Anda di halaman 1dari 10

PENGELOLAAN PERLAWANAN

1.

Komen Am Countdown perlawanan yang telah ditetapkan adalah selaras bagi semua perlawanan dan bagi pegawai-pegawai yang terlibat dalam pengelolaan perlawanan. Tujuan utama ialah untuk menyelaras dan menyeragamkan pengelolaan sesuatu perlawanan terutama sekali dalam operasi sebelum perlawanan. Arahan-arahan ini bertujuan sebagai panduan bagi menyelaras tugas-tugas semua yang terlibat dalam pengelolaan perlawanan di stadium yang berlainan. Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Liga Bola Sepak IPT memandang serius perkara-perkara berikut : a) b) c) d) e) f) g) Persiapan padang permainan dan kawasan sekelilingnya Ambil berat kedua-dua pasukan di stadium Sistem siaraya, scoreboard, lampu limpah Kemudahan keselamatan Kemudahan pertolongan cemas Protokol ( kawasan VIP, Bendera) Borang-borang laporan rasmi

Universiti tuan punya venue bertanggungjawab untuk melantik seorang Pengurus Venue di setiap stadium yang akan bertanggungjawab ke atas segala persiapan agar perlawanan akan berjalan dengan lancar.Pengurus Venue juga adalah orang perantaraan dengan Koordinator Perlawanan dan perlu sentiasa berhubung dengannya. 2. Countdown to kick-off

2.1.

Pemeriksaan keselamatan selesai

3 jam 30 minit sebelum sepak mula

2.2.

2.3. 2.4.

Padang permainan diperiksa : tanda-tanda, tiang gol ( termasuk gantian), bangku simpanan, tiang 3 jam 30 minit bendera, A Board, posisi kamera dan sebagainya. Pintu stadium dibuka 2 jam 30 minit Ketibaan Koordinator Perlawanan berhubung dengan Pengurus Venue, pegawai media tempatan 2 jam dan ketua keselamatan ( walkie-talkies disediakan serta masa di jam tangan diselaraskan ) Kemudahan-kemudahan berikut sudahpun disediakan bagi pemeriksaan Koordinator Perlawanan. Pejabat Pengurus Venue di stadium (dipasang dengan telefon, fax dan mesin fotostat ) Kemudahan Keselamatan Sistem siaraya /juruhebah

Bendera Papanskor Pembantu-pembantu venue ( juruteknik, penjaga padang)

Kemudahan untuk VIP dan media Bilik-bilik persalinan untuk kumpulan pengadil dan kedua-dua pasukan 10 biji bola mesti berada di dalam bilik persalinan pengadil. Tekanan bola ialah 1.0 amp. Kedua-dua pasukan menggunakan bola masing-masing semasa memanaskan badan. Kemudahan pertolongan cemas 2.5. 2.6. 2.7. Jurugambar dibenar di dalam kawasan luar padang ( tidak dibenarkan masuk ke dalam padang ) Kumpulan pengadil memeriksan tanda-tanda di padang, gol, jaring gol dan sebagainya. Koordinator Perlawanan memberi Starting List kepada kedua-dua pasukan bersama-sama dengan pengadil simpanan Koordinator Perlawanan dan Pegawai Keempat melawat kedua-dua pasukan di bilik persalinan. Koordinator Perlawanan memeriksa pas pemain manakala pengadil simpanan memeriksa jersi-jersi. Starting List diedarkan kepada Media dan lain-lain tempat termasuk kedua-dua pasukan dan VIP Kedua-dua memanaskan badan di dalam padang jika keadaan padang mengizinkan Kedua-dua pasukan balik semula ke bilik persalinan Tanda-tanda di padang diperiksa dan diperbaiki jika perlu 8 ballboys bersedia ditempat yang ditetapkan Pemeriksaan terakhir padang permainan Senarai nama pemain, pegawai pasukan dan kumpulan pengadil dihebah kepada penonton. Pengumuman ini mesti dilakukan sebelum kedua-dua pasukan masuk ke dalam padang. Nama dan nombor pemain dipaparkan di papan skor jika boleh Pemain-pemain gantian dan pegawai-pegawai pasukan mesti mengambil tempat di bangku simpanan Kedua-dua pasukan bersama dengan kumpulan pengadil bersedia di tempat yang telah ditetapkan. Peralatan pemain diperiksa Majlis masuk padang dimulakan Kumpulan pengadil berjalan di belakang, bersamasama dengan orang pemain kedua-dua pasukan, diketuai oleh ketua pasukan dan penjaga gol di tempat kedua. 90 minit 90 minit 75 minit

