tahun ke tahun. Berdasarkan statistik yang terkumpul, kes-kes jenayah yang membabitkan remaja meningkat dengan ketara di antara tahun-tahun 1990 hingga 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti dengan 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Jenayah yang dilakukan oleh para remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandaraya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata negara.

10

Lebih memeranjatkan lagi ialah masalah dadah juga nampak tidak reda. Berdasarkan perangkaan terbaru Pasukan Petugas Anti dadah (PPAD), daripada 7,980 penagih baru yang dikesan dalam tempoh Januari hingga September tahun 1995, seramai 1,311 orang atau 16.4 peratus adalah berusia antara 13 hingga 19 tahun (Berita Harian, 5 Februari 1996). Akhbar Utusan Malaysia (27 Mac 1996) juga menunjukkan keputusan kajian di seluruh negara oleh Kementerian Belia dan Sukan pada Januari 1994 ke atas 5,860 remaja menunjukkan terdapat 71 peratus merokok, 40 peratus menonton video lucah, 28 peratus berjudi, 25 peratus minum arak dan 14 peratus mengambil dadah. Masalah penggunaan dadah, lepak, Aids, bohsia yang membelenggu kumpulan umur belia produktif dan remaja sekolah, adalah isyarat bahawa pembentukan sahsiah tidak ditangani dengan sempurna, sedangkan alam kehidupan sedang berubah dengan kencang. Lebih merisaukan ialah sehingga tahun 2000 hingga 2001, isu-isu keruntuhan akhlak remaja tidak berpulih malah terus berleluasa.

Dari hakikat ini boleh membuat satu kesimpulan bahawa sikap rakyat atau remaja khasnya masih menimbulkan persoalan. Meskipun rakyat mengaku dan menyuarakan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara Malaysia namun wujudnya satu hakikat perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat yang pelbagai keturunan itu masih belum dapat diakui lagi. Inilah soal yang amat penting untuk diselesaikan dari sekarang. Menurut Abd. Rahim (2001), faktor yang menyebabkan wujud perkara di atas adalah asas pengetahuan sejarah bangsa, agama dan negara yang kurang, sikap yang negetif, mudah terpengaruh dan terperdaya, pengawasan ibu bapa yang semakin berkurangan, masyarakat yang bertambah individulistik serta tumpuan pendidikan Agama dan Moral yang merosot. Begitu juga melalui subjek Sejarah yang telah termaktub unsur-unsur patriotisme yang perlu diajar di sekolah, tentu sekali tidak dapat melarikan diri daripada tanggungjawab ini.

Menurut Wong (2005), isu kelunturan semangat nasionalisme di kalangan generasi muda hari ini kerana kurangnya kesedaran di kalangan mereka mengenai cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka bagi menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. Ini kerana mereka adalah generasi yang lahir selepas merdeka

11

dan menikmati segala peluang yang tersedia tanpa menyedari pahit jerih yang terpaksa diharungi oleh generasi terdahulu dalam perjuangan mereka bagi memastikan kesenangan ini dapat dinikmati oleh anak cucu mereka. Ia juga mencetuskan kewujudan budaya selesa (complacent culture) di kalangan generasi muda hari ini. Segala kemewahan dan kemudahan yang diperuntukan oleh keluarga dan negara menyebabkan mereka tidak rasa terancam oleh kemajuan dan pencapaian negara atau bangsa lain. Budaya ini menjerumuskan sebahagian daripada generasi muda hari ini dalam masalah sosial yang serius.

Bagi melahirkan satu bangsa yang tulen digelar bangsa Malaysia yang mampu menunjukkan identiti tersendiri untuk bertanding dengan bangsa atau negara lain, rakyat yang berkongsi satu ciri semangat patriotik amat penting untuk menonjolkan identiti bangsa negara. Unsur-unsur patriotisme itu mestilah dapat memberikan bangsa Malaysia satu keperibadian yang tersendiri dan sekaligus memungkinkannya berdiri dan berkembang sebagai sebuah bangsa moden yang mampu menuntut tempatnya di kalangan bangsa-bangsa lain di dunia kini dan masa depan.

Pada peringkat remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettleheim, 1950). Oleh itu, remaja harus dilihat dari segi satu tempoh peralihan yang panjang, yang mana perjalanannya tidak semestinya bebas dari tekanan dan pelbagai halangan konflik kehidupan (Chais, 1976).

Berdasarkan Taksonomi Bloom, domain afektif yang memberi tumpuan kepada unsur-unsur kesedaran, sensitiviti, sikap, pertimbangan, emosi, pendirian dan sebagainya bertujuan mengembangkan pemikiran moral dan aspek-aspek kemanusiaan

12

kepada pelajar (Atan, 1981). Justeru itu, peranan guru sebagai pemupuk nilai dalam pengajarannya adalah cukup penting. Melalui pemupukan semangat patriotisme ini sangat penting untuk memantapkan diri pelajar dari segi ketahanan mental, fizikal dan emosi yang akan membolehkan seseorang itu mampu dan berupaya menghadapi segala bentuk cabaran. Kekurangan nilai patriotisme dalam diri pelajar akan memberikan kesan kepada rendahnya semangat juang dan semangat jati diri dalam diri mereka yang menyebabkan ada sesetengah daripada mereka mudah menyerah kalah dan tunduk kepada sesuatu tekanan (Abd. Rahim, 1999).

Pernyataan di atas jelas menunjukkan pendidikan adalah pembentukan pemikiran dan sikap seseorang individu, dan bukan hanya menyampaikan ilmu kepada individu untuk menghadapi peperiksaan. Dalam konteks Malaysia hari ini, dengan bersangka baik kepada mata pelajaran Sejarah, bahawa ia berkesan bagi yang mengikutinya, ada baiknya jika patriotisme diberikan perhatian, penekanan dan pendekatan baru, iaitu untuk membantu dan menyokong mata pelajaran Sejarah (Utusan Malaysia, 22 September 2000). Manfaat yang diperoleh oleh seorang individu dari sistem pendidikan yang diterima seharusnya terkandung juga menjadi rakyat yang bersemangat patriotik terhadap negara.

1.3

Penyataan Masalah

Kurangnya semangat patriotik di kalangan generasi muda hari ini merupakan salah satu sebab yang menyebabkan sebahagian daripada mereka lebih cenderung kepada aktiviti yang tidak berfaedah, seperti terlibat dalam budaya hedonisme (mementingkan hiburan / keseronokan ) dan sebagainya kerana jiwa mereka kosong dari segi nilai dan rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara (Ahmad, 2004). Kajian ini ingin menyelidik tahap pembangunan dan tahap penerapan patriotisme dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah tingkatan 2 dengan membandingkannya antara sekolah menengah kerajaan dengan tiga sekolah menengah persendirian yang berlainan alirannya di daerah Johor Bahru.

13

1.4

Objektif Kajian

Secara amnya, objektif kajian ini adalah melihat perlakuan pembangunan dan penerapan nilai patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Persendirian yang berlainan aliran.

Objektif khusus dalam kajian yang dijalankan adalah:

i)

Mengenalpasti kekerapan berdasarkan jenis interaksi antara guru dengan pelajar mengikut kategori dalam kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah.

ii)

Mengenalpasti masa yang diperuntukkan untuk interaksi antara guru dengan pelajar mengikut kategori dalam kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah.

iii)

Mengenalpasti pembangunan nilai-niai patriotisme dalam pengajaran Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah.

iv)

Mengenalpasti penerapan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah.

v)

Membandingkan pembangunan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran Sejarah tingkatan 2 antara empat jenis sekolah.

vi)

Membandingkan penerapan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan 2 antara empat jenis sekolah.

14

1.5

Persoalan Kajian

i)

Apakah jenis interaksi antara guru dengan pelajar mengikut kategori dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah?

ii)

Berapa lamakah guru memperuntukkan masa

untuk menyerapkan

unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah?

iii)

Apakah bandingan tahap pembangunan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah?

iv)

Apakah bandingan tahap penerapan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah?

1.6

Rasional Kajian

Banyak kajian tentang penerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran seperti sains, matematik dan sebagainya. Sesetengah kajian dijalankan secara analisis kandungan buku teks Sejarah tentang penyerapan nilai-nilai murni. Walau bagaimanapun, dalam buku Sejarah tingkatan 2, para panel penulis menyatakan hasrat mereka terhadap buku tersebut supaya mampu melahirkan generasi cemerlang yang dapat mengaplikasikan nilai dan iktibar dalam sejarah, serta menjadi pemangkin ke arah pemupukan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia. Soal tentang pembangunan patriotisme mempengaruhi kehidupan harian setiap lapisan masyarakat. Kajian-kajian lepas tidak banyak menyoal tentang proses kehidupan seharian kita seperti aktiviti dalam sekolah atau kelas. Ramai antara pelajar-pelajar ini yang

15

merupakan tunggak negara dan tingkahlaku mereka amat mempengaruhi arah tujuan negara. Sekolah merupakan satu agen yang penting dalam mensosialisasikan kanakkanak yang bakal membimbing negara.

Tiba masanya peranan guru sebagai agen yang penting dalam menyalurkan kesedaran pembangunan patriotisme untuk kepentingan pembangunan negara dan masyarakat. Selain itu, kajian ini dapat menyedarkan guru, sekolah dalam melaksanakan penerapan nilai seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

1.7

Kepentingan Kajian

Kajian ini banyak memberi manfaat kepada guru-guru sejarah, guru-guru dan pegawai pendidikan serta bermanfaat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyususn semula kurikulum dan perancangan pendidikan agar mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan dapat mencapai matlamat pendidikan Malaysia. Berdasarkan Emile Durkheim dalam Kamaruddin dan Hazil (1991) yang menyatakan bahawa setiap masyarakat daripada setiap perkembangannya mempunyai sistem pendidikannya yang tersendiri dan mempengaruhi individu dalam masyarakat itu.

Bagi guru-guru Sejarah, kajian ini membantu mereka menyedari sejauhmana mereka telah melaksanakan proses penerapan nilai patriotisme berdasarkan Sukatan Pelajaran kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Mata Pelajaran Sejarah (Semakan 2003).

Seandainya hasil kajian ini dapat memberi maklumat kepada guru-guru lain tentang caranya atau kesedaran sesuatu nilai diterap dengan sepenuhnya dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. Maklumat ini akan menjadi panduan kepada mereka demi menyusun strategi dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang masing-masing.

16

Bagi pensyarah maktab perguruan, dapatan kajian ini dapat memberi maklum balas sama ada penerapan unsur patriotisme telah dilaksanakan seperti mana yang diharapkan. Sekiranya aspek ini tidak dapat dilaksanakan oleh guru-guru atau guruguru pelatih, mungkin dapat dikenal pasti masalah dan dapat pula difikirkan cara untuk mengatasinya.

Di samping itu, kepada Bahagian Pendidikan Guru, kursus-kursus dalam perkhidmatan berkaitan penerapan unsur patriotisme mungkin perlu diadakan bagi memantapkan lagi penerapan unsur ini dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya mata pelajaran Sejarah. Kajian ini juga berguna kepada Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat menyusun dan menilai semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah dalam mencapai matlamat pembangunan patriotisme di kalangan pelajar.

Dapatan kajian ini juga dapat digunakan oleh pihak kerajaan, pihak swasta atau pertubuhan bukan kerajaan untuk mengenalpasti sama ada terlaksana atau sebaliknya penerapan nilai patriotisme dalam organisasi mereka.

1.8

Skop dan Batasan Kajian

Pada keseluruhannya, skop dan batasan kajian ini adalah difokuskan kepada mengenalpasti tahap patriotisme di kalangan pelajar sekolah menengah dan mengenalpasti tahap penerapan nilai patriotisme dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1989).

Sampel kajian ini di ambil di daerah Johor Bahru untuk mewakili keseluruhan

17

populasi kerana keadaannya sama dengan bandar-bandar lain di Malaysia yang pesat dengan proses migrasi. Kajian ini mengambil 4 buah sekolah untuk mewakili 4 jenis sekolah di Johor Bahru iaitu Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, Sekolah Menengah Islam (SMI), Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI) yang merupakan sekolah swasta. Pengkaji hanya mengambil kira aspek dari segi kelayakan guru, proses latihan guru, kemudahan-kemudahan asas sekolah seperti bangunan, bilik darjah, peralatan mengajar dan buku teks yang lebih kurang sama sebagai penilaian dalam kajian ini. Tumpuan pengkaji adalah pada proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Sejarah tingkatan 2.

Akhirnya, pengumpulan data tidak menggunakan soal selidik sama ada secara individu ataupun secara kumpulan antara pengkaji dengan pelajar kerana pengkajipengkaji lain telah banyak menyumbang data dari soal selidik dalam bidang kajian yang sama. Tambahan pula, adalah sukar untuk memperuntukkan masa dan ruang untuk tujuan mentadbir soal selidik disamping menjalankan sesi pemerhatian yang mengambil masa yang lama.

1.9

Definisi Istilah

1.9.1

Patriotisme

Menurut Abd. Rahim (1999), patriotisme pada umumnya boleh dikaitkan dengan semangat, perasaan, sikap, kesedaran, idealisme yang menyentuh soal-soal kebangsaan, kenegaraan, tanggungjawab, perjuangan, pengorbanan, kecintaan, kesetiaan, ketahanan diri dan sumbangan warganegara terhadap negara bangsa dan agama. Patriotisme merupakan unsur ketahanan nasional yang amat penting bagi meningkatkan komitmen dan tanggungjawab rakyat terhadap bangsa dan negara. Unsur-unsur patriotisme diterapkan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif ke arah

18

mencapai matlamat dan aspirasi Negara. Dalam garis panduan yang termaktub dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 2 (2003), unsur-unsur dalam patriotisme termaktub seperti dibawah: a) Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia

i. ii. iii.

Menghormati raja dan pemimpin negara Menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara Menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara)

iv. v. vi.

Menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara Menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa Berbangga dengan sejarah negara

b)

Bersemangat Setia Negara

i. ii. iii. iv. v.

Cinta akan bangsa dan negara Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara Sedia berkorban untuk bangsa dan negara Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara Berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

vi. vii.

Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara Bersyukur sebagai warganegara Malaysia

c)

Bersemangat Kekitaan

i. ii. iii. iv. v.

Bersatupadu dan berharmoni Bertolak ansur dan bertoleransi Bekerjasama dan tolong menolong Hormat menghormati Bersefahaman dan bermuafakat

19

vi. d)

Mihibbah atau semangat bermasyarakat

Berdisiplin

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Berakhlak dan berbudi pekerti mulia Mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara Mematuhi peraturan dan undang-undang Berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi Bertindak wajar Bersifat amanah dan jujur Berlaku adil dan bertimbang rasa

e)

Berusaha dan Produktif

i. ii. iii. iv. v. vi.

Rajin dan gigih Berdikari Tabah menghadapi cabaran Menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan Berganding bahu membangunkan negara Berilmu dan berketrampilan

1.9.2

Pembangunan Nilai-nilai Patriotisme

Tokoh-tokoh sosiologi atau ahli sains sosial abad ke-19 seperti Comte (17981857), Marx (1818-83), Spencer (1820-1903), Durkheim (1858-1917) dan Weber (1864- 1920), umumnya telah menggunakan konsep pembangunan untuk menerangkan tentang sejarah manusia dan perubahan yang dialaminya secara berperingkat ke arah kemajuan. Ramai ahli teori pembangunan menganggap perubahan sikap dan nilai individu wajib menyumbangkan satu masyarakat, sistem politik dan ekonomi yang moden (Alejandro, 1975). Pembangunan nilai-nilai patriotisme di sini bererti penyampaian atau persembahan guru Sejarah kepada nilai-nilai positif dari aspek unsur-unsur patriotisme di atas yang membawa kepada tamadun manusia.

20

1.9.3

Penerapan

Erti penerapan dalam Kamus Dewan (1991) adalah penyerapan, pemantapan nilai. Pengukurannya dibuat dengan cara memerhatikan tingkahlaku, tindakan, keperibadian individu dalam menjalankan berbagai-bagai aktiviti (Sufean, 1995). Nilai adalah idea tentang kepentingan, faedah, mutu dan kebernilaian tentang segala-gala benda, perkara dan fenomena yang terdapat dan berlaku di dalam alam semesta ini. Oleh itu, penerapan nilai dalam kajian ini merujuk kepada komunikasi lisan antara guru dengan pelajar secara dua hala yang menyentuh tentang unsur-unsur patriotisme.

1.9.4

Sejarah

Menurut M.Yusof (2000), perkataan Sejarah disamakan dengan perkataan history (bahasa Inggeris) yang pada asasnya berasal daripada perkataan Yunani purba, historia yang bererti penyelidikan. Tetapi penyelidikan itu bukanlah tentang peristiwa silam sahaja, malah tentang peritiwa semasa ataupun sezaman. Sidi Ghazalba (1966) melihat tahap-tahap tentang perubahan tanggapan terhadap sejarah dan lantas makna istilah sejarah itu menerusi tahap-tahap perkembangan budaya (Melayu/Indonesia) melalui proses akulturasi dengan Islam dan Barat dari sejak kurun ke-13 dan ke-15. Pada keseluruhannya, sejarah membawa kita mengenali jati diri atau asal usul bangsa kita serta boleh menanamkan sifat cintakan bangsa dan setia kepada negara.

1.9.5

Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 2

Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan 2 adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pada asasnya, pengajaran mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2 adalah berpandukan buku teksnya. Buku ini mengandungi lapan bab yang disusun secara kronologi berdasarkan

21

dua tema dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pelajaran Sejarah peringkat Menengah Rendah. Bab satu hingga enam ditulis berdasarkan tema Kemakmuran dan Kekayaan Negara Kita Menarik Kuasa Luar untuk Menjajah. Tema ini mengisahkan pertapakan, perluasan pengaruh dan penjajahan British di Negara kita. Bagi tujuan membolot serta mengaut kekayaan Negara, pihak British telah memperkenalkan ekonomi dagangan dan membuat perubahan dalam pelbagai bidang.

Bab tujuh dan bab lapan pula ditulis berdasarkan tema Tindak Balas Masyarakat Tempatan terhadap Penjajahan British. Tema ini memerihalkan kebangkitan rakyat untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan pihak British sebelum Perang Dunia Kedua. Perjuangan telah dicetuskan dan digerakkan oleh pemimpin dan tokohtokoh tempatan, golongan intelektual serta pertubuhan tertentu di tanah air (Rujuk Lampiran A).

1.9.6

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Sekolah bermakna tempat menerima ilmu pengetahuan, tempat untuk belajar (murid-murid) dan mengajar (cikgu), tempat menerima dan memberi pelajaran (Ensiklopedia Malaysiana, 1996). Kebangsaan bermakna yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan, nasional. Menurut Mok Soon Sang (1998), murid-murid melangkah darjah secara automatik tiap-tiap tahun, dari sekolah rendah ke sekolah menengah sehingga tingkatan tiga. Semua mata pelajaran di sekolah menengah disampaikan dalam bahasa Malaysia kecuali bahasa ibunda dan bahasa Inggeris. Murid-murid menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada hujung Tingkatan lll. Pelajar-pelajar dikehendaki mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir Tingkatan V. Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kerajaan menerima satu kurikulum yang standard iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan semua perbelanjaan sekolah dibiayai oleh kerajaan.

22

1.9.7

Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)

Menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996), swasta bermakna badan atau organisasi yang dimiliki oleh pihak persendirian (bukan milik kerajaan). Sekolah Menengah Swasta mengikut Abdullah (1988), menggunakan kurikulum kebangsaan iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama. Bahasa-bahasa lain adalah dibenarkan

digunakan sebagai bahasa kedua. Walau bagaimanapun, sekolah menengah swasta ini telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan di sekolah atas kepentingan nilai komersial. Contohnya Sekolah Sri Murni (Menengah), Sekolah Menengah Sri Cempaka dan sebagainya. Di Johor Bahru, contoh sekolah ini ialah Sekolah Menengah Omega.

1.9.8

Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)

Menurut Abdullah (1988), satu lagi kategori sekolah menengah swasta sepenuh masa ialah sekolah-sekolah menengah Cina swasta yang menggunakan kurikulum persendirian dan bahasa cina digunakan sebagai bahasa pengantar utamanya. Pelajar-pelajar disediakan bagi mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Contoh Sekolah Menengah Han Chiang (Pulau Pinang) dan sekolah menengah Foon Yew (Johor Bahru). Kebanyakan guru yang mengajar di sekolah ini merupakan graduan dari Taiwan dan sebahagiannya graduan dari Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Menurut Teo (2005), sekolah ini dikelola oleh orang awam bangsa Cina tempatan. Mereka menggunakan kurikulum yang disediakan oleh pihak MICSSWC (Malaysia Independent Chinese Secondary School Working Committee). Kesemua pelajar akan menduduki peperiksaan UEC yang diselaraskan oleh pihak MICSSWC dan peperiksaan PMR serta SPM yang dikendali oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

23

1.9.9

Sekolah Menengah Islam (SMI)

Manakala Suffean (1996) dalam bukunya Pendidikan di Malaysia menyatakan di Semenanjung, orang Melayu Islam yang dipelopori dan dipimpin oleh Kaum muda yang berfahaman moden telah menunjukkan usaha positif membina sekolah agama Madrasah yang mempunyai pendidikan menengah dalam tahun-tahun 1930-an hingga 1950-an. Pemimpin-pemimpin Kaum Muda menyedari bahawa pendidikan menengah dan tinggi adalah penting untuk kemajuan orang Melayu dalam bidang politik dan ekonomi.

Dalam sistem pembelajaran ini, Sekolah Menengah Islam (SMI) yang menggunakan kurikulum KBSM disamping menekankan aspek keagamaan seperti Pendidikan Quran dan Sunnah serta pendidikan Syariah Islamiah. Pelajar menduduki peperiksaan awam iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Khas Agama (SKA).

Sekolah Menengah Islam (SMI) berbeza dengan Sekolah Menengah Agama (SMA) yang ditubuhkan oleh kerajaan. Sekolah Menengah Islam (SMI) dimiliki, dibiayai dan ditadbir oleh pihak swasta dan dikelola sepenuhnya di bawah Ahli Lembaga Pengelola Sekolah masing-masing. Pendaftarannya adalah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Jabatan Agama Islam (JAIS) di negeri masing-masing. Guru yang mengajar terbahagi kepada aliran universiti tempatan dan aliran universiti agama dari luar negeri seperti Mesir, negara-negara Arab dan sebagainya.

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

Bab ini menghuraikan kepentingan-kepentingan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menimbulkan semangat patriotisme di kalangan pelajar. Seterusnya juga akan membincangkan pendekatan teori dan kajian lepas yang berkaitan sama ada dari dalam atau luar negeri.

Selain itu, beberapa dapatan dan maklumat dari pelbagai sumber yang difikirkan berkaitan sama ada dari dalam atau luar negeri juga akan dibincangkan termasuk peranan guru dalam pembangunan dan penerapan unsur patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sorotan karya ini akan membantu penyelidik dalam pembentukan kerangka kajian bagi menentukan sama ada wujud korelasi antara jenis sekolah dengan pembangunan dan penerapan unsur patriotisme dalam kelas mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2 di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

2.2

Definisi Konsep Pembangunan Patriotisme

Patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air (Kamus Dewan). Sementara Pengerusi Pemodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji menyatakan bahawa definisi patriotisme sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Dulu

25 menurutnya definisi patriotisme bermaksud mengangkat senjata untuk menentang

penjajah bagi memerdekakan negara. Kemudian definisi itu berubah kepada mereka yang berusaha mengisi kemerdekaan negara serta mesti setia kepada negara serta mempertahankannya. Sekarang patriotisme bermaksud sesiapa sahaja yang

menyumbangkan bakti mereka kepada negara dalam apa bidang sekalipun yang dianggap baik (Utusan Malaysia, 15 Januari 1999). Patriotisme mempunyai perkaitan yang rapat dengan ideologi dan ia sukar dipisahkan dari individu yang mempunyai semangat patriotik yang kental. Nasionalisme adalah ideologi dalam bentuk teori dan jika dilaksanakan dalam bentuk aktiviti pula ia dikenali sebagai patriotisme. Namun begitu, patriotisme adalah perlakuan atau gerakan melahirkan komitmen dan kesetiaan kepada sesebuah bangsa dan negara (Zubedah, 1999).

Manakala Kateb (2000) berpendapat bahawa patriotisme merupakan satu kesediaan untuk berkorban sehingga sanggup mati demi sesebuah abstraksi. Konsep ini adalah mempamerkan kecintaan di dalam diri seseorang tanpa sempadan. Ini berbeza dengan pendapat Ilmuan Islam yang diutara oleh Siddiq (1998), patriotisme membawa maksud cinta dan tanggungjawab yang dirasai oleh seseorang terhadap jiran, kaum dan wilayahnya. Dalam konteks ini, patriotisme adalah lebih menyeluruh dan merangkumi pelbagai aspek seperti memberi khidmat kepada kaum, bangsa, negara serta mempertahankan umat serantau atau sewilayah ketika diganggu ketenteramannya atau diserang (dari luar atau dalam) dan ianya adalah tanggungjawab menurut Islam.

Pada 24-26 Oktober 2002, Kongres Patriotisme telah dianjurkan oleh bekasbekas pemimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang bertujuan membincangkan keperluan untuk menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia amnya, generasi muda khasnya (Utusan Malaysia, 26 Oktober 2002). Ini merupakan satu lanjutan daripada Perhimpunan Patriotisme Alaf Baru yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia di Shah Alam pada 18 Februari 2001 lalu. Perbincangan tersebut berdasarkan tafsiran Patriotisme Alaf Baru. Ia melibatkan setiap dan seluruh rakyat. Ia melibatkan sesuatu yang agung, yang antara lain meliputi aspekaspek seperti keyakinan, keberanian, kebijaksanaan, kesungguhan dan kesinambungan.

26 Ia adalah persoalan kewarganegaraan yang amat penting. Ia adalah persoalan kemerdekaan dan kedaulatan (Utusan Malaysia, 26 Oktober 2002).

Pendek kata, patriotisme adalah aktiviti mendaulatkan bendera negara, menyanyikan lagu kebangsaan, menghormati lambang negara yang dapat melahirkan komitmen atau semangat kebangsaan terhadap negara yang ditekankan melalui nasionalisme.

Definisi konsep pembangunan patriotisme bertujuan memberi penjelasan atau gambaran tentang fokus kajian ini. Pembangunan pula mengikut Van Nieuwenhinjze dalam Rahimah (1989), adalah suatu pembolehubah yang mempunyai pengertian yang berbeza dan tidak konsisten iaitu ia berubah mengikut siapa yang mengemuka dan menggunakannya. Menurut Shamsul (1990) bahawa semestinya apa yang disebut pembangunan itu bukan sesuatu yang abstrak dan wujud dalam hampawa di luar alam manusia. Pembangunan juga adalah tentang ragam manusia dan telatahnya direka oleh manusia. Oleh yang demikian amat sesuai bagi kita merumuskan disini tentang pembangunan dan segala yang berkait dengannya dan mengenai masyarakat Malaysia serta perspektif-perspektif yang digunakan untuk menganggapnya.

Pembangunan masyarakat dan negara meliputi dimensi pentadbiran, teknologi, ekonomi, sikap, ilmu, pemikiran, seni budaya, moral dan kualiti hidup. Istilah yang berlawanan dengan pembangunan ialah kemunduran. Dari retrospektif sejarah, pembangunan tamadun manusia boleh kita konsepsikan sebagai kemajuan

komprehensif, iaitu yang merangkumi semua bidang kehidupan, seperti yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Konsep pembangunan tidak terbatas kepada sains, teknologi, ekonomi dan infrastruktur sosial sahaja, seperti yang difahami oleh orang Eropah dan Amerika Syarikat yang berfokus kepada pembangunan fizikal akibat dipengaruhi oleh fahaman materialisme dan kapitalisme (Sufean, 2002). Hal ini lebih kurang sama dengan pandangan Shamsul (1990):

27

Dari satu sudut, pembangunan dikatakan mencakup keseluruhan kehidupan manusia: lahiriah dan batiniah, luaran dan dalaman, material dan spiritual, fizikal dan mental, utilitarian dan humanis, praktis dan teoritis, dan yang alamiah dan yang dirancangkan. Dari satu sudut yang lain pula, pembangunan merupakan sesuatu yang objektif, praktis dan boleh direncanakan. Justeru pembangunan boleh diukur tercapai tidaknya, boleh dikira dengan angka-angka jaya gagalnya, dan boleh dibuat pelunjuran tentang masa depannya. (halaman 131)

Konsepsi umum tentang perubahan dan pembangunan sosio-ekonomi boleh diusul kembali kepada abab kesembilan belas. Minat yang meluas di kalangan sarjana Eropah kurun itu terhadap perubahan sosio-ekonomi sebahagiannya membayangkan keadaan-keadaan yang terdapat pada masa itu. Idea tentang pembangunan sebagai transformasi masyarakat secara progresif telah mula mendapat bentuknya yang moden dalam penulisan tokoh-tokoh sains sosial yang dikenali sebagai tokoh pengasas sosiologi moden seperti Comte (1798-1857), Marx (1818-83), Spencer (1820-1903), Durkheim (1858-1917) dan Weber (1894-1920) dan sebagainya (Rahimah, 1989). Pada awal abad ke-20, idea-idea evolusionis telah mula diketepikan oleh kebanyakan ahli sains sosial. Bahkan pada masa itu terdapat usaha-usaha menghalusi, mengsintesis dan mengkritik idea-idea abad ke-19. Pengkaji-pengkaji sains sosial pada abad ke-20 lebih cenderung mengkaji perubahan sesuatu fenomena untuk melihat faktor-faktor yang menyebabkan atau mengiringi sesuatu perubahan (Rahimah, 1989).

Dengan ini boleh disimpulkan bahawa konsep pembangunan patriotisme membawa erti dari segi perubahan pemikiran atau perasaan taat setia rakyat kepada kedaulatan negara Malaysia. Kajian ini mengutamakan golongan remaja yang dikatakan tulang belakang negara bertujuan menimbulkan perasaan sanggup berkorban dan kegembiraan terhadap tanah airnya dan ia merupakan syarat asas bagi seseorang warganegara yang mendiami di negaranya. Patriotisme sebagai sumber inspirasi boleh berperanan membangkitkan kesedaran dan pengemblengan potensi dan meningkatkan komitmen terhadap agenda kebangsaan.

28 2.3 Pendekatan Teori

Sebagai satu lanjutan kepada proses sosialisasis, sistem pendidikan mempunyai tugas menyediakan generasi muda kepada alam dewasa dengan menyalurkan identiti bangsa Malaysia yang mempunyai kesedaran tentang patriotisme. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke-21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara. Salah satu unsur yang penting adalah nilai-nilai murni yang berkaitan dengan keperluan dan perkembangan diri individu yang bertujuan untuk menghasilkan individu yang berpengetahuan dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, penyelidik ingin mengkaji beberapa teori sosiologi dan humanistik yang ada kaitan dengan pembangunan patriotisme di kalangan guru yang merupakan salah satu nilai yang perlu ada pada setiap guru. Seseorang guru telah menerima pengetahuan tentang teori sosiologi dan teori humanistik sebagai kursus teras semasa menerima latihan perguruan. Dengan berbekalkan pengetahuan ini, beberapa teori sosiologi dan teori humanistik boleh membantu para guru mengenali sosiologi dalam kelas dan seterusnya merancang isi kandungan yang mengambil kira psikologi individu pelajar. Teori sosiologi yang berkaitan boleh membantu guru meramal respon kelas. Manakala para pelajar yang merupakan golongan remaja terdapat beberapa teori psikologi yang boleh menjelaskan pemikiran mereka.

2.3.1

Teori Humanistik tentang Konsep Kesempurnaan Kendiri oleh Carl Rogers

Teori Humanistik dikemukankan oleh Rogers pada tahun 1951. Mengikut Rogers (1951), setiap organisme dilahirkan dengan kebolehan, kapasiti dan potensi dalaman. Sasaran seseorang individu adalah untuk mencapai potensi yang sedia ada wujud dan juga mencapai konsep kendiri inidividu. Ini dipanggil penyempurnaan

29 kendiri. Contohnya seorang individu yang menanggap dirinya sebagai seorang yang bijak, dia akan mencuba mencapai konsep kendirinya itu.

Menurut Rogers (1977), manusia semuanya baik dan mulia. Mereka sentiasa bergerak ke hadapan, iaitu ke arah kesempurnaan kendiri. Mereka mempunyai kecenderungan untuk menyempurna, mengekal, dan menambah pengalamannya. Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri ini tidak selalunya berjalan lancar dan seperti yang diharapkan. Terdapat halangan terutama yang berkaitan dengan konsistensi dan kongruens untuk mencapai matlamat tersebut.

Kongruen dan konsistensi atau ketekalan adalan keadaan yang aman yang wujud di antara kendiri dan pengalaman seseorang itu. Walau bagaimanapun seseorang itu sering mengalami keadaan tidak kongruens kerana berlaku ketidaksamaan antara kendiri yang dipersepsi dengan kendiri yang sebenar. Keadaan tidak kongruens akan menimbulkan ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri.

