Anda di halaman 1dari 1

PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK UNTUK MENANGANI MASALAH EMOSI DI KALANGAN ANAK-ANAK YATIM.

KAJIAN DI ASRAMA PERTUBUHAN ANAK-ANAK YATIM NEGERI JOHOR* ROSLEE AHMAD & MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai MASTURA MAHFAR Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai HAMDAN KADIR Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai ABSTRAK Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau jenis-jenis masalah emosi di kalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Asrama Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor, iaitu di daerah Johor Bahru, Mersing dan Kota Tinggi, Johor. Di samping itu, penyelidikan ini turut bertujuan menggunakan pendekatan kaunseling kelompok bagi menangani permasalahan emosi dikalangan anak-anak yatim dan mengenalpasti kesan yang dialami mereka selepas menerima rawatan kaunseling kelompok. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Seramai 3 orang kaunselor profesional terlibat sepanjang sesi kaunseling kelompok dengan 30 kes studi yang berumur antara 13 hingga 15 tahun dari 3 daerah yang dipilih tersebut. Pemilihan kes berfokus kepada mereka yang mempunyai permasalahan emosi sahaja. Untuk menepati kriteria klien, Mooney Problem Check List digunakan diperingkat pra kajian. Sumber lain yang digunakan dalam Kertas kerja Peringkat Kebangsaan dibentangkan di Seminar Kebangsaan Ke-3 Psikologi dan Masyarakat Bertemakan Gejala Sosial Dalam Masyarakat pada 4 -5 Oktober 2004 di Pusat Latihan KWSP (ESSET), Bangi, Selangor. Anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
*

Sila dapatkan artikel penuh dalam prosiding daripada penulis; Roslee Bin Ahmad Head of Counselling and Pychotherapy Clinic, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor. Tel : 07-5534427 Email : p-roslee@utm.my

Anda mungkin juga menyukai