Anda di halaman 1dari 5

AURA BIOENERGI SPIRITUAL

Oleh:Dr.Muhammad Keegan Anderson PhD

www.pusrafmalaysia.com pusraf@gmail.com

Pendahuluan
Bismillahir rohmanir rohiim, Tahniah! Anda diterima sebagai peserta dan pelajar baru AURA BIOENERGI SPIRITUAL. Sila baca dengan teliti sebelum memulakan. Kongsikan pertanyaan dan pengamalan di page RAHSIA KEAJAIBAN AURA DIRI untuk manfaat bersama ahli yang lain.Anda boleh merujuk saya secara langsung melalui laman yang disediakan, bimbingan berterusan/sampai bilabila memerlukan bimbingan. Sekiranya belum menyertai daftar akaun facebook dan sila klik link ini dan LIKE http://www.facebook.com/RahsiaKeajaibanAuraDiri Jagalah ilmu ini sebagai amanah, jagalah disiplin dan adab dalam menuntut ilmu serta adab berguru. Kunci kejayaan dalam belajar ilmu IKHLAS, YAKIN DAN SABAR. Sekiranya inginkan energi dan AURA yg lebih mantap, disaran mengikuti KURSUS TENAGA DALAM ILAHI http://www.pusrafmalaysia.com/p/kursus-tendai.html Sekian, wassalam. Dr.Muhammad Keegan Anderson. www.pusrafmalaysia.com

PENGENALAN
AURA adalah pancaran cahaya,gelombang atau medan magnet tubuh, ia terhasil daripada getaran tenaga yang terjana di dalam tubuh. (Setiap objek atau benda di alam semesta ini ada AURA, selagi mana ia wujud di alam nyata.) Boleh dikatakan perumpamaan sebiji mentol lampu yang menyala. Energi tenaga dalam adalah seumpama elektrik yang ada di dalam, cahaya yang terpancar adalah AURA. Kekuatan pancaran dan keluasan MEDAN MAGNET TUBUH adalah bergantung kepada kekuatan energy dalaman. Apabila energy dalaman diaktifkan melalui suatu senaman dan meditasi khusus dengan aturan tertentu maka ia akan terjana dengan aktif, daya yang sebenar di dalam diri manusia dibangkitkan. Ia adalah kurnian Allah. Setiap manusia memilikinya , samada aktif atau tidak sahaja. Apabila ia diaktifkan maka pelbagai manfaat pada diri akan diraih dan pelbagai fungsi yang boleh diterokai. Selamat belajar dan alami sendiri suatu pengalaman baru bagi yang pertama kali melakukan pengaktifan. BAGI YANG PERNAH belajar mana-mana ilmu metafizik berkaitan energy dan AURA maka pengaktifan ini insyaAllah akan menguatkan lagi tenaga dan AURA DIRI anda. Semoga Berjaya, bermanfaat untuk semua dan diterima sebagai amal soleh kita. Amin.

PENGIJAZAHAN DAN PENGAKTIFAN

AURA BIOENERGI SPIRITUAL


SALAM, TAHNIAH!! Anda memilih untuk menjadi insan yang positif dan inginkan perubahan yang baik di dalam hidup anda. Dengan ini saya mengijazahkan ILMU AURA BIOENERGI SPIRITUAL ini kepada anda yang menerima panduan ini secara langsung. Setelah anda menerima attunement atau penyelarasan ini anda dibenarkan untuk merujuk pengijazah untuk bimbingan berterusan. Sekitar selepas jam 10.30malam lakukan kaedah seperti di bawah. Pakaian bersih dan suci. Cari tempat tiada sebarang gangguan dan cahaya yang tidak terlalu terang. Kaedah penerimaan penyelarasan untuk pengaktifan AURA BIOENERGI SPIRITUAL: 1. Sediakan air kosong segelas. 2. Minum separuh gelas air. (air bertujuan untuk melancarkan energi tubuh anda, agar AURA anda aktif dengan baik). 3. Letakkan di hadapan anda. 4. Duduk rileks, santai. Boleh duduk di atas kerusi supaya badan dan kaki tidak berasa lenguh. 5. Letakkan tapak tangan menelentang atau menadah di atas paha. 6. Pejamkan mata. Nafas tenang saja. 7. Bacakan ayat afirmasi di bawah: 8. Baca Bismillahir rohmaanir rohiim 3x dan YAA FATTAHU 10X (WAHAI YANG MAHA MEMBUKA) bagi yg muslim. Hayati dan resapi maknanya ke dalam hati. 9. Bagi yang bukan Islam mulakan dengan apa saja doa yg sesuai. 10. Kemudian baca: 11. Dengan kekuasaan dan kehendakMu Yaa Allah, saya menerima pengijazahan,penyelarasan dan pembukaan AURA BIOENERGI SPIRITUAL secara sempurna daripada Muhammad Keegan Anderson Abdullah untuk membangkitkan AURA POSITIF ZAHIR dan BATIN, maka terjadilah,terjadilah,terjadilah dengan izin Allah s.w.t, Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.

12. Kemudian terus duduk tenang, pejamkan mata, gosok kedua belah tapak tangan anda dalam kiraan 20 detik. 13. Kemudian letakkan kembali kedua-dua belah telapak tangan anda menadah di atas paha anda. 14. Terus tenang, sambil zikirkan Allahuakbar dengan perlahan dan lembut dari mulut dan dari hati berulangulang selama 15 minit. 15. Sambil berzikir bayangkan cahaya putig berkilauan dari bawah pusat naik ke perut, kemudian naik ke ulu hati, kemudian naik ke dada, kemudian naik ke dahi dan naik tembus ke atas ubun-ubun..lakukan pembayangan cahaya putih tersebut sebanyak 3 kalisambil teruskan zikir. 16. Selama masa tersebut rasakan getaran atau semut di bahagian telapak tangan anda. Sekiranya ada sebarang pergerakan tangan atau badan, ikuti sahaja. Jangan ditahan. Ia adalah proses perlepasan energy negative dari dalam diri. 17. Resapkan kebesaran Allah di dalam hati. Rasakan getaran energi di dalam hati ketika melakukan zikir. 18. Setelah selesai 15 minit. Gosok kedua belah telapak tangan dan sapukan ke muka. Ucapkan Alhamdulillahi robbilalamin. 19. Minum air separuh gelas yang masih tinggal. 20. TAMAT proses penerimaan pembukaan AURA. 21. Lakukan setiap malam antara jam 10.30malam ke atas selama 7 HARI, 22. Setelah selesai 7 hari..LAKUKAN 7 HARI BERIKUTNYA.dan 7 hari berikutnya yg ketiga. 23. Total 21 hari. Sekiranya anda tidak mampu utk melakukan pengaktifan 21 hari berturut-turut, selepas 7 HARI anda boleh rehat 2-3 hari kemudian mulakan 7 HARI BERIIKUTNYA. PENGAKTIFAN AURA ini akan membuang energy-energi negatif pada diri anda, membangkitkan energy positif dari dalam diri anda sendiri. Kemudian memancarkan gelombang AURA ANDA. Rasakan perubahan selepas 21 hari. Selamat Maju Jaya. Semoga Sukses. Amin.

PERINGATAN PENTING: Meditasi pengaktifan AURA BIOENERGI SPIRITUAL ini hendaklah dilakukan dengan santai dan tenang, tidak perlu fokus atau stress. Anda boleh mainkan muzik lembut, instrumental perlahan selama meditasi. Contohnya muzik 5minit 3kali ulangan maka tamat 15 minit. Ia akan lebih menambahkan rasa rileks dan santai anda, menghilangkan rasa bosan anda. Pengaktifan juga akan bertambah pantas. ILMU INI BUKANLAH SUATU AJARAN BARU ATAU AJARAN MANA-MANA AGAMA. IA ADALAH BAHAGIAN BIDANG ILMU METAFIZIK, KAEDAH PERLEPASAN ENERGI NEGATIF SEPERTI EMOSI NEGATIF TERPENDAM DAN FIKIRAN NEGATIF YANG MENGHALANG DIRI MANUSIA DARIPADA BERTINDAK SECARA RASIONAL DAN BENAR. Adapun amalan zikir yang ada adalah sebagai pengisian agar diri setiap insan tidak lalai dalam apa jua keadaan sekalipun serta membangkitkan kekuatan energi dan aura yang sejati pada diri, energi semulajadi kurniaan Dia Yang Pemberi Kurnia. KESEDARAN DIRI (SELF AWARENESS) BANGKIT MENGATASI SEGALA RASA KEBIMBANGAN DI DALAM HIDUP. AGAR DIRI SEDAR AKAN SIAPA DIRINYA, SEDAR AKAN MAKNA DAN TUJUAN HIDUPNYA. DILARANG KERAS UNTUK DIKONGSIKAN DENGAN INDIVIDU YANG TIDAK BERHAK DAN TIDAK DIIJAZAHKAN OLEH PENGIJAZAH. SEBARANG RISIKO ADALAH BUKAN TANGGUNGAN PENGIJAZAH SEKIRANYA AMARAN INI DILANGGAR.

SEKIAN TERIMA KASIH.

Dr.Muhammad Keegan Anderson Abdullah. www.pusrafmalaysia.com

Anda mungkin juga menyukai