Rogers (1951) juga menekankan bahawa kebanyakan tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu adalah tingkah laku yang selaras dengan konsep kendiri dapat dipenuhi. Adakalanya keperluan yang tidak dapat diterima secara langsung kerana ia tidak selaras dengan konsep kendiri.

Menurut Rogers (1977), manusia juga perlukan perhatian positif, iaitu keperluan untuk disayangi, disukai, dihormati, disanjungi dan diterima oleh orang lain. Akan tetapi manusia tidak sentiasa mendapat perhatian positif yang diperlukannya, malah mereka juga menerima perhatian negatif yang boleh menyebabkan berlakunya ketegangan dan tekanan dalam diri.

Apabila menerima perhatian atau pengalaman tersebut akan diintegrasikan dalam konsep kendirinya. Ini akan menyebabkan seseorang individu memperoleh sikap yang positif terhadap dirinya dan juga terhadap orang lain (Coopersmith, 1968).

Oleh itu, berdasarkan teori ini seseorang individu terpaksa menerima keadaan dirinya yang sebenar dengan keluarganya sebagai usaha untuk mengelak timbulnya

30 masalah dan konsep kendiri yang negatif. Mereka perlukan sokongan orang lain seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya dan sebagainya.

Apabila seseorang itu sering mengalami keadaan tidak kongruen dan kegagalan dalam kesempurnaan kendiri maka ia mudah terlibat dalam tingkah laku negatif iaitu melakukan gejala ponteng kelas dari sekolah, melepak, terlibat dalam gangsterisme dan dalam pergaduhan antara pelajar.

2.3.2

Teori Sosial Erik Erikson

Erikson (1963) menjelaskan bahawa pada zaman remaja, seseorang berhadapan dengan satu cabaran kritis, iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran tersebut boleh membuat remaja mengalami krisis kekeliruan tentang peranan hidup mereka. Dalam zaman revolusi teknologi dan ledakan maklumat, pembentukan identiti diri merupakan satu proses yang kompleks. Antara lain pembentukan identiti diri membabitkan pembinaan identiti jantina dan identiti pekerjaan yang sesuai. Menurut Nik Aziz (1998), setiap remaja dilahirkan dan dibesarkan dalam masyarakat. Remaja dalam sesebuah masyarakat merupakan aset bagi masyarakat tersebut sekiranya mereka menjadi ahli masyarakat remaja untuk memainkan peranan yang tertentu sesuai dengan kebolehan mereka.

Erikson (1968) sekali lagi mengidentifikasikan lapan tahap dalam proses perkembangan manusia. Seseorang harus berjaya menghadapi krisis pada satu-satu peringkat sebelum berpindah ke peringkat seterusnya. Peringkat yang paling penting ialah peringkat ke lima iaitu pengertian identiti dengan kekeliruan peranan. Di sinilah identiti seseorang pelajar dibentuk hasil daripada pengintegrasian pelbagai peranan sebagai pelajar, kakak atau abang, rakan dan sebagainya. Jika pelajar gagal dalam pembentukan identiti maka wujudlah kekeliruan dan kekecewaan. Menurut Erikson (1963), pelajar tidak dapat menilai antara yang baik dan yang buruk lalu melakukan perkara-perkara seperti ponteng kelas dan sekolah, melepak, terlibat dalam gangsterisme dan dalam pergaduhan antara pelajar.

31 Menurut Erikson (1968), selepas baligh, remaja mengalami pengalaman transisi daripada kebergantungan pada ibu bapa kepada berdikari iaitu identiti diri. Mereka mula bertanya sama ada pengalaman lepas dan sekarang menyediakan mereka ke era baru. Marcia (1980) berpendapat pencapaian identiti berjaya memilih sasaran dalam kehidupannya. Mereka berpuas hati dengan peranan mereka dan yakin bahawa nilai dan tingkah laku mereka direstui oleh orang lain. Kajian menunjukkan bahawa konsep kendiri dan memahami diri (self) ada kaitan dengan persepsi positif dan pengukuhan dalam perhubungan ibu bapa dan orang-orang yang berdekatan seseorang individu. Menurut Sullivan (1953), orang-orang signifikan sangat penting dan pengaruh mereka sangat kuat terhadap perkembangan diri kanak-kanak. Maka, selain ibu bapa, tugas guru amat berat kerana guru merupakan orang yang paling dekat dengan remaja.

2.3.3 Teori Psikodinamik Sigmund Freud

Freud (1959), menyatakan bahawa asas aktiviti manusia adalah dari segi cirinya, bersifat seksual dan libido, dan tanpa sosialisasi, manusia akan menjadi rakus, ganas dan berhati binatang. Sosialisasi menyalurkan tenaga libido ke arah matlamatmatlamat yang dari segi sosialnya diterima. Beliau seterusnya berpendapat bahawa personaliti manusia terdiri daripada id, ego dan superego. Id mengandungi kehendakkehendak biologi yang menghasilkan tenaga dan ingatan-ingatan tertekan, sementara ego adalah unsur sedar daripada personaliti, yang mendefinisikan kenyataan (realiti) dan penahanan (restraints) dan mengawal id. Superego tercipta menerusi proses kebatinan norma-norma budaya masyarakat, seperti yang dipelajari. Superego mengawal ego daripada bertindak balas terhadap desakan-desakan yang berunsur keseronokan daripada id, dan ia mengarahkan tenaga ke arah matlamat-matlamat yang dari segi budayanya diterima. Oleh itu, ego kadang-kadang tersepit di antara desakandesakan biologi daripada id dan kehendak-kehendak masyarakat daripada superego.

Walaupun wujud struktur yang berasingan tetapi ketiga-tiga unsur ini mencerminkan proses interaksi yang pelbagai dalam personaliti seseorang yang memotivasikan tingkah laku (Azizi, M. Najib, Jamaluddin dan Nadarajah, 2003).

32 Menurut Freud, Id merupakan personaliti yang asas, tidak teratur, diwarisi dan bertujuan untuk mengurangkan ketegangan akibat keinginan biologikal dan tidak rasional. Keperluan asas seperti kelaparan, seks, agresif yang beroperasi atas prinsip kenikmatan di mana sasarannya adalah untuk meredakan ketegangan dan memaksimumkan kenikmatan. Ego berperanan menghalang id melakukan sebarang tingkah laku negatif dan meredakan keperluan id berdasarkan prinsip realiti. Tindak balas ini berlaku supaya keselamatan individu dikekalkan dan seterusnya

mengintegrasikan individu dalam masyarakat. Super ego merupakan struktur personaliti yang dibentuk akibat norma dan nilai yang ditentukan oleh ibu bapa dan masyarakat, guru dan orang-orang signifikan dalam kehidupan seseorang (Azizi, M. Najib, Jamaluddin dan Nadarajah, 2003).

Sosialisasi merupakan istilah yang penting dalam mengkordinasikan anatara sifat dan potensi perkembangan seseorang remaja. Menurut Abd. Rahman (2000). Pendidikan merupakan satu alat yang amat berkesan dalam mencorakkan pembentukan warga negara Malaysia. Maka guru adalah ejen yang utama dalam menimbulkan pembangunan patriotisme di kalangan pelajarnya.

Marimuthu (1990) mendefinisikan istilah sosialisasi sebagai proses dimana seseorang individu mempelajari cara-cara masyarakatnya dengan harapan menjadikan cara-cara ini sebagai sebahagian daripada personalitinya. Ia adalah satu istilah kolektif yang digunakan untuk proses-proses di mana seseorang individu memperoleh nilai, kepercayaan, norma dan ciri serta tingkah laku sosial lain yang dianggap cocok oleh masyarakat yang menganggotainya. Apabila seseorang kanak-kanak dilahirkan, dia tidak berupaya untuk menunaikan kehendak dan kemahuannya. Oleh itu, orang-orang dewasa mempunyai kedudukan yang strategik untuk mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mereka boleh mengawal jenis-jenis pembelajaran yang harus berlaku dan arah umum perkembangan pada kanak-kanak.

Pada asasnya sosiologi merupakan satu kajian mengenai perlakuan manusia dalam kumpulan atau interaksi manusia dengan manusia. Ia cuba memahami keadaan dan tujuan hubungan antara manusia, cara bagaimana satu perhubungan itu timbul, berkembang, dan berubah serta apakah kepercayaan dan amalan-amalan yang menjadi

33 ciri kepada perhubungan itu (Hazil, 1990). Lantaran itu, perlulah guru memahami beberapa teori sosiologi untuk lebih menghayati proses pengajaran dan pembelajaran tentang pembangunan patriotisme mata pelajaran Sejarah dalam kelas Tingkatan 2 di empat aliran sekolah menengah di negara kita.

2.3.4

Teori Sosial tentang Teori Struktural Fungsionalisme

Teori struktural fungsionalisme mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisme yang mempunyai bahagianbahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur. Perspektif struktural fungsionalisme yang dominan di dalam sosiologi pendidikan menyediakan panduan konseptual kepada agenda pengajaran, penulisan dan penyelidikan dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an. Fokus perspektif ini adalah tentang consensus umum, integrasi dan nilai-nilai bersama. Dari segi fungsi, pendidikan dilihat sebagai menyediakan atau menghasilkan tenaga kerja yang berpelajaran dan dapat menyesuaikan diri, bagi masyarakat industri yang maju (Marimuthu, 1990).

Talcott Parson (1959) dalam Marimuthu (1990) melihat kelas sekolah sebagai sistem sosial dan fungsi sosialisasi adalah fungsi yang penting dalam mengintegrasikan corak interaksi di sekolah dan memberikan pendidikan kepada murid-murid tentang nilai kejayaan. Menurut Marimuthu (1990), setengah-setengah daripada teks popular yang digunakan di dalam sosiologi pendidikan di peringkat awal ini adalah yang ditulis oleh Ottawa (1953), Musgrave (1965), Banks (1968), Corwin (1965), Havighurst dan Neugarten (1960) dan sebuah laporan yang diedit oleh Halsey, Floud dan Anderson (1961). Kandungan buku teks ini adalah berorientasikan struktural-fungsionalisme dan dikaitkan dengan sosiologi Durkheim. Menurut Durkheim beliau melihat pendidikan mempersembahkan fungsi sosial dalam meningkatkan serta mengekalkan perbezaan

34 dan kesepaduan sosial di dalam masyarakat. Beliau telah mendefinisikan pendidikan sebagai tindakan yang dilakukan oleh generasi orang-orang dewasa ke atas mereka yang masih belum bersedia untuk kehidupan sosial. Beban utama pendidikan ialah sosialisasi generasi muda yang akan mengembangkan aspek-aspek fizikal, intelektual dan moral yang diperlukan daripada mereka oleh masyarakat umumnya dan persekitaran di mana dia diperlukan.

Robinson (1981) menerangkan praktiknya teori struktural-fungsionalisme dalam kelas. Menurut beliau,

In classrooms, children have to decide the indexicality within teacher talk if they are to understand messages; both teachers and pupils must negotiate the interpretive procedures which allow for order and enable teaching to be accomplished. (halaman 561)

Penjelasan beliau membawa makna bahawa pelajar dan guru masing-masing perlu berunding untuk mendapat satu proses menginterpretasi yang membolehkan pelajar memahami mesej guru dengan baik dan juga, penyampaian guru lebih sempurna.

Brienkerhoff dan White (1989) dalam Amir (2001) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan.

35 2.3.5 Perspektif Interpretatif

Menjelang akhir tahun-tahun 1960-an, ahli-ahli sosiologi pendidikan berusaha mendapatkan perspektif pilihan untuk meluaskan bidang pendidikan mereka agar dapat memasukkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sekolah, bilik darjah dan kurikulum. Pada tahun 1970, persidangan tahunan Persatuan Sosiologi Britain (British Sociological Association) atas tema sosiologi pendidikan, dua kertas kerja oleh Young dan oleh Bernstein telah mengkritik penyelidikan semasa dalam bidang berkenaan (Marimuthu, 1990). Young (1971) dalam Reid (1981) telah mempertikaikan bahawa ahli-ahli sosiologi pendidikan telah lupa untuk memberikan perhatian terhadap isu-isu seperti kandungan pendidikan, kaedah-kaedah pengajaran dan cara menyelenggarakan pengetahuan di dalam kurikulum sekolah. Beliau juga telah mencabar anggapan-

anggapan yang tanpa usul periksa, makna dan interpretasi para guru dan ahli pendidik terhadap isu-isu seperti kurang mampu, kejayaan sekolah, objektif kurikulum dan sebagainya. Penulisan Young (1971) bertajuk Knowledge and Control dalam pengenalannya memberi tumpuan penyelidikan pada proses-proses bilik darjah dan kandungan kurikulum. Perubahan dari sosiologi pendidikan tradisional yang telah begitu menitikberatkan tentang kelas sosial dan pencapaian pendidikan kepada kajiankajian memfokuskan tentang kurikulum sebagai unit kajian yang utama yang disebut sosiologi pendidikan baru. Perspektif teoritikal pada sosiologi pendidikan baru ini adalah interpretatif.

Perspektif interpretatif atau interaksi ini berpunca daripada orientasi teori daripada bidang-bidang interaksi simbolik dan fenomenologi. Perspektif ini melihat manusia bukan sebagai seorang yang pasif, yang dibentuk daripada tekanan-tekanan sosial dalam masyarakat tetapi sebagai manusia yang aktif, pandai menilai dan menghargai dunia sekeliling. Manusia mencipta persekitarannya sendiri menerusi suatu proses menginterpretasi dan memberikan makna kepada segala apa yang dilihat di sekelilingnya. Teori-teori interaksi berpegang kepada anggapan bahawa kehidupan sosial mempunyai erti cuma pada peringkat individu atau dalam interaksi dengan orang lain. Ia telah menfokuskan pada aras analisis mikro dan tidak makro, dan berpendapat bahawa manusia adalah makluk yang kreatif dan aktif dan bukan diperlakukan oleh tekanan-tekanan luar ke atas mereka.

36 Ahli-ahli interaksi beranggapan bahawa makna kepada kenyataan sosial dan kehidupan berbeza-beza bagi seseorang individu dan oleh itu mereka berminat di dalam makna dan keinginan subjektif individu daripada mengkaji struktur kehidupan sosial. Fokus penyelidikan sosiologi pendidikan baru adalah terhadap bidang-bidang yang cuba meningkatkan nilai kesedaran para guru dengan cara menganalisis anggapan asas yang mana tugas dan tindakan mereka didasarkan. Umpamanya, Keddie (1971) telah menemukan perbezaan yang signifikan antara bagaimana guru mengeluarkan pendapat mereka kepada murid dengan bagaimana mereka memberi layanan sebenar. Dalam analisis devian di dalam kelas, Hargreaves, Hestor dan Mellor (1975) mencadangkan bahawa fenomena ini boleh dijelaskan dengan lebih meluas dari segi teori melabel, yakni cara guru melabel murid-muridnya daripada menerusi tradisi positivis (Fogelman, 1976).

Robinson (1981) menyatakan ahli-ahli teori seperti Tyler (1949), Bloom (1954) dan Taba (1962) menyokong tentang penubuhan objektif perlakuan manusia sebelum menentukan sesuatu perancangan kurikulum seperti yang ditekannya Perhaps the most important function of educational objectives is that of guiding decisions about the selection of content and of learning experiences and of providing criteria on what to teach and how to teach it. Ini berert guru mengambil inisiatif merancang kandungan yang perlu dipelajari oleh pelajar, pengalaman pelajaran dan bagaimana mengajar adalah sangat penting dalam mencapai objektif pendidikan.

Dalam tradisi implisit ini didapati rasionalnya agak sama dengan apa yang ditulis oleh Durkheim (1956),

A class, indeed, is a small society, and it must not be conducted as if it were only a simple agglomeration of subjects independent of one another. The purpose of interaction analysis, however, was to improve teaching effectiveness, to dissect teacher input so that the learning output of pupils could be maximized. (halaman 18)

Pada pendapat beliau, kajian interaksi sosiologi bilik darjah amat penting untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

37 Perspektif interaksi ini berusaha memberikan alternatif, iaitu analisis peringkat mikro daripada peringkat makro, perspektif fungsionalisme ke atas tajuk-tajuk berkaitan dengan sekolah, bilik darjah dan kurikulum. Fokusnya ialah terhadap aktivitiaktiviti yang berlaku di sekolah dan bilik darjah, serta kandungan kurikulum. Ia cuma memahami apa yang sedang berlaku dalam lingkungan sekolah, seperti apa yang berlaku antara guru dengan murid, makna yang diberikan oleh guru dan murid terhadap situasi sosial dan cara di mana aktiviti pendidikan didefinisikan. Sudah terdapat perubahan dari segi mengapa dan golongan kanak-kanak manakah yang gagal kepada peringkat dan status pengetahuan bilik darjah. Young (1971) telah mencadangkan bahawa bukan sahaja orang yang diproses di dalam institusi pendidikan tetapi juga pengetahuannya. Beliau juga telah menemukan perhubungan antara setengah-setengah jenis pengetahuan dan kuasa. Salah satu sumbangan utama perspektif interaksi ini kepada sosiologi pendidikan ialah peningkatan minat dalam interaksi bilik darjah dan ini telah menambahkan dimensi penting dan menarik kepada sosiologi sekolah.

2.3.6

Perspektif Keteorian Konflik

Sementara pendekatan interaksi terutamanya menumpukan perhatian terhadap kandungan daripada struktur pendidikan, kandungan pendekatan keteorian konflik menganalisis kepentingan tekanan politik dan ekonomi terhadap ekonomi. Oleh itu, menurut Marimuthu (1990), analisis neo-Marxist cuba mengenal pasti dan mengaitkan cara-cara di mana penyusunan bersistem persekolahan dan aktiviti-aktiviti kehidupan harian dalam bilik darjah dengan pembahagian kuasa dalam masyarakat. Menurut Philip Robinson (1981), kajian yang dijalankan oleh Sharp dan Green pada tahun 1975 terhadap tiga kelas di Sekolah Rendah Mapledene di mana sekolah tersebut adalah sebuah sekolah baru yang terkenal dengan menggunakan kaedah kemajuan (progressive method) secara tempatan. Kaedah penyelidikan mereka adalah secara pemerhatian terhadap aktiviti kelas dari sehari ke sehari, dapatan mereka menunjukkan persepsi guru boleh membentuk identiti murid-murid dan mewujudkan sistem strafikasi dalam lingkungan bilik darjah. Robinson (1981) mendapati masalah utama guru ialah apa yang perlu dilakukan dalam masa yang tertentu dengan nisbah guru dengan pelajar

38 yang begitu tinggi. Dalam hal ini, beliau berpendapat guru harus menghabiskan lebih masa bersama pelajar yang bermasalah lebih daripada bersama pelajar yang berjaya dalam mengembangkan ideologi seperti yang didapati daripada kajian mereka.

Semua perspektif keteorian, iaitu pendekatan struktural-fungsionalisme, interaksi dan konflik telah bertanggungjawab dalam pembangunan teori dan kaedah di dalam sosiologi pendidikan. Pertambahan pendekatan interaksi dan konflik kepada perspektif fungsionalisme yang dominan telah memperluaskan lagi skop perkara di dalam bidang itu. Sosiologi pendidikan umumnya telah mendapat manfaat daripada ketiga-tiga pendekatan ini dari segi kandungan, teori dan kaedah.

2.4

Peranan Guru Dalam Pembangunan dan Penerapan Unsur Patriotisme Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan boleh memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat yang berubah. Perubahan masyarakat pula merupakan satu fenomena yang akan dihadapi oleh sesebuah masyarakat. Sebagaimana yang kita ketahui, masyarakat telah mencipta institusi pendidikan bagi memenuhi kehendak-kehandak masyarakat. Oleh itu, pendidikan mempunyai beberapa peranan tertentu dalam masyarakat yang berubah. Menurut Hazil (1990), pada umumnya, pendidikan merupakan satu syarat asas untuk meneruskan serta mengekalkan sesuatu kebudayaan. Maka dengan ini sekolah menjadi salah satu agen sosialisasi dan juga merupakan alat bagi menguatkan kawalan sosial. Dalam konteks kajian ini, norma masyarakat dituju kepada unsur-unsur patriotisme yang telah dibincang.

Penerapan nilai patriotisme yang cuba dipupuk dalam pengajaran perlu membina erti kesetiaan dan pengorbanan yang amat penting dalam penghidupan dan kepada pembinaan negara. Di samping kemajuan kebendaan, kita berharap untuk melahirkan manusia yang dibangunkan dan kaya dengan nilai rohani yang memberi manfaat untuk kesejahteraan diri dan penyayang serta cintakan tanah air (Hussien, 1992). Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan

39 keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menaakul, di samping mengembangkan proses kognitif mereka bagi memahami dan menguasai mesej, idea, sentimen dan fakta. Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting untuk menanam dan mengembangkan semangat patriotik melalui pendedahan dan penghayatan. Proses ini akan memberi satu natijah dan pengertian yang mendalam tentang patriotisme (Abd. Rahim, 1989).

Dengan itu, boleh dikatakan bahawa sekolah memproses individu dan pengetahuan. Dalam kursus pengajaran mata pelajaran seperti Sejarah, Sivik, Kesusasteraan dan Bahasa, pelajar disosialisasikan mengikut kehendak kebudayaan politik. Dalam pelajaran Sejarah misalnya, pengajaran Sejarah daripada peringkat rendah hinggalah ke peringkat menengah akan menanamkan semangat dan nilai nasionalisme kepada pelajar-pelajar (Dawson dan Prewitt, 1977).

Dalam memperkatakan tentang peranan guru, Kauchak dan Eggen (1993) berpendapat bahawa murid dapat memproses maklumat melalui pengalaman mereka. Apabila pembelajaran mereka untuk jangka masa yang panjang. Ini bermakna untuk membolehkan penerapan unsur patriotisme dilaksanakan dengan berkesan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan perlu dirancang dengan rapi oleh guru dan melibatkan murid secara aktif. Menurut Wan Mokhtar (1995) bahawa dalam usaha menerapkan semangat patriotisme dalam jiwa pelajar, para guru tidak boleh melakukannya sambil lewa, melakukannya atas dasar gaji, tetapi harus bertugas atas dasar keinsafan yang ikhlas serta menghayatinya terlebih dahulu agar mampu untuk membawa pelajar ke arah itu.

Menurut Abd. Rahim (2001), proses sosialisasi nilai pada umumnya membabitkan peranan guru di sekolah. Guru memainkan peranan yang cukup luas dalam mencorakkan perkembangan nilai dalam diri para pelajar. Guru yang berpengaruh dan berkesan menjadi role model kepada pelajar. Dengan ini jelaslah bahawa guru merupakan golongan pelaksana kurikulum yang mempunyai kedudukan dan peranan penting dalam sistem pendidikan formal kerana mereka menjadi teras yang menentukan standard mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Guru Sejarah, khususnya merupakan salah satu daripada komponen teras yang menentukan perkembangan nilai pada generasi akan datang.

40 2.5 Kerangka Konseptual

Semangat patriotisme sememangnya ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Oleh yang demikian semangat ini perlu wujud dalam diri individu terutamanya insan yang bernama guru, khasnya para guru opsyen Sejarah sama ada secara major atau minor. Jaizah dan rakan-rakan (2001) berpendapat bahawa penerapan unsur-unsur patriotisme melalui sesuatu topik yang diajar dibuat secara bersepadu dengan isi kandungan, kemahiran dan isu semasa yang timbul. Lewenstein (1963) dalam Abd. Rahim (1997) membincangkan sumbangan pendidikan Sejarah, menekankan betapa pentingnya pendidikan ini dalam mengembangkan nilai dan semangat patriotisme. Menurutnya, pengetahuan atau pemahaman sejarah boleh memberikan kesan kepada sikap kesetiaan dan patriotisme terhadap sesebuah Negara. Menurut Abd. Rahim (1997), Krug (1967) berpendapat bahawa Sejarah adala satu bidang yang dapat mengetengahkan kajian masa lampau sesebuah negara dan diterima oleh kebanyakan orang sebagai sangat berguna untuk menguatkan perpaduan negara dan menanamkan semangat cintakan negara dan dapat membina semangat patriotik.

Berdasarkan kerangka konseptual Trumay (2004) tentang penerapan nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat dijalankan melalui proses penyaluran ilmu pengetahuan, kemahiran dan isu semasa secara bersepadu. Tambahan beliau, penerapan unsur-unsur patriotisme melalui mata pelajaran Sejarah secara langsung dan tidak langsung membawa kepada penghayatan unsur-unsur patriotisme.

41

42 Dalam Rajah 2.1, kotak A menunjukkan isi pelajaran, kemahiran dan isu semasa yang disepadukan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah yang pelbagai dan menarik (kotak B) seperti perbincangan, simulasi, lawatan, lakonan dan kaedah pengajaran yang lain. Kotak C menunjukkan penerapan unsur-unsur patriotisme melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah yang disepadukan bersama isi kandungan, kemahiran dan isu semasa. Kotak D menunjukkan proses penghayatan unsur-unsur patriotisme dalam diri setiap pelajar yang diterapkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Seterusnya kotak E menunjukkan pengalaman unsur-unsur patriotisme yang diterapkan dan dihayati oleh pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah dalam kehidupan harian mereka.

43 Rajah 2.2 Penerapan Unsur Patriotisme Melalui Mata Pelajaran Sejarah Ilmu Pengetahuan *Sejarah Negara Malaysia * Kajian Sejarah Tempatan Kemahiran *Inkuiri dalamSejarah *Pengumpulan sumber *Kemahiran Pemikiran Sejarah *Penjelasan Sejarah *Pemahaman Sejarah *Empati Isu tentang Patriotisme *Masalah Disiplin *Vandalisme *Keganasan *Jalur Gemilang *Identiti Negara Bangsa *Wawasan 2020

Pemahaman tentang Teori Humanistik : *Teori Kesempurnaan Kendiri oleh Carl Roger *Pendekatan Sosial Erik Erikson *Teori Psikodinamik Sigmund

Pemahaman tentang Teori Sosiologi: * Struktur- Fungsionalisme * Perspektif Intepretatif * Perspektif Keteorian Konflik

Pertuturan dan Cara Penyampaian dalam Pengajaran Mata Pelajaran Sejarah yang dirancang mengikut keperluan seperti latar belakang pelajar, status sosial ekonomi, taraf pendidikan dan sebagainya.

Pemupukan Nilai Patriotisme melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah * Berbangga sebagai Rakyat Malaysia * Bersemangat Setia Negara * Bersemangat Kekitaan * Berdisiplin * Berusaha dan Produktif

Penghayatan Unsur-unsur Patriotisme

Penilaian Pengalaman Unsur-unsur Patriotisme pelajar

44 Dalam Rajah 2.2 bahagian teratas menunjukkan isi pelajaran, kemahiran dan isu tentang patriotisme yang boleh memberi panduan kepada guru mata pelajaran Sejarah semasa menyediakan rancangan mengajar Sejarah Tingkatan 2. Dengan pengetahuan teori humanistik dan teori sosial yang dimaksudkan dalam petak, guru dapat mengenali personaliti pelajar secara bertujuan. Ditambahkan lagi pengetahuan teori sosial untuk membantu guru menjelaskan keadaan dalam kelas. Dengan berbekalkan pengetahuan teoritikal, ini dapat mempengaruhi cara penyampaian dan pertuturan guru menjadi penerapan unsur patriotisme lebih berkesan. Daripada itu, beberapa isu tentang patriotisme boleh dibawa ke kelas untuk perbincangan tanpa meninggalkan objektif pengajaran unsure-unsur patriotisme.

Manakala bagi kajian ini, proses penerapan unsur-unsur patriotisme ini akan menjadi bermakna dan berkesan sekiranya guru sendiri memahami sasaran mereka iaitu para pelajar dengan mengambil kira teori humanistik kesempurnaan kendiri, teori sosial Erikson dan psikodinamik Sigmund Freud semasa menyampaikan isi kandungan sejarah. Di samping itu, struktur masyarakat yang terdiri daripada beberapa komponen dan sekolah sebagai satu komponen yang memberi pengaruh terhadap pelajar juga amat penting menjadi garis panduan semasa penyampaian ilmu pengetahuan. Teori sosial ini akan mempengaruhi cara penyampaian dan pertuturan guru semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah dijalankan.

2.6

Kajian-kajian Lepas

Sufean (1995) berpendapat pengukuran dan penilaian aspek afektif perlu dilakukan kerana domain afektif mempengaruhi kebolehan individu turut serta dengan berkesan dalam aktiviti-aktiviti masyarakat demokratik. Menurutnya:

Pembinaan nilai, sikap dan dorongan yang murni diperlukan supaya murid-murid dapat memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan institusi sosial. Selanjutnya kemahiran-kemahiran

45 hidup berkait rapat dengan pemerolehan atau penerapan sikap dan nilai penting untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera. Aspek afektif juga mempengaruhi pembelajaran apabila interaksi pembolehubah afektif guru dan murid mempengaruhi perkembangan dan kadar pencapaian matlamat-matlamat pengajaran dan pembelajaran. (halaman 54)

Penulis-penulis lain seperti Marimuthu (1990) menjelaskan bahawa penerapan nilai merupakan salah satu proses sosialisasi yang bermakna seseorang individu mempelajari cara-cara masyarakatnya dengan harapan menjadikan cara-cara ini sebagai sebahagian daripada personalitinya. Sosialisasi zaman kanak-kanak amat penting. Orang-orang dewasa mempunyai kedudukan yang strategik untuk mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Domain afektif ini juga sangat penting. Abu Bakar (1998) menyatakan keberkesanan pembelajaran antaranya bergantung kepada ransangan afektif seperti minat pelajar, guru yang mengajarnya dan pihak sekolah.

2.6.1

Kajian-kajian Berkaitan Dari Dalam Negara

Kajian Haminah (1999) yang bertujuan mengenalpasti apakah kefahaman pelajar menengah atas terhadap unsur-unsur patriotisme sepertimana yang terkandung dalam Kurikulum Mata Pelajaran Sejarah Menengah Atas serta angkubah-angkubah yang mempengaruhi tahap kefahaman tersebut. Selain itu, tinjauan beliau juga dibuat untuk melihat apakah unsur-unsur patriotisme yang menjadi amalan pelajar dalam kehidupan harian mereka. Dapatan kajian beliau menunjukkan sebahagian besar pelajar memahami kebanyakan unsur-unsur patriotisme kecuali aspek lambang-lambang negara, berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara, peka terhadap masalah dan isu bangsa dan negara. Kefahaman ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana angkubah yang ada. Dari segi amalan, pelajar kurang mengamalkan amalan ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin, taat dan setia kepada raja, sebahagian besar unsur disiplin serta amalan menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan negara.

46 Dapatan kajian Haminah ini memperlihatkan persamaan dengan kajian yang dijalankan oleh Rizal (2002) berkaitan nilai-nilai kewarganegaraan di kalangaan

pelajar Tingkatan 6 Atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa pemahaman terhadap konsep dan nilai-nilai kewarganegaraan adalah di tahap sederhana walhal pada tahap ini mereka telah berada pada tahun akhir setelah 13 tahun berada dalam sistem persekolahan. Pengukuhan nilainilai kewarganegaraan di kalangan pelajar masih lagi tidak berupaya menerapkan pemahaman yang mendalam terhadap konsep dan nilai-nilai kewarganegaraan secara keseluruhannya. Keadaan ini perlu diberikan perhatian serius. Seharusnya pada peringkat ini, penghayatan dan pemahaman mereka terhadap nilai-nilai

kewarganegaraan berada di tahap yang lebih baik. Hal yang demikian kerana mereka adalah antara kelompok pelajar yang akan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jika pemahaman mereka tentang nilai-nilai kewarganegaraan masih lagi longgar kemungkinan kelonggaran ini akan mereka teruskan setelah menamatkan pengajian di universiti atau institusi pendidikan tinggi yang lain.

Rizal (2002) turut setuju dengan pendapat Zahara (1992) bahawa kekaburan dalam nilai kewarganegaraan oleh guru-guru menyebabkan penerapan nilai-nilai kewarganegaraan kepada pelajar dilakukan secara sambil lalu tanpa penekanan yang mendalam pada aspek-aspek tertentu. Menurut Rizal lagi, persepsi pelajar yang beranggapan bahawa ciri-ciri warganegara yang baik adalah bergantung pada faktor kesetiaan dan kecintaan terhadap tanah air perlu diubah. Kini, mereka perlu diterapkan dengan ciri-ciri baru warganegara yang baik iaitu warganegara yang menyumbang pada peringkat masyarakat, negara dan peringkat global. Mereka perlu dijelaskan bahawa, ciri-ciri baru ini adalah dituntut dalam perkembangan sesebuah negara dalam era globalisasi kini.

Hasil dapatan kajian Rizal ini juga sama seperti hasil kajian yang telah dijalankan pada tahun 1998 oleh Jabatan Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa iaitu penerapan nilai-nilai kewarganegaraan di kalangan pelajar ada pada tahap yang rendah. Tambah Rizal (2002) nilai-nilai kewarganegaraan kurang mendapat perhatian daripada guru-guru kerana mereka mengandaikan bahawa nilai-nilai tersebut dapat

47 dihayati oleh pelajar melalui mata pelajaran Sejarah yang kini adalah salah satu mata pelajaran wajib kepada semua pelajar sehingga tingkatan lima.