2.8

65 minit

2.9 2.10 2.11 2.12 2.13 2.14 2.15

65 minit 45 minit 20 minit 20 minit 20 minit 20 minit 18 minit 15 minit

2.16 2.17 2.18 2.19

10 minit 9 minit 9 minit 7 minit

Kedua-dua pasukan dan kumpulan pengadil beratur kira-kira 8m dari garisan tepi menghala ke pentas utama. Pasukan B bergerak di hadapan untuk bersalam dengan pasukan A dan pulang ke tempat asal. Pada masa yang sama Pasukan A berkumpul untuk bergambar, diikuti oleh Pasukan B. Bertukar cenderamata dan seteusnya melambung syiling

Koordinator Perlawanan / Pengurus Venue mesti memastikan semua jurugambar berada di belakang papan A di belakang gol yang telah ditetapkan sebelum perlawanan dimulakan. Pastikan juga kamera televisyen tidak mengganggu pegawai-pegawai pasukan dan pemain-pemain di bangku simpanan.

3.

Sepak Mula Koordinator Perlawanan memberi isyarat kepada pengadil bagi memulakan perlawanan

4.

Rehat Separuh Masa Rehat separuh masa : 15 minit ( dari wisel tamat separuh masa pertama hingga wisel mula separuh masa kedua ). Pengumuman melalui siaraya, jumlah penonton di stadium. Pekerja-pekerja padang membaiki padang, jika perlu.

5.

Tugas-tugas di Venue Selepas Perlawanan 5.1. Selepas tiupan wisel penamat, kedua-dua pasukan akan berkumpul ditengahtengah padang dan melambai kepada penonton. Selepas itu, kumpulan pengadil dan kedua-dua pasukan akan meninggalkan padang bersama-sama. Pengurus Venue dan pegawai media tempatan ditugaskan untuk mengatur perkara-perkara yangberhuungdengan media selepas perlawanan. Sebaik sahaja tamat perlawanan, laporan-laporan berikut mestilah difakskan ke Pengerusi JTP :5.3.1. Laporan Koordinator Perlawanan 5.3.2. laporan Insiden, jika ada 5.3.3. Starting List 5.4. Koordinator Perlawanan bertanggungjawab untuk memastikan kedua-dua pasukan dan kumpulan pengadil meninggalkan stadium tanpa sebarang masalah atau insiden.

5.2.

5.3.

PERINTAH DI PERSEKITARAN PADANG

Untuk memastikan prosedur perlawanan berjalan dengan lancar, hanya mereka yang mempunyai akreditasi khas dan yang mempunyai tugas-tugas dan bertanggung yang tertentu dibenarkan berada di persekitaran padang. Selain daripada 18 orang pemain dari kedua-dua pasukan, kumpulan pengadil dan ball boys berikut adalah senarai mereka yang boleh berada di dalam persekitaran padang. 1. Pegawai-pegawai Liga Bola Sepak IPT Koordinator perlawanan Pengadil, Penolong Pengadil, Pengadil Simpanan (FAM ) Pegawai Media

2. Pasukan 3. Venue 4. Wakil Media Jurugambar Jurukamera ( no commentators ) televisyen dan filem rasmi Pekerja bantuan ( runners ) untuk televisyen , staf filem dan jurugambar Tuan Punya Stadium/Padang Pengurus Venue Ketua Pegawai Keselamatan 5 pegawai 2 pegawai teknikal/perubatan

ATURCARA SEBELUM PERLAWANAN 4

1.

Pasukan-pasukan Masuk ke Dalam Padang Kumpulan pengadil dengan Pasukan A di sebelah kanan dan Pasukan B di sebelah kiri.

