Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

BORANG PENDAFTARAN PENYERTAAN

MUAYTHAI FIT WARRIOR


NAMA PENUH: NO K/P: TARIKH LAHIR: E-MEL: PEKERJAAN: MASALAH KESIHATAN: ALAMAT SURAT MENYURAT: NO. TEL : JANTINA: L P BANGSA : UMUR: TAHUN

TARAF PERKAHWINAN :

PENGALAMAN DALAM SUKAN MUAYTHAI / SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (Nyatakan bulan dan tahun):

BERAT BADAN: NAMA WARIS: HUBUNGAN : ALAMAT WARIS:

KG

KETINGGIAN :

CM

NO TEL:

Saya seperti nama di atas dengan ini mengaku bahawa penyertaan saya dalam PERTANDINGAN MUAYTHAI FIT WARRIOR ini adalah dengan kehendak saya sendiri dan tidak akan menuntut ganti rugi dari pihak penganjur /pengelola /urusetia serta pihak-pihak yang berkaitan sekiranya berlaku kematian, kemalangan, kecederaan dan kecelakaan ke atas diri saya sebelum, semasa dan selepas pertandingan diadakan. Saya juga mengesahkan bahawa saya bebas daripada sebarang masalah kesihatan dan mempunyai pengalaman dalam seni mempertahankan diri. Saya juga berjanji akan mematuhi semua segala undang-undang, syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur. TANDATANGAN : NAMA PESERTA : TARIKH : TARIKH : Penyertaan adalah percuma. Hanya peserta yang berumur 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan menyertai pertandingan ini. Sila hantar /faks /email borang penyertaan yang telah lengkap siap diisi sebelum atau pada <21 MAC 2011> kepada :PENGESAHAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI :

UNIT KECERGASAN NASIONAL JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perlis, Jalan Hospital 01000 Kangar, Perlis. No. Tel: 04 9793 505 / 113 Faks: 04 9762 555 Email: firdausmtnor@yahoo.com

1. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN i. ii. iii. iv. v. Penyertaan adalah percuma. Terbuka kepada semua warga negera Malaysia. Lelaki sahaja. Berumur dari 18 tahun hingga 40 tahun. Terbahagi kepada 7 kategori: vi. 48kg 51kg 51kg 54kg 54kg 57kg 57kg 60kg 60kg 63.5kg 63.5kg 67kg 67kg 71kg

Peserta hendaklah terlebih dahulu mengisi borang penyertaan pertandingan dan membuat pemeriksaan kesihatan Medical Check- up terlebih dahulu sebelum menyertai pertandingan.

vii.

Mendapat pengesahan daripada doktor perubatan yang disahkan adalah wajib dilakukan oleh peserta bagi memastikan tahap kesihatan mereka, sama ada layak atau tidak menyertai pertandingan ini.

viii. ix.

Semua peserta diwajibkan mengemukakan kad pengenalan dan surat pengesahan asal. Status penyertaan akan diperiksa terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Teknikal Muaythai Fit Warrior, bagi memastikan mereka bertanding mengikut kategori yang telah ditetapkan.

x.

Untuk makluman, Jawatankuasa Teknikal Muaythai Fit Warrior berhak menggugurkan penyertaan mana-mana peserta sekiranya didapati melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

2. BORANG PENYERTAAN i. Peserta dikehendakai mengisi boring penyertaan yang telah disediakan oleh pihak penganjur dengan disertakan 2 salinan kad pengenalan yang telah disahkan. ii. Borang penyertaan tersebut boleh diperolehi menerusi jabatan Belia Dan Sukan Negeri, dan di laman web rasmi Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis di www.jbsnperlis@kbs.gov.my

3. TIMBANG BERAT & PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN CABTUAN UNDI i. Sesi timbang berat dan pemeriksaan kesihatan WAJIB dilakukan oleh peserta , dimana perkhidmatan ini akan disediakan oleh pihak penganjur 1 hari sebelum hari pertandingan. ii. Perlawanan peserta mengikut kategori akan ditentukan melalui undi. Proses pengundian ditentukan semasa sesi timbang. iii. Kesemua peserta diberi 2 peluang untuk sesi timbang berat mengikut kategori. Sekiranya berat tidak berada di dalam kategori yang ditetapkan peserta secara automatik disingkirkan.