Lantaran itu, Haminah (1999) mencadangkan seseorang guru Sejarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, perlu menyepadukan isi kandungan dengan unsur-unsur patriotisme. Strategi pengajaran dan pembelajaran guru perlu dipertingkatkan agar unsur patriotisme dapat disematkan di sanubari pelajar khususnya berkaitan dengan item hormatkan raja dan lambang negara. Tambah beliau lagi kursus kenegaraan ataupun berkaitan dengan pendedahan tentang pembangunan negara perlu dibuat supaya pelajar (remaja) lebih mengetahui tentang usaha pembangunan negara khususnya menuju ke arah negara maju.

Satu kajian yang dijalankan oleh Asmadi dan rakan-rakan (2003) cuba menggabungkan perbincangan konsep patriotisme menurut perspektif Islam dengan mengenalpasti pembolehubah patriotisme di kalangan pelajar IPTA di Malaysia. Setelah meneliti tahap kekentalan dan kefahaman dari aspek faktor demografi responden, didapati tahap patriotisme pelajar-pelajar sekolah agama adalah paling tinggi berbanding rakan-rakan mereka dari aliran lain. Walau bagaimanapun, hasil kajian tersebut menunjukkan tahap patriotisme di kalangan pelajar IPTA adalah tinggi. Mengikut beliau, perkara ini berkemungkinan disebabkan oleh symbol, bahasa dan amalan agama yang ditekankan pada pelajar-pelajarnya di sekolah aliran agama lebih menjurus kepada budaya tempatan. Justeru itu, pelajar dapat merasakan bahawa apa yang terdapat di sekeliling mereka adalah milik mereka dan mereka menjadi lebih patriotik dengan segala yang bersumber kepada persekitaran ini. Ini ditambah pula dengan unsur kurikulum di sekolah menengah aliran agama yang menekankan tentang unsur tarbiyah, tadib (penyemaian adab) dan amalan dalam bentuk penampilan akhlak.

Sebaliknya, menurut Asmadi (2003), pelajar yang terdidik di Sekolah Rendah Cina atau India mempunyai idolanya di luar Malaysia. Bahasa yang dituturkan oleh pelajar di sekolah Cina ada persamaannya dengan bahasa yang terdapat di Singapura, Hong Kong, China, Taiwan dan sebagainya. Begitu juga dengan bahasa Tamil. Ini

48 dengan sendirinya membawa jiwa pelajar keluar dari konteks Malaysia. Kemungkinan ini juga mempengaruhi rendahnya patriotisme mereka. Ini berbeza dengan pelajar yang terdidik di sekolah aliran kebangsaan atau aliran bahasa Melayu, mereka bermain dengan simbol-simbol yang pernah berpaksi pada bumi Malaysia ini. Lantaran itu, alam jagat yang dekat dengan mereka telah sedikit sebanyak mempengaruhi tingginya semangat patriotisme mereka.

Disamping itu, kajian Ahmad (2004) bertajuk Pemasalahan Pelaksanaan Pemupukan Unsur Patriotisme dalam Mata Pelajaran Kajian Tempatan: Punca daripada Guru Sendiri bertujuan mendedahkan punca pemasalahan pengajaran dan

pembelajaran oleh guru, lebih tepatnya guru pelatih dalam menerapkan nilai-nilai murni atau lebih dikenali sebagai unsur patriotisme dalam mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, pelaksanaan penerapan unsur patriotisme di kalangan pelatih ini tidak menjadi masalah besar kepada mereka. Maknanya mereka boleh dan telah melaksanakan usaha pemupukan unsur patriotisme ini terhadap anak didik mereka dalam kadar yang agak tinggi (kerap/selalu). Bagaimanapun, beberapa unsur telah dikenal pasti boleh menjadi punca yang akan menjejaskan atau mengurangkan kelancaran pelaksanaan penerapan unsur patriotisme itu secara berkesan.

Singh, Marimuthu and Mukherjee (1990) pula menjalankan kajian mereka tentang fokus masyarakat awam adalah tertumpu kepada melulus dalam peperiksaan lebih daripada menekankan proses pembelajaran itu sendiri. Kajian ini menunjukkan pelajar sukar menerima idea-idea tentang patriotisme semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terutama semasa guru mata pelajaran Sejarah mengadakan kelas mereka. Soal disini bukan tanggungjawab siapa tetapi bagaimana seseorang guru mencapai keseimbangan dalam aspek kognitif dan afektif semasa memberikan kuliah dalam kelas. Rahimah dan Chang (1998) menulis berkaitan mediational teaching menyatakan guru penting sebagai memberi makna secara tersusun, memandu pelajar berfikir kepada pembolehubah-pembolehubah yang baik. Guru menjadi pengantara menanam nilai dan cara berfikir dari generasi ke generasi. Mohd. Kamal (1985) menyatakan kesepaduan dalam kehidupan, nilai dalaman, nilai keagamaan penting

49 untuk menjamin pembangunan manusia dalam apa jua bidang untuk mengelakkan pelbagai-bagai keburukan tingkahlaku.

Satu kajian yang menarik perhatian tentang penerapan nilai kewarganegaraan telah dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1998. Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi guru-guru terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Salah satu tumpuan utama kajian ini adalah untuk meninjau penerapan nilai kewarganegaraan oleh guruguru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini memperlihatkan seramai 422 orang guru dari pelbagai sekolah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Vokasional daripada seluruh negara. Kaedah kajian yang dijalankan ialah soal-selidik, temubual dan pemerhatian bilik darjah. Hasil kajian ini mendapati bahawa para guru berpandangan baik terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran mata pelajaran mereka. Mereka ada menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran mereka. Tetapi menurut responden kajian ini, penerapan nilai-nilai murni terutamanya nilai-nilai kewarganegaraan lebih mudah pada pelajaran sains sosial seperti mata pelajaran Sejarah dan Bahasa dibandingkan mata pelajaran sains tulen seperti Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi.

Anuar (2000) juga menjalankan kajian berkaitan kewarganegaraan dalam pendidikan. Beliau telah menjalankan kajian berkaitan dengan persoalan adakah pendidikan Sejarah berkemampuan membangunkan nilai kewarganegaraan. Kajian ini telah dilakukan ke atas 25 orang guru sejarah di beberapa buah sekolah di negeri Melaka dan Seremban. Hasil kajian beliau menunjukkan tiada guru yang secara berterusan menerapkan ciri-ciri kewarganegaraan kepada para pelajar. Tambahan pula, kebanyakan guru lebih senang untuk menyebut nilai dan meminta pelajar mendengar nasihat daripadanya. Secara keseluruhannya, pengkaji menjelaskan bahawa pendidikan kewarganegaraan melalui kaedah penerapan dalam pendidikan sejarah merupakan satu usaha yang sia-sia yang menemui kegagalan. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa disebabkan kekaburan dan usaha yang tidak bersungguh oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran sejarah dalam menerapkan ciri-ciri kewarganegaraan semasa proses

50 pengajaran dan pembelajaran menyebabkan para pelajar juga tidak dapat memahami maksud konsep kewarganegaraan yang sebenar.

Jaizah, Khairuddin dan Ibrahim (2001) telah menjalankan satu tinjauan terhadap penerapan unsur patriotisme melalui mata pelajaran Kajian Tempatan di kalangan guru pelatih semasa menjalani pratikum fasa 1 di sekolah. Responden kajian terdiri daripada 33 orang guru pelatih Semester 4 pengkhususan Pengajian Agama dan Kajian Tempatan di Institut Perguruan Darulaman. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Dapatan menunjukkan guru pelatih selalu memilih unsur patriotisme yang sesuai untuk diajar melalui sesuatu topik dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan mencatatkannya dalam buku persediaan mengajar. Walau bagaimanapun, terdapat guru pelatih yang kurang merancang aktiviti dan bahan sumber yang bersesuaian dengan unsur patriotisme yang hendak diterapkan. Dari segi pelaksanaannya pula, didapati hanya sebilangan kecil guru pelatih yang menerapkan unsur patriotisme secara bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan. Guru pelatih didapati berusaha mempelbagaikan teknik penerapan unsur patriotisme dengan menggunakan lirik lagu dan gambar. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa guru pelatih perlu lagi dibimbing untuk menerapkan unsur patriotisme melalui mata pelajaran Kajian Tempatan khususnya dalam aspek kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

Seterusnya, Zubedah dan rakan-rakan (1999) juga menjalankan satu kajian tentang tahap persepsi semangat patriotisme di kalangan guru pelatih Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim di Johor Bahru. Kajian tersebut menumpu pada perbandingan dari segi opsyen dan jantina antara semester 5MT/KT dan 5PJ/KT. Satu kesamaan dengan kajian lain ialah mereka telah membuat kajian ini berdasarkan 6 dimensi iaitu Semangat Cintakan Negara, Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia, Semangat Kekitaan, Disiplin, Berusaha dan Produktif dan Peka Terhadap Isu Semasa. Tahap perbezaan yang dilihat adalah dari segi opsyen dan jantina. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang telah dijalankan di kalangan 22 orang guru pelatih opsyen MT/PJ dan 20 orang pelatih opsyen MT/KT. Manakala dari segi jantina pula seramai 22 orang pelatih lelaki dan 20 orang pelatih perempuan. Data yang diperolehi dari kaedah soal selidik menunjukkan guru pelatih sama ada opsyen Kajian Tempatan

51 mahupun bukan opsyen Kajian Tempatan sebagai rakyat Malaysia telah

memperlihatkan sikap yang positif terhadap Ibu Pertiwi. Manakala guru pelatih perempuan memperoleh 70% berbanding dengan guru pelatih lelaki yang memperoleh 54.5% berdasarkan keenam-enam dimensi ternyata guru pelatih perempuan mempunyai tahap persepsi semangat patriotisme yang lebih tinggi berbanding dengan guru pelatih lelaki. Beliau telah mengesan beberapa faktor yang menyebabkan keadaan ini wujud:

1.

Golongan perempuan sememang bersikap lebih mudah menurut kata jika dibandingkan dengan golongan lelaki

2.

Sifat semula jadi perempuan yang memberi didikan kepada anak-anak memberi laluan yang lebih untuk menyemai semangat patriotisme

3.

Sifat wanita yang lebih gemar kepada kebersihan dan keceriaan memberi impak kepada dimensi berbangga sebagai rakyat Malaysia

4.

Disiplin

golongan

perempuan

sememangnya

lebih

baik

jika

dibandingkan dengan disiplin lelaki berdasarkan laporan disiplin sekolah murid lelaki dan murid sekolah perempuan.

Mengikut Abd. Rahim (1997), pendidikan Sejarah menitikberatkan nilai yang dapat memupuk semangat kewarganegaraan melalui pengertian dan penghayatan sejarah negara. Usaha membina keperibadian bangsa Malaysia ditekankan dan diberikan keutamaan. Nilai kewarganegaraan yang dipupuk adalah seperti berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin dan berusaha secara produktif (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Oleh itu, para guru memikul tanggungjawab untuk memberikan pengajaran yang berkesan. Guru mempunyai peranan yang sama dengan ibu bapa (Rozumah, 1992). Jika ibu bapa berperanan di rumah, semasa di sekolah pula guru menggantikan tempat ibu bapa.

2.6.2

Kajian-kajian Berkaitan Dari Luar Negeri

Melalui perbincangan dan kajian lepas sama ada dari dalam atau luar negeri

52 yang telah dijalankan, semangat patriotisme merupakan salah satu jenis nilai yang perlu ada pada diri manusia. Everard dan Morris (1992) menyatakan nilai yang digarap adalah hasil yang diserap oleh individu atau sekumpulan orang yang melingkungi seseorang. Oleh yang demikian, dalam kajian mereka, guru merupakan komponen yang penting dalam penerapan nilai. Ini menunjukkan persamaan pandangan terhadap peranan penting guru dalam menyampaikan unsur patriotisme atau nilai-nlai murni kepada pelajar.

Kajian Jacob dalam Bloom (1957) bahawa mitos perkembangan kognitif akan diikuti perkembangan yang sejajar bagi tingkahlaku afektif tidaklah benar. Tingkahlaku afektif berkembang apabila pengalaman pembelajaran berkembang dengan sesuai disediakan untuk pelajar. Nilai-nilai murni menjadi intipati dalam pendidikan dan diharapkan menjadi tabiat atau perlakuan yang tekal dalam kehidupan seseorang sebagaimana Schumacher (1973) menyatakan intipati pendidikan adalah pemindahan nilai tetapi nilai tidak mampu menunjuk arah kehidupan seseorang kecuali ia telah dihayati dan telah tertanam dalam fikiran.

Covey, Merill dan Merill (1994) menyatakan bernilainya sesuatu ialah apabila meletakkannya di tempat yang bernilai. Nilai yang kita hayati bergantung kepada pilihan dan tindakan yang kita lakukan. Bonner dalam Abd. Rahim (1993) juga berpendapat masa yang serius berkait dengan nilai pada tingkah laku manusia tidak boleh dibiarkan sebagai satu krisis berterusan. Langkah-langkah perlu diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan nilai kemanusiaan ini. Ini adalah kerana masalah nilai merupakan asas dan kemuncak kepada kewujudan manusia. Mengikut beliau, daripada nilai kelompok, kita boleh memperoleh kebudayaan, ketamadunan dan satu cara baharu hidup bersama. Dalam aplikasinya kepada masalah-masalah personaliti yang kompleks, peranan nilai dan keunggulannya dalam pembinaan watak merupakan keadaan psikologi yang amat penting.

Angela dan Charles (2002) dalam kajian mereka menguji pandangan kanakkanak dan remaja tentang pengajaran nilai dari sekolah dan keluarga. Penyelidikan mereka yang bertema The Development of Reasoning about the Teaching of Values in

53 School and Family Contexts mengambil 160 orang sebagai sampel yang terdiri daripada 4 kumpulan berumur 8, 10, 13 dan pelajar Kolej dari Kanada. 80% daripada 160 orang ini terdiri daripada etnik Eropah, 14% adalah Asian Amerika dan 6% adalah dari pelbagai latar belakang. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dengan kaedah temubual sebanyak 40 minit seorang. Hasil kajian menunjukkan pelbagai faktor terlibat dalam menilaikan pengajaran nilai oleh kanak-kanak dan remaja, ini termasuk konteks, valensi nilai tertentu dan jenis nilai yang telah diajar. Didapati sampel telah pelbagai gunakan nilai yang dipelajari termasuk membezakan antara nilai moral berkenaan keadilan dan hak dengan nilai yang menggambarkan sikap personaliti serta nilai sosial. Penyelidik juga mencadangkan konsep tentang nilai pendidikan mungkin lebih mudah difahami dalam model sosial iaitu membedakan antara jenis nilai-nilai, meningkatkan kapasiti untuk membezakan konteks sosial dan pembangunan tentang kesahihan undang-undang sesebuah kerajaan.

Seterusnya Davies dan Mark (2002) telah menjalankan kajian untuk melihat pelaksanaan pendidikan kewarganegaraan oleh guru-guru di sekolah. Kaedah kajian yang dilaksanakan adalah kajian kuantitatif. Maklumat data yang diperoleh daripada soal selidik, temubual dan maklumat dokumentasi, serta maklumat dikumpul daripada guru-guru yang mengajar sekolah-sekolah menengah di London. Selain itu para guru yang terlibat telah ditemu bual untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam tentang perspektif mereka terhadap pengajaran pendidikan kewarganegaraan di sekolah.

Melalui hasil kajian ini penyelidik dapati para guru berpandangan baik terhadap pendidikan kewarganegaraan yang cuba diterapkan dalam kurikulum pendidikan. Namun daripada aspek pelaksanaan para guru menghadapi kesukaran untuk melaksanakannya dalam mata pelajaran tertentu terutama dalam mata pelajaran sains. Hasil dapatan ini adalah sama dengan hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia 1998, di mana guru menghadapi masalah dalam penerapan nilai-nilai kewarganegaraan melalui mata pelajaran lain selain mata pelajaran sains sosial seperti mata pelajaran Sejarah. Kajian Davies dan Mark (2002) juga mendapati bahawa isi kandungan pendidikan kewarganegaraan patut menumpukan pada aspek yang lebih nyata (real) dan melibatkan proses penglibatan dan

54 perubahan tingkahlaku pelajar. Apa yang berlaku sekarang ialah nilai-nilai kewarganegaraan ini diterapkan secara implisit dalam kurikulum. Akibat daripada ini, adalah sukar untuk diukur perubahan tingkahlaku di kalangan pelajar setelah proses pengajarandan pembelajaran pendidikan kewarganegaraan oleh guru semasa di sekolah.

Young dan Sharifzadeh (2003) dari San Diego State University telah menimbulkan perhatian tentang pengajaran patriotisme dalam kelas. Mereka telah bercadang supaya menggubal semula kurikulum yang sedia ada, mengurangkan prasangka, menghadapi sikap yang tidak bertoleransi dan berpendirian untuk bersatu padu semasa krisis nasional. Artikel mereka adalah berdasarkan masalah nasional yang amat merunsingkan di negara mereka, yakni Amerika Syarikat. Ini tidak semestinya sesuai untuk menggambarkan keadaan di Malaysia. Akan tetapi, masalah-masalah yang dibangkitkan itu boleh menjadikan pedoman kepada kita semasa menjalankan kajian ini. Seperti mana yang dikatakan oleh Amy dan Maureen (2002) dalam kajian mereka menyatakan:

Considering how social factor affect the teaching and learning exchange between faculty and students and among peers in a classroom enable educators to address structural inequities and promote learning for student of varying backgrounds.

( halaman 85)

Seseorang guru yang prihatin seharusnya perlu berbekalkan perasaan atau pengetahuan tentang status sosial yang berbeza bagi pelajar dalam sesebuah kelas. Dengan ini, guru-guru dapat menyampaikan pelajaran yang baik kepada pelajarnya.

Daripada kajian Colbeck, Cabrera dan Terenzini (2000) disimpulkan bahawa pandangan pelajar terhadap guru yang mengajar boleh mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Pelajar yang menanggap jantina guru tidak berkaitan dengan pengalaman pengajaran boleh mendapat pencapaian akademik yang tinggi. Ini menunjukkan betapa luasnya pengaruh guru terhadap perkembangan seseorang pelajar.

55 Tambahan pula, Pulvers dan Diekhoff (1999) mendapati pelajar yang mempunyai masalah disiplin berbohong semasa disuruh memeberi keterangan menggambarkan kelas mereka sebagai less personalized, less task oriented and less satisfying daripada pelajar yang tidak berbohong. Burt (1969) dalam kajiannya mendapati ada guru yang menanggap mengajar pelajar kelas bawahan sebagai tidak memberi faedah kerana mereka mempunyai motivasi yang rendah. Menurut Skinner (1984), pelajar yang di bawah kecerdasan sering menimbulkan masalah disiplin dan salah laku di dalam kelas dan akan berterusan.

2.7

Kesimpulan

Hasil daripada pendapat dan kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa pada keseluruhannya tahap kefahaman dan pengalaman unsur-unsur patriotisme serta kewarganegaraan di kalangan pelajar-pelajar (remaja) adalah pada tahap yang perlu diberi perhatian. Dalam hal ini guru perlu bersikap positif dalam menerapkan unsur-unsur patriotisme di kalangan pelajar. Walaupun kita tidak menafikan tanggungjawab institusi keluarga, masyarakat, media massa dan rakan sebaya sama penting dalam menjadikan pembentukan personaliti dan kesedaran patriotisme seseorang pelajar, tetapi aspek sekolah dan komunikasi guru berperanan penting kerana guru merupakan teladan seperti yang ditulis oleh Hassan (1995), Rasulullah S.A.W. diutus untuk memperbaiki akhlak. Fungsi guru juga mesti bersifat sedemikian. Sama ada sedar atau sebaliknya guru mempengaruhi nilai pelajar.

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini menghuraikan tentang reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, lokasi kajian, subjek kajian, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur mendapatkan data penganalisisan data dan perancangan kerja kajian.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan pemerhatian yang menggabungkan bentuk kualitatif dan kuantitatif. Ini menepati objektif kajian yang ingin mendapatkan keadaan sebenar dalam kelas tentang tahap pembangunan unsur patriotisme di kalangan pelajar tingkatan 2 semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di 4 jenis sekolah yakni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Islam (SMI), Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI) dalam daerah Johor Bahru.

Bentuk kualitatif yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada jenis temu bual. Semua guru Sejarah yang terlibat dalam sesi pemerhatian di empat jenis sekolah untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan permasalahan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran semasa kelas Sejarah dilangsungkan. Kaedah berbentuk kuantitatif pula terdiri daripada jadual pemerhatian yang telah menetapkan 10 kategori

57 interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas. Pengkaji hanya memberi fokus kepada kategori-kategori yang terlibat semasa komunikasi lisan antara guru dengan pelajar. Selepas itu, masa, kekerapan dan peratusan bagi kategori-kategori tersebut akan dibincang secara teliti dalam bab yang seterusnya.

Menurut

M.

Najib

(1999),

banyak

kaedah

boleh

digunakan

untuk

mengumpulkan data. Kaedah pemerhatian ini membolehkan penyelidik mendapatkan maklumat yang lebih lengkap berbanding tinjauan. Penyelidik perlu meletakkan asas kepada persoalan seperti apa yang perlu dibuatkan atau apa yang perlu diperhatikan untuk menyenangkan analisis. Bagi mendapatkan maklumat atau data mengenai pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji, alat penyelidikan ini akan diuji kesahannya terlebih dahulu melalui kajian rintis. Tujuannya supaya pemerhatian yang perlu dilakukan sesuai digunakan dalam kajian ini. Strauss dan Corbin (1991) juga menjelaskan bahawa cara kualitatif dan kuantitatif boleh digunakan serentak dengan contoh kualitatif digunakan apabila untuk menjelaskan penemuan data dari kuantitatif. Teknik pengumpulan data adalah melalui pemerhatian. Reka bentuk kajian ini merupakan suatu penyelidikan yang berbentuk kajian menerusi kaedah yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh responden.

M. Najib (1997) menekankan bahawa pengukuran afektif dan psikomotor boleh dilaksanakan dengan tiga kaedah yang biasa digunakan dan dibincangkan, iaitu pemerhatian dengan menggunakan rekod anekdot atau senarai semak, ujian lisan dan ujian bertulis menggunakan soal selidik. Tidak seperti pengukuran kognitif yang berasaskan apa yang diajar dan diperoleh pelajar, pengukuran afektif dan psikomotor berasaskan sesuatu yang mungkin tidak ditekankan secara formal di dalam bilik darjah. Maka, kaedah yang diguna bagi kajian ini menepati objektif yang ingin menguji tahap pembangunan dan tahap penerapan unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2.

Kaedah pemerhatian ini juga dipersetujui oleh Abu Bakar (1995). Menurut beliau maklumat yang tinggi kesahihannya ialah maklumat yang didapati secara langsung dengan memerhati perkara-perkara yang dilakukan oleh subjek dalam keadaan sebenarnya. Di sekolah dan dalam situasi seharian banyak perkara yang tidak

58 diketahui dan tidak diperhatikan, ini tidak boleh menguji seseorang pelajar mempunyai kesedaran patriotisme melalui maklumat yang diberi olehnya, tetapi ia boleh mendapatkan sifatnya melalui proses pemerhatian yang saintifik.

Kajian tentang interaksi dalam kelas telah dimajukan oleh Withall (1949), Bales (1950), Flanders (1963), Eggleston, Galton dan Jones (1975). Mengikut M. Najib (1997) bahawa Flanders (1963) dan Eggleston, Galton dan Jones (1975) menjalankan kajian secara kaedah pemerhatian dengan menggunakan jadual pemerhatian yang mengandungi kategori-kategori yang bertembung secara paksi. Kajian ini pula berdasarkan tatacara Classroom Analysis For Thinking Skill dalam M. Najib (1997). Pengkaji telah melakukan pengubahsuaian supaya jadual pemerhatian dan jadual interaksi guru dengan pelajar sesuai dengan objektif kajian ini. Menurut M. Najib (1997):

The pratice of using or updating existing schedules should be employed to save time and effort. There is also the likelihood that valid and reliable data is available to support the use of the instrument. The pratice of collecting and repeating the data would contribute to the development of a truly standardized classroom interaction observation schedule.

( halaman 54)

Kajian lepas beliau menunjukkan dengan penggunaan jadual yang mengikut keperluan kajian akan menjimatkan masa dan usaha pengkaji untuk membuat analisis dapatan kajian. Ini kerana kaedah ini lebih memastikan data yang diperoleh adalah tinggi kebolehpercayaannya.

Rekod tentang komunikasi dalam kelas adalah catatan yang dibuat berterusan dari masa ke semasa mengenai sesuatu perkara yang dipandang mustahak. Rekod ini diisikan selepas sahaja perbualan itu diadakan supaya unsur-unsur lain tidak mempengaruhi intepretasi yang ditetapkan. Satu jadual rekod intepretasi atau senarai semak dengan kriteria yang ditetapkan senantiasa diisi bagi perbualan yang

59 diperhatikan. Perkara-perkara yang ingin diperhatikan disenaraikan di atas kertas dan kemudian penyelidik menyemak dan menanda interaksi antara guru dengan pelajar berdasarkan senarai tadi.

Pemerhatian hanya mengambil kira komunikasi secara lisan antara guru dengan pelajar kerana proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah melibatkan banyak komunikasi secara lisan. Tambahan pula, Cohen dan Manion (1981) juga menyatakan proses komunikasi dalam kelas bergantung pada pertuturan dan penulisan manakala kebanyakan komunikasi interpersonal adalah secara verbal (lisan). Menurut mereka bahawa

Stubbs (1976) has identified a number of important reasons for observing, recording and studying teacher-pupil dialogue in the classroom. The most fundamental reason, he suggests, is that the dialogue that take place between teachers and pupils is the education process, or the major part of it for most children. No matter how important other factors such as IQ, sosial class background, parental encouragement, or childrens individual language skill appear to be, they nevertheless remain, Stubbs argues, external influences. ( halaman 165)

Pandangan Cohen dan Manion (1981) adalah sama dengan Stubbs (1976). Cadangan mereka adalah setiap dialog antara guru dan pelajar merupakan proses pendidikan yang penting bagi seorang pelajar. Faktor-faktor lain seperti IQ seseorang pelajar, latarbelakang sosial, dorongan daripada ibubapa atau kemahiran menguasai bahasa seseorang pelajar merupakan faktor luaran.

60 3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini merujuk kepada guru-guru Sejarah Tingkatan 2 di Johor Bahru iaitu Sekolah Menengah Kerajaan (SMK), Sekolah Menengah Islam (SMI), Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI). Setiap jenis aliran sekolah menengah dipilih satu sekolah untuk mewakili.

Pihak pengurusan sekolah memperuntukkan 3 orang guru Sejarah atau 3 kelas Sejarah tingkatan 2 walaupun ada kemungkinan berlaku 1 orang guru mengajar 2 atau 3 kelas Sejarah tingkatan 2. Oleh itu, kira-kira 12 orang guru dan 12 kelas tingkatan 2 daripada 4 sekolah tersebut diambil sebagai sampel kajian. Dalam itu, 1 kelas akan dijalankan 3 kali pemerhatian untuk mengelakkan berlakunya bias dalam analisis dapatan kajian.

Dapatan yang diperoleh daripada kajian ini hanya merujuk kepada populasi di daerah Johor Bahru. Daerah Johor Bahru dipilih kerana proses perindustrian banyak berlaku di bandar-bandar yang mengakibatkan penghijrahan berlaku ke bandar-bandar kerana peluang pekerjaan yang banyak. Menurut Rosnani (1998) urbanisasi banyak berlaku di bandar-bandar besar dan membawa pelbagai kesan ke atas penduduk. Oleh itu, para remaja yang dididik dalam masyarakat bandar mendapat masalah kekeliruan identiti yang lebih ketara jika dibanding dengan remaja yang dididik di masyarakat kampung. Para remaja ini juga lebih menghadapi cabaran pemilihan antara materialisme dengan nilai-nilai patriotisme kerana wujud tarikan-tarikan yang bersifat hedonisme akibat arus perkembangan masyarakat moden. Tambahan pula, kebanyakan ibu bapa yang berhijrah ke bandar-bandar besar terpaksa bekerja kedua-dua orang (double income) untuk menanggung kos kehidupan yang tinggi. Akibat daripada itu, fungsi keluarga dari segi pendidikan agama dan nilai-nilai murni tidak dapat dijalankan dengan baik. Lantaran itu, sekolah telah menjadi tempat yang utama memberi pendidikan nilai-nilai patriotisme kepada pelajar.

Jumlah populasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah Johor Bahru ialah kira-kira 73 buah sekolah. Disamping itu bilangan Sekolah Menengah Islam (SMI) di Johor Bahru ialah 2 buah, Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) ialah 1 buah dan Sekolah Menengah Swasta ialah 3 buah. Kajian ini tidak berhasrat melibatkan

61 semua populasi disebabkan faktor kos, masa dan gangguan ke atas proses pengajaran pihak sekolah. Pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan teknik sampel bertujuan disebabkan faktor seperti penerimaan pelajar dan kesahan status sekolah. Ini kerana subjek yang dikaji mesti terdiri daripada pelbagai etnik yang belajar dibawah satu sistem pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) atau hanya satu etnik yang boleh didapati di Sekolah Menengah Islam (SMI) dengan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC). Satu lagi kumpulan subjek ialah pelajar di Sekolah Swasta yang mengguna bahasa perantaraan Inggeris dan sekolahnya bersifat mementingkan komersial. Maka penyelidik telah menggunakan kaedah sampel bertujuan untuk memilih sekolah yang menepati kehendak kajian tersebut.

Ini bererti 4 sekolah perlu dipilih daripada 4 jenis sekolah menengah yang disebut tadi. Seterusnya setiap sekolah memerlukan 3 kelas tingkatan 2 daripada 3 kelas yang akan menjalankan ujian pemerhatian sebanyak 5 kali. Maka, jangkaannya ialah 3 kelas bagi setiap sekolah x 4 sekolah = sejumlah 12 kelas sebagai sampel kajian dan sejumlah 36 kali pemerhatian untuk 4 sekolah tersebut. Saiz sampel adalah mencukupi kerana menurut pendapat M. Najib (1999) dan Bailey (1992) bahawa sukar membuat suatu peraturan umum tentang saiz sampel.

Menurut Kerlinger (1973), persampelan merupakan pengambilan sebahagian daripada sesuatu populasi. Dalam kajian ini bilangan sampel dipilih atas beberapa sebab. Sebab utama ialah hanya terdapat sebuah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan 2 buah Sekolah Menengah Islam (SMI). Oleh itu, Penyelidik mempunyai pilihan yang terhad. Manakala bagi Sekolah Menengah Kebangsaan, kriteria untuk memilih sebagai responden ialah sekolah berkenaan terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang yang lebih menunjukkan satu masyarakat Malaysia. Kemudian sekolah swasta yang bertujuan komersial dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan pula hanya terdapat sebuah sahaja yang mempunyai ramai rakyat Malaysia. Sekolah Antarabangsa (International School) yang juga menggunakan sukatan pelajaran Malaysia didapati menerima majoriti rakyat asing yang menumpang di negara Malaysia. Faktor ini kurang menepati matlamat kajian ini.

62 Jadual 3.1: Bilangan sekolah dan responden yang terlibat dalam kajian Bil 1. 2. 3. 4. Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sekolah Menengah Islam (SMI) Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Sekolah Menegah Swasta Inggeris (SMSI) Jumlah Bilangan responden 3 guru dan 3 kelas 3 guru dan 3 kelas 3 guru dan 3 kelas 3 guru dan 3 kelas 12 guru dan 12 kelas

3.4

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang pemerhatian dan jadual interaksi dalam kelas. Kategori-kategori dalam jadual interaksi dalam kelas dibina daripada 5 unsur konstruk yang disenaraikan dalam Jadual 3.2. Instrumen yang diguna adalah berdasarkan Classroom Analysis For Thinking Skill yang diguna oleh M. Najib (1997) dalam projek falsafah kedoktorannya.