2.

Prosedur Bersalam Kumpulan pengadil akan bergerak satu tapak ke belakang dan menjemput ketua pasukan B untuk bergerak pasukan B dan bersalam. Selepas bersalam, pasukan B akan berjalan balik ke tempat asal sementara pasukan A akan berkumpul untuk bergambar. Selepas sampai di tempat asal, pasukan B pula akan berkumpul untuk bergambar.

BANGKU SIMPANAN / KAWASAN TEKNIKAL

Hanya mereka yang dibenarkan sahaja boleh duduk di atas bangku simpanan:7 pemain simpanan 5 pegawai pasukan termasuk pegawai teknikal / perubatan Jawatan kelima-lima pegawai tadi mestilah ditulis di dalam borang khas yang diedarkan sebelum perlawanan. Ketua delegasi bertanggungjawab bagi memilih 5 orang pegawai ini. Hanya jurulatih atau seorang lain yang ditugaskan dibenarkan berdiri di tepi bangku simpanan. Pada bila-bila masa, hanya seorang sahaja dibenarkan memberi arahan-arahan taktik dan dia mesti balik ke posisi asal selepas memberi arahan-arahan tersebut. Jurulatih dan pegawai-pegawai lain mesti berada di dalam kawasan teknikal pada setiap masa, kecuali keadaan dimana jurupulih atau doktor terpaksa masuk ke dalam padang dengan kebenaran pengadil untuk menilai kecederaan pemain.

BANGKU SIMPANAN

PEMAIN

PEMAIN

Maksimum 7 orang pemain Memakai permainan pakaian

5
seragam

Maksimum 5 orang pemain Hanya seorang pegawai sahaja dibenar memberi arahan taktikal dan beliau hendaklah kembali ke

PENGGUNAAN MULTIPLE FOOTBALLS

Selaras dengan arahan dari International F.A Boad, kita harus memastikan bola yang mencukupi untuk setiap perlawanan. Ini adalah untuk meningkatkan masa permainan sebenar dan juga permainan berjalan dengan lancar. Arahan-arahan adalah seperti berikut :Ball boys ( atau girls ) yang dipilih oleh Universiti Tuan Punya Venue mestilah berumur lebih daripada 18 tahun. 10 bola yang diperlukan untuk setiap perlawanan mestilah diperiksa oleh kumpulan pengadil sebelum perlawanan. Pengadil akan membawa satu bola dan pengadil simpanan akan menyimpan satu bola. Lapan (6) ball boys yang ditempatkan di sekeliling padang ( 1 belakang setiap gol dan 2 lagi di garisan tepi ) akan memegang sebiji bola setiap orang. Ball boys ini boleh berdiri atau pun duduk di belakang papan A tanpa mengganggu pandangan penonton.

Bola bolehlah diletakkan di tepi ball boys atau dipegang. Mereka dilarang untuk menggunakan kaki atau tangan untuk bermain dengan bola tersebut. Jika bola melepasi sempadan garisan, umpamanya di belakang papan A atau di kawasan penonton, ball boy yang terdekat akan membaling bola kepada pemain yang datang untuk menerima bola. Apabila bola sudah diganti, barulah ball boy tadi berusaha untuk mendapatkan bola yang keluar. Ball boys juga mestilah secara amnya memahami peraturan bolasepak umpamanya bola untuk tendangan sudut, tendangan gol atau balingan ke dalam dan sebagainya. Ball boys mestilah memberi tumpuan yang sepenuhnya ke atas tindakan dan kelakuan mereka supaya hanya satu bola sahaja dibalingkan kepada pemain dan bukan kedua atau ketiga. Ball boys dilarang sama sekali untuk memasuki padang permainan atau kawasan teknikal pada bila-bila masa. Mana-mana ball boy yang menunjukkan kelakuan yang kurang sopan atau cuba menyebelahi mana-mana pasukan mestilah dilaporkan kepada pengelola perlawanan oleh pengadil atau Koordinator Perlawanan. Tindakan yang sama juga mesti diambil jika pemain atau pegawai pasukan yang menunjukkan kelakuan kurang sopan terhadap mana-mana ball boy. Semua ball boys mestilah berpakaian seragam dan dalam warna yang berlainan daripada kedua-dua pasukan.