4. PAKAIAN RASMI DAN PERALATAN PESERTA i. Muaythai Fit Warrior merupakan perlawanan Muaythai melibatkan peserta-peserta amatur dan setiap peserta dimestikan memakai alatan perlindungan seperti Body Protector, Head Guard, Shin Pad, Groin Guard dan Glove yang akan disediakan oleh pihak penganjur. ii. iii. Pihak pengajur mewajibkan penggunaan Mouth guard kepada semua peserta yang bertanding. Jawatankuasa Teknikal Muaythai Fit Warrior boleh membubarkan penyertaan mana-mana peserta pertandingan ini sekiranya didapati gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

5. PENGINAPAN Pihak penganjur hanya menyediakan penginapan kepada para peserta sahaja. 6. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN & CARTA PERLAWANAN Mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan pada malam selepas sesi timbang berat dilakukan dan carta bout akan dikeluarkan.

7. INSURAN Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini akan dilindungi dengan pakej insuran yang disediakan oleh pihak penganjur.

8. KEPUTUSAN PERLAWANAN i. ii. iii. iv. v. Menang dengan pukulan K.O Menang dengan kiraan mata Menang dengan keputusan doktor Peserta menarik diri Keputusan pengadil / doktor / penganjur pertandingan adalah muktamad

9. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN a. Pertandingan Muaythai Fit Warrior Zon Utara menggunakan sistem pertandingan kalah-mati di mana peserta yang kalah akan terkeluar daripada pertandingan manakala yang menang akan mara ke pusingan seterusnya. b. Peserta dilarang sesiapa sahaja ataupun peserta yang lain menggantikan tempatnya di mana-mana pusingan. Sekiranya didapati berbuat demikian, penyertaan akan ditarik balik dengan serta merta. c. Jika didapati peserta bersubahat membiarkan dirinya dikalahkan ataupun berpura-pura kesakitan maka pihak pengadil tidak akan teragak-agak membatalkan perlawanan tersebut. d. Semasa perlawanan berlangsung, jika salah seorang daripada peserta didapati luka parah (berdarah) maka doktor boleh meminta supaya perlawanan tersebut dihentikan.

e.

Tiap-tiap perlawanan mempunyai empat (4) pusingan. Satu pusingan mengambil masa dua (2) minit berlawan dan satu (1) minit berehat.

f.

Setiap peserta mestilah berada di tempat pertandingan satu jam sebelum perlawanan dimulakan. Pengurus /pembantu dipertanggungjawabkan untuk memastikan peserta masing-masing berada dalam kedaan bersedia. Jika peserta gagal naik ke pentas dalam tempoh 3 minit selepas nama diumumkan oleh pihak pengan jur buat kali pertama, maka pengadil yang bertugas boleh membatalkan perlawanan tersebut dan memberikan kemenangan percuma kepada peserta yang berada di atas pentas.

10. HADIAH a. Berbentuk wang tunai bagi setiap kategori. b. Nilai hadiah adalah mengikut ketetapan seperti berikut: Johan Naib Johan : RM 1,000.00 & Sijil : RM 700.00 & Sijil

11. PROTES DAN BANTAHAN a. Keputusan pengadil / juri adalah muktamad b. Sebarang bantahan hanya boleh dibuat dalam tempoh 10 minit selepas keputusan diumumkan. Sekiranya tiada bantahan dibuat selepas tempoh tersebut, sebarang bantahan selepas itu tidak akan dilayan. c. Bantahan perlu diserahkan kepada ketua pengadil yang bertugas ketika itu. Dalam masa yang singkat pengadil akan mengkaji semula bantahan tersebut. d. Sebarang permohonan bantahan mengenai keputusan perlawanan mestilah selaras dengan tatacara aduan yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Ia mestilah berbentuk laporan bertulis yang ditandatangani oleh pegawai pasukan yang berkenaan atau peserta. e. Setiap bantahan mestilah disertakan dengan bayaran deposit sebanyak RM 500.00 sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. f. Bagi bantahan yang ditolak, wang RM 500.00 tersebut tidak akan dikembalikan manakala bagi bantahan yang diterima, wang akan dipulangkan kepada pengadu dan tindakan susulan akan diambil dengan serta merta.

12. PERHATIAN a. b. Semua syarat-syarat dan peraturan adalah tertakluk pada pindaan mengikut keadaan semasa. Tarikh pertandingan ini boleh diubah sekiranya berlaku bencana alam atau perkara-perkara di luar jangkaan. c. Semua pengurus pasukan diwajibkan mengikuti mesyuarat pengurus.

Anda mungkin juga menyukai