Anda di halaman 1dari 1

Latih Tubi Kata Tugas LATIHAN KATA HUBUNG/PENYAMBUNG AYAT

1) Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti ................ dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar. a) dan b) lantas c) manakala d) bagaimanapun 2) Pameran pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya .......... mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk. a) jika b) hingga c) ketika d) sementara 3) Mora masih belum pulang ...... hari sudah lewat senja. a) walau bagaimanapun b) meskipun c) setelah pun d) jikalaupun 4) Perkhimatan pergigian telah lama wujud di sekolah ................... ada segelintir ibu bapa tidak membenarkan anak mereka diberi rawatan. a) jadi b) oleh itu c) dengan demikian d) walau bagaimanapun 5) Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang salah. a) Nenek ke pasar membeli ikan dan kerang b) Awak hendak beli baju ini atau baju itu? c) Ibu berbual-bual selagi ayah membuat kerjanya d) Emak terkejut apabila mendengar cerita dari saya Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai. 1.Dia bersiap-siap lebih awal ________________ tidak lewat tiba di sekolah. 2.Encik Raihan memandu keretanya setiap hari ______________________ pejabatnya hanya dua meter dari rumahnya. 3.Jalil didenda oleh pengetua __________________ berkelahi dengan Osman. 4.Askar itu telah dinaikkan pangkat ____________________ berani menentang musuh. 5.Bolehkah saya meminjam buku anda ________________ anda tidak keberatan ? 6. _____________________ ayahnya telah meninggal dunia lima tahun lalu, Azman masih terbayang-bayang akan wajahnya. 7. _________________ anda hendak berjaya dalam peperiksaan, ulang kajilah pelajaran anda setiap hari. 8. Penyanyi kesayangan ramai itu ditahan pihak polis _____________________ disyaki mengedar dadah. 9. Dia tetap merayu minta dikasihani __________________________ dia tahu usahanya itu sia-sia belaka. 10. Mereka akan meneruskan projek itu seperti yang telah dirancangkan _____________________ belum diluluskan pihak pengurusan.

Anda mungkin juga menyukai