Pegawai yang bertanggungjawab ke atas ball boys haruslah berbincang dengan Koordinator Perlawanan berhubung dengan pemberian 10 bola kepada kumpulan pengadil untuk pemeriksaan dan pegawai ini mestilah mudah dihubungi oleh Koordinator Perlawanan, Pengurus Venue atau pengadil simpanan semasa perlawanan. Pegawai yang bertanggungjawab ke atas ball boys ini perlulah memberi latihan yang mencukupi supaya setiap ball boys mahir dalam tugas semasa perlawanan.

RAWATAN PERUBATAN KE ATAS PEMAIN DI ATAS PADANG

PROSEDUR Dua pasukan pembawa stretchers harus berkedudukan di atas bangku hampir dengan pengadil simpanan di bahagian padang. Bila seseorang pemain memerlukan rawatan perubatan dalam padang semasa perlawanan, prosedur-prosedur berikut perlu diberi perhatian : Sebaik sahaja pengadil memberi isyarat, doktor pasukan dan seorang lagi pegawai boleh bergerak dari bangku simpanan dan lari ke arah pemain yang cedera.

Pada masa yang sama, pembawa-pembawa strecher yang terdekat dengan pemain cedera tadi, lari ke arah pemain yang cedera.

MINUMAN SEMASA PERLAWANAN Oleh kerana imbangan air di dalam badan amat penting bagi kesihatan, Jawatankuasa Teknikal MASUM menggalakkan pemain untuk meminum air semasa perlawanan. Walau bagaimanapun, peraturan-peraturan berikut haruslah dipatuhi supaya tidak berlaku keadaan yang kelam kabut di kawasan padang dan juga untuk mengelak kecederaan kepada pemain-pemain :1. Air / cecair boleh diminum semasa perlawanan berlangsung atau semasa perlawanan diberhentikan. Air mestilah di dalam botol plastik dan diserahkan kepada pemain di garisan tepi. Adalah dilarang untuk membaling atau membuang botol atau lain-lain bahan ke dalam padang permainan. Penjaga gol boleh menyimpan botol air di sudut golnya. Botol-botol plastik boleh diletakkan di sekeliling padang, kira-kira 1 meter dari garisan tepi dan garisan gol botol-botol ini haruslah tidak mengganggu pergerakan penolong-penolong pengadil.

2. 3.

4. 5.

MEMANASKAN BADAN SEBELUM DAN SEMASA PERLAWANAN

Tertakluk kepada keadaan cuaca dan padang ( ditentukan oleh Koordinator Perlawanan ), kedua-dua pasukan akan dibenarkan untuk memanaskan badan di bahagian padang yang terdekat dengan bangku simpanan masing-masing untuk tempoh masa 25 minit ( 45 minit hingga 20 minit sebelum sepak mula ) sebelum perlawanan.

Semasa perlawanan Maksima 7 orang pemain setiap pasukan boleh memanaskan badan pada masa yang sama tanpa mengguna bola, di belakang gol yang terdekat dengan bangku simpanan masing-masing. Hanya penjaga gol sahaja dibenarkan untuk menggunakan bola semasa memanaskan badan. Tidak lebih dari 2 orang pegawai teknikal dibenarkan untuk menemani 7 orang pemain yang memanaskan badan. Jika ruang untuk memanaskan badan tidak mencukupi, Koordinator Perlawanan akan memberi arahan-arahan yang sewajarnya semasa perjumpaan dengan kedua-kedua pasukan.

Maksima 7 orang pemain ( tanpa bola kecuali penjaga gol ) Maksima 2 orang pegawai untuk menemani pemain-pemain Mesti berpakaian berlainan warna : Dari pasukan sendiri Pasukan Lawan Kumpulan Pengadil

PENTAS V.I.P
Bangku Simpanan Pasukan B Bangku Simpanan Pasukan A

Stretcher

Stretcher

Belakang Gol

Belakang Gol

10

Anda mungkin juga menyukai