3.4.1

Kaedah Pemerhatian

Pengkaji menumpukan perhatian terhadap pembangunan dan penerapan nilai patriotisme melalui interaksi antara guru Sejarah dengan pelajarnya semasa pengajaran dan pembelajaran kelas dijalankan. Pemerhatian ini dilakukan berdasarkan 5 konstruk dan operasionalnya menurut spesifikasi nilai kewarganegaraan yang termaktub dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 2 (2003). Konstruk-konstruk dan aktiviti-aktiviti yang menandakan pelaksanaan tentang konstruk-konstruk tersebut adalah seperti dibawah:

63 Jadual 3.2 : Konstruk dan aktiviti penerapan nilai Konstruk 1. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia i. Operasonal menghormati raja dan pemimpin Negara

ii.

menghargai

jasa

dan

perjuagan

tokoh-tokoh Negara.

iii.

menghormati Negara (seperti

lambang-lambang bendera, lagu

kebangsaan, jata negara)

iv.

menjaga

dan

mempertahankan

maruah bangsa dan Negara.

v.

menghargai

dan

mengamalkan

tradisi dan budaya bangsa

vi.

berbangga dengan sejarah Negara

i. 2. Bersemangat Setia Negara ii.

cinta akan bangsa dan negara

taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara

iii.

sedia berkorban untuk bangsa dan negara

iv.

bertanggungjawab kepada bangsa dan Negara

v.

berani

dan

sanggup

64 mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara

vi.

peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara

vii.

bersyukur Malaysia

sebagai warganegara

3. Bersemangat Kekitaan

i.

bersatu padu dan berharmoni

ii.

bertolak ansur dan bertoleransi

iii.

bekerjasama dan tolong menolong

iv.

hormat menghormati

v.

bersefahaman dan bermuafakat

vi.

muhibah bermasyarakat

atau

semangat

i. 4. Berdisiplin

berakhlak dan berbudi pekerti mulia

ii.

mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara

iii.

mematuhi peraturan dan undangundang

iv.

berkelakuan sopan, bertatasusila

65 dan berhemah tinggi

v.

bertindak wajar

vi.

bersifat amanah dan jujur

vii.

berlaku adil dan bertimbang rasa

5. Berusaha dan Produktif

i.

rajin dan gigih

ii.

berdikari

iii.

tabah menghadapi cabaran

iv.

menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan

v.

berganding bahu membangunkan negara

vi.

berilmu dan berketrampilan

Tumpuan utama pengkaji adalah tertumpu pada komunikasi secara lisan antara responden. Sebabnya telah dibincang dalam Bab 2. Instrumen dalam kaedah

pemerhatian ialah Jadual Interaksi dalam Kelas, jam randik dan rakaman kaset. Semasa mendengar pengajaran dan pembelajaran responden (guru dan pelajarnya) di dalam kelas, setiap komunikasi lisan dicatat dalam Jadual Interaksi dalam Kelas. Kiraan tiga saat digunakan kerana tiga saat adalah masa sesuai untuk seseorang bertindakbalas ke atas sesuatu rangsangan. Setiap 3 saat mendengar sebarang verbal output daripada responden, akan diklasifikasikan dalam 10 kategori. Jadual pengumpulan data adalah seperti dalam Jadual 3.3 dan Jadual 3.4.

66

Pengumpulan data adalah berdasarkan pemerhatian serta merta dan kemudian disahkan melalui rakaman kaset. Dalam masa pemerhatian itu, adalah juga perlu bantuan jam randik untuk membolehkan catatan masa setiap 3 saat secara urutan atau sequence. Manakala kegunaan rakaman kaset adalah untuk memudahkan kerja membuat analisis transkrip dengan cara rewind dan forward yang terdapat dalam teknologi mesin tersebut.

Sebelum itu, satu temubual antara pengkaji dan guru-guru yang berkaitan menjadi sampel dalam kajian ini dan pengkaji juga akan menjelaskan tentang penglibatan mereka dalam sesi pemerhatian tersebut. Hanya terdapat persetujuan subjek ini, sesi pemerhatian akan diteruskan. Jika tidak, pengkaji akan mendapatkan persetujuan daripada pengetua sekolah tersebut untuk mencalonkan guru lain bersama kumpulan pelajarnya sama ada secara sukarela atau secara rawak bagi guru dan kumpulan pelajar yang lain yang bersetuju menerima pemerhatian tersebut. Penekanan terhadap pemerhatian ini adalah terhadap interaksi antara guru dengan pelajar tetapi bukan kepada mutu pengajaran guru. Identiti subjek yang ditemubual akan disimpan secara rahsia dan subjek juga diberitahu kegunaan pemerhatian itu hanya untuk menyempurnakan kajian itu sahaja.

3.4.1.1 Kategori-kategori dalam Pemerhatian

Aspek utama yang diambil kira dalam pemerhatian tersebut adalah pertuturan guru pengkaji menumpu perhatian kepada frekuensi dan jumlah masa yang diambil oleh guru untuk memberi maklumat atau menyalur pelajar kepada sumber lain. Aktiviti ini termasuk:

Kategori 1 : Guru memberi maklumat, guru: (i) (ii) (iii) bersyarah tentang fakta dan prinsip-prinsip. menjelas tentang sesuatu peristiwa atau fakta mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab (tanpa menyentuh tentang patriotisme)

67 (iv) berikan jawapan sebagai tindakbalas terhadap soalan daripada pelajar.

Kategori 2 : Arahan guru atau guru menyalurkan pelajar kepada smber lain : (i) memberikan bayang-bayang, tanda-tanda atau alamat-alamat kepada pelajar. (contohnya teka-teki) (ii) menyalurkan mereka kepada sumber lain (buku teks, nota-nota dan alat bantu mengajar.) (iii) mencadangkan sesuatu. (nasihat, teknik menjawab soalan dan bukan tentang patriotisme)

Set kategori yang utama adalah pada set kedua iaitu guru bertanya atau memberi maklumat tentang 5 konstruk bagi patriotisme dan kriteria yang spesifik ialah frekuensinya dan jumlah masa yang digunakan untuk kategori ini. Ini bererti klasifikasinya adalah seperti dalam Jadual 3.2.

Kategori 3 : Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia (i) (ii) (iii) menghormati raja dan pemimpin Negara menghargai jasa dan perjuagan tokoh-tokoh Negara menghormati lambang-lambang Negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara) (iv) (v) (vi) menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan Negara. menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa berbangga dengan sejarah Negara

Kategori 4 : (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii)

Bersemangat Setia Negara cinta akan bangsa dan negara taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara sedia berkorban untuk bangsa dan negara bertanggungjawab kepada bangsa dan Negara berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara bersyukur sebagai warganegara Malaysia

68

Kategori 5 : Bersemangat Kekitaan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) bersatu padu dan berharmoni bertolak ansur dan bertoleransi bekerjasama dan tolong menolong hormat menghormati bersefahaman dan bermuafakat muhibah atau semangat bermasyarakat

Kategori 6 : Berdisiplin (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) berakhlak dan berbudi pekerti mulia mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara mematuhi peraturan dan undang-undang berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi bertindak wajar bersifat amanah dan jujur berlaku adil dan bertimbang rasa

Kategori 7 : Berusaha dan Produktif (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) rajin dan gigih berdikari tabah menghadapi cabaran menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan berganding bahu membangunkan negara berilmu dan berketrampilan

Kategori bagi set yang ketiga ialah berpusat kepada pelajar sama ada pelajar memberi maklum balas, pelajar bertanya sesuatu atau pelajar dan guru masing-masing tidak berinteraksi secara lisan atau sunyi dalam kelas. Frekuensi dan jumlah masa yang dituntut oleh pelajar akan dicatat oleh pengkaji.

69

Kategori 8 : Pelajar memberi respon (i) pelajar menjawab atau memberi maklum balas kepada guru tentang fakta, prinsip, penyelesaian sesuatu masalah dan (ii) pelajar menjawab dan memberi maklum balas tentang patriotisme

Kategori 9 : Pertanyaan pelajar (i) (ii) pelajar menunjukan soalan kepada guru tentang fakta sejarah pelajar bertanya sesuatu tentang patriotisme (berkaitan kategori 3, 4, 5, 6, 7)

Kategori 10 : Sunyi iaitu tidak ada interaksi secara lisan dalam waktu tertentu. Ini juga mungkin berlaku dimana pelajar dan guru sedang menjalankan aktiviti menyalin.

3.4.1.2 Analisis Data

Dilakukan dengan dua proses iaitu pertama, mengisi jumlah data masa, jumlah kekerapan dan peratusan dengan menggunakan jadual pemerhatian. Kedua, menganalisis interaksi dalam kelas termasuk tahap pembangunan dan tahap penerapan patriotisme dengan menggunakan jadual interaksi dalam kelas. Dalam langkah terakhir ini, hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas juga didapati.

Proses Pertama : Menganalisis Jumlah Masa, Jumlah Kekerapan dan Jumlah Peratusan dengan Jadual Pemerhatian

Langkah pertama, semasa pemerhatian dilakukan, satu rakaman suara, jam randik dan jadual pemerhatian (Jadual 3.3) akan disediakan. Dengan menumpu pada setiap interaksi secara lisan antara guru dan pelajar, setiap 3 saat, penyelidik akan mencatatkan keadaan itu dengan mengklasifikasikan dalam 1 hingga 10 kategori. Jadual pemerhatian untuk mengumpul data adalah seperti dalam Jadual 3.4.

70 Pengumpulan data adalah berdasarkan pemerhatian dalam kelas sebenar dan kemudian akan disemak semula melalui rakaman suara. Dengan pemerhatian pada kelas sebenar, adalah perlu jam randik untuk menangkap setiap masa atau setiap kali kekerapan masa dicatatkan. Dengan bantuan mesin teknologi tersebut, analisis jumlah masa tersebut akan lebih berfungsi untuk langkah seterusnya iaitu analisis interaksi dalam kelas. Setelah setiap interaksi secara lisan telah dicatatkan mengikut kategori 110, pengiraan berikut dilaksanakan untuk analisis selanjutnya:

Sebagai contoh dari Jadual 3.3, selama 40 minit (2400 saat) proses pengajaran dan pembelajaran, responden pertama, berlaku 20 kali kategori 2, 30 kali kategori 5 dan 10 kali kategori 10. Maka

i.

Jumlahkan setiap kategori dengan kiraan saat dalam masa pengajaran (40 minit.)

Dengan, a) jumlah kekerapan x 3 saat = jumlah saat b) jumlah saat / 60 = jumlah minit

Kategori 2 : 20 x 3 saat = 60 saat / 2400 saat atau 1 minit Kategori 5 : 30 x 3 saat = 90 saat / 2400saat atau 1.5 minit Kategori 10 : 10 x 3 saat = 30 saat / 2400saat atau 0.5 minit

ii.

Kirakan peratusan dan kekerapan bagi setiap kategori

Dengan, a) jumlahkan kekerapan mengikut kategori b) jumlah kekerapan kategori jumlah kekerapan waktu kelas X 100

Kategori 2 : jumlah kekerapan = 20, dan 20/800 x 100 = 2.5% Kategori 5 : jumlah kekerapan = 30, dan 30/800 x 100 = 3.75% Kategori 10 : jumlah kekerapan = 10, dan 10/800 x 100 = 1.25%

71 Proses Kedua : Menganalisis Tahap Pembangunan dan Tahap Penerapan Patriotisme dengan Jadual Interaksi Dalam Kelas.

i.

Pemindahan kekerapan data masa setiap kategori dari jadual pemerhatian (Jadual 3.3) ke dalam Jadual Interaksi dalam Kelas (Jadual 3.4) untuk menganalisis tahap pembangunan dan tahap penerapan nilai patriotisme di Jadual Hubungan Interaksi dalam Kelas. (Jadual 3.5)

Jadual Interaksi Dalam Kelas (Jadual 3.4) adalah data kekerapan yang mencatat setiap interaksi mengikut urutan atau sequence. Terdapat 10 kategori yang mana akan membawa 100 kemungkinan interaksi guru dan pelajar. Prosedur untuk analisis data ialah mengambil data frekuensi dari jadual pemerhatian (Jadual 3.3) yang kemudian menjadi frekuensi interaksi antara kategori (rujuk jadual 3.4).

Data frekuensi pula dijadualkan di mana jumlah berlaku setiap interaksi adalah dikira, dipanggil interaksi berurutan. Pasangan pertama dikira (misalnya pada 9 saat pertama, kelas tidak ada sebarang suara, jadual pemerhatian menunjukkan 3 kali 10, bermakna 2 kali sequence dicatat dalam jadual interaksi dalam kelas pada paksi (10,10)). Sebarang tindakbalas seterusnya adalah pasangan kedua yang sama seperti komponen pasangan pertama tetapi sebagai urutan seterusnya. Frekuensi bagi interaksi setiap kategori yang mewaliki setiap sel adalah untuk analisis kemudian pada Jadual Hubungan Interaksi dalam Kelas (Jadual 3.5).

Jadual 3.4 mewakili panduan untuk menganalisis jenis interaksi antara guru dengan pelajar berdasarkan kategori. Kemudian jenis-jenis interaksi ini akan diterangkan berdasarkan 16 set (A-P). Set kawasan yang menjelaskan hubungan setiap interaksi (rujuk Jadual 3.5). Fokus kajian ini tetap pada set kawasan yang menunjukkan pembangunan dan penerapan pengajaran dan pembelajaran unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah. Ini adalah berdasarkan andaian bahawa semakin rendah kekerapan interaksi berlaku di kawasan-kawasan unsur patriotisme adalah menunjukkan semakin kurangnya pembangunan dan penerapan patriotisme dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya interaksi guru dengan pelajar tinggi di kawasan-kawasan tersebut bererti pembangunan dan penerapan nilai patriotisme dalam kelas adalah tinggi. Tindakbalas-tindakbalas ini

72 dimasukkan ke dalam Jadual Interaksi dalam Kelas sehingga tamat satu waktu pengajaran (40 minit). Jadual 3.3 Jadual Pemerhatian
1 0 1 0 1 0 1 0 1 2 1 1 9 9 8 3 3 3

Masa :

40 minit

Responden : ______________________

73 Jadual 3.4 menunjukkan nombor yang terdapat di dalam kotak merupakan kekerapan yang mewakili setiap interaksi antara guru dengan pelajar. Setelah kiraan telah dijumlahkan, maka langkah yang seterusnya adalah menjumlahkan lagi kekerapan dalam kotak-kotak Jadual Hubungan Interaksi dalam Kelas (rujuk Jadual 3.5)

Jadual 3.4: Jadual interaksi guru dengan pelajar dalam kelas


KEDUA Bersemangat Bersemangat 7. Berusaha dan Berbangga 1. Informasi Guru Rakyat 8. Respon Pelajar

2. Arahan Guru

Pelajar

10. Sunyi

Produktif

Malaysia

Kekitaan

31
1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3.Berbangga Sebagai Malaysia 4. PERTAMA Bersemangat Rakyat

1 1 1

11

1 1

Setia Negara 5. Bersemangat

Kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha Dan Produktif 8. Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi

1 4 3 JUMLAH

JUMLAH

KATEGORI

9. Pertanyaan

6. Berdisiplin

Setia Negara

sebagai

3.

4.

5.

74 Berdasarkan Jadual 3.4, jenis-jenis interaksi diklasifikasikan mengikut set dimana paksi menegak merupakan tindakbalas selepas paksi melintang. Atau lebih tepat lagi, bahagian PERTAMA merupakan tindakan yang dahulu dan tindak balas kemudian adalah merujuk kepada bahagian KEDUA. Proses ini ditetapkan sebagai satu pasangan dan setiap 6 saat mendapat satu pasangan seperti yang dijelaskan. Contoh dari jadual atas menunjukkan pada 12 saat pertama, keadaan kelas adalah sunyi, bererti jadual pemerhatian menandakan 3 kali 10. Apabila analisis jadual interaksi dalam kelas, paksi menegak 10 ke paksi melintang 10 ditandakan 3. Ini kerana terdapat 3 pasangan interaksi berlaku iaitu (10,10) (10,10) dan (10,10).

Keputusan daripada jadual interaksi dalam kelas akan dibanding antara 4 jenis sekolah untuk mendapat persamaan dan perbezaan pembangunan dan penerapan patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan 2. Tumpuan akan diberi kepada kawasan yang menunjukkan hubungan guru dengan pelajar semasa berinteraksi dalam kelas di Jadual 3.5.

Kawasan A menunjukkan guru hanya memberi informasi dan memberi arahan kepada pelajar untuk menyalurkan pelajar kepada sumber lain tanpa dibalas atau dibantah oleh pelajar. Kekerapan yang tinggi pada bahagian ini juga menunjukkan guru telah menggunakan banyak masa untuk bersyarah dan menekankan fakta-fakta dalam mata pelajaran ini.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penekanan tentang patriotisme semasa pengajaran mata pelajaran Sejarah dalam kelas. Keadaan juga wujud dimana guru hanya memberi penerangan tentang patriotisme sama ada pada satu unsur patriotisme atau kelima-lima unsur patriotisme. Kekerapan yang tinggi di bahagian ini mungkin menunjukkan guru menerang tentang patriotisme kepada pelajar dan menekankan kepentingannya bagi pelajar.

Kawasan C merupakan respon pelajar dan pertanyaan pelajar kepada guru. Walau bagaimanapun, tiada konsep pembangunan patriotisme disebut di bahagian ini. Pertanyaan pelajar mungkin diikuti kategori pengembangan idea pelajar tersebut atau pelajar lain atau respon daripada pelajar lain. Kekerapan yang tinggi menunjukkan pelajar telah diberi peluang untuk mengembangkan idea atau jawapan sendiri.

75 Jadual 3.5: Sel kawasan menunjukkan hubungan interaksi dalam kelas


KEDUA

Bersemangat

Bersemangat

7. Berusaha dan

Berbangga

1. Informasi Guru

Rakyat

8. Respon Pelajar

2. Arahan Guru

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3.Berbangga Sebagai PERTAMA Rakyat Malaysia 4. Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat

Kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha Dan

Produktif 8. Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi


K

I
N

J
O

C
P
JUMLAH

JUMLAH

Pelajar

10. Sunyi

Produktif

Malaysia

Kekitaan

KATEGORI

9. Pertanyaan

6. Berdisiplin

Setia Negara

sebagai

3.

4.

5.

76 Kawasan D adalah keadaan sunyi atau terdapat kekeliruan, yang selalunya berlaku guru menulis pada papan atau pelajar menunjukkan perlakuan bukan secara lisan dalam kelas misalnya menyalin atau membuat latihan.

Kawasan E merupakan pelajar memberi maklum balas atau terdapat komunikasi antara dua pihak tentang unsur patriotisme yang dikemukakan oleh guru. Kekerapan yang tinggi di bahagian ini menunjukkan pelajar adalah peserta yang aktif dalam kelas. Selain itu, kekerapan yang tinggi di kawasan ini bersama kawasan J menunjukkan terdapat tahap penerapan yang tinggi tentang unsur-unsur patriotisme antara guru dan pelajar.

Kawasan F berlaku interaksi pelajar dengan guru dimana pelajar memberi respon atau mengemukakan pertanyaan selepas guru memberi sesuatu maklumat atau arahan.

Kawasan G adalah guru-guru mengambil inisiatif menyebut tentang unsurunsur patriotisme semasa memberi kuliah kepada pelajar.

Kawasan H adalah penceritaan, pertanyaan atau arahan guru kepada pelajar kepada sumber patriotisme tanpa menjangka maklum balas atau jawapan daripada pelajar.

Kawasan I adalah pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru. Guru mungkin menerangkan, memuji atau mengkritik sesuatu tentang respon pelajar.

Kawasan J menunjukkan pelajar memberi respon atau pertanyaan setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kekerapan tinggi di kawasan ini menunjukkan guru menggalakkan pelajar berfikir tentang unsur-unsur patriotisme yang dibincangkan.

Kawasan K merupakan keadaan pelajar banyak berbincang atau bercakap dan kemudian keadaan bertenang semula. Ini berlaku mngkin kerana kelas dan keadaan bising, terlalu gembira dan sebagainya.

77 Kawasan L adalah guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme tetapi pelajar menunjukkan keadaan sunyi. Ini mungkin disebabkan pelajar menghadapi masalah memahami unsur patriotisme yang disebut oleh guru atau guru memberi masa kepada pelajar untuk memikirkan kandungan patriotisme yang disampaikannya.

Kawasan M berlaku guru mengajar diikuti oleh keadaan sunyi atau kekeliruan. Keadaan ini berlaku sering disebabkan guru telah menulis sesuatu di papan hitam sebelum itu, apabila guru bercakap, pelajar masih asyik menyalin.

Kawasan N menunjukkan keadaan guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri. Guru tersebut mungkin cuba menguruskan kelas yang sebelum itu agak terkeluar daripada kawalan.

Kawasan O adalah keadaan pelajar sunyi diikuti maklumat tentang unsur-unsur patriotisme yang disebut oleh guru. Ini sering menujukkan keadaan guru mengulangi maklumat tentang unsur-unsur patriotisme.

Kawasan P merupakan keadaan sunyi selepas pelajar bercakap. Ini mungkin kerana pelajar agak lambat untuk membalas kepada maklumat atau pertanyaan guru. Pelajar mungkin juga menggunakan lebih masa untuk menghasilkan soalan atau idea untuk menjawab kepada guru mereka.

Kawasan B, E, G, H, J, L dan O menunjukkan guru sama ada secara aktif atau pasif telah menyebut tentang unsur-unsur patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran kelas sejarah tingkatan 2. Kekerapan yang tinggi di kawasan ini menunjukkan tahap pembangunan patriotisme adalah tinggi.

78 3.4.2 Kaedah Temu Bual

Pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual, iaitu careful asking of relevant question. Kaedah ini memang merupakan satu teknik pengumpulan paling penting yang boleh dilakukan oleh para penyelidik kualitatif. Seorang penyelidik bidang pendidikan, Patton (1990) mengemukakan bahawa We interview people to find out from them those thing we cannot directly observe. We cannot observe everything. We have to ask question about those things.

Denzin dan Lincoln (1994) juga telah mengatakan,

The spoken or written word has always a residue of ambiguity, no matter how carefully we word the question and report or code the answers. Yet interviewing is one of the most common and most powerful way we use to understand our fellow human being. (halaman 81)

Kenyataan mereka telah menunjukkan satu hakikat yang terdapat dalam kajian kualitatif seperti pemerhatian iaitu komunikasi antara pengkaji dengan sampel kajian yang merupakan manusia biasa. Walaupun sistem mentadbir instrumen kajian dilakukan dengan sempurna, tetapi pemikiran dan idea sampel kajian mesti difaham juga. Lantas, tidak syak lagi bahawa kegiatan temu bual dengan semua guru yang terlibat dalam sesi pemerhatian di 4 jenis sekolah adalah antara cara penyelidikan yang paling baik yang dapat digunakan oleh pengkaji demi memperoleh maklumat yang lebih mendalam dan pada masa yang sama dapat bertindak sebagai pemantau kepada jawapan-jawapan yang didapat semasa pemerhatian.

Sejajar dengan keupayaan kegiatan temu bual, pengkaji cuba mendapatkan jawapan-jawapan yang lebih mendalam tentang pandangan sikap responden terhadap pembangunan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Jenis temu bual yang dipilih untuk kajian ini ialah standardized open-ended interview (Lihat Lampiran B). Pengkaji telah menanyakan soalan-soalan mengikut urutan yang telah ditetapkan dan semua responden ditanya soalan-soalan yang sama

79 dan pada urutan yang sama. Kaedah ini menampakkan kesannya semasa proses menganalisis data. Data-data daripada semua responden adalah terjamin lengkap dan berdasarkan kategori yang sama kerana mereka semua menjawab soalan yang sama. Data-data yang diperoleh melalui kegiatan temubual yang terancang begini akan memudahkan proses perbandingan dan juga dapat mengurangkan pengaruh penemu bual terhadap jawapan, iaitu mengurangkan prasangka penemu bual. Walaupun responden mungkin dikonkong dari segi menjawab jenis soalan yang ditetapkan, namun mereka mempunyai kebebasan sepenuhnya semasa memberikan jawapan untuk setiap soalan yang berbentuk terbuka.

3.5

Kajian Rintis

Kajian rintis (pilot study) telah dijalankan sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian rintis dibuat di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Johor Bahru (Lampiran C) yang mana suasana pentadbiran sekolah serta latar belakang pelajar adalah mirip dengan sampel sekolah yang dikaji. Tujuannya adalah untuk menjamin kurangnya ralat dalam kajian sebenar kerana kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik dan borang pemerhatian yang digunakan telah diuji. Selain itu, kajian rintis juga dijalankan untuk :

i.)

Menguji kefahaman penyelidik terhadap tahap-tahap dan alat penyelidik yang digunakan.

ii.)

Menilai kesesuaian jadual pemerhatian, jadual interaksi dalam kelas dan alat-alat membantu kajian dengan komunikasi lisan responden yang terlibat.

iii.)

Memastikan sebarang kemungkinan komunikasi lisan berlaku telah diletakkan dalam kategori-kategori yang dibincangkan.

Sebanyak 1 kelas tingkatan 2 telah dipilih secara tidak rawak untuk tujuan ini. Ini adalah kerana pemilihan kelas ditentu oleh pengetua atas sebab yang berkaitan dengan pentadbiran. Pengkaji hanya mengguna satu waktu (40 minit) pengajaran dan

80 pembelajaran untuk menjalankan kajian rintis tersebut. Daripada hasil kajian rintis ini penyelidik telah memperoleh maklum balas seperti berikut :

i.)

Guru dan pelajar tidak menghadapi masalah untuk berinteraksi dalam kelas seperti biasa walaupun pengkaji menjalankan pemerhatian dalam kelas .

ii.)

Terdapat kategori-kategori yang ditetapkan adalah sesuai dengan komunikasi lisan yang berlaku dalam kelas.

iii.)

Responden tidak menghadapi kesulitan untuk menjawab soalansoalan yang dkemukakan semasa temu bual antara pengkaji dan responden diadakan.

3.6

Prosedur Penyelidikan

Setelah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada pensyarah penyelia untuk memulakan kajian, maka usaha dimulakan dengan mencari dan mendapatkan sumber dari perpustakaan universiti, pusat sumber, perpustakaan Pusat Sumber Guru, perpustakaan Kolej Selatan, perpustakaan Universiti Malaya, perpustakaan Universiti Putra Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, internet, kedai buku, majalah, suratkhabar dan bahan-bahan yang diberi oleh rakan-rakan. Sebahagian besar masa pada peringkat awal kajian ini telah diguna untuk membuat rujukan terhadap kajian-kajian lepas. Rujukan ini amat penting untuk peninjauan kerangka teori yang merupakan bahagian pertama kajian ini.

Maklumat-maklumat yang diperoleh kemudiannya disusun bagi menampakkan perkembangan pengajaran unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah dan juga tahap pembangunannya di bidang pendidikan. Sepanjang masa di peringkat awal ini, pengkaji sering mengambil ajaran dan nasihat daripada pensyarah penyelia yang juga berpengalaman dalam bidang kajian interaksi dalam kelas. Selepas sesuatu sesi

perbincangan tentang kesilapan dan kelemahan yang wujud, tindakan susulan dilakukan

81 untuk memperbaikinya.Draf Jadual Pemerhatian dan Jadual Interaksi antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas telah disediakan. Draf ini kemudian digunakan dalam satu kajian rintis di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di Johor Bahru.

Selain itu, beberapa soalan untuk temubual telah ditadbirkan. Pandangan guru tentang pengajaran dan pembelajaran unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah tingkatan 2 tersebut telah memberi manfaat kepada pengkaji untuk mengubahsuaikan soalan-soalan temu bual nanti. Peringkat pembentangan cadangan kajian dilakukan dan kemudian memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti oleh pensyarahpensyarah pemeriksa.

Satu set jadual pemerhatian dengan menetapkan kategori-kategori, jadual interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas, jadual hubungan interaksi dalam kelas dan soalan-soalan temu bual yang terbaru disemak dan dihalusi dengan bantuan daripada pensyarah penyelia sehingga set instrumen kajian tersebut muktamad untuk kajian sebenar. Satu salinan cadangan kajian dihantar ke Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapat kelulusan membuat kajian. Kelulusan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (Lampiran D) membolehkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengeluarkan surat kebenaran (Lampiran E) menjalankan kajian di sekolahsekolah sampel kajian. Bersama itu, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia juga menyediakan surat pengesahan status pelajar (Lampiran F) untuk memudahkan pengkaji menjalankan kajian.

Pengkaji telah menghubungi sampel-sampel kajian dan memberi taklimat ringkas tentang tujuan dan cara menjalankan kajian di sekolah sampel. Data-data yang diperoleh kemudian dianalisis (Lampiran G) untuk membincangkan dan

membandingkan tahap pembangunan dan tahap penerapan unsur-unsur patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah.

82 3.7 Jadual Perancangan Kerja Kajian AKTIVITI YANG DIJALANKAN DARI TARIKH HINGGA

BIL

A. ORGANISASI AWAL 1 Permohonan kebenaran rasmi dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-

1.2.2005 lain

1.3.2005

Rujukan tambahan tentang tajuk kajian

1.7.2005

15.3.2006

Draf perancangan awal pendidikan

1.3.2005

15.3.20005

Cadangan penyelidikan

1.3.2005

25.3.3005

Penyediaan instrumen kajian

25.5.2005

15.6.2005

B. PERSEDIAAN KERJA LUAR

6 7 8 9 10

Berjumpa responden Kajian rintis Kemaskini instrumen kajian Taklimat Persampelan

30.7.2005 10.9.2005 1.11.2005 1.2.2006 15.3.2006

1.9.2005 12.9.2005 5.11.2005 6.2.2006 20.3.2006

C. PENGUMPULAN DATA

11

Memungut data

16.6.2006

1.8.2006

83 D. PEMPROSESAN DAN ANALISIS DATA

12 13

Membuat analisis data Membuat rumusan data

1.8.2006 30.10.2006

1.10.2006 1.12.2006

E. DRAF LAPORAN AKHIR

14 15 16

Menyediakan draf laporan Mengemaskini laporan akhir Draf laporan akhir

11.12.2006 15.2.2007 30.3.2007

15.1.2007 15.3.2007 30.4.2007

F. LAPORAN AKHIR

17 18 19 20 21 22

Menaip Menghantar laporan Peperiksaan Membuat Pembetulan Menjilid Menghantar laporan akhir

15.5.2007 26.5.2007 1.7.2007 2.7.2007 25.7.2007 -

25.5.2007 20.7.2007 30.7.2007 1.8.2007

BAB IV

PENGANALISISAN DATA KAJIAN

4.1

Pengenalan

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pembangunan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah yakni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Islam (SMI), Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI). Kajian ini berdasarkan data yang dikumpulkan daripada pemerhatian yang telah dijalankan ke atas pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sesi pemerhatian tidak diperoleh oleh penyelidik meskipun pelbagai usaha telah dibuat. Data yang dikumpul kemudian dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik mudah iaitu kiraan jumlah masa, kekerapan, peratusan dan jadual interaksi yang menunjukkan hubungan interaksi guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2. Dapatan kajian ini dipersembahkan menurut susunan seperti berikut: a) b) c) d) Analisis Jumlah Data Masa Analisis Kekerapan dan Peratusan Interaksi Guru dengan Pelajar dalam Kelas Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam kelas secara Keseluruhan bagi Sekolah

85 4.2 Dapatan Kajian

Bagi sesi pemerhatian dirancangkan 3 kelas daripada satu sekolah dipilih untuk pemerhatian, setiap kelas mengadakan 3 kali pemerhatian dan semua sekali memerlukan 9 kali pemerhatian. Jadual 4.1 menunjukkan dalam keadaan sebenar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), terdapat 2 kelas telah dijalankan 1 kali pemerhatian dan 1 lagi kelas mempunyai 2 kali pemerhatian. Di Sekolah Menengah Islam (SMI), 3 kelas telah dijalankan pemerhatian, setiap kelas diadakan 2 kali pemerhatian dan jumlah semua adalah 6 kali pemerhatian. Bagi keadaan ini, satu purata kekerapan dan peratusan dianalisis supaya jawapannya paling dekat dengan keadaan sebenar. Di Sekolah

Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI), daripada 3 kelas pemerhatian, masing-masing setiap kelas memperoleh 3 kali pemerhatian iaitu jumlah 9 kali pemerhatian bagi setiap sekolah.

Jadual 4.1 : Keadaan sebenar bagi kajian secara pemerhatian di empat jenis sekolah Jenis Sekolah Kelas 2A Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) 2B 2C 2A Sekolah Menengah Islam (SMI) 2B 2C 2A Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) 2B 2C 2A Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI) Jumlah 2B 2C 12 Pemerhatian 1 kali 2 kali 1 kali 2 kali 2 kali 2 kali 3 kali 3 kali 3 kali 3 kali 3 kali 3 kali 28 kali

86 4.2.1 Dapatan daripada Pemerhatian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Jadual 4.2 : Dapatan jumlah masa, kekerapan dan peratusan bagi kelas tingkatan 2A berdasarkan kategori interaksi guru dengan pelajar dalam kelas Kategori Masa (Minit) K1: Guru Memberi Maklumat K2: Arahan Guru K3: Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia K4: Bersemangat Setia Negara K5 : Bersemangat Kekitaan K6 : Berdisiplin K7 : Berusaha dan Produktif K8 : Pelajar Memberi Respon K9 : Pertanyaan pelajar K10 : Sunyi Jumlah 24.7 3.45 0 1.05 2.2 0 1 4.8 0 4.8 42 Jumlah kekerapan 494 69 0 21 44 0 20 96 0 96 840 58.8 8.2 0 2.5 5.3 0 2.4 11.4 0 11.4 100 Peratusan

Analisis Jumlah Data Masa

Merujuk Jadual 4.2, bagi pemerhatian kelas 2A, kategori 1 iaitu guru memberi maklumat meliputi 24.7 minit daripada waktu pengajaran dan pembelajaran sebanyak 42 minit. Manakala kategori 2 iaitu guru memberi arahan meliputi 3.45 minit. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon meliputi 4.8 minit dan akhir sekali kategori 10 iaitu sunyi meliputi 4.8 minit. Sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran, tidak terdapat pertanyaan daripada pelajar, ini menyebabkan kategori 9 menunjukkan 0. Bagi kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan 5 unsur patriotisme dalam Sukatan Pelajaran Sejarah tingkatan 2, kategori 4 iaitu bersemangat setia Negara disebut sebanyak 1.05 minit dan kategori 5 iaitu bersemangat kekitaan disebut sebanyak 2.2 minit. Kategori 7 iaitu

87 berusaha dan produktif disebut 1minit dan kategori 3 (berbangga sebagai rakyat Malaysia) serta kategori 6 (berdisiplin) tidak disebut langsung dalam waktu pengajarandan pembelajaran tersebut.

