Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIBG SK KAMPUNG JEPAK, BINTULU

1.0 Tujuan Kertas Kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dan sokongan kewangan PIBG SK Kampung Jepak, Bintulu

2.0 Objektif 2.1 Objektif perlaksanaan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah PIBG SK Kampung Jepak, Bintulu adalah seperti berikut : 2.1.1 Menambah tabung kewangan PIBG SK Kampung Jepak, Bintulu; 2.1.2 Mengeratkan hubungan PIBG SK Kampung Jepak, Bintulu dengan orang ramai dan agensi-agensi luar 2.1.1 Memupuk budaya bersukan dan meningkatkan kesinambungan mental serta fizikal; 2.1.2 sebagai alat bagi membantu membentuk jaringan hubungan di kalangan belia seluruh Bintulu; 2.1.3 Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan peserta ; dan 2.1.4 Memperkasakan sukan bola sepak di Bintulu.

3.0 Kumpulan Sasar 3.1 Semua peminat / pemain bola sepak berumur 16 hingga 45 tahun yang mempunyai tahap kesihatan yang baik.

4.0 Kaedah perlaksanaan 4.1 Peringkat pertandingan 4.1.1 Kejohanan ini diadakan di padang bola sepak Skim Pembesaran Kampung Jepak namun penyertaaannya adalah terbuka kepada semua pemian bola sepak di seluruh Bintulu.

4.2 Kategori 4.2.1 Dua (2) kategori iaitu kategori veteran dan senior dibuka kepada semua penduduk Bintulu yang berminat. 4.2.2 Pemain untuk kategori veteran terdiri daripada pemian yang berumur 40 tahun ke atas, makala pemain untuk kategori senior terdiri daripada pemain yang berumur antara 16 hingga 39 tahun. 4.3 Syarat pertandingan 4.3.1 Syarat pertandingan adalah seperti di LAMPIRAN A

4.4 Yuran penyertaan 4.4.1 Setiap pasukan yang bertanding akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM100.00. 4.4.2 Kaedah pembayaran yuran penyertaan adalah melalui tunai. 4.4.3 Yuran penyertaan hanya akan diterima seminggu sebelum tarikh kejohanan. 4.5 Jawatankuasa pelaksana 4.5.1 Jawatankuasa pelaksana program adalah seperti di Lampiran B.

5.0 Tentatif program 5.1 Tarikh penganjuran yang dicadangkan adalah pada 5.2 Lokasi penganjuran Kejohanan adalah di padang Bola Sepak Skim Pembesaran Kampung Jepak Fasa 1.

6.0 Angaran kos 6.1 Anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM12,000.00 bagi penganjuran ini. Perincian adalah seperti di Lampiran E. 6.2 Kos RM12,000.00 ini akan menggunakan peruntukan sebanyak RM5000 daripada peruntukan PIBG Sk Kampung Jepak sebagai sumbangan kepada kejohanan ini.

7.0 Rasional program ini 7.1 Keberkesanan program ini akan membantu 7.1.1 Menambah tabung kewangan PIBG SK Kampung Jepak, Bintulu 7.1.2 Menghasilkan lebih ramai lagi pemain bola sepak di Bahagian Bintulu 7.2 Dapat membantu BIFA mendapatkan data maklumat belia dan mengenal pasti pemain yang berbakat yang terdapat di Bahagian Bintulu. 7.3 Dapat memupuk minat belia dengan sukan bola sepak dan menjadikannya sebagai aktiviti lepak yang sihat bersama rakan sebaya.

8.0 Penutup Kertas Kerja ini diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan oleh PIBG SK Kampung Jepak, Bintulu Disediakan oleh : ..

( JOSSLI BIN OMAR ) Setiausaha Sukan Unit Kokurikulum SK Kampung Jepak, Bintulu.

Anda mungkin juga menyukai