Anda di halaman 1dari 61

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Huraian Sukatan Pelajaran

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pusat Perkembangan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
2002
KANDUNGAN

Muka surat

Rukun Negara i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii

Kata Pengantar iii

Pendahuluan iv - vii

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran viii

Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual ix - x

Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Satu 1-6

Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Dua 7 - 14

Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Tiga 15 - 23

Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Empat 24 - 31

Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Lima 32 - 40

Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Enam 41 - 49


Rukun Negara

BAH AWASAN YA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih
erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPAD A TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGAR A
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPAN AN D AN KESUSILAAN

i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

ii
KATA PENGANTAR
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat murid khususnya dalam kegiatan pemikiran,
mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf penerokaan, penyataan idea, ekspresi diri dan
dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. penghasilan.
Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat menyediakan peluang Dalam pembinaan bahan kurikulum ini, banyak pihak
pendidikan berterusan yang memperkembangkan telah memberi sumbangan terutamanya guru-guru,
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu pensyarah-pensyarah maktab dan universiti serta
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan.
Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi
Malaysia yang mampu menghadapi cabaran pendidikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.
masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang
pesat.

Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan


Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
mengandungi pelbagai aktiviti untuk melahirkan insan
yang harmonis, kreatif dan menghargai keindahan alam
dan warisan bangsa. Adalah diharapkan dengan Dr. Sharifah Maimunah bt. Syed Zin
Pengarah
adanya Huraian Sukatan Pelajaran ini, para guru akan
Pusat Perkembangan Kurikulum
dapat memainkan peranan memperkembangkan potensi Kementerian Pendidikan Mala ysia

iii
membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali

PENDAHULUAN cita rasanya sendiri.

MATLAMAT
Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan
Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah

kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni rendah adalah untuk melahirkan insan yang har monis, kritis,

Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.

tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni Kandungan kurikulum berupaya membantu murid

sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan w arisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada
keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
murid memupuk minat, memperkembang keperibadian,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain. OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,
sekolah rendah murid boleh:
ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan
peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif,
penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual
kritis, kreatif dan meyeronokkan
akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui
diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid
pancaindera

iv
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai a. Pemerhatian secara aktif
v
kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran
teratur, cermat dan selamat pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan
dan bertanggungjaw ab deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu
tanah air perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan
penghasilan seni visual pemerhatian ini.
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai
aktiviti kesenggangan yang berfaedah Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam
dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan
TUMPUAN PENDIDIKAN SENI VISUAL murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan- kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan
idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan
Tumpuan utama Pendidikan Seni Visual merangkumi empat
persepsi dan pemikiran abstrak.
aspek utama yang dipentingkan iaitu:

b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat da n


a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kr itis dan kreatif dengan alat dan bahan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
Per ingkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian,
percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan karangan dan puisi.
menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas sumbangan mereka.
seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan
serta teknik-teknik mudah. d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan
Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat
interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual
yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan
memberi peluang kepada murid belajar secara tidak menghargai segala aspek yang w ujud dalam persekitaran dan
langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang kehidupan mereka. Ini ter masuklah memelihara dan
mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan memulihara alam sekitar, nilai patriotis me, nilai kebersihan
datang. dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat
pertimbangan yang sew ajarnya bila berdepan dengan semua
c. Apresiasi seni visual secara mudah keadaan.

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid


HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya
dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan
Huraian Sukatan Pelajaran merupakan dokumen sokongan
fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan
bagi Sukatan Pelajaran yang mengandungi perincian
menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil
kurikulum dari tahun 1 hingga 6. Buku ini juga mengandungi
kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam
objektif pembelajaran bagi setiap tahun. Tujuannya ialah

vi
untuk memudahkan guru merancang pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan.
Per incian kurikulum untuk setiap tahun dipersembahkan Penjelasan tentang aras adalah seperti berikut:
vii
mengikut tiga lajur iaitu Bidang, Hasil Pembelajaran dan
Cadangan Aktiviti Pembelajaran.
Aras
Lajur Bidang menampakkan salah satu daripada empat
bidang dalam Pendidikan Seni Visual KBSR. Aras 1 Pemahaman yang jelas tentang konsep dan
fungsi. Aras ini harus dicapai oleh semua
Di dalam lajur Hasil Pembelajaran dimuatkan skop murid.
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Di samping itu,
pencapaian yang boleh dikuasai oleh murid mengikut Aras 2 Penggunaan alat, bahan dan teknik yang sesuai
kebolehan mereka diperinci mengikut aras. untuk penghasilan bahan

Lajur Cadangan Aktiviti Pem belajaran pula memaparkan Aras 3 Aktiviti di aras ini menitikberatkan peningkatan
beberapa aktiviti yang sesuai yang boleh dijalankan di dalam penghasilan bahan yang berkualiti serta bersifat
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual kreatif.
mengikut bidang tertentu. Guru boleh memilih tajuk yang
sesuai dengan kebolehan murid masing- masing.
STRATEGI PENGAJARAN DAN penerokaan amatlah digalakkan sama ada secara manual
atau berbantukan komputer. Pembelajaran boleh dirangsang
PEMBELAJARAN
dengan kegiatan yang menyeronokkan seperti lisan, simulasi,
lakonan, muzik, nyanyian, karangan, puisi, law atan dan
Pendidikan Seni Visual menyarankan penggunaan strategi
kegiatan ini juga boleh dilakukan secara bersepadu.
pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dengan mata
pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Penggunaan
Proses penghasilan karya dan peningkatan pembelajaran
strategi yang sesuai dengan isi kandungan pengajaran adalah
yang berterusan perlu diberi penekanan dan penilaian. Hasil
digalakkan bagi memupuk minat murid.
kerja murid hendaklah dipamer kan sebagai penghargaan.
Pengenalan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti
Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman
Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan,
pembelajaran dan hasil kerjanya sendiri. Amalan ini akan
Pembelajaran Kontekstual, Konstruktivis me, Pembelajaran
melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap
Akses Kendiri, Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT),
pembelajarannya untuk faedah sendiri. Rekod ini juga akan
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Belajar Cara
membolehkan guru membantu dan menilai per kembangan
Belajar, dan Pembelajaran Masteri adalah selaras dengan visi
pembelajaran murid.
dan misi Pendidikan yang berhasrat untuk menyempurnakan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pemilihan dan penentuan aktiviti seni visual hendaklah yang


terdekat dengan murid dari segi pengalaman, imaginasi, alat
dan bahan. Sesuatu projek yang diperkenalkan perlu selaras
dengan kesediaan, kemampuan, kebolehan, penumpuan,
pengalaman dan pemerhatian murid. Kegiatan yang menarik
minat seperti kegiatan yang mencetus idea melalui aktiviti

viii
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh
dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru
VISUAL
bertanggungjaw ab sepenuhnya untuk melaksanakan
penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti
Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bukan hanya
perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya.
melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian
Selain daripada itu, guru juga harus merekod pencapaian
secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan
murid, menganalisa markah tersebut serta membuat laporan
membolehkan murid mengabungkan kefahaman mereka
untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian
kepada aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Secara tidak
dalam Pendidikan Seni Visual bersifat adil kerana cara,
langsung, ia menitikberatkan fokus kepada perbuatan murid
bentuk dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri
yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid
murid. Mur id dinilai dari segi apa yang mereka tahu, cara
yang mampu membuat keputusan.
mereka berfikir dan kemampuan psikomotor mereka.

Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur


Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni
melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang
Visual secara khususnya, iaitu pemerhatian, lisan dan
dilaksanakan di peringkat sekolah. Penilaian Pendidikan
interaksi, dan penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan
Seni Visual KBSR mempunyai em pat unsur iaitu penilaian
pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja.
berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian
Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid
yang mempunyai akauntabiliti dan penilaian yang adil.
membuat kerja adalah dikenali sebagai pemerhatian proses
Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan
berguna kerana guru dapat menilai penguasan kemahiran
dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat
amali dan per kembangan bakat murid. Selain daripada itu,
penilaian dan pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel
guru juga dapat menilai penguasan kemahiran sosial,
menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan
amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan
sekolah serta ciri mur id itu sendiri dari segi gaya
perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat di kesan melalui
ix
pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid
yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat
kriteria-kriter ia tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian.
Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan,
interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan
kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja.

Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai


penguasan mur id terhadap aspek seni melalui aktiviti yang
dijalankan seperti soal jaw ab, kuiz, perbincangan,
sumbangsaran, puisi, temubual, bercerita, lakonan dan
nyanyian.

Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian


pensil dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara
formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk
objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan
selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk/tema
Pendidikan Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara
penulisan.

x
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 1

Objektif:

Pada akhir Tahun Satu murid dapat:

1. Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang dipelajari.

2. Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan.

3. Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai.

4. Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif.

5. Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan dan kraf.

6. Mengambil bahagian dalam kegiatan Seni Visual dengan perasaan gembira.

7. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti beker jasama, berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan dan mengutamakan
keselamatan.

8. Mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan.

1
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 1

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

1. Menggambar Asas menggambar a. Memerhati kesan garisan yang terdapat di persekitaran seperti kesan
laluan anai-anai, siput, ketam, laluan air, kesan tayar dan tapak kasut di
Aras 1 atas permukaan tanah atau pasir dari segi sifat dan jenis garisan seperti
i. Menyatakan secara lisan tebal, nipis, dalam, cetek, putus-putus, lurus, dan bengkang-bengkok.
pengalaman pembelajaran b. lakaran
yang diperhatikan di c. gurisan
persekitaran. d. gosokan
ii. Melakar secara spontan e. garisan
untuk menghasilkan imej f. tekapan atau surihan
melalui garisan dan rupa g. kolaj
secara tidak terancang.

Aras 2
i. Menggunakan bahan kutipan variasi garisan
lukisan kr ayon
untuk menggambar secara
mudah.

Aras 3
i. Menggunakan bahan
kutipan untuk menggambar
secara:
a. menekap
b. memotong
c. menampal
d. mencantum
e. menyusun gambar
ii. Menyatakan secara lisan kolaj kesan gosokan
garisan secara rawak
tentang hasil kerja sendiri.
iii. Mengumpul hasil kerja.

2
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 1

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

2. Membuat Corak Membuat corak Cadangan teknik seperti:


dan Rekaan
Aras 1 a. capan
i. Memahami konsep motif. b. lipatan dan guntingan
ii. Menghasilkan motif secara c. gosokan
gurisan dan garisan dengan d. tekapan
spontan. e. kolaj
f. gurisan
Aras 2 g. titisan
i. Menghasilkan corak dengan h. lakaran capan
lakaran
pelbagai cara seperti: i. cetakan
a. memotong
b. melipat
c. menggunting
d. menampal
e. menekap
f. mencarik atau mengoyak
g. menyusun

Aras 3 tekapa n
i. Menghasilkan motif titisan
berdasarkan sumber yang
boleh didapati di
persekitaran.
ii. Menghasilkan gubahan
corak mudah daripada motif
yang dihasilkan.
iii. Mengumpul hasil kerja.
golekan kes an gurisan

3
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 1

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

3. Membentuk dan Asas membentuk dan membuat Cadangan teknik seperti:


Membuat Binaan binaan.
a. binaan mudah
Aras 1 b. hiasan diri (ornament)
i. Mengetahui dan bermain c. topeng mata
dengan bahan yang mudah d. origami mudah topeng mata
dibentuk seperti:
a. tanah liat Cadangan bahan seperti:
b. plastisin
a. botol plastik
Aras 2 b. tin
i. Menghasilkan bentuk c. kotak
mudah dengan: d. kadbod
a. melipat e. gabus / tudung botol
b. menggunting f. klip kertas
c. mencantum g. plastisin hiasan kep ala
h. tanah liat
Aras 3 i. kertas warna
i. Menggunakan bahan
kutipan yang sesuai untuk
menghasilkan binaan mudah
yang kreatif.
ii. Menyata dan
memperagakan hasil kerja
sendiri.
origami
iii. Mengumpul hasil kerja.
hiasan diri

4
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 1

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

4. Mengenal Kraf Pengenalan kepada kraf Cadangan teknik seperti