Analisis Kekerapan dan Peratusan Interaksi Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Merujuk Jadual 4.2, dapatan menunjukkan guru memberi maklumat (kategori 1) wujud banyak sekali iaitu sebanyak 494 kali daripada jumlah 840 kali. Kategori 1 juga menampakkan 58.8 peratus. Seterusnya, kategori 8 dan 10 menduduki tempat kedua iaitu masing-masing 96 kali atau 11.4 peratus. Guru memberi arahan menduduki tempat ketiga iaitu 69 kali atau 8.2 peratus dan tidak terdapat pelajar yang mengeluarkan pertanyaan, maka bahagian ini menunjukkan 0 kali (0%). Sementara itu, kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan 2, jelas sekali kategori 5 adalah antara 5 unsur yang banyak sekali disebut dalam kelas iaitu 44 kali (5.3%). Seterusnya ialah kategori 4 iaitu 21 kali (2.5%) dan kategori 7 sebanyak 20 kali (2.4%). Terdapat 2 unsur dalam kategori 3 dan kategori 6 tidak disebut langsung dalam kelas. Walau bagaimanapun, sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran hanya menunjukkan 85 kali (10.2%) unsur patriotisme disebut dalam kelas.

88 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.3 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2A di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 11

475 A 507 G 4 F 26 M
15

77 0

H L B 8 78 E 4 2 22 50 0 20 98 I 31 J 0 O 4 P 7 D
75

C 61

K 6

0 97

839
JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

89 Berdasarkan Jadual 4.3, satu taburan hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas telah menunjukkan Kawasan A terdapat kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 507 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 60.43 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar. Guru lebih menekankan fakta-fakta sejarah dan bersyarah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Hanya terdapat kekerapan sebanyak 78 kali daripada jumlah 839 kali (9.3%) bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam itu, unsur bersemangat kekitaan, berusaha dan produktif dan bersemangat setia Negara paling kerap disebut iaitu masing-masing sebanyak 42 kali, 19 kali dan 15 kali. Kawasan C menunjukkan sebanyak 61 kali (7.27%) pelajar mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 75 kali pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini bererti sepanjang waktu dalam kelas, 8.94 peratus daripada waktu pengajaran dan pembelajaran adalah sunyi. Kawasan E menunjukkan kekerapan 4 kali (0.48%) pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 26 kali (3.1%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 4 kali atau 12 saat (0.48%) guru menyebut tentang unsur-unsur patrotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H adalah 8 kali (0.95%) pertanyaan, penceritaan atau arahan guru kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I adalah sebanyak 31 kali (3.69%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru.

Kawasan J menunjukkan 0 kali pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K menunjukkan 6 kali (0.72%)

90 pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L menunjukkan hanya 2 kali (0.24%) guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme tetapi pelajar tidak membalas sepatah perkataan pun. Guru mungkin perlu memberi lebih masa untuk pelajar memikirkan kandungan patriotisme yang disampaikan.

Kawasan M menunjukkan 15 kali (1.79%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Keadaan ini sering merujuk kepada guru mengajar sambil menulis di papan hitam. Kawasan N menunjukkan 11 kali (1.3%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri. Guru menggunakan 33 saat untuk menguruskan kelas yang agak bising.

Kawasan O menunjukkan 4 kali (0.48%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme tetapi dibalas dengan keadaan sunyi. Kawasan P pula menunjukkan 7 kali (0.83%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap. Pelajar menggunakan lebih masa untuk menbalas maklumat atau pertanyaan guru.

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O iaitu 100 kali menunjukkan wujudnya pembangunan unsur-unsur patriotisme sebanyak 11.9 peratus. Akan tetapi, Kawasan E dan J yang menunjukkan penerapan patriotisme amat kurang iaitu 4 kali (0.5%) sahaja.

91 Jadual 4.4 : Dapatan jumlah masa, kekerapan dan peratusan bagi kelas tingkatan 2B berdasarkan kategori interaksi guru dengan pelajar dalam kelas Kategori Masa (Minit) K1: Guru Memberi Maklumat K2: Arahan Guru K3: Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia K4: Bersemangat Setia Negara K5 : Bersemangat Kekitaan K6 : Berdisiplin K7 : Berusaha dan Produktif K8 : Pelajar Memberi Respon K9 : Pertanyaan pelajar K10 : Sunyi Jumlah 3.05 9.33 0.35 0.05 0 0 0 2.1 0.58 19.54 35 Jumlah kekerapan 61 186 7 1 0 0 0 42 12 391 700 8.7 26.6 1 0.14 0 0 0 6 1.7 55.86 100 Peratusan

Analisis Jumlah Data Masa

Merujuk Jadual 4.4, bagi pemerhatian kelas 2B, kategori 1 iaitu guru memberi maklumat meliputi 3.05 minit daripada waktu pengajaran dan pembelajaran sebanyak 35 minit. Manakala kategori 2 iaitu guru memberi arahan meliputi 9.33 minit. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon meliputi 2.1 minit dan kategori 9 iaitu pelajar bertanya soalan meliputi 0.58 minit. Akhir sekali kategori 10 iaitu sunyi meliputi 19.54 minit. Bagi kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan 5 unsur patriotisme dalam sukatan pelajaran sejarah tingkatan 2, kategori 4 iaitu bersemangat setia Negara disebut sebanyak 0.05 minit dan kategori 5 iaitu bersemangat kekitaan tidak disebut langsung iaitu 0 minit. Begitu juga kategori 6 iaitu berdisiplin dan kategori 7, berusaha dan produktif juga menunjkkan tiada perbincangan tentang unsure ptriotisme ini ( 0 minit).

92 Analisis Kekerapan dan Peratusan Interaksi Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Merujuk Jadual 4.4, dapatan menunjukkan guru dan pelajar masing-masing tidak bercakap iaitu keadaan sunyi (kategori 10) paling kerap berlaku iaitu sebanyak 391 kali daripada jumlah 700 kali atau 55.86 peratus. Waktu pengajaran dan pembelajaran ini diguna untuk mengulang kaji pelajaran lepas dan pelajar diminta menjawab soalan objektif dalam kertas yang disediakan. Kategori 2 juga menampakkan kekerapan 186 kali atau 26.6 peratus. Seterusnya adalah kategori 1 iaitu sebanyak 61 kali atau 8.7 peratus. Pelajar memberi respon (kategori 8) menunjukkan 42 kali atau 6 peratus dan terdapat pelajar yang mengeluarkan pertanyaan (kategori 9) sebanyak 12 kali (1.7%). Sementara itu, kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan 2, jelas sekali kategori 3 adalah antara 5 unsur yang banyak sekali disebut dalam kelas dengan 7 kali (1%), dan kategori 4 iaitu 1 kali (0.14%). 3 unsur yang terdapat dalam kategori 5, kategori 6 dan kategori 7 tidak disebut langsung dalam kelas. Sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran hanya terdapat 8 kali (1.14%) unsur patriotisme disebut dalam kelas.

93 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.5 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2B di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 40

125 A 392 G 6 F 46 M
48

367 14

H L B 5 11 E 0 0 2 0 0 0 70 I 46 J 0 O 0 P 6 D
751

C 42

K 5

23 797

1398 JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

94 Berdasarkan Jadual 4.5, pemerhatian yang telah dijalankan di kelas 2B, terdapat 2 kali pemerhatian dan setiap kali waktu pengajaran dan pembelajaran mengambil masa 2100 saat (35 minit ) atau jumlah 699 kali hubungan interaksi antara guru dengan pelajar. Pengkaji telah mencampurkan kedua-dua kali pemerhtian untuk mendapat jawapan yang dekat dengan keadaan sebenar.

Kawasan A terdapat kekerapan sebanyak 392 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 28.04 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Hanya terdapat kekerapan sebanyak 11 kali daripada jumlah 1398 kali (0.8%) bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam itu, hanya kategori 3 iaitu berbangga sebagai Rakyat Malaysia disebut 10 kali dan unsur bersemangat Setia Negara disebut 1 kali sahaja. Unsur-unsur lain tidak disebut langsung. Kawasan C menunjukkan sebanyak 42 kali (3%) pelajar telah mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 751 kali pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini bererti sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, 54 peratus daripada waktu pengajaran dan pembelajaran adalah sunyi. Kawasan E tidak menunjukkan kekerapan pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 46 kali (3.3%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 6 kali atau 18 saat (0.4%) guru menyebut tentang unsur-unsur patrotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H adalah 5 kali (0.14%) pertanyaan, penceritaan atau arahan guru kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I adalah sebanyak 46 kali (3.3%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru.

95 Kawasan J menunjukkan 0 kali pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K menunjukkan 5 kali (0.36%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L menunjukkan tiada berlaku keadaan di mana guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme dan tidak dibalas oleh pelajar. Guru tidak mengambil masa untuk memberi peluang kepada pelajar memikir tentang unsur-unsur patriotisme.

Kawasan M menunjukkan 48 kali (3.43%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Keadaan ini sering merujuk kepada guru mengajar sambil menulis di papan hitam. Kawasan N menunjukkan 40 kali (2.8%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri. Guru menggunakan 120 saat untuk menguruskan kelas yang agak bising.

Kawasan O tidak menunjukkan

guru mengulangi maklumat tentang unsur

patriotisme tanpa dibalas atau keadaan sunyi (0%). Kawasan P pula menunjukkan 6 kali (0.43%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap. Pelajar menggunakan lebih masa untuk menbalas maklumat atau pertanyaan guru.

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O yang rendah iaitu 22 kali (1.6%) menunjukkan pembangunan unsur-unsur patriotisme sangat kurang dalam kelas. Kawasan E dan J yang kekerapan 0 (0%) menunjukkan tiada langsung penerapan nilai-nilai patriotisme dalam kelas.

96 Jadual 4.6 : Dapatan jumlah masa, kekerapan dan peratusan bagi kelas tingkatan 2C berdasarkan kategori interaksi guru dengan pelajar dalam kelas Kategori Masa (Minit) K1: Guru Memberi Maklumat K2: Arahan Guru K3: Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia K4: Bersemangat Setia Negara K5 : Bersemangat Kekitaan K6 : Berdisiplin K7 : Berusaha dan Produktif K8 : Pelajar Memberi Respon K9 : Pertanyaan pelajar K10 : Sunyi Jumlah 9.3 2.25 0 0 0 0 0 3.1 0 25.35 40 Jumlah kekerapan 186 45 0 0 0 0 0 62 0 507 800 23.3 5.6 0 0 0 0 0 7.8 0 63.3 100 Peratusan

Analisis Jumlah Data Masa

Merujuk Jadual 4.6, sepanjang pemerhatian di kelas 2C, kategori 1 iaitu guru memberi maklumat meliputi 9.3 minit daripada waktu pengajaran dan pembelajaran sebanyak 40 minit. Manakala kategori 2 iaitu guru memberi arahan meliputi 2.25 minit. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon adalah sebanyak 3.1 minit dan kategori 9, pelajar bertanya soalan adalah 0 minit. Akhir sekali kategori 10 iaitu sunyi meliputi 25.35 minit. Bagi kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan 5 unsur patriotisme dalam sukatan pelajaran sejarah tingkatan 2, unsur-unsur iaitu berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia Negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif tidak diberi penekanan langsung bagi kelas ini.

97 Analisis Kekerapan dan Peratusan Interaksi Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Merujuk Jadual 4.6, dapatan menunjukkan keadaan sunyi berlaku banyak sekali dalam kelas ini iaitu sebanyak 507 kali atau 63.3 peratus. Guru memberi maklumat (kategori 1) mendapat kedua banyak sebanyak 186 kali daripada jumlah 800 kali. Setiap kali merujuk kepada 3 saat. Kategori 1 juga menampakkan 23.3 peratus. Manakala kategori 8 iaitu pelajar memberi respon adalah sebanyak 62 kali (7.8%) dan kategori 2 iaitu guru memberi arahan mendapat sebanyak 45 kali atau 5.6 peratus. Seterusnya, tidak terdapat pelajar yang mengeluarkan pertanyaan (kategori 9), maka bahagian ini menunjukkan 0 kali (0%). Sementara itu, kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan unsurunsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah tingkatan 2, jelas sekali kategori 3, kategori 4, kategori 5, kategori 6 dan kategori 7 tidak disebut langsung dalam kelas. Oleh itu, sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak menunjukkan perbincangan unsur patriotisme disebut dalam kelas.

98 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.7 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2C di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 15

195 A 197 G 0 F 27 M
16

45 0

H L B 0 0 E 0 0 0 0 0 0 52 I 27 J 0 O 0 P 1 D
491

C 25

K 0

0 507

799
JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

99 Berdasarkan Jadual 4.7, satu taburan hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas telah menunjukkan Kawasan A terdapat kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 197 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 24.66 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Kawasan ini menunjukkan tidak terdapat sebarang penerangan tentang unsur-unsur patriotisme daripada guru. Kawasan C menunjukkan sebanyak 25 kali (3.13%) pelajar mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 491 kali (61.45%) pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini menunjukkan sepanjang pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas 2C, kebanyakan masa adalah sunyi. Kawasan E menunjukkan 0 kali (0%) pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 27 kali (3.38%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 0 kali (0%) guru menyebut tentang unsur-unsur patrotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H juga 0 kali (0%) guru bercerita, bertanya dan memberi arahan kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I adalah sebanyak 27 kali (3.38%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru.

Kawasan J menunjukkan 0 kali pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K juga adalah 0 kali (0%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L adalah sama iaitu 0 kali (0%) guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme tetapi pelajar tidak membalas sepatah perkataan pun. Guru mungkin perlu memberi lebih masa untuk pelajar memikirkan kandungan patriotisme yang disampaikan.

100 Kawasan M menunjukkan 16 kali (2%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Kawasan N menunjukkan 15 kali (1.88%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri. Guru menggunakan 45 saat untuk menguruskan kelas yang agak bising.

Kawasan O menunjukkan 0 kali (0%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme. Kawasan P pula menunjukkan 1 kali (0.13%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap.

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O menunjukkan tidak terdapat pembangunan dan penerapan unsur-unsur patriotisme dalam kelas 2C kerana kekerapan di kawasan-kawasan tersebut menunjukkan 0 kali (0%).

101 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas secara Keseluruhan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Jadual 4.8 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2A, 2B dan 2C secara keseluruhan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 66

795 A
1096

G 10

F 99

M
79

489 14

H L B 13 89 E 4 2 24 50 0 20 220 I 104 J 0 O 4 P 14
D
1317

C 128

K
11

23
1401

3036 JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

102 Berdasarkan Jadual 4.8, pemerhatian-pemerhatian yang telah dijalankan di semua kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan, satu taburan hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas telah diperoleh dengan mencampurkan semua kekerapan yang terdapat di Jadual Hubungan Interaksi dalam Kelas. Oleh kerana terdapat kelas diadakan selama 35 minit, 40 minit dan 42 minit, maka jumlah kekerapan yang diperoleh adalah 3036 kali.

Kawasan A terdapat kekerapan yang kedua tinggi iaitu sebanyak 1096 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 36.1 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar. Guru secara keseluruhan menekankan fakta-fakta sejarah dan bersyarah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Hanya terdapat kekerapan sebanyak 89 kali (2.93%) daripada semua kelas yang telah dijalankan sesi pemerhatian. Secara urutan, unsur bersemangat kekitaan, bersemangat setia Negara, berusaha dan produktif dan berbangga sebagai rakyat Malaysia mempunyai kekerapan sebanyak 50 kali, 24 kali, 20 kali dan 14 kali. Unsur berdisiplin tidak langsung disebut oleh guru sepanjang 4 kali pemerhatian tersebut. Kawasan C menunjukkan sebanyak 128 kali (4.22%) pelajar mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 1317 kali pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini menduduki kekerapan yang paling tinggi dimana sebanyak 43.38 peratus daripada waktu pembelajaran adalah sunyi. Kaedah menulis di papan hitam atau menjawab soalan dalam kertas paling banyak digunakan oleh guru sekolah menengh kebangsaan.

Kawasan E menunjukkan kekerapan 4 kali (0.13%) pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 99 kali (3.26%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

103 Kawasan G menunjukkan 10 kali (0.33%) guru menyebut tentang unsur-unsur patrotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H adalah 13 kali (0.43%) pertanyaan, penceritaan atau arahan guru kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I adalah sebanyak 104 kali (3.43%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang dperkatakan oleh guru.

Kawasan J menunjukkan 0 kali pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K menunjukkan 11 kali (0.36%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L menunjukkan hanya 2 kali (0.07%) guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme tetapi pelajar tidak membalas sepatah perkataan pun. Guru perlu memberi lebih masa untuk pelajar memikirkan kandungan patriotisme yang disampaikan.

Kawasan M menunjukkan 79 kali (2.6%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Keadaan ini sering merujuk kepada guru mengajar sambil menulis di papan hitam. Kawasan N menunjukkan 66 kali (2.17%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri.

Kawasan O menunjukkan 4 kali (0.13%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme tetapi dibalas dengan keadaan sunyi. Kawasan P pula menunjukkan 14 kali (0.46%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap. Pelajar menggunakan lebih masa untuk menbalas maklumat atau pertanyaan guru.

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O menunjukkan agak kurang pembangunan unsur-unsur patriotisme iaitu sebanyak 122 kali (4.02%). Kawasan E dan J yang menunjukkan 4 kali atau 0.13 peratus penerapan nilai-nilai patriotisme adalah pada tahap yang sangat rendah.

104 4.2.2 Dapatan daripada Pemerhatian di Sekolah Menengah Islam (SMI)

Jadual 4.9 : Dapatan jumlah masa, kekerapan dan peratusan bagi kelas tingkatan 2A berdasarkan kategori interaksi guru dengan pelajar dalam kelas Kategori Masa (Minit) K1: Guru Memberi Maklumat K2: Arahan Guru K3: Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia K4: Bersemangat Setia Negara K5 : Bersemangat Kekitaan K6 : Berdisiplin K7 : Berusaha dan Produktif K8 : Pelajar Memberi Respon K9 : Pertanyaan pelajar K10 : Sunyi Jumlah 9.53 0 3.5 0.45 0.43 0.63 0.73 15.2 0 4.53 35 Jumlah kekerapan 191 0 70 9 8 12 15 304 0 91 700 27.2 0 10 1.3 1.2 1.7 2.2 43.4 0 13 100 Peratusan

Analisis Jumlah Data Masa

Merujuk Jadual 4.9, kategori 1 iaitu guru memberi maklumat meliputi 9.53 minit daripada waktu pengajaran dan pembelajaran sebanyak 35 minit. Manakala kategori 2 iaitu guru memberi arahan meliputi 0 minit. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon selama 15.2 minit dan akhir sekali kategori 10 iaitu sunyi meliputi 4.53 minit. Sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran, tidak terdapat pertanyaan daripada pelajar, ini menyebabkan masa untuk kategori 9 adalah 0. Bagi kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan 5 unsur patriotisme dalam sukatan pelajaran sejarah tingkatan 2, kategori 3 iaitu berbangga sebagai Rakyat Malaysia selama 3.5 minit, kategori 4 iaitu bersemangat setia Negara disebut 0.45 minit dan kategori 5 iaitu bersemangat kekitaan disebut

105 sebanyak 0.43 minit. Kategori 6 iaitu berdisiplin selama 0.63 minit dan kategori 7 iaitu berusaha dan produktif disebut 0.73 minit.

Analisis Kekerapan dan Peratusan Interaksi Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Merujk Jadual 4.9, dapatan menunjukkan pelajar memberi respon kepada guru (kategori 8) mendapat banyak sekali iaitu sebanyak 304 kali daripada jumlah 700 kali. Kategori 8 juga menampakkan 43.4 peratus. Seterusnya, guru memberi maklumat mendapat kedua banyak iaitu 191 kali atau 27.2 peratus. Kategori 10 iaitu keadaan sunyi pula adalah 91 kali (13%). Tidak terdapat guru memberi arahan (kategori 2) dan pelajar yang mengeluarkan pertanyaan (kategori 9) , maka kedua-dua bahagian ini menunjukkan 0 kali (0%). Sementara itu, kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan 2, jelas sekali kategori 3 adalah antara 5 unsur yang banyak sekali disebut dalam kelas iaitu 70 kali (10%). Seterusnya ialah kategori 7 iaitu 15 kali (2.2%) dan kategori 6 sebanyak 12 kali (1.7%). Kategori 4 terdapat 9 kali (1.3%) dan kategori 5 sebanyak 8 kali (1.2%). Oleh itu, sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran telah menunjukkan 114 kali (16.3%) unsur patriotisme disebut dalam kelas.

106 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.10 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2A di Sekolah Menengah Islam (SMI)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 10

384 A 350 G 14 F 7 M
12

0 140

H L B 13 194 E 10 8 18 14 25 28 608 I 8 J 18 O 1 P 32 D
138

C 556

K
26

0 181

1398 JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

107 Berdasarkan Jadual 4.10, 2 kali pemerhatian yang telah dijalankan di kelas 2A, satu taburan hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas telah dijumlahkan. Oleh kerana masa untuk setiap kelas ialah 35 minit, maka jumlah 70 minit itu terdapat 1398 kali.

Kawasan A terdapat kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 350 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 25.04 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar. Guru menggunakan satu per empat masa untuk memberi fakta-fakta sejarah dan bersyarah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Terdapat kekerapan sebanyak 194 kali daripada jumlah 1398 kali (13.9%) bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Semua unsur telah diterap semasa guru mengajar. Unsur berbangga sebagai rakyat Malaysia terdapat banyak sekali iaitu 140 kali (10%). Selain itu, unsur bersemangat setia Negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif masing-masing sebanyak 18 kali, 14 kali, 25 kali dan 28 kali. Kawasan C menunjukkan sebanyak 556 kali (39.8%) pelajar mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Pelajar berada dalam suasana yang menggalakkan untuk memberi pendapat. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 138 kali pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini bererti sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, 9.9% daripada waktu P&P adalah sunyi. Kawasan E menunjukkan kekerapan 10 kali (0.7%) pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 7 kali (0.5%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 14 kali (1%) guru menyebut tentang unsur-unsur patrotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H adalah 13 kali (0.9%) pertanyaan,

108 penceritaan atau arahan guru kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I adalah sebanyak 8 kali (0.6%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang dperkatakan oleh guru.

Kawasan J menunjukkan 18 kali (1.3%) pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K menunjukkan 26 kali (1.9%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L menunjukkan 8 kali (0.57%) guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme tetapi pelajar tidak membalas sepatah perkataan pun.

Kawasan M menunjukkan 12 kali (0.86%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Keadaan ini menunjukkan guru tidak banyak mengajar sambil menulis di papan hitam. Guru lebih memberi penekanan di kawasan A dan kawasan C, iaitu sama ada guru memberi informasi kepada pelajaratau guru memberi peluang kepada pelajar untuk memberi pendapat. Kawasan N menunjukkan 10 kali (0.7%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri. Guru menggunakan masa ini untuk menguruskan kelas yang agak bising.

Kawasan O menunjukkan 1 kali (0.07%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme tetapi dibalas dengan keadaan sunyi. Kawasan P pula menunjukkan 32 kali (2.3%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap.

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O iaitu 236 kali (18.5%) menunjukkan pembangunan unsur-unsur patriotisme dengan kadar yang lebih tinggi iaitu lebih 10%. Kawasan E dan J yang menunjukkan penerapan tentang patriotisme adalah 28 kali (2%).

109 Jadual 4.11 : Dapatan jumlah masa, kekerapan dan peratusan bagi kelas tingkatan 2B berdasarkan kategori interaksi guru dengan pelajar dalam kelas Kategori Masa (Minit) K1: Guru Memberi Maklumat K2: Arahan Guru K3: Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia K4: Bersemangat Setia Negara K5 : Bersemangat Kekitaan K6 : Berdisiplin K7 : Berusaha dan Produktif K8 : Pelajar Memberi Respon K9 : Pertanyaan pelajar K10 : Sunyi Jumlah 15 0.5 0 0.05 0.1 0 0 11.9 0 2.45 30 Jumlah kekerapan 300 10 0 1 2 0 0 238 0 49 600 50 1.7 0 0.2 0.3 0 0 39.7 0 8.1 100 Peratusan

Analisis Jumlah Data Masa

Berdasarkan Jadual 4.11, pemerhatian sebanyak 2 kali di tingkatan 2B di Sekolah Menengah Islam, kategori 1 iaitu guru memberi maklumat meliputi 15 minit daripada waktu pengajaran dan pembelajaran sebanyak 30 minit. Manakala kategori 2 iaitu guru memberi arahan meliputi 0.5 minit. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon selama 11.9 minit dan akhir sekali kategori 10 iaitu sunyi meliputi 2.45 minit. Sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran, tidak terdapat pertanyaan daripada pelajar, ini menyebabkan masa untuk kategori 9 adalah 0. Bagi kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan 5 unsur patriotisme dalam sukatan pelajaran sejarah tingkatan 2, kategori 3 iaitu berbangga sebagai Rakyat Malaysia tidak disebut langsung semasa pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah diadakan, kategori 4 iaitu bersemangat setia Negara disebut 0.05 minit dan kategori 5 iaitu bersemangat kekitaan disebut sebanyak 0.1 minit.

110 Kategori 6 iaitu berdisiplin dan kategori 7 iaitu berusaha dan produktif juga tidak disebut dalam kelas ( 0 minit).

Analisis Kekerapan dan Peratusan Interaksi Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Merujuk Jadual 4.11, dapatan menunjukkan guru memberi maklumat (kategori 1) mendapat banyak sekali iaitu sebanyak 300 kali daripada jumlah 600 kali atau 50 peratus pengajaran dan pembelajaran adalah untuk kategori 1. Seterusnya, kategori 8 dan 10 menduduki tempat kedua dan ketiga iaitu masing-masing 238 kali (39.7%) dan 49 kali (8.1%). Guru memberi arahan menduduki tempat keempat iaitu 10 kali atau 1.7 peratus dan tidak terdapat pelajar yang mengeluarkan pertanyaan, maka bahagian ini menunjukkan 0 kali (0%). Sementara itu, kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan unsurunsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah tingkatan 2, jelas sekali kategori 5 disebut dalam kelas sebanyak 2 kali (0.3%). Seterusnya ialah kategori 4 iaitu 1 kali (0.2%) dan kategori 3, kategori 6 serta kategori 7 tidak disebut langsung dalam kelas. Oleh itu, analisis jelas menunjukkan tahap penerapan unsur-unsur patriotisme amat kurang iaitu 3 kali daripada jumlah kekerapan sebanyak 600 kali.

111 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.12 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2B di Sekolah Menengah Islam (SMI)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 16

607 A 542 G 0 F 64 M
20

19 0

H L B 1 4 E 0 0 2 3 0 0 477 I 71 J 0 O 1 P 9 D
64
1198 JUMLAH

C 401

K 5

0 90

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

112 Jadual 4.12 adalah berdasarkan 2 kali pemerhatian yang telah dijalankan di kelas tingkatan 2B, satu taburan hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas telah menunjukkan Kawasan A terdapat kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 542 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 45.2 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar. Guru lebih menekankan faktafakta sejarah dan bersyarah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Hanya terdapat 4 kali daripada jumlah 1198 kali (0.33%) bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Hubungan interaksi ini menunjukkan guru hanya menyebut unsur patriotisme secara sepintas lalu iaitu kira-kira 12 saat.

Kawasan C menunjukkan sebanyak 401 kali (33.5%) pelajar diberi peluang yang agak menggalakkan untuk mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 64 kali pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini bererti sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, 5.34 peratus daripada waktu pengajaran dan pembelajaran adalah sunyi. Kawasan E menunjukkan tidak terdapat keadaan pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 64 kali (5.34%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 0 kali (0%) guru menyebut tentang unsur-unsur patrotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H juga amat kurang iaitu 1 kali (0.08%) berlaku pertanyaan, penceritaan atau arahan guru kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I pula sebanyak 71 kali (5.9%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru.

113 Kawasan J menunjukkan 0 kali pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K menunjukkan 5 kali (0.4%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L menunjukkan 0 kali (0%) atau tidak terdapat guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme dengan balasan pelajar mendiam diri. Guru perlu memberi lebih masa menggalakan perbincangan tentang topic patriotisme dan pelajar diberi masa untuk memikirkan kandungan patriotisme yang disampaikan.

Kawasan M menunjukkan 20 kali (1.7%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Keadaan ini sering merujuk kepada guru mengajar sambil menulis di papan hitam. Kawasan N menunjukkan 16 kali (1.34%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri. Guru menggunakan 48 saat untuk menguruskan kelas yang agak bising.

Kawasan O menunjukkan 1 kali (0.08%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme tetapi dibalas dengan keadaan sunyi. Kawasan P pula menunjukkan 9 kali (0.8%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap. Pelajar menggunakan lebih masa untuk menbalas maklumat atau pertanyaan guru.

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O iaitu 4 kali (0.5%) menunjukkan pembangunan unsur-unsur patriotisme dalam waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) amat kurang. Tambahan lagi, Kawasan E dan J yang menunjukkan penerapan nilai-nilai patriotisme tidak berlaku langsung (0%) dalam kelas.

114 Jadual 4.13 : Dapatan jumlah masa, kekerapan dan peratusan bagi kelas tingkatan 2C berdasarkan kategori interaksi guru dengan pelajar dalam kelas Kategori Masa (Minit) K1: Guru Memberi Maklumat K2: Arahan Guru K3: Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia K4: Bersemangat Setia Negara K5 : Bersemangat Kekitaan K6 : Berdisiplin K7 : Berusaha dan Produktif K8 : Pelajar Memberi Respon K9 : Pertanyaan pelajar K10 : Sunyi Jumlah 22.05 0.1 0.1 0.1 0 0.05 0 4.1 0 3.5 30 Jumlah kekerapan 441 2 2 2 0 1 0 82 0 70 600 73.5 0.3 0.3 0.3 0 0.2 0 13.7 0 11.7 100 Peratusan

Analisis Jumlah Data Masa

Merujuk Jadual 4.13, pemerhatian sebanyak 2 kali di tingkatan 2C di Sekolah Menengah Islam, kategori 1 iaitu guru memberi maklumat meliputi 22.05 minit daripada waktu pengajaran dan pembelajaran sebanyak 30 minit. Manakala kategori 2 iaitu guru memberi arahan meliputi 0.1 minit. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon selama 4.1 minit dan akhir sekali kategori 10 iaitu sunyi meliputi 3.5 minit. Sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran, tidak terdapat pertanyaan daripada pelajar, ini menyebabkan masa untuk kategori 9 adalah 0. Bagi kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan 5 unsur patriotisme dalam sukatan pelajaran sejarah tingkatan 2, kategori 3 iaitu berbangga sebagai Rakyat Malaysia hanya disebut selama 0.1 minit, kategori 4 iaitu bersemangat setia Negara disebut 0.1 minit dan kategori 5 iaitu bersemangat kekitaan tidak disebut langsung. Kategori 6 iaitu berdisiplin hanya disebut 0.05 minit dan kategori 7 iaitu berusaha dan produktif tidak disebut dalam kelas ( 0 minit).

115

Analisis Kekerapan dan Peratusan Interaksi Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.13 menunjukkan guru memberi maklumat (kategori 1) mendapat banyak sekali iaitu sebanyak 441 kali daripada jumlah 600 kali. Setiap kali merujuk kepada 3 saat. Kategori 1 juga menampakkan 73.5 peratus. Seterusnya, kategori 8 dan 10 menduduki tempat kedua dan ketiga iaitu masing-masing 82 kali (13.7%) dan 70 kali (11.7%). Seterusnya, guru memberi arahan mendapat 2 kali atau 0.3 peratus dan tidak terdapat pelajar yang mengeluarkan pertanyaan, maka bahagian ini menunjukkan 0 kali (0%). Sementara itu, kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah tingkatan 2, jelas sekali kategori 3 dan kategori 4 disebut dalam kelas sebanyak 2 kali (0.3%). Seterusnya ialah kategori 6 iaitu berdisiplin mendapat 1 kali (0.2%). Kategori 5 dan kategori 7 tidak disebut langsung dalam kelas. Oleh itu, analisis jelas menunjukkan tahap penerapan unsur-unsur patriotisme amat kurang iaitu 5 kali (0.8%) daripada jumlah kekerapan sebanyak 600 kali.

116

Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.14 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2C di Sekolah Menengah Islam (SMI)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 22

873 A 768 G 4 F 87 M
16

3 4

H L B 4 7 E 0 0 4 0 3 0 160 I 79 J 0 O 0 P 14 D
116

C 70

K
11

0 152

1198 JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

117 Jadual 4.14 berdasarkan 2 kali pemerhatian yang telah dijalankan di kelas tingkatan 2C, satu taburan hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas telah menunjukkan Kawasan A terdapat kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 768 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 64.1 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar. Guru lebih menekankan faktafakta sejarah dan bersyarah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Hanya terdapat 7 kali daripada jumlah 1198 kali (0.58%) bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Hubungan interaksi ini menunjukkan guru hanya menyebut unsur patriotisme secara sepintas lalu iaitu kira-kira 21 saat.

Kawasan C menunjukkan sebanyak 70 kali (5.84%) pelajar diberi peluang untuk mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 116 kali pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini bererti sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, 9.7 peratus daripada waktu pengajaran dan pembelajaran adalah sunyi. Kawasan E menunjukkan tidak terdapat keadaan pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 87 kali (7.26%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 4 kali (0.33%) guru menyebut tentang unsur-unsur patrotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H hanya terdapat 4 kali (0.33%) berlaku pertanyaan, penceritaan atau arahan guru kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I pula sebanyak 79 kali (6.59%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru.

118 Kawasan J menunjukkan 0 kali pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K menunjukkan 11 kali (0.92%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L menunjukkan 0 kali (0%) atau tidak terdapat guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme dengan balasan pelajar mendiam diri. Guru perlu memberi lebih masa menggalakan perbincangan tentang topic patriotisme dan pelajar diberi masa untuk memikirkan kandungan patriotisme yang disampaikan.

Kawasan M menunjukkan 16 kali (1.34%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Keadaan ini sering merujuk kepada guru mengajar sambil menulis di papan hitam. Kawasan N menunjukkan 22 kali (1.84%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri. Guru menggunakan 66 saat untuk menguruskan kelas yang agak bising.

Kawasan O menunjukkan 0 kali (0%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme tetapi dibalas dengan keadaan sunyi. Kawasan P pula menunjukkan 14 kali (1.17%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap. Pelajar menggunakan lebih masa untuk menbalas maklumat atau pertanyaan guru.

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O ialah sebanyak 15 kali (1.3%) menunjukkan pembangunan unsur-unsur patriotisme amat kurang. Tambahan lagi, Kawasan E dan J yang menunjukkan penerapan patriotisme berlaku langsung (0%). tidak

119 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas secara Keseluruhan bagi Sekolah Menengah Islam (SMI)

Jadual 4.15 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2A, 2B dan 2C secara keseluruhan bagi Sekolah Menengah Islam (SMI)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 48

1863

A
1660

G 18

F 158

M
48

22 144

H L B 18 205 E 10 8 24 17 28 28
1245

I 158

J 18 O 2

C 1027

K
42

0
423

P 55

D
318

3794 JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

120 Jadual 4.15 adalah berdasarkan pemerhatian-pemerhatian yang telah dijalankan di semua kelas di Sekolah Menengah Islam tersebut, satu taburan hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas secara keseluruhan telah diperoleh dengan mencampurkan semua kekerapan yang terdapat di jadual hubungan interaksi dalam setiap kelas. Bagi kelas yang telah dijalankan pemerhatian, terdapat 1 kelas iaitu 2A mendapat 35 minit waktu pengajaran dan pembelajaran manakala 2 kelas lagi iaitu 2B dan 2C masing-masing mendapat 30 minit waktu pengajaran dan pembelajaran.

Kawasan A terdapat kekerapan paling tinggi iaitu sebanyak 1660 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 43.75 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar. Guru secara keseluruhan menekankan faktafakta sejarah dan bersyarah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Terdapat kekerapan sebanyak 205 kali (5.4%) daripada semua kelas yang telah dijalankan sesi pemerhatian. Unsur berbangga sebagai rakyat Malaysia sebanyak 144 kali, unsur bersemangat setia negara sebanyak 24 kali, unsur bersemangat kekitaan sebanyak 17 kali, unsur berdisiplin sebanyak 28 kali dan unsur berusaha dan produktif sebanyak 28 kali.

Kawasan C menunjukkan sebanyak 1027 kali (27.07%). Pelajar telah diberi peluang mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 318 kali pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Sebanyak 8.4 peratus daripada waktu pengajaran dan pembelajaran adalah sunyi. Kaedah menulis di papan hitam atau menjawab soalan dalam kertas tidak banyak digunakan tetapi perbincangan guru dengan pelajar lebih ditekankan dalam kelas Sejarah tingkatan 2 di sekolah menengah Islam. Ini jelas ditunjukkan oleh kawasan C, kawasan F dengan kawasan I yang sejumlah 1343 kali kekerapannya (35.4%).

121 Kawasan E menunjukkan kekerapan 10 kali (0.3%) pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 158 kali (4.16%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 18 kali (0.47%) guru menyebut tentang unsur-unsur patrotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H juga adalah 18 kali (0.47%) pertanyaan, penceritaan atau arahan guru kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I adalah sebanyak 158 kali (4.16%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang dperkatakan oleh guru.

Kawasan J menunjukkan 18 kali (0.47%) pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru yang menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K menunjukkan 42 kali (1.1%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L menunjukkan hanya 8 kali (0.21%) guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme tetapi pelajar tidak membalas sepatah perkataan pun. Guru perlu memberi lebih masa untuk pelajar memikirkan kandungan patriotisme yang disampaikan.

Kawasan M menunjukkan 48 kali (1.27%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Keadaan guru mengajar sambil menulis di papan hitam tidak banyak berlaku. Kawasan N menunjukkan 48 kali (1.27%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri.

Kawasan O menunjukkan 2 kali (0.05%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme tetapi dibalas dengan keadaan sunyi. Kawasan P pula menunjukkan 55 kali (1.45%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap. Pelajar menggunakan lebih masa untuk menbalas maklumat atau pertanyaan guru.

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O menunjukkan pembangunan unsur-unsur patriotisme telah berlaku sebanyak 251 kali (7.4%). Kawasan E dan J yang menunjukkan 28 kali atau 0.7 peratus penerapan patriotisme adalah pada tahap yang sangat rendah.

122 4.2.3 Dapatan daripada Pemerhatian di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)

Jadual 4.16 : Dapatan jumlah masa, kekerapan dan peratusan bagi kelas tingkatan 2A berdasarkan kategori interaksi guru dengan pelajar dalam kelas Kategori Masa (Minit) K1: Guru Memberi Maklumat K2: Arahan Guru K3: Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia K4: Bersemangat Setia Negara K5 : Bersemangat Kekitaan K6 : Berdisiplin K7 : Berusaha dan Produktif K8 : Pelajar Memberi Respon K9 : Pertanyaan pelajar K10 : Sunyi Jumlah 20.45 3.15 0.05 0 0 0 0 6.3 0.1 7.95 38 Jumlah kekerapan 409 63 1 0 0 0 0 126 2 159 760 53.8 8.3 0.1 0 0 0 0 16.6 0.3 20.9 100 Peratusan

Analisis Jumlah Data Masa

Merujuk Jadual 4.16, bagi pemerhatian kelas 2A, kategori 1 iaitu guru memberi maklumat meliputi 20.45 minit daripada waktu pengajaran dan pembelajaran sebanyak 38 minit. Manakala kategori 2 iaitu guru memberi arahan meliputi 3.15 minit. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon meliputi 6.3 minit. Kategori 9 iaitu pelajar bertanya sesuatu kepada guru meliputi 0.1 minit sahaja. Walau bagaimanapun, kategori 10 iaitu sunyi meliputi 7.95 minit. Bagi kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan 5 unsur patriotisme dalam sukatan pelajaran sejarah tingkatan 2, kategori 3 iaitu berbangga sebagai rakyat Malaysia mendapat 0.01 minit sahaja sepanjang pemerhatin 3 waktu pengajaran dan

123 pembelajaran bagi kelas 2A, manakala kategori 4 hinga kategori 7 menunjukkan unsurunsur patriotisme tidak disebut langsung dalam ketiga-tiga waktu yang diadakan.

Analisis Kekerapan dan Peratusan Interaksi Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Merujuk Jadual 4.16, dapatan menunjukkan guru memberi maklumat (kategori 1) mendapat banyak sekali iaitu sebanyak 409 kali daripada jumlah 760 kali. Kategori 1 juga menampakkan 53.8 peratus. Seterusnya, keadaan sunyi (kategori 10) mendapat kedua banyak iaitu 159 kali atau 20.9 peratus. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon pula adalah 126 kali (16.6%). Guru memberi arahan (kategori 2) pula mendapat 63 kali atau 8.3 peratus, dan pertanyaan pelajar (kategori 9) menunjukkan 2 kali (0.3%) sahaja. Sementara itu, kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah tingkatan 2, jelas sekali kategori 3 adalah antara 5 unsur disebut dalam kelas iaitu 1 kali (0.1%). Seterusnya kategori 4 hingga kategori 7 yang merupakan unsur-unsur patriotisme tidak disebut langsung dalam kelas 2A sepanjang 3 kali waktu pengajaran dan pembelajaran.

124 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.17 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2A di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 82

1220

A
1218

G 1

F 110

M
81

190 3

H L B 1 2 E 0 0 0 0 0 0 379 I 111 J 0 O 0 P 18 D
378

C 258

K
17

7 478

2277 JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

125 Berdasarkan Jadual 4.17, 3 kali pemerhatian yang telah dijalankan di kelas 2A, satu taburan hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas telah dijumlahkan. Oleh kerana masa untuk setiap kelas ialah 38 minit, maka jumlah 114 minit itu terdapat 2277 kali kerana setiap kali mewakili 3 saat.

Kawasan A terdapat kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 1218 kali. Ini bererti guru telah menggunakan lebih daripada separuh waktu pengajaran dan pembelajaran (53.5%) untuk memberi informasi dan fakta-fakta sejarah dan bersyarah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan tanpa dimaklum balas oleh pelajar.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Terdapat kekerapan sebanyak 2 kali daripada jumlah 2277 kali (0.09%) bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Unsur berbangga sebagai rakyat Malaysia disebut 2 kali dan unsur-unsur patrotisme yang lain tidak disebut sepanjang 3 waktu pengajaran dan pembelajaran. Kawasan C menunjukkan sebanyak 258 kali (11.33%) pelajar mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Pelajar berada dalam suasana yang menggalakkan untuk memberi pendapat. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 378 kali pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini bererti sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, 16.6 peratus daripada waktu pengajaran dan pembelajaran adalah sunyi. Kawasan E tidak menunjukkan kekerapan iaitu 0 kali (0%) pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 110 kali (4.8%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 1 kali (0.04%) guru menyebut tentang unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H

126 adalah 1 kali (0.04%) juga yang terdapat pertanyaan, penceritaan atau arahan guru kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I adalah sebanyak 111 kali (4.9%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru.

Kawasan J menunjukkan 0 kali pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K menunjukkan 17 kali (0.75%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L menunjukkan 0 kali (0%) guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme tetapi pelajar tidak membalas sepatah perkataan pun.

Kawasan M menunjukkan 81 kali (3.55%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Keadaan ini menunjukkan guru tidak banyak mengajar sambil menulis di papan hitam. Guru lebih memberi penekanan di kawasan A, iaitu guru memberi informasi kepada pelajar. Kawasan N menunjukkan 82 kali (3.6%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri. Guru menggunakan masa ini untuk menguruskan kelas yang agak bising.

Kawasan O menunjukkan 0 kali (0%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme tanpa dibalas. Kawasan P pula menunjukkan 18 kali (0.8%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap.

Secara kesimpulan, jmlah kekerapan di KawasanB, E, G, H, J, L dan O ialah 4 kali (0.18%) yang menunjukkan pembangunan unsur-unsur patriotisme dalam kelas. Manakala kawasan E dan J yang menunjukkan penerapan patriotisme adalah 0 kali (0%).

127 Jadual 4.18 : Dapatan jumlah masa, kekerapan dan peratusan bagi kelas tingkatan 2B berdasarkan kategori interaksi guru dengan pelajar dalam kelas Kategori Masa (Minit) K1: Guru Memberi Maklumat K2: Arahan Guru K3: Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia K4: Bersemangat Setia Negara K5 : Bersemangat Kekitaan K6 : Berdisiplin K7 : Berusaha dan Produktif K8 : Pelajar Memberi Respon K9 : Pertanyaan pelajar K10 : Sunyi Jumlah 22.3 3.4 0 0 0 0 0 0.3 0 12 38 Jumlah kekerapan 446 68 0 0 0 0 0 6 0 240 760 58.7 8.9 0 0 0 0 0 0.8 0 31.6 100 Peratusan

Analisis Jumlah Data Masa

Jadual 4.18 berdasarkan pemerhatian sebanyak 3 kali di tingkatan 2B di Sekolah Menengah Persendirian Cina, kategori 1 iaitu guru memberi maklumat meliputi 22.3 minit daripada waktu pengajaran dan pembelajaran sebanyak 38 minit. Manakala kategori 2 iaitu guru memberi arahan meliputi 3.4 minit. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon selama 0.3 minit dan akhir sekali kategori 10 iaitu sunyi meliputi 12 minit. Sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran, tidak terdapat pertanyaan daripada pelajar, ini menyebabkan masa untuk kategori 9 adalah 0. Bagi kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan 5 unsur patriotisme dalam sukatan pelajaran sejarah tingkatan 2, guru tidak menyebut langsung unsur-unsur patriotisme semasa bersyarah dalam kelas. Oleh itu, kategori 3 hingga kategori 7 yang menunjukkan 5 unsur patriotisme tidak menunjukkan masanya.

128 Analisis Kekerapan dan Peratusan Interaksi Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Merujuk Jadual 4.18, dapatan menunjukkan guru memberi maklumat (kategori 1) mendapat banyak sekali iaitu sebanyak 446 kali daripada jumlah 760 kali. Setiap kali merujuk kepada 3 saat. Kategori 1 juga menampakkan 58.7 peratus. Seterusnya, kategori 10 dan kategori 2 menduduki tempat kedua dan ketiga tinggi kekerapannya iaitu masingmasing 240 kali (31.6%) dan 68 kali (8.9%). Pelajar memberi respon menduduki tempat keempat iaitu 6 kali atau 8 peratus dan tidak terdapat pelajar yang mengeluarkan pertanyaan, maka bahagian ini (kategori 9) menunjukkan 0 kali (0%). Sementara itu, kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan 2, jelas sekali kategori 3, kategori 4, kategori 5, kategori 6 dan kategori 7 yang masing-masing mewakili 5 unsur patriotisme menunjukkan 0 kali atau 0 peratus guru dan pelajar menyebut tentangnya. Oleh itu, analisis jelas menunjukan tidak terdapat penerapan unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah 2B di Sekolah Menengah Persendirian Cina.

129 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.19 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2B di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 40

1336

A
1489

G 0

F 7

M
43

203 0

H L B 0 0 E 0 0 0 0 0 0 18 I 8 J 0 O 0 P 2 D
678

C 9

K 1

0 720

2277 JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

130 Jadual 4.19 berdasarkan 3 kali pemerhatian yang telah dijalankan di kelas tingkatan 2B, satu taburan hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas telah menunjukkan Kawasan A terdapat kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 1489 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 65.4 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar. Guru lebih menekankan faktafakta sejarah dan bersyarah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Tidak terdapat sekali pun kekerapan daripada jumlah 2277 kali (0%) bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Hubungan interaksi ini menunjukkan guru tidak menyebut tentang patriotisme semasa mengajar subjek ini.

Kawasan C menunjukkan sebanyak 9 kali (0.4%) pelajar diberi peluang yang agak menggalakkan untuk mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 678 kali pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini bererti sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, 29.77 peratus daripada waktu pengajaran dan pembelajaran adalah sunyi. Guru lebih kerap menyalin sesuatu di papan hitam dan pelajar diminta menyalin. Kawasan E menunjukkan tidak terdapat keadaan pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 7 kali (0.3%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 0 kali (0%) guru menyebut tentang unsur-unsur patriotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H juga menunjukkan 0 kali (0%) guru bertanyaan, berceritaan atau memberi arahan kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I sebanyak 8 kali (0.35%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru.

131 Kawasan J menunjukkan 0 kali pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K menunjukkan 1 kali (0.04%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L menunjukkan 0 kali (0%) atau tidak terdapat guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme dengan balasan pelajar mendiam diri. Guru perlu memberi lebih masa menggalakan perbincangan tentang topik patriotisme dan pelajar diberi masa untuk memikirkan kandungan patriotisme yang disampaikan.

Kawasan M menunjukkan 43 kali (1.9%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Keadaan ini sering merujuk kepada guru mengajar sambil menulis di papan hitam. Kawasan N menunjukkan 40 kali (1.76%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri. Guru menggunakan 48 saat untuk menguruskan kelas yang agak bising.

Kawasan O menunjukkan 0 kali (0%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme tetapi dibalas dengan keadaan sunyi. Kawasan P pula menunjukkan 2 kali (0.08%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap. Pelajar menggunakan lebih masa untuk menbalas maklumat atau pertanyaan guru.

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O adalah 0 kali (0%) menunjukkan tiada pembangunan dan penerapan unsur-unsur patriotisme dalam kelas.

132 Jadual 4.20 : Dapatan jumlah masa, kekerapan dan peratusan bagi kelas tingkatan 2C berdasarkan kategori interaksi guru dengan pelajar dalam kelas Kategori Masa (Minit) K1: Guru Memberi Maklumat K2: Arahan Guru K3: Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia K4: Bersemangat Setia Negara K5 : Bersemangat Kekitaan K6 : Berdisiplin K7 : Berusaha dan Produktif K8 : Pelajar Memberi Respon K9 : Pertanyaan pelajar K10 : Sunyi Jumlah 20.2 3.55 0 0 0 0 0 3.8 0 10.45 38 Jumlah kekerapan 404 71 0 0 0 0 0 76 0 209 760 53.2 9.3 0 0 0 0 0 10 0 27.5 100 Peratusan

Analisis Jumlah Data Masa

Jadual 4.20, sepanjang pemerhatian di kelas 2C, kategori 1 iaitu guru memberi maklumat meliputi 20.2 minit daripada waktu pengajaran dan pembelajaran sebanyak 38 minit. Manakala kategori 2 iaitu guru memberi arahan meliputi 3.55 minit. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon adalah sebanyak 3.8 minit dan kategori 9, pelajar bertanya soalan adalah 0 minit. Akhir sekali kategori 10 iaitu sunyi meliputi 10.45 minit. Bagi kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan 5 unsur patriotisme dalam sukatan pelajaran sejarah tingkatan 2, unsur-unsur iaitu berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia Negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif tidak diberi penekanan langsung bagi kelas ini (0 minit).

133 Analisis Kekerapan dan Peratusan Interaksi Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Merujuk Jadual 4.20, dapatan menunjukkan guru memberi maklumat (kategori 1) mendapat terbanyak sekali kekerapan sebanyak 404 kali daripada jumlah 760 kali. Setiap kali merujuk kepada 3 saat. Kategori 1 juga menampakkan 53.2 peratus. Manakala kategori 10 (keadaan sunyi) mendapat kekerapan sebanyak 209 kali (27.5%). Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon adalah sebanyak 76 kali (10%) dan kategori 2 iaitu guru memberi arahan mendapat sebanyak 71 kali atau 9.3 peratus. Seterusnya, tidak terdapat pelajar yang mengeluarkan pertanyaan (kategori 9), maka bahagian ini menunjukkan 0 kali (0%). Sementara itu, kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah tingkatan 2, jelas sekali kategori 3, kategori 4, kategori 5, kategori 6 dan kategori 7 tidak disebut langsung dalam kelas. Oleh itu, sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak menunjukkan perbincangan unsur patriotisme dalam kelas.

134

Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.21 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2C di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 60

1218

A
1252

G 0

F 120

M
60

214 0

H L B 0 0 E 0 0 0 0 0 0 221 I 120 J 0 O 0 P 4 D
560

C 98

K 3

0 624

2277 JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

135 Berdasarkan Jadual 4.21, pemerhatian yang telah dijalankan di kelas 2C, satu taburan hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas telah menunjukkan Kawasan A terdapat kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 1252 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 55 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Kawasan ini menunjukkan tidak terdapat sebarang penerangan (0 kali) tentang unsur-unsur patriotisme daripada guru. Kawasan C menunjukkan sebanyak 98 kali (4.3%) pelajar mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 560 kali (24.6%) pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini menunjukkan sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas 2C, kebanyakan masa adalah sunyi. Kawasan E menunjukkan 0 kali (0%) pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 120 kali (5.3%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 0 kali (0%) guru menyebut tentang unsur-unsur patriotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H juga 0 kali (0%) guru bercerita, bertanya dan memberi arahan kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I adalah sebanyak 120 kali (5.3%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru.

Kawasan J menunjukkan 0 kali pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K terdapat 3 kali (0.13%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L adalah sama iaitu 0 kali (0%) guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme tanpa dibalas oleh pelajar.

136 Guru mungkin perlu memberi lebih masa untuk pelajar memikirkan kandungan patriotisme yang disampaikan.

Kawasan M menunjukkan 60 kali (2.6%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Kawasan N juga terdapat 60 kali (2.6%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri. Guru menggunakan 180 saat untuk menguruskan kelas yang agak bising.

Kawasan O menunjukkan 0 kali (0%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme. Kawasan P pula menunjukkan 4 kali (0.17%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap.

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O menunjukkan tidak terdapat pembangunan dan penerapan unsur-unsur patriotisme dalam kelas 2C kerana kekerapannya menunjukkan 0 kali (0%). Lantaran itu, tiada perbincangan antara guru dengan pelajar tentang patriotisme dalam kelas juga.

137 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas secara Keseluruhan bagi Sekolah Menengah Persendirian Cina

Jadual 4.22 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2A, 2B dan 2C secara keseluruhan bagi Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N

3774

A
3959

G 1

F 237

M
184

607 3

H L B 1 2 E 0 0 0 0 0 0 618 I 239 J 0 O 0 P 24
D
1616

C 365

K
21

7
1822

182

6831 JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

138 Jadual 4.22 adalah berdasarkan pemerhatian-pemerhatian yang telah dijalankan di semua kelas di Sekolah Menengah Persendirian Cina, satu taburan hubungan interaksi secara keseluruhan antara guru dengan pelajar dalam kelas telah diperoleh dengan mencampurkan semua kekerapan yang terdapat di jadual hubungan interaksi dalam kelas 2A, 2B dan 2C. Jumlah kekerapan yang diperoleh bagi ketiga-tiga kelas adalah 6831 kali dimana setiap kelas diadakan 38 minit.

Kawasan A terdapat kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 3959 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 57.96 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar. Guru secara keseluruhan menekankan fakta-fakta sejarah dan bersyarah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Hanya terdapat kekerapan sebanyak 2 kali (0.03%) daripada 9 kelas yang telah dijalankan sesi pemerhatian. Selain daripada unsur berbangga sebagai rakyat Malaysia telah disebut 2 kali, unsur-unsur bersemangat setia Negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif tidak dibincang dalam kelas malah disebut sekali.

Kawasan C menunjukkan sebanyak 365 kali (5.34%) pelajar mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 1616 kali pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini menduduki kekerapan yang paling tinggi dimana sebanyak 23.6% daripada waktu pengajaran dan pembelajaran adalah sunyi. Kaedah menulis di papan hitam atau menjawab soalan dalam kertas banyak digunakan oleh guru Sekolah Menengah Persendirian Cina memandangkan ia melebihi 10 peratus.

139 Kawasan E tidak menunjukkan kekerapan iaitu 0 kali (0%) pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 237 kali (3.5%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 1 kali (0.01%) guru menyebut tentang unsur-unsur patriotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H juga sama iaitu 1 kali (0.01%) berlaku pertanyaan, penceritaan atau arahan guru kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I adalah sebanyak 239 kali (3.5%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru.

Kawasan J menunjukkan 0 kali pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K menunjukkan 21 kali (0.3%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L tidak menunjukkan kekerapan atau 0 kali (0%) guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme tanpa dibalas sepatah perkataan pun.

Kawasan M menunjukkan 184 kali (2.7%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Keadaan ini sering merujuk kepada guru mengajar sambil menulis di papan hitam. Kawasan N menunjukkan 182 kali (2.7%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri.

Kawasan O tidak menunjukkan kekerapan atau 0 kali (0%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme tetapi dibalas dengan keadaan sunyi. Kawasan P pula menunjukkan 24 kali (0.35%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap. Pelajar menggunakan lebih masa untuk menbalas maklumat atau pertanyaan guru.

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O menunjukkan pembangunan unsur-unsur patriotisme sangat kurang dalam kelas Sejarah dengan 4 kali (0.06%) sahaja. Kawasan E dan J tidak menunjukkan tiada penerapan patriotisme dalam kelas iaitu kekerapan (0 kali atau 0%).

140 Dapatan daripada Pemerhatian di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)

Jadual 4.23 : Dapatan jumlah masa, kekerapan dan peratusan bagi kelas tingkatan 2A berdasarkan kategori interaksi guru dengan pelajar dalam kelas Kategori Masa (Minit) K1: Guru Memberi Maklumat K2: Arahan Guru K3: Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia K4: Bersemangat Setia Negara K5 : Bersemangat Kekitaan K6 : Berdisiplin K7 : Berusaha dan Produktif K8 : Pelajar Memberi Respon K9 : Pertanyaan pelajar K10 : Sunyi Jumlah 22.65 2.45 0.05 0 0 0 0 2.2 0.35 12.3 40 Jumlah kekerapan 453 49 1 0 0 0 0 44 7 246 800 56.6 6.1 0.1 0 0 0 0 5.5 0.9 30.8 100 Peratusan

Analisis Jumlah Data Masa

Jadual 4.23 bagi pemerhatian kelas 2A, kategori 1 iaitu guru memberi maklumat meliputi 22.65 minit daripada waktu pengajaran dan pembelajaran sebanyak 40 minit. Manakala kategori 2 iaitu guru memberi arahan meliputi 2.45 minit. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon meliputi 2.2 minit. Kategori 9 iaitu pelajar bertanya sesuatu kepada guru meliputi 0.35 minit sahaja. Walau bagaimanapun, kategori 10 iaitu sunyi meliputi 12.3 minit. Bagi kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan 5 unsur patriotisme dalam sukatan pelajaran sejarah tingkatan 2, kategori 3 iaitu berbangga sebagai rakyat Malaysia mendapat 0.05 minit sahaja sepanjang pemerhatin 3 waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kelas 2A, manakala kategori 4 hingga kategori 7 menunjukkan unsur-unsur patriotisme tidak disebut langsung dalam ketiga-tiga waktu yang diadakan.

141 Analisis Kekerapan dan Peratusan Interaksi Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.23 menunjukkan guru memberi maklumat (kategori 1) wujud banyak sekali iaitu sebanyak 453 kali daripada jumlah 800 kali. Kategori 1 juga menampakkan 56.6 peratus. Seterusnya,. Keadaan sunyi (kategori 10) mendapat kedua banyak iaitu 246 kali atau 30.8 peratus. Guru memberi arahan (kategori 2) pula mendapat 49 kali atau 6.1 peratus. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon pula adalah 44 kali ( 5.5%) dan pertanyaan pelajar (kategori 9) menunjukkan 7 kali (0.9%) sahaja. Sementara itu, kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah tingkatan 2, jelas sekali kategori 3 adalah antara 5 unsur disebut dalam kelas iaitu 1 kali (0.1%). Seterusnya kategori 4 hingga kategori 7 yang merupakan unsur-unsur patriotisme tidak disebut langsung dalam kelas 2A sepanjang 3 kali waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P).

142 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.24 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2A di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 50

1363

A
1273

G 1

F 85

M
53

50 3

H L B 1 2 E 0 0 0 0 0 0 230 I 93 J 0 O 0 P 10 D
671

C 151

K
7

21 731

2397 JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

143 Jadual 4.24 berdasarkan 3 kali pemerhatian yang telah dijalankan di kelas 2A, satu taburan hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas telah dijumlahkan. Oleh kerana masa untuk setiap kelas ialah 40 minit, maka jumlah 120 minit itu terdapat 2397 kali kerana setiap kali mewakili 3 saat.

Kawasan A terdapat kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 1273 kali. Ini bererti guru telah menggunakan lebih daripada separuh waktu pengajaran dan pembelajaran (53.1%) untuk memberi informasi dan fakta-fakta sejarah dan bersyarah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan tanpa dimaklum balas oleh pelajar.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Terdapat kekerapan sebanyak 2 kali daripada jumlah 2397 kali (0.08%) bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Unsur berbangga sebagai rakyat Malaysia disebut 2 kali dan unsur-unsur patrotisme yang lain tidak disebut sepanjang 3 masa waktu pengajaran dan pembelajaran. Kawasan C menunjukkan sebanyak 151 kali (6.3%) pelajar mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Pelajar berada dalam suasana yang menggalakkan untuk memberi pendapat. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 671 kali pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini bererti sepanjang waktu dalam kelas, 28 peratus daripada waktu pengajaran dan pembelajaran adalah sunyi. Kawasan E tidak menunjukkan kekerapan iaitu 0 kali (0%) pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 85 kali (3.54%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 1 kali (0.04%) guru menyebut tentang unsur-unsur patrotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H juga 1 kali (0.04%) terdapat pertanyaan, penceritaan atau arahan guru kepada pelajar tentang sumber patriotisme

144 tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I adalah sebanyak 93 kali (3.9%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru.

Kawasan J menunjukkan 0 kali pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K menunjukkan 7 kali (0.3%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L menunjukkan 0 kali (0%) guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme tetapi pelajar tidak membalas sepatah perkataan pun.

Kawasan M menunjukkan 53 kali (2.2%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Keadaan ini menunjukkan guru tidak banyak mengajar sambil menulis di papan hitam. Guru lebih memberi penekanan di kawasan A, iaitu guru memberi informasi kepada pelajar. Kawasan N menunjukkan 50 kali (2.1%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri. Guru menggunakan masa ini untuk menguruskan kelas yang agak bising.

Kawasan O menunjukkan 0 kali (0%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme tanpa dibalas. Kawasan P pula menunjukkan 10 kali (0.4%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap.

Secara kesimpulan, jumlah kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O ialah 4 kali (0.17%) yang menunjukkan pembangunan unsur-unsur patriotisme berlaku dalam waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P). Manakala kawasan E dan J yang menunjukkan penerapan patriotisme adalah 0 kali (0%).

145 Jadual 4.25 : Dapatan jumlah masa, kekerapan dan peratusan bagi kelas tingkatan 2B berdasarkan kategori interaksi guru dengan pelajar dalam kelas Kategori Masa (Minit) K1: Guru Memberi Maklumat K2: Arahan Guru K3: Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia K4: Bersemangat Setia Negara K5 : Bersemangat Kekitaan K6 : Berdisiplin K7 : Berusaha dan Produktif K8 : Pelajar Memberi Respon K9 : Pertanyaan pelajar K10 : Sunyi Jumlah 19.6 1.5 0.25 0 0 0 0 3.3 1.1 9.25 35 Jumlah kekerapan 392 30 5 0 0 0 0 66 22 185 700 56 4.3 0.7 0 0 0 0 9.4 3.2 26.4 100 Peratusan

Analisis Jumlah Data Masa

Jadual 4.25 berdasarkan pemerhatian sebanyak 3 kali di tingkatan 2B di Sekolah Menengah Swasta Inggeris, kategori 1 iaitu guru memberi maklumat meliputi 19.6 minit daripada waktu pengajaran dan pembelajaran sebanyak 35 minit. Manakala kategori 2 iaitu guru memberi arahan meliputi 1.5 minit. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon selama 3.3 minit. Terdapat pertanyaan daripada pelajar (kategori 9) adalah 1.1 minit dan akhir sekali, kategori 10 iaitu keadaan sunyi meliputi 9.25 minit. Bagi kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan 5 unsur patriotisme dalam sukatan pelajaran sejarah tingkatan 2, hanya kategori 3 iaitu bebangga sebagai rakyat Malaysia menunjukkan 0.25 minit. Guru tidak menyebut langsung unsur-unsur patriotisme yang lain semasa bersyarah dalam kelas.

146 Analisis Kekerapan dan Peratusan Interaksi Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.25, dapatan menunjukkan guru memberi maklumat (kategori 1) mendapat banyak sekali iaitu sebanyak 392 kali daripada jumlah 700 kali. Kategori 1 juga menampakkan 56 peratus. Seterusnya, kategori 10 dan kategori 8 menduduki tempat kedua dan ketiga tinggi kekerapannya iaitu masing-masing 185 kali (26.4%) dan 66 kali (9.4%). Guru memberi arahan menduduki tempat keempat iaitu 30 kali atau 4.3 peratus dan terdapat pelajar yang mengeluarkan pertanyaan (kategori 9) sebanyak 22 kali (3.2%). Sementara itu, kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan 2, jelas sekali kategori 3, berbangga sebagai rakyat Malaysia mendapat 5 kali atau 0.7 peratus. Kategori 4, kategori 5, kategori 6 dan kategori 7 yang masing-masing mewakili 5 unsur patriotisme menunjukkan 0 kali atau 0 peratus guru dan pelajar menyebut tentangnya.

147 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.26 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2B di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 73

1180

A
1084

G 3

F 10 7

M
76

90 14

H L B 2 12 E 0 0 0 0 0 0 197 I 109 J 0 O 0 P 7 D
473

C 147

K 4

63 553

2097 JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

148 Berdasarkan Jadual 4.26, 3 kali pemerhatian yang telah dijalankan di kelas tingkatan 2B, satu taburan hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas telah menunjukkan Kawasan A terdapat kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 1084 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 51.7 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar. Guru lebih menekankan faktafakta sejarah dan bersyarah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Kekerapan sebanyak 12 kali daripada jumlah 2097 kali (0.57%) bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Hubungan interaksi ini menunjukkan guru kurang menyebut tentang patriotisme semasa mengajar subjek ini.

Kawasan C menunjukkan sebanyak 147 kali (7%) pelajar diberi peluang yang agak menggalakkan untuk mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 473 kali pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini bererti sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, 22.6 peratus daripada waktu pengajaran dan pembelajaran adalah sunyi. Guru lebih kerap menyalin sesuatu di papan hitam dan pelajar diminta menyalin. Kawasan E menunjukkan tidak terdapat keadaan pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 107 kali (5.1%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru tanpa melibatkan unsure-unsur patriotisme.

Kawasan G menunjukkan 3 kali (0.14%) guru menyebut tentang unsur-unsur patriotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H juga menunjukkan 2 kali (0.09%) guru bertanyaan, berceritaan atau memberi arahan kepada pelajar tentang sumber

patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I sebanyak 109 kali (5.2%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru.

149 Kawasan J menunjukkan 0 kali pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K menunjukkan 4 kali (0.2%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L menunjukkan 0 kali (0%) atau tidak terdapat guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme dengan balasan pelajar mendiam diri. Guru perlu memberi lebih masa menggalakan perbincangan tentang topik patriotisme dan pelajar diberi masa untuk memikirkan kandungan patriotisme yang disampaikan.

Kawasan M menunjukkan 76 kali (3.6%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Keadaan ini sering merujuk kepada guru mengajar sambil menulis di papan hitam. Kawasan N menunjukkan 73 kali (3.5%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri.

Kawasan O menunjukkan 0 kali (0%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme tetapi dibalas dengan keadaan sunyi. Kawasan P pula menunjukkan 7 kali (0.3%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap. Pelajar menggunakan lebih masa untuk menbalas maklumat atau pertanyaan guru (berbanding dengan kawasan C).

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O adalah 17 kali (0.81%) menunjukkan pembangunan unsur-unsur patriotisme adalah kurang. Tambahan lagi, Kawasan E dan J yang menunjukkan penerapan patriotisme adalah tidak berlaku (0%).

150 Jadual 4.27 : Dapatan jumlah masa, kekerapan dan peratusan bagi kelas tingkatan 2C berdasarkan kategori interaksi guru dengan pelajar dalam kelas Kategori Masa (Minit) K1: Guru Memberi Maklumat K2: Arahan Guru K3: Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia K4: Bersemangat Setia Negara K5 : Bersemangat Kekitaan K6 : Berdisiplin K7 : Berusaha dan Produktif K8 : Pelajar Memberi Respon K9 : Pertanyaan pelajar K10 : Sunyi Jumlah 20.15 1.1 0.35 0.05 0 0 0 5.55 0.35 7.45 35 Jumlah kekerapan 403 22 7 1 0 0 0 111 7 149 700 57.6 3.1 1 0.1 0 0 0 15.9 1 21.3 100 Peratusan

Analisis Jumlah Data Masa

Merujuk Jadual 4.27, sepanjang pemerhatian di kelas 2C, kategori 1 iaitu guru memberi maklumat meliputi 20.15 minit daripada waktu pengajaran dan pembelajaran sebanyak 35 minit. Manakala kategori 2 iaitu guru memberi arahan meliputi 1.1 minit. Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon adalah sebanyak 5.55 minit dan kategori 9, pelajar bertanya soalan adalah 0.35 minit. Akhir sekali kategori 10 iaitu sunyi meliputi 7.45 minit. Bagi kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan 5 unsur patriotisme dalam sukatan pelajaran Sejarah tingkatan 2, unsur-unsur iaitu berbangga sebagai rakyat Malaysia (kategori 3), bersemangat setia Negara (kategori 4) masing-masing mendapat selama 0.35 minit dan 0.05 minit. Unsur-unsur lain iaitu bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif tidak diberi penekanan langsung bagi kelas ini (0 minit).

151 Analisis Kekerapan dan Peratusan Interaksi Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Merujuk Jadual 4.27, dapatan menunjukkan guru memberi maklumat (kategori 1) mendapat terbanyak sekali kekerapan sebanyak 403 kali daripada jumlah 700 kali. Setiap kali merujuk kepada 3 saat. Kategori 1 juga menampakkan 57.6 peratus. Manakala kategori 10 (keadaan sunyi) mendapat kekerapan sebanyak 149 kali (21.3%). Kategori 8 iaitu pelajar memberi respon adalah sebanyak 111 kali (15.9%) dan kategori 2 iaitu guru memberi arahan mendapat sebanyak 22 kali atau 3.1 peratus. Seterusnya, terdapat pelajar yang mengeluarkan pertanyaan (kategori 9) sebanyak 7 kali (1%). Sementara itu, kategori 3 hingga 7 yang menunjukkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah tingkatan 2, jelas sekali kategori 3 mendapat kekerapan sebanyak 7 kali (1%) dan kategori 4 pula mendapat 1 kali (0.1%). Kategori 5, kategori 6 dan kategori 7 tidak disebut langsung dalam kelas.

152 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas

Jadual 4.28 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2C di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N 41

1215

A
1097

G 7

F 142

M
35

66 22

H L B 6 17 E 2 0 3 0 0 0 329 I 134 J 1 O 0 P 2 D
399

C 207

K 6

20 442

2097 JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

153 Berdasarkan Jadual 4.28, pemerhatian yang telah dijalankan di kelas 2C, satu taburan hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas telah menunjukkan Kawasan A terdapat kekerapan yang tertinggi iaitu sebanyak 1097 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 52.3 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Kawasan ini menunjukkan 17 kali (0.81%) penerangan tentang unsur-unsur patriotisme daripada guru. Kawasan C menunjukkan sebanyak 207 kali (9.9%) pelajar mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 399 kali (19%) pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini menunjukkan sepanjang pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas 2C, kebanyakan masa adalah sunyi. Kawasan E menunjukkan 2 kali (0.09%) pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 142 kali (6.8%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 7 kali (0.3%) guru menyebut tentang unsur-unsur patrotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H juga 6 kali (0.3%) guru bercerita, bertanya dan memberi arahan kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I adalah sebanyak 134 kali (6.4%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru.

Kawasan J menunjukkan 1 kali (0.05%) pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K terdapat 6 kali (0.3%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L adalah 0 kali (0%) guru bercerita tentang unsur-unsur patriotisme tanpa dibalas oleh pelajar.

154 Kawasan M menunjukkan 35 kali (1.7%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Kawasan N juga terdapat 41 kali (1.96%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri. Guru menggunakan 123 saat untuk menguruskan kelas yang bising.

Kawasan O menunjukkan 0 kali (0%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme. Kawasan P pula menunjukkan 2 kali (0.09%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap.

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O menunjukkan 27 kali (1.57%) pembangunan unsur-unsur patriotisme dalam kelas. Manakala kawasan E dan kawasan J terdapat 3 kali (0.14%) penerapan patriotisme dalam kelas.

155 Analisis Jadual Hubungan Interaksi Antara Guru dengan Pelajar dalam Kelas secara Keseluruhan bagi Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)

Jadual 4.29 : Jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2A, 2B dan 2C secara keseluruhan bagi Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI)
Kategori
Sebagai Rakyat 8. Respon pelajar 1.Informasi Guru 7. Berusaha dan 2. Arahan Guru 4. Bersemangat 5. Bersemangat Setia Negara 6. Berdisiplin 9. Pertanyaan 3. Berbangga Kekitaan Produktif Malaysia

1. Informasi Guru 2. Arahan Guru 3. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia 4.Bersemangat Setia Negara 5. Bersemangat kekitaan 6. Berdisiplin 7. Berusaha dan Produktif 8.Respon pelajar 9. Pertanyaan Pelajar 10. Sunyi
N

3757

A
3454

G 11

F 334

M
164

206 39

H L B 9 31 E 2 0 3 0 0 0 756 I 336 J 1 O 0 P 19
D
1543

C 505

K
17

104
1726

164

6591 JUMLAH

JUMLAH

10. Sunyi

pelajar

156 Jadual 4.29 berdasarkan pemerhatian-pemerhatian yang telah dijalankan di semua kelas di Sekolah Menengah Swasta Inggeris, satu taburan hubungan interaksi secara keseluruhan antara guru dengan pelajar dalam kelas telah diperoleh dengan mencampurkan semua kekerapan yang terdapat di jadual hubungan interaksi dalam kelas 2A, 2B dan 2C. Jumlah kekerapan yang diperoleh bagi ketiga-tiga kelas adalah 6591 kali dimana kelas 2A terdapat 40 minit satu waktu pengajaran dan pembelajaran dan kelas Sejarah 2B serta 2C diadakan 35 minit setiap kali pengajaran dan pembelajaran.

Kawasan A terdapat kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 3454 kali. Ini bererti guru telah menggunakan 52.4 peratus masa untuk memberi informasi dan arahan kepada pelajar tanpa dimaklum balas oleh pelajar. Guru secara keseluruhan menekankan fakta-fakta sejarah dan bersyarah semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kawasan B menunjukkan keadaan guru memberi penerangan tentang unsur-unsur patriotisme. Terdapat kekerapan sebanyak 31 kali (0.47%) daripada 9 kelas yang telah dijalankan sesi pemerhatian. Selain daripada unsur berbangga sebagai rakyat Malaysia telah disebut 39 kali dan unsur bersemangat setia Negara disebut sebanyak 3 kali, unsurunsur lain iaitu bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif tidak dibincang dalam kelas langsung.

Kawasan C menunjukkan sebanyak 505 kali (7.66%) pelajar mengembangkan idea atau memberi jawapan sendiri sebagai respon kepada guru. Walau bagaimanapun, bahagian ini tidak melibatkan respon pelajar tentang patriotisme.

Kawasan D menunjukkan 1543 kali pelajar dan guru berada dalam keadaan sunyi. Ini menduduki kekerapan yang tinggi dimana sebanyak 23.4 peratus daripada waktu pengajaran dan pembelajaran adalah sunyi. Kaedah menulis di papan hitam atau menjawab soalan dalam kertas digunakan oleh guru Sekolah Menengh Swasta Inggeris semasa mengendalikan pengajaran dan pembelajaran.

157 Kawasan E tidak menunjukkan kekerapan 2 kali (0.03%) pelajar memberi respon kepada guru tentang unsur patriotisme. Kawasan F menunjukkan 334 kali (5.07%) pelajar memberi respon kepada pertanyaan guru.

Kawasan G menunjukkan 11 kali (0.17%) guru menyebut tentang unsur-unsur patriotisme selepas kelas dilangsungkan. Kawasan H adalah 9 kali (0.14%) berlaku pertanyaan, penceritaan atau arahan guru kepada pelajar tentang sumber patriotisme tanpa maklum balas daripada pelajar. Kawasan I adalah sebanyak 336 kali (5.1%) pertanyaan pelajar atau respon pelajar berikutan sesuatu yang diperkatakan oleh guru.

Kawasan J menunjukkan 1 kali (0.02%) pelajar menyebut atau memberi respon setelah guru menyebut tentang unsur patriotisme. Kawasan K menunjukkan 17 kali (0.26%) pelajar berbincang topik bukan patriotisme dan keadaan tenang semula. Kawasan L tidak menunjukkan kekerapan atau 0 kali (0%) guru bercerita tentang unsurunsur patriotisme tanpa dibalas sepatah perkataan pun.

Kawasan M menunjukkan 164 kali (2.49%) guru mengajar dan kemudian keadaan sunyi. Keadaan ini sering merujuk kepada guru mengajar sambil menulis di papan hitam. Kawasan N juga sama menunjukkan 164 kali (2.49%) guru bercakap sesuatu diikuti pelajar mendiam diri.

Kawasan O tidak menunjukkan kekerapan atau 0 kali (0%) guru mengulangi maklumat tentang unsur patriotisme tanpa dibalas oleh pelajar. Kawasan P pula menunjukkan 19 kali (0.3%) keadaan sunyi selepas pelajar bercakap. Pelajar menggunakan lebih masa untuk menbalas maklumat atau pertanyaan guru.

Secara kesimpulan, kekerapan di Kawasan B, E, G, H, J, L dan O menunjukkan pembangunan unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah sebanyak 54 kali (0.81%) sahaja. Kawasan E dan J menunjukkan kekerapan 3 kali atau 0.05 peratus penerapan patriotisme dalam kelas.

158 4.2.4 Perbandingan Antara Empat Jenis Sekolah Tentang Penerapan Unsur-unsur Patriotisme Dalam Kelas Sejarah Tingkatan Dua

Jadual 4.30 : Jadual perbandingan antara empat jenis sekolah tentang penerapan unsur-unsur patriotisme dalam kelas sejarah tingkatan dua

Jenis Sekolah SMK SMI SMPC SMSI

Kawasan B,E,G,H,J,L&O Tahap Pembangunan (menunjukkan topik tentang unsur-unsur patriotisme disebut semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas)

4.02 peratus

7.4 peratus

0.06 peratus

1.57 peratus

E&J Tahap Penerapan (menunjukkan perbincangan antara guru dengan pelajar tentang unsurunsur patriotisme)

0.13 peratus

0.7 peratus

0 peratus

0.05 peratus

159 Jadual 4.30 merupakan analisis secara perbandingan yang didapat daripada jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas secara keseluruhan bagi sekolah. Bagi barisan pertama, kawasan B, kawasan E, kawasan G, kawasan H, kawasan J, kawasan L dan kawasan O menunjukkan segala komunikasi secara lisan yang terdapat dalam kelas tentang unsur-unsur patriotisme sama ada disebut oleh pihak guru, pihak pelajar atau kedua-dua pihak berbincang bersama. Barisan kedua iaitu kawasan E dan kawasan J adalah khas menunjukkan perbincangan antara guru dengan pelajar tentang unsur-unsur patriotisme secara dua hala yang merujuk kepada tahap penerapannya.

Dapatan menunjukkan Sekolah Menengah Islam (SMI) mendapat peratusan yang paling tinggi iaiu sebanyak 7.4 peratus. Penglibatan topik patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sama ada guru, pelajar menyebut tentang patriotisme atau perbincangan antara guru dengan pelajar tentang patriotisme. Seterusnya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) mendapat kedua tinggi iaitu 4.02 peratus penglibatan topik patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran. Di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI), sebanyak 1.57 peratus menduduki tempat ketiga dan akhir sekali, Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) menunjukkan 0.06 peratus sama ada guru, pelajar atau kedua-dua pihak menyebut dan berbincang tentang patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Sejarah tingkatan dua.

Barisan kedua yang menunjukkan kawasan E dan kawasan J khusus menunjukkan perbincangan atau kominikasi lisan secara dua hala antara guru dengan pelajar tentang patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sejarah tingkatan 2. Sekolah Menengah Islam (SMI) secara perbandingan mendapat peratusan yang paling tinggi iaitu 0.7 peratus. Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) pula mendapat kedua tinggi iaitu 0.13 peratus. Di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI), perbincangan antara guru dengan pelajar adalah sebanyak 0.05 peratus dan akhir sekali, di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), tidak terdapat perbincangan antara guru dengan pelajar tentang patriotisme (0%).

160 4.3 Analisis Masalah Guru Dalam Pengajaran Unsur-unsur Patriotisme

Guru-guru Sejarah sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar bagi mengajar topik tentang unsur-unsur patriotisme khususnya dalam pengajaran Sejarah tingkatan 2. Memandangkan kepentingan kenyataan ini, pengkaji telah mengadakan satu temu bual dengan guru-guru yang mengajar Sejarah tingkatan 2 bagi kelas-kelas yang dijalankan sesi pemerhatian. Sesi temu bual ini diadakan di sekolah masing-masing sama ada sebelum sesuatu sesi pemerhatian atau selepas waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kelas tersebut. Terdapat 2 guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ditemubual, 2 guru dari Sekolah Menengah Islam (SMI), 3 guru dari Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan 1 orang guru dari Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI) kerana terdapat seorang guru sahaja yang mengendalikan semua kelas Sejarah tingkatan 2 di sekolah tersebut. Antara masalah-masalah dibincangkan seperti berikut:

4.3.1

Pengkhususan Guru

Menurut guru yang ditemu bual, masalah yang mereka hadapi ialah seperti kurang pasti dengan bagaimana mengukur hasil pembelajaran tentang unsur-unsur patriotisme yang telah diajar kerana ia terlalu abstrak. Ini telah menimbulkan kekeliruan terutama guru yang kurang pengalaman atau bukan opsyen Sejarah dan baru mengambil tempat sebagai guru Sejarah.

Di samping itu, terdapat 4 orang guru daripada 8 guru yang di temu bual bukan opsyen dalam Sejarah tetapi terpaksa mengajar mata pelajaran ini kerana masalah kekurangan guru Sejarah di sekolah tersebut. Guru-guru ini lebih selesa dengan menggunakan cara pengajaran yang diguna oleh guru Sejarah mereka semasa mereka di bangku sekolah. Oleh demikian, guru terebut yang mengajar subjek Sejarah dengan berasaskan pengalaman sendiri dalam mempelajari aspek-aspek yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sejarah termasuk unsur-unsur patriotisme.

161 4.3.2 Sikap Guru terhadap Pelajar dan Kelas sejarah

Terdapat 2 guru yang di temu bual mengatakan mereka merasa susah ingin menyentuh tentang topik patriotisme dengan pelajarnya kerana masalah pelajar yang kurang minat dengan mata pelajaran Sejarah, lebih-lebih lagi tentang unsure-unsur patriotisme. Adalah sukar bagi guru-guru ini menimbulkan minat pelajar. Mereka juga tidak dapat menyebut apa kaedah yang digunakan untuk pengajaran unsur-unsur patriotisme. Kebanyakan guru juga berpandangan mengajar pelajar menguasai subjek ini supaya memperoleh skor A atau sekurang-kurangnya lulus dalam peperiksaan adalah pendekatan yang paling praktikal. Walaupun sasaran pelajar merupakan pelajar tingkatan 2, namun guru-guru menanggap adalah selamat atau munasabah mereka menghabiskan sukatan pelajaran dahulu supaya tidak dipersoalkan oleh ibu bapa pelajar atau pihak pentadbir sekolah.

4.3.3

Respon Pelajar dalam Kelas Sejarah

Terdapat pandangan guru secara keseluruhan bahawa majoriti pelajar lebih bersikap spoon feed semasa mengadakan kelas Sejarah. Mereka kuat menyalin dan lebih suka mendengar kuliah yang disampaikan daripada mengemukakan idea dalam kelas.Walaupun kelas yang mendapat markah tinggi dalam Sejarah, pelajarnya juga lebih berorientasikan peperiksaan. Terdapat sesetengah kelas yang kurang celik pula langsung tidak ingin belajar Sejarah apatah lagi bila guru menyebut tentang patriotisme.

Rata-rata pelajar tidak menunjukkan minat berbincang tentang isu-isu yang berkaitan dengan semangat patriotisme. Pelajar ini dikatakan kurang mengerti kepentingan isu-isu yang berlaku di negara dan tidak tahu cara untuk membincang sesuatu tajuk tentang patriotisme. Walau bagaimanapun, terdapat guru yang cuba menimbulkan minat pelajar mengambil tahu tentang patriotisme dengan kaedah berpuisi, berdrama, memain peranan dalam kelas Sejarah berjaya mendapat sambutan pelajar.

162 4.3.4 Keperluan dari Pihak Sekolah dan Ibubapa

Masyarakat dalam sekolah sering menghadapi tekanan dari segi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan adanya penyusunan kedudukan keputusan peperiksaan dalam negeri antara sekolah dan pelbagai lagi sistem memperbaiki markah pelajar seperti Head Count, dan ramalan-ramalan soalan, maka sekolah telah menghadapi tekanan untuk menonjolkan nama sekolah atau tidak menjadi merosot keputusan dalam apa subjek. Oleh itu, terdapat sekolah yang memberi kelas tambahan semasa tingkatan 2 lagi dengan menyumbatkan pelajar latihanlatihan yang berkaitan dengan peperiksaan.

Manakala, ibu bapa pada zaman ini kebanyakan mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan baik dalam peperiksaan. Bagi golongan ibu bapa, segala kesusahan mereka untuk anak-anak adalah supaya mereka dapat berjaya dalam bidang pekerjaan pada suatu hari nanti. Selalunya ibu bapa ini yang sering mencampur tangan hal pengajaran guru dalam kelas. Mereka menanggap pengajaran patriotisme tidak membawa makna kerana tidak berkaitan dengan peperiksaan.

4.4

Kesimpulan

Analisis dalam Bab 4 telah mengenal pasti interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah. Dapatan yang dianalisis jelas menunjukkan penerapan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah menengah adalah rendah. Banyak faktor yang menyumbang kepada kelemahan penerapan unsur-unsur patriotisme dalam kelas. Antaranya faktor yang paling utama adalah masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar serta pandangan yang berlainan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kesemua isu ini boleh dibincang untuk mencapai satu jalan penyelesaian yang baik untuk menangani persoalan ini.

163

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Bab ini akan merumuskan, membincangkan dan memberi cadangan tentang dapatan-dapatan kajian iaitu mengenai hubungan antara pembangunan patriotisme dengan penerapan pelajaran Sejarah tingkatan 2 semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ulasan dan perbincangan ini akan dikaitkan dengan persoalan kajian.

Dari segi metodologi, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah temubual untuk mendapat huraian yang tepat dengan hasil dapatan tersebut. Dalam jadual pemerhatian dan jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2, pengkaji telah menetapkan 10 kategori yang berkaitan dengan komunikasi lisan dalam kelas dan pengamalan unsur-unsur patriotisme yang digariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Islam (SMI), Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI).

164 5.2 Perbincangan Kajian

Perbincangan analisis data ini akan dilakukan berdasarkan persoalan-persoalan kajian yang berasaskan objektif kajian pada awal kajian ini. Terdapat 4 persoalan kajian yang menjadi fokus kajian ini dan perbincangan akan dibuat berdasarkan urutannya. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan hubungan yang lemah antara pembangunan patriotisme dengan penerapan mata pelajaran Sejarah semasa pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah.

5.2.1

Perbincangan hasil dapatan yang diperoleh daripada analisis terhadap persoalan kajian pertama

5.2.1.1 Persoalan 1:

Apakah jenis interaksi antara guru dengan pelajar (mengikut kategori) dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah?

Melalui dapatan yang diperoleh, didapati keempat-empat jenis sekolah lebih mengamalkan kaedah bersyarah dan menyalin (chalk and talk). Hasil daripada itu, kekerapan dan peratusan bagi kategori 1 (guru memberi maklumat) dan kategori 10 (sunyi) jauh lebih tinggi daripada kategori-kategori yang lain.

Dapatan menunjukkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), kelas 2A mendapat 58.8 peratus (494 kali) daripada waktu kelas Sejarah untuk kategori 1 dan 11.4 peratus (96 kali) untuk kategori 10. Kelas 2B pula mengguna 8.7 peratus (61 kali) untuk kategori 1 dan 55.86 peratus (391 kali) untuk kategori 10. Manakala kelas 2C mengguna 23.3 peratus (186 kali) untuk kategori 1 dan 63.3 peratus (507 kali) untuk kategori 10. Setiap pasangan bagi ketiga-tiga kelas mendapat lebih kurang 70 peratus yang menunjukkan guru lebih menggunakan cara bersyarah dan menyalin.

Di Sekolah Menengah Islam (SMI) pula, kelas 2A mengguna 27.2 peratus (191 kali) untuk kategori 1 dan 13 peratus untuk kategori 10, kelas 2B pula mendapat 50 peratus (300 kali) untuk kategori 1 dan 8.1 peratus (49 kali) untuk kategori 10. Kelas

165 2C mengguna 73.1 peratus (441 kali) untuk kategori 1 dan 11.7 peratus (70 kali) untuk kategori 10. Walaupun kelas 2A hanya menunjukkan 40.2 peratus guru menggunakan kaedah bersyarah dan menyalin (kurang daripada 50%), tetapi kelas 2B dan 2C masingmasing menunjukkan 58.1 peratus dan 84.8 peratus guru mengguna kaedah bersyarah dan menyalin. Ini telah membawa purata sebanyak 61 peratus guru Sejarah di Sekolah Menengah Islam mengajar dengan mengguna kaedah chalk and talk.

Di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), guru Sejarah kelas 2A menggunakan 53.8 peratus (409 kali) untuk memberi maklumat kepada pelajar (kategori 1) dan 20.9 peratus (159 kali) untuk kategori 10. Kelas 2B mengguna 58.7 peratus (446 kali) untuk kategori 1 dan 31.6 peratus (240 kali) untuk kategori 10. Kelas 2C mengguna 53.2 peratus (404 kali) untuk kategori 1 dan 27.5 peratus (209 kali) untuk kategori 10. Di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), interaksi antara guru dengan pelajar adalah sama seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) iaitu secara bersyarah dan menyalin, malah ketiga-tiga kelas menunjukkan purata 80 peratus pengajaran dan pembelajaran adalah secara chalk and talk. Sekolah Menengah Swasta berbahasa Inggeris (SMSI) menunjukkan interaksi antara guru dengan pelajar di kelas 2A , iaitu 56.6 peratus (453 kali) didapati untuk kategori 1 dan 30.8 peratus (246 kali) untuk kategori 10. Kelas 2B menunjukkan 56 peratus (392 kali) untuk kategori 1 dan 26.4 peratus (185 kali) untuk kategori 10. Manakala kelas 2C mendapat 57.6 peratus (403 kali) untuk kategori 1 dan 21.3 peratus (149 kali) untuk kategori 10. Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI) menunjukkan purata 82 peratus daripada pengajaran dan pembelajaran diguna dalam bentuk guru memberi maklumat kepada pelajar.

Secara keseluruhan, interaksi antara guru dengan pelajar di empat jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Islam (SMI), Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI) adalah berbentuk guru bersyarah dan sama ada pelajar atau guru dengan pelajar menyalin sesuatu atau menjawab di kertas soalan.

Dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran, peranan guru sebagai fasilitator tetapi bukan pemberi maklumat perlu dijelaskan. Guru boleh membuat

166 arahan dalam pengajaran Sejarah dengan lebih berkesan. Pendekatan literature-base (Allan, 2002) mengutarakan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan alat bantuan mengajar seperti biografi, fiksyen sejarah, novel atau cerita pendek, guru dapat membantu pelajar mengalami sendiri tentang semangat patriotisme yang ingin disampaikan melalui drama atau andaian membalik ke zaman dahulu. Pelajar yang tidak dapat motivasi daripada pendekatan tradisional pengajaran Sejarah juga boleh dirangsangkan dengan meminta mereka membaca puisi, sajak patriotisme atau menyanyi lagu patriotsme untuk memudahkan mereka menginterpretasi sesuatu era dan perasaannya.

Para pengkaji sejarah telah mengemukakan banyak kaedah yang boleh diguna untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Walau bagaimanapun, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran unsur-unsur patriotisme dalam kelas, fokus utama kajian ini ialah bagaimana guru memanfaatkan waktu dalam kelas untuk mengendalikan pengajaran yang berkualiti. Maka hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas adalah kunci utama perlu diberi penelitian. David (1989) menegaskan kepentingan interaksi antara guru dengan pelajar melalui maklum balas akan menyumbang kepada minat pelajar dalam subjek ini. Kajiannya mendapati sebahagian besar daripada strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah berpusat pada interaksi secara indivudu antara pelajar dengan guru.

Dengan erti guru bukan sahaja menyampaikan maklumat tetapi perlu memberi perhatian tentang komunikasi dengan pelajarnya di samping memperkayakan cara pengajarannya. Menurut Teoh (2005), guru boleh membaiki kandungan pengajaran, cara mengajar, aktiviti bilik darjah untuk meninggikan minat dan motivasi membelajar. Crookes dan Schmidt (1991) menunjukkan motivasi ialah satu perasaan yang dapat dibentuk oleh guru dalam bilik darjah. Oleh itu, guru sepatutnya menjadi agen untuk melahirkan suasana yang mesra dan bertenaga dalam kelas. Menerangkan tujuan dan rasional sesuatu arahan pembelajaran kepada pelajar juga akan meninggikan motivasi mereka (Nunan, 1995). Oxford dan Ehrman (1993) juga berpendapat sikap guru yang positif semasa mengajar dapat memupuk motivasi pelajar dalam bilik darjah. Akhirnya, dapat menyimpulkan bahawa faktor yang paling kritikal dalam proses pembelajaran unsur-unsur patriotisme adalah bagaimana guru dan pelajar berinteraksi. Guru yang

167 dipandang sebagai penyayang, penyokong dan pembantu akan membawa kemajuan dari segi keyakinan, membuat keputusan diri pelajar dan mencapai motivasi intrinsik pelajar tersebut (Seifer and OKeefe, 2001).

Dari segi respon pelajar (kategori 8) dan pelajar mengeluarkan pertanyaan (kategori 9), interaksi seperti ini masih pada tahap yang rendah. Analisis menunjukkan pelajar berada pada situasi yang pasif semasa pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah. Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), hanya kelas 2B terdapat pelajar yang mengeluarkan pertanyaan (kategori 9) iaitu sebanyak 1.7 peratus, kelas 2A dan 2C menunjukkan kategori 9 adalah 0 dari segi peratusan dan kekerapan. Kelas 2A, 2B dan 2C masing-masing mendapat 11.4 peratus, 6 peratus dan 3.1 peratus bagi kategori 8.

Di Sekolah Menengah Islam (SMI), pelajar tidak mengeluarkan pertanyaan (kategori 9) dalam ketiga-tiga kelas, kelas 2A, 2B dan 2C masing-masing mendapat 43.4 peratus, 39.7 peratus dan 13.7 peratus sahaja untuk kategori 8. Walau bagaimanapun, Sekolah Menengah Islam adalah antara 4 jenis sekolah yang terdapat pelajar memberi respon (kategoi 8) pada kadar yang tinggi terutama kelas 2A dan 2B.

Di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), kelas 2A menunjukkan pelajar mengeluarkan pertanyaan sebanyak 0.3 peratus manakala kelas 2B dan 2C adalah 0 peratus. Kelas 2A mendapat 16.6 peratus bagi kategori 8 iaitu pelajar memberi respon. Kelas 2B pula mendapat 0.8 peratus bagi kategori 8 dan kelas 2C adalah 10 peratus. Peratusan ini menunjukkan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) mendapat peratusan yang rendah bagi pelajar memberi respon dan mengeluarkan pertanyaan.

Di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI), pelajar 2A telah memberi respon (kategori 8) sebanyak 5.5 peratus dan mengeluarkan pertanyaan (kategori 9) sebanyak 0.9 peratus manakala kelas 2B pula adalah sebanyak 9.4 peratus bagi kategori 8 dan 3.2 peratus bagi kategori 9. Kelas 2C pula adalah 15.9 peratus bagi kategori 8 dan 1 peratus bagi kategori 9. Walaupun Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI) menunjukkan peratusan yang lebih tinggi dari segi pelajar melibatkan diri semasa pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2, tetapi interaksi antara guru

168 dengan pelajar ini masih kurang kerana peratusannya tidak sampai 18 peratus. Ini bererti tidak sampai satu per empat daripada waktu pengajaran dan pembelajaran diguna untuk pelajar aktif dalam kelas.

Pergantungan penyampaian atau persembahan guru sebagai satu-satunya ukuran ke atas pembangunan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan 2 mungkin ada kelemahanya. Kajian lepas menunjukkan bahawa motivasi seseorang pelajar dalam pembelajaran juga berkait rapat dengan tindak balasnya dalam bilik darjah. Menurut Teoh (2005), kerelaan untuk berkomunikasi (willingness to communicate, WTC) telah menjadi satu hasilan dalam proses pengajaran. Motivasi pelajar tentang semangat rela berkomunikasi perlu juga diuji sebagai satu hasil pembelajaran subjek Sejarah.

Selain daripada itu, pembolehubah bahasa juga perlu menjadi tumpuan semasa menjalankan kajian seperti ini. Walaupun pengkaji mengandaikan semua pelajar yang lulus subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan UPSR seharusnya memahami penjelasan guru dan boleh memberi maklum balas dengan baik. Keadaan ini lebih menonjol di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang terdapat kira-kira 40-50 peratus pelajar bukan Melayu dalam kelas. Mereka kurang mengeluarkan pendapat apabila keadaan memerlukan mereka bertutur dalam dalam Bahasa Melayu. Gardner (2003) yang mengelar psikologi ini sebagai motivasi integratif ( integrativeness). Dalam siri kajiannya telah mendapati motivasi integratif mempunyai hubungan yang signifikan dengan pemerolehan bahasa kedua dan mempunyai kuasa peramal yang kuat ke atas pencapaian bahasa kedua. Menurut Gardner (1985), bahasa kedua hanya merupakan satu subjek sekolah yang diperkenalkan dari tahun pertama hingga tahun terakhir dalam pendidikan formal. Mata pelajaran bahasa adalah seperti Matematik, Sejarah dan Geografi. Pelajar didedahkan dengan bahan bacaan yang perlu dipelajari, difahami atau dihafal dengan tujuan lulus dalam peperiksaan, mengambil hati guru mereka dan membanggakan ibu bapa.

169 5.2.2 Perbincangan hasil dapatan yang diperoleh daripada analisis terhadap persoalan kajian kedua

5.2.2.1 Persoalan 2:

Berapa lamakah guru memperuntukkan masa untuk menyerapkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah?

Bagi dapatan yang diperoleh, keempat-empat sekolah yang menjadi sampel kajian telah menunjukkan sangat kurang masa diambil untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah tingkatan 2. Walau bagaimanapun, antara empat jenis sekolah, Sekolah Menengah Islam (SMI) mempunyai tahap penerapan unsur-unsur patriotisme yang lebih tinggi. Dapatan ini menunjukkan persamaan dengan dapatan yang diperoleh oleh Asmadi dan rakan-rakan (2003). Kajian mereka mengenal pasti pembolehubah patriotisme di kalangan pelajar IPTA di Malaysia, didapati tahap patriotisme pelajar-pelajar sekolah agama adalah paling tinggi berbanding dengan rakan-rakan mereka dari aliran lain. Walau bagimanapun, hasil kajian ini berbeza dengan hasil kajian mereka yang mengatakan tahap patriotisme di kalangan pelajar IPTA adalah tinggi.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), kelas 2A mendapat 4.25 minit daripada 42 minit guru menyerapkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah. Ini bererti sebanyak 10.2 peratus atau kekerapan sebanyak 85 kali daripada 840 kali guru, pelajar atau kedua-duanya menyebut tentang unsurunsur patriotisme. Kelas 2B pula menunjukkan 0.4 minit daripada 35 minit waktu pengajaran dan pembelajaran guru menyerap unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah. Ini bererti 1.14 peratus atau 8 kali daripada 700 kali kekerapan guru dan pelajar menyebut tentang unsur-unsur patriotisme. Analisis daripada kelas 2C pula menunjukkan guru tidak menyerapkan unsur-unsur patriotisme langsung semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Sejarah.

Seperti dapatan yang telah diperoleh dari temu bual dengan guru bahawa pelajar yang kurang berminat dan menunjukkan sambutan yang dingin merupakan faktor utama guru tidak kerap menyentuh tentang tajuk patriotisme.Sememangnya, menurut

170 Asmadi dan rakan-rakan (2003), pelajar yang terdidik di Sekolah Rendah Cina atau India mempunyai idolanya di luar Malaysia. Bahasa yang dituturkan oleh pelajar di sekolah Cina ada persamaannya dengan bahasa yang terdapat di Singapura, Hong Kong, China dan Taiwan. Begitu juga dengan bahasa Tamil. Ini dengan sendirinya membawa jiwa pelajar keluar dari konteks Malaysia.

Akan tetapi, satu hakikat yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ialah semangat patriotisme di kalangan pelajar sama ada beraliran bahasa Melayu, bahasa Cina atau bahasa Tamil adalah tidak menonjol. Malah keadaan ini telah menjadi sesuatu yang tetap berlaku di jenis-jenis sekolah lain.

Di Sekolah Menengah Islam (SMI), kelas 2A mendapat 5.8 minit daripada 35 minit guru menyerapkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah. Ini bererti sebanyak 16.4 peratus atau kekerapan sebanyak 114 kali daripada 700 kali guru, pelajar atau kedua-duanya menyebut tentang unsur-unsur patriotisme. Kelas 2B pula menunjukkan 0.15 minit daripada 30 minit waktu pengajaran dan pembelajaran guru menyerap unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah. Ini bererti 0.5 peratus atau 3 kali daripada 600 kali kekerapan guru dan pelajar menyebut tentang unsur-unsur patriotisme. Analisis daripada kelas 2C pula menunjukkan guru menyerapkan unsur-unsur patriotisme sebanyak 0.25 minit daripada 30 minit semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Sejarah. Ini juga bererti guru menyerap unsur-unsur patriotisme sebanyak 5 kali daripada 600 kali atau 0.8 peratus.

Di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), kelas 2A mendapat 0.05 minit daripada 38 minit guru menyerapkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah. Ini bererti sebanyak 0.1 peratus atau kekerapan sebanyak 1 kali daripada 760 kali guru, pelajar atau kedua-duanya menyebut tentang unsur-unsur patriotisme. Kelas 2B dan 2C pula menunjukkan guru tidak menyerapkan unsur-unsur patriotisme langsung semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Sejarah.

Di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI), kelas 2A mendapat 0.05 minit daripada 40 minit guru menyerapkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan

171 pembelajaran kelas Sejarah. Ini bererti sebanyak 0.1 peratus atau kekerapan sebanyak 1 kali daripada 800 kali guru, pelajar atau kedua-duanya menyebut tentang unsur-unsur patriotisme. Kelas 2B pula menunjukkan 0.25 minit daripada 35 minit waktu pengajaran dan pembelajaran guru menyerap unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah. Ini bererti 0.7 peratus atau 5 kali daripada 700 kali kekerapan guru dan pelajar menyebut tentang unsur-unsur patriotisme. Analisis daripada kelas 2C pula menunjukkan guru menyerapkan unsur-unsur patriotisme sebanyak 0.4 minit daripada 35 minit semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Sejarah. Ini juga bererti guru menyerap unsur-unsur patriotisme sebanyak 8 kali daripada 700 kali atau 1.1 peratus.

Secara kesimpulannya, guru Sejarah di empat jenis sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Islam (SMI), Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sekolah Menengah Swasta Ingeris (SMSI) kurang memperuntukkan masa bagi menyerapkan unsur-unsur patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2. Antara keempat-empat jenis sekolah tersebut, Sekolah Menengah Islam (SMI) paling tinggi kekerapan untuk menyerapkan unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah iaitu sejumlah 122 kali, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) menduduki tempat kedua iaitu sebanyak 93 kali. Seterusnya ialah Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI) memdapat sejumlah 14 kali dan akhir sekali ialah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) iaitu 1 kali sahaja daripada 3 kelas yang telah dijalankan sesi pemerhatian.

Singh, Marimuthu dan Mukherjee (1990) telah mendapat dari kajian mereka bahawa pelajar sukar menerima idea-idea tentang patriotisme semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terutama semasa guru mata pelajaran Sejarah mengadakan kelas mereka. Menurut mereka, ini adalah kerana fokus masyarakat awam adalah tertumpu kepada lulus dalam peperiksaan. Anuar (2000) pula menjelaskan bahawa pendidikan melalui kaedah penerapan dalam pendidikan Sejarah merupakan satu usaha yang sia-sia yang menemui kegagalan.

172

5.2.3

Perbincangan hasil dapatan yang diperoleh daripada analisis terhadap persoalan kajian ketiga

5.2.3.1 Persoalan 3:

Apakah bandingan tahap pembangunan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah?

Analisis dapatan menunjukkan, secara keseluruhan, terdapat sebanyak 7.34 peratus perbezaan antara sekolah yang mempunyai tahap pembangunan nilai-nilai patriotisme yang paling tinggi iaitu Sekolah Menengah Islam (SMI) dengan sekolah yang mempunyai tahap pembangunan nilai-nilai patriotisme yang paling rendah iaitu Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

Persoalan bagaimana guru dapat menguasai atau menghadapi kelas Sejarah dengan menarik minat pelajar terutama dalam konteks pembangunan unsur-unsur patriotisme? Jackson (1989) mendapati fakulti atau maktab perguruan

bertanggungjawab ke atas kelemahan dalam pendidikan Sejarah di sekolah menengah. Rodney (1994) menegaskan bahawa guru pelatih di maktab atau kuliah selalunya merupakan penerima yang pasif dengan merekod banyak maklumat yang memerlukan mereka memahami dan menganalisis serta merta. Oleh itu, apabila mereka berdiri di depan pelajar di sekolah, perkara yang sama berlaku di sekolah menengah. Walau bagaimanapun, terdapat kajian-kajian menimbulkan perhatian tentang isi kandungan yang terlalu banyak dalam buku teks menghadapi masalah untuk menghabiskan silibus. Accountability dan core business seseorang guru pula ialah mengajar apa yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Dilemma ini menyebabkan guru terpaksa meletakkan pengajaran unsur-unsur patriotisme sebagai kerja sampingan.

Seperti maksud yang diterangkan dalam bab 2 tentang erti pembangunan nilainilai patriotisme iaitu penyampaian atau persembahan guru Sejarah kepada nilai-nilai positif dari aspek unsur-unsur patriotisme (yang telah dibincang di bab 1) membawa kepada tamadun manusia. Maka tahap pembangunan nilai-nilai patriotisme ini menuju kepada kawasan B, E, G, H, J, L dan O yang terdapat di jadual hubungan interaksi

173 antara guru dengan pelajar dalam kelas. Kawasan B, E, G, H, J, L dan O menunjukkan guru menyampaikan nilai-nilai patriotisme kepada pelajar. Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), kawasan B, E, G, H, J, L dan O menunjukkan sebanyak 4.02 peratus penyampaian guru tentang unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah. Manakala di Sekolah Menengah Islam (SMI), terdapat 7.4 peratus daripada waktu pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 sepanjang pemerhatian, guru Sejarah menyampaikan mesej-mesej tentang unur-unsur patriotisme kepada pelajar. Bagi Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), kawasan B, E, G, H, J, L dan O menunjukkan 0.06 peratus guru menyampaikan unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah dan di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI), terdapat 1.57 peratus guru menyampaikan unsur-unsur patriotisme kepada pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2.

Walaupun sekolah menengah Islam (SMI) menunjukkan peratusan yang paling tinggi (6.4%), tetapi secara keseluruhan, peratusan bagi keempat-empat sekolah adalah rendah. Oleh itu, keputusan ini menunjukkan tiada perbezaan dari segi tahap pembangunan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah. Menurut Abdul Rahim (1999), pengajaran mata pelajaran Sejarah oleh guru tidak semata-mata untuk tujuan supaya pelajar menguasai fakta-fakta dan lulus dalam peperiksaan. Sebaliknya pengajaran guru perlulah memberi kesan yang positif dan menyeluruh kepada perkembangan intelektual dan minda yang akhirnya dapat mencorakkan pelajar menjadi warganegara yang patriotik dan bersedia memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Antara kelima-lima unsur patriotisme, unsur pertama iaitu Berbangga sebagai rakyat Malaysia mempunyai kekerapan yang paling tinggi (kekerapan sebanyak 200) dalam interaksi antara guru dengan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi empat jenis sekolah menengah tersebut. Manakala unsur Berdisiplin (kekerapan sebanyak 28) pula paling rendah kekerapannya guru berbincang dengan pelajar dalam kelas Sejarah di empat jenis sekolah menengah. Dapatan ini menunjukkan persamaan dengan dapatan yang diperoleh oleh Haminah (1999) dan Trumay (2004). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tidak wujud sebarang perbezaan dari segi jantina, aliran bahasa dan aliran pendidikan dalam pengamalan nilai-nilai patriotisme.

174 Tambahan pula, penyelidikan secara soal selidik yang dijalankan oleh Haminah (1999) dan Trumay (2004) jelas menunjukkan pelajar kurang mematuhi peraturan sekolah, kurang yakin pada diri sendiri, kurang berkelaku adil, kurang menepati masa, tidak berkelakuan sopan dan tidak rajin berusaha dalam kehidupan harian mereka. Hakikat ini adalah tidak selaras dengan matlamat pendidikan negara yang memberi penekanan kepada unsur nilai berkaitan dengan keperluan dan perkembangan individu yang bertujuan untuk meninggikan kemampuan atau kebolehan individu supaya berfungsi dalam kesejahteraan dan pembangunan negara.

Kajian Davies dan Mark (2002) telah mendapati bahawa guru menghadapi kesukaran untuk melaksanakan pendidikan kewarganegaraan dalam kurikulum pendidikan. Kajian mereka juga menimbulkan satu isu tentang isi kandungan tentang pendidikan kewarganegaraan yang terlalu abstrak atau tidak mendekati dunia jagat. Pada pendapat mereka, pendidikan kewarganegaraan seharusnya melibatkan pelajar secara langsung untuk membawa perubahan kepada pelajar.

Guru harus mengambil peranan yang lebih aktif juga apabila mencerita tentang soal pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ini kerana guru, sama ada mahu atau tidak mahu, merupakan orang yang menjadi pengantara menanam nilai dan cara berfikir dari generasi ke generasi. Mohd. Kamal (1985) menyatakan kesepaduan dalam kehidupan, nilai dalaman, nilai keagamaan penting untuk menjamin pembanguan manusia dalam apa jua bidang untuk mengelakkan pelbagai-bagai keburukan tingkahlaku. Pandangan ini adalah benar dan orang yang paling sesuai untuk menggerakkan kemurnian hidup adalah para pendidik selain ibu bapa. Ajaran Konfusionisme juga telah mengingatkan masyarakat Cina bahawa sekiranya seseorang diajar tetapi tidak diberi ajaran, maka orang yang patut dipersalahkan ialah gurunya.

175 5.2.4 Perbincangan hasil dapatan yang diperoleh daripada analisis terhadap persoalan kajian keempat

5.2.4.1 Persoalan 1:

Apakah bandingan tahap penerapan nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah?

Penerapan nilai patriotisme dalam erti kata sebenar ialah penyerapan atau pemantapan nilai-nilai yang berkaitan dengan unsur-unsur patriotisme yang dimaktub dalam sukatan pelajaran Sejarah tingkatan 2. Pengukurannya dibuat dengan cara memerhatikan tindakan keperibadian individu dalam menjalankaan berbagai-bagai aktiviti (Sufean, 1995). Oleh itu, kajian ini menentukan penerapan nilai berada di kawasan E dan J yang terdapat dalam jadual hubungan interaksi antara guru dengan pelajar dalam kelas Sejarah tingkatan 2 di empat jenis sekolah. Di kawasan kawasan ini juga terdapat interaksi sama ada secara dua hala (guru berbincang dengan pelajar) yang memenuhi tafsiran penerapan nilai-nilai patriotisme.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), jumlah peratusan bagi kawasan E dan J yang terdapat penerapan nilai-nilai patriotisme ialah 0.13%. Manakala di Sekolah Menengah Islam (SMI) ialah 0.7 peratus. Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) mendapat 0 peratus penerapan unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah tingkatan 2 dan di Sekolah Menengah Swasta Inggeris (SMSI) pula, sebanyak 0.05 peratus penerapan nilai-nilai patriotisme berlaku di dalam kelas sejarah tingkatan 2.

Dapatan ini adalah sukar membuat perbandingan antara keempat-empat jenis sekolah tentang tahap penerapan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah tingkatan 2. Analisis menunjukkan tahap penerapan unsurunsur patriotisme di empat jenis sekolah adalah rendah iaitu tidak mencapai walaupun 1 peratus. Oleh itu, adalah tidak bermakna bagi meninjau jenis sekolah mana yang paling rendah atau paling tinggi tahap penerapan unsur patriotisme dalam kelas Sejarah. Tetapi, soal penting disini ialah bagaimana mengambil langkah untuk mengelakkan keadaan yang tidak menggalakkan terus berlaku.

176 Model pembelajaran Gould (2000-01) mencadangkan tujuh strategi membina komuniti bilik darjah boleh menjadi panduan kepada para pendidik. Pertama ialah guru menunjukkan proses demokrasi dalam kelas. Kedua, guru melayan pelajar dengan hormat. Ketiga, guru memberikan pelajar satu suasana perbualan yang terlindung. Keempat, mendiri model sokongan emosi. Kelima, menggalakkan perbualan yang benar. Keenam, menggalakkan pelajar mencabar diri dan rakan sekelas dan akhir sekali, meminta pelajar sendiri mereka tugasan yang mereka rasa bermakna. Strategi-strategi ini tidak akan membawa kesan positif sekiranya guru tidak menghayati unsur-unsur patriotisme dahulu dan menyepadukan isi kandungan dengan unsur-unsur patriotisme. Strategi pengajaran dan pembelajaran guru harus dipertingkatkan dari masa ke semasa agar unsur patriotisme dapat disematkan di sanubari pelajar.

Sementara itu, Buch dan Wolff (2000) mengemukakan model berasaskan inkuiri (inquiry-based model) menggalakkan pelajar bertanya, mencari maklumat, memberi idea, menguji hipotesis dan mencabar idea orang lain melalui kerja kumpulan secara Collaboration. Pelajar dan instructor (guru) berkongsi satu matlamat, bekerjasama untuk meningkatkan saling memahami. Pembelajaran Collaborative boleh meningkatkan daya tanggapan seseorang pelajar secara signifikan dan secara positif (Colbeck, Cabrera et. al., 2000). Collaboration bukan sahaja antara ahli kumpulan, tetapi juga antara pelajar dengan guru atau pelajar dengan sekolah. Dalam keadaan ini, maklumat atau idea tentang patriotisme yang bernas dapat dikongsi dalam masa yang tertentu.

Para guru juga boleh merujuk kepada kaedah koperatif (Cooperative learning) yang menurut Amy and Maureen (2002) dapat memberi perubahan yang positif terhadap diri pelajar apabila guru mengadakan pengajarannya secara konsep persaingan berbentuk kumpulan. Secara langsung, setiap pelajar dalam kelas akan mendapat kebaikan kerana bantuan rakan sekumpulan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kecenderungan pelajar lemah untuk meminati mata pelajaran Sejarah boleh terlaksana daripada desakan lembut secara beransur-ansur daripada rakan sekumpulan. Hasil kajian seperti ini dapat merangsang guru Sejarah untuk menggunakan kaedah pengajaran koperatif agar minat pelajar dapat dibentuk. Pembelajaran koperatif merupakan satu set strategi pembelajaran yang menggalakkan pelajar bekerjasama

177 berdasarkan struktur tugasan collaborative dan bukan cara persaingan antara individu (Davis and Murrell, 1993).

Mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia. Secara langsung, mata pelajaran Sejarah memerlukan komitmen yang tinggi di kalangan guru-guru Sejarah untuk memastikan kejayaan objektif mata pelajaran ini. Sebelum ini, kebanyakan guru lebih selesa dengan pengajaran yang berbentuk penerangan atau menyediakan nota-nota untuk pelajar. Sudah sampai masa perubahan kaedah pengajaran ini dan menitik beratkan kaedah yang disarankan.

5.3

Rumusan

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, beberapa rumsan boleh dibuat hasil daripadanya.

Pengkaji telah membuat andaian bahawa guru dan pelajar memahami peranan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran yang penting dalam penerapan unsurunsur patriotisme berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan di maktab perguruan dan sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun, guru atau pelajar mungkin tidak sedar bagaimana meningkatkan peluang untuk membincang tentang unsur-unsur patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Unsur-unsur patriotisme sebenarnya boleh dijadikan alat bagi meningkatkan komitmen generasi muda dan masyarakat Malaysia untuk mendorong satu bentuk perjuangan yang bermakna.

Secara pengkhususan, tahap pembangunan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah adalah rendah di empat jenis sekolah menengah. Begitu juga dengan tahap penerapannya dalam kelas Sejarah juga rendah. Maka adalah sangat penting bagi para guru terutamanya memandang serius

178 untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang unsur-unsur patriotisme. Tujuan ini adalah supaya objektif mewujud masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang kental tercapai.

Walaupun dapatan kajian mnunjukkan kesemua unsur patriotisme ini perlu diberi perhatian yang sama rata semasa pengajaran dan pembelajaran kelas Sejarah, tetapi unsur Berdisiplin perlu diberi perhatian lebih. Ini adalah kerana msalah disiplin merupakan faktor penting dalam menghalang kesejahteraan negara sehingga Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyuarakan kerisauan tentang masalah ini.

Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Sejarah harus meletakkan unsurunsur patriotisme sebagai satu unsur yang bersepadu dengan isi kandungan yang ingin disampaikan tetapi bukan sesuatu unsur yang tersendiri. Dapatan menunjukkan guru lebih gemar menyentuh tentang unsur-unsur patriotisme dalam bentuk maklumat tetapi bukan perbincangan dua hala antara guru dengan pelajar.

Akhir sekali, usaha yang bersungguh-sungguh dari pelbagai pihak yang terlibat dalam proses pendidikan negara untuk meningkatkan pengamalan unsur-unsur patriotisme adalah sangat penting. Ukuran bagi kejayaan ini adalah pelajar dapat berbincang dengan guru tentang semangat patriotsme secara bebas, berpengetahuan dan melalui pengalaman. Dengan ini, dipercayai matlamat melahirkan warga negara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeuapayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara dapat dicapai.

5.4

Cadangan

Bahagian cadangan akan dibincang dari dua aspek iaitu cadangan tindakan dan cadangan kajian lanjutan. Cadangan tindakan bertujuan memberi cadangan kepada pihak yang berkaitan supaya matlamat menerapkan unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah bagi semua tingkatan berjaya dijalankan di seluruh negara khasnya.

179 Manakala cadangan kajian lanjutan berusaha memberi cadangan yang difikir berkaitan dengan hasil dapatan analisis kajian ini.

5.4.1

Cadangan Tindakan

Dapatan kajian menunjukkan tahap pembangunan dan tahap penerapan patriotisme adalah rendah. Dengan ini dicadangkan:

i.

Peranan guru-guru dalam mata pelajaran Sejarah adalah penting untuk

menimbulkan semangat patriotisme di kalangan pelajar terutama para remaja yang menuntut di sekolah menengah. Akan tetapi, guru-guru sekolah rendah juga perlu memberi perhatian yang khusus dalam pembangunan semangat patriotisme di kalangan pelajar sekolah rendah kerana golongan pelajar umur ini lebih senang menyerap pengajaran guru. Kanak-kanak pada umur ini masih diibarat sebagai kertas putih dan gurulah yang akan mewarnai mereka menjadi rakyat yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi, malah bersemangat patriotisme.

ii.

Guru-guru sepatutunya menghayati dan mengamalkan unsur-unsur patriotisme

dalam diri mereka. Ini akan memastikan keberkesanan penerapan unsur-unsur patriotisme kepada pelajar. Oleh itu, guru perlu menjadi contoh kepada pelajar sebagai rakyat yang bersemangat kental tentang patriotisme. Oleh kerana mata pelajaran Sejarah adalah pendukung utama dalam pemupukan unsur-unsur patriotisme, maka guru-guru Sejarah bertanggungjawab menjalankan tugas ini. Guru harus

mempelbagaikan kaedah dan metodologi yang sesuai dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah supaya pembentukan insan yang terdidik lagi bersemangat patriotik dapat dilakukan.

iii.

Guru boleh menggalakkan pelajar menjalankan kajian tentang Sejarah dengan

mengambil inisiatif untuk bertanya dan membincang terutama dalam soal

180 pembangunan patriotisme. Guru-guru Sejarah juga boleh membawa pelajar melawat ke tempat-tempat bersejarah yang mempunyai kaitan dengan isi kandungan bagi memupuk semangat cintakan negara di kalangan pelajar secara semulajadi. Sekolah juga boleh mengadakan majlis-majlis berbentuk patriotisme yang melibatkan semua warga sekolah tetapi bukan segolongan kecil sahaja. Dengan rasa kepunyaan bersama, masalah disiplin mungkin boleh dikurangkan dan penghayatan nilai-nilai patriotisme dapat diperkuatkan.

iv.

Ibu bapa harus menaruh pandangan dan pemikiran yang positif terhadap

pengajaran dan pembelajaran patriotisme dalam kelas Sejarah. Masyarakat Malaysia patut dikekalkan idea-idea ketimuran iaitu mementingkan nilai-nilai moral dan kewarganegaraan. Individu yang terlalu materialistik dalam suasana negara Malaysia bukan sesuatu yang patut berlaku. Hal ini kerana ia akan merugikan pertahanan negara yang masih dalam status membangun. Program Khidmat Negara (PKN) dengan sangkaan baik juga harus diterima oleh kaum ibu bapa. Harapan negara adalah sama dengan harapan ibu bapa supaya anak-anak tampil ke depan, lebih gagah, berwawasan dan bersemangat patriotik.

5.4.2

Cadangan Kajian Lanjutan

Diharap dengan percubaan awal ini, lebih banyak penyelidik akan menaruh minat untuk meneruskan penyelidikan dalam bidang ini. Beberapa cadangan kajian kepada pengkaji akan datang perlu diambil perhatian:

i.

Metodologi pendidikan boleh menggunakan penyelidikan jenis eksperimen dan

kajian kes. Sesuatu cara pengajaran unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah boleh diperkenalkan kepada sekolah dan melihat kesannya ke atas sikap, minat guru dan pelajar serta interaksi guru dengan pelajar yang proaktif dalam kelas Sejarah. Penyelidikan jenis ini dapat memberi satu model baru dalam pengajaran dan

181 pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Kajian kes pula boleh meninjau keadaan sebenar serta masalah yang dihadapi di sesebuah sekolah dan cara penyelesaian masalah tersebut boleh dikemukakan. Kedua-dua jenis penyelidikan adalah praktikal dalam menangani masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran unsur patriotisme mata pelajaran Sejarah.

ii.

Sasaran kajian lanjutan boleh ditumpukan kepada sasaran sampel yang

berlainan dari kajian ini. Adalah dijangkakan sasaran sampel yang berlainan akan memberikan dapatan yang berbeza. Ini kerana respon yang diterima daripada responden adalah banyak dipengaruhi oleh budaya, latar belakang dan pengalaman sampel tersebut. Pengkaji-pengkaji juga boleh membuat kajian dalam bidang ini dengan mengambil sampel di negeri-negeri lain untuk mendapat satu paten yang boleh menjadi teori atau rujukan yang konsisten kepada pengkaji lain.

iii.

Kajian seterusnya juga boleh dilakukan untuk mengenalpasti masalah dan

halangan yang dihadapi oleh guru-guru mata pelajaran Sejarah dalam penerapan unsurunsur patriotisme di kalangan pelajar. Motivasi pelajar atau Willingness To Communicate (WTC) juga boleh menjadi kajian seterus untuk mengenalpastikan minat pelajar dalam kelas Sejarah serta kaedah-kaedah untuk membantu pelajar menukar pandangan terhadap keberkesanan mata pelajaran Sejarah dalam mempengaruhi kehidupan mereka supaya mementingkan nilai diri dan hidup bermakna.

5.5

Penutup

Pengajaran dan pembelajaran Sejarah tidak harus terkongkong dalam cara tradisional yang mengutamakan chalk and talk. Lebih-lebih lagi negara Malaysia merupakan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah terutama dalam pengajaran unsurunsur patriotisme amat penting. Ini bukan sahaja sebagai satu alat untuk integrasi negara malah juga tepat dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Usaha

182 perlu diambil sama ada dari pihak pentadbiran negara atau pendidik dan penyelidik supaya mutu pendidikan dipertingkatkan.

Sebagai kesimpulan, bidang ini memerlukan kajian lanjutan supaya pelbagai masalah yan timbul semasa pengajaran dan pembelajaran unsur-unsur patriotisme dalam mata pelajaran Sejarah dapat diselesai. Tambahan pula, satu pendekatan yang lebih mesra kepada pelajar dalam mempelajari unsur-unsur patriotisme mata pelajaran Sejarah harus dikaji. Dengan adanya kajian berkaitan dilakukan, mutu pengajaran Sejarah sebagai alat perpaduan negara akan dapat ditingkatkan.

Lampiran A

Isi Kandungan Dalam Buku Teks Sejarah Tigkatan 2 Bab 1 KEDUDUKAN BRITISH Kandungan STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN

1.1 Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang 1.2 Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang 1.3 SHTI Mengambil Seberang Perai 1.4 Pertapakan SHTI di Singapura 1.5 Perpecahan Kepulauan Melayu 1.6 Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat 2 KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH 2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu 2.2 Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British 2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar 2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan

NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITIS 3.1 Negeri-negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu 3.2 Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara 3.3 Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British

KEKAYAAN EKONOMI SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN KELUARGA BROOKE 4.1 Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan 4.2 Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa 4.3 Keluarga Brooke Memantapkan Pentadbiran 4.4 Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke 4.5 Perubahan Sosial di bawah Pentadbiran Keluarga Brooke

Lampiran A

KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITSH 5.1 SBUB Bertapak di Sabah 5.2 SBUB Mengukuhkan Kuasa di Sabah 5.3 SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah 5.4 Perubahan Sosial SBUB di Sabah

BRITISH MENGEKSPLOITASI EKONOMI 6.1 Kegiatan Pertanian Dagangan 6.2 Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi British 6.3 Perkembangan Perusahaan Getah 6.4 Perkembangan Perusahaan Perlombongan 6.5 Pengeluran Hasil Hutan 6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan

PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA 7.1 Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah 7.2 Dol Said Pahlawan Naning 7.3 Rentap Wira Sarawak: Agi Idup Agi Ngelaban 7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak 7.5 Dato Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak 7.6 Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti 7.7 Dato Bahaman Pahlawan Pahang 7.8 Mat Salleh Menyanggah SBUB 7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar 7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad 7.11 Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani

KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA 8.1 Maksud Semangat Kebangsaan 8.2 Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan 8.3 Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan 8.4 Intelektual Mematangkan Perjuangan 8.5 Perjuangan Nasionalisme Melalui Mata Pena 8.6 Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan

Lampiran B

PANDUAN TEMU BUAL DENGAN GURU 1. 2. 3. Berapa tahunkah anda menjadi guru Sejarah? Apakah opsyen anda semasa mengikuti kursus ijazah atau diploma pendidikan? Bagaimana dengan penguasaan guru sendiri dalam pengajaran unsur-unsur patriotisme? 4. Apakah cara pengajaran yang digunakan oleh guru semasa mengajar unsurunsur patriotisme? 5. Biasanya guru akan mengguna berapa lama untuk pengajaran unsur-unsur patriotisme? 6. Pada pandangan guru, adakah unsur-unsur patriotisme sukar diselit dalam isi kandungan Sejarah? 7. Pada pendapat guru, adakah pelajar perlu mempelajari unsur-unsur patriotisme? 8. Apakah reaksi pelajar semasa guru menyentuh tentang unsur-unsur patriotisme? 9. Adakah terdapat perbezaan dalam keupayaan pelajar bagi membincang tentang unsur-unsur patriotisme? 10. Adakah pelajar mengambil inisiatif bertanya atau membincang tentang unsur patriotsme sama ada di dalam atau di luar bilik darjah? 11. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah? 12. Apakah cadangan guru untuk mengatasi masalah pengajaran unsur-unsur patriotisme dalam kelas Sejarah?

Lampiran C Chua Kheng Hoe 55, Jalan Tasek 16, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor. ______________________________________________________________________ Kepada Puan Pengetua SMK Taman Megah Ria Jalan Jelatang 15, 81750 Masai. Puan, Memohon Kebenaran untuk Menjalankan Penyelidikan Ilmiah Dengan hormatnya saya yang bernama seperti atas ialah pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan telah mendaftar untuk mengikuti kursus Pendidikan Dan Pembangunan. Butiran saya adalah seperti berikut: NAMA PELAJAR : CHUA KHENG HOE NO. MATRIK PROGRAM KOD KURSUS : MP022062 : SARJANA PENDIDIKAN : TESIS MASTER

21hb Ogos 2006.

NAMA KURSUS : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN TAJUK PENYELIDIKAN : PEMBANGUNAN PATROTISME DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN DUA : PERBANDINGAN ANTARA 4 JENIS SEKOLAH MENENGAH 2. Saya dikehendaki membuat satu penyelidikan ilmiah seperti tajuk di atas. Maklumat yang diperlukan boleh didapati berdasarkan penyelidikan di institusi puan. Oleh yang demikian saya memohon kebenaran daripada puan untuk mengizinkan saya menjalankan penyelidikan di institusi puan. 3. Jadual untuk menjalankan pemerhatian kelas dan salinan kelulusan daripada Kementerian Pendidikan juga dilampirkan bersama surat ini. Segala kerjasama yang puan berikan amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Sekian , terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar,

_____________________ (CHUA KHENG HOE)

Jadual untuk Pemerhatian Dalam Kelas Nama Guru Cik Hasniza 2D Tingkatan Hari/Waktu Jumaat / Waktu ke7 Masa 11.05am- 11.40am

Rajah 2.1 - Pengamalan Unsur-Unsur Patriotisme Melalui Mata Pelajaran Sejarah (Kerangka Konseptual Trumay 2004)

A Ilmu Pengetahuan *Sejarah Negara Malaysia *Sejarah Negara Luar *Kajian Sejarah Tempatan Kemahiran *Inkuiri Dalam Sejarah *Pengumpulan sumber *Kemahiran Pemikiran Sejarah *Penjelasan Sejarah *Pemahaman Sejarah *Empati

C Penerapan Unsur-Unsur Patriotisme *Berbangga sebagai Rakyat Malaysia *Bersemangat Setia Negara *Bersemangat Kekitaan *Berdisiplin D

B Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Yang Pelbagai dan Menarik

E Pengamalan Unsur-

Penghayatan Unsur-Unsur Patriotime

Unsur Patriotisme Dalam Kehidupan

Isu Semasa

*Berusaha Dan Produktif

Anda mungkin juga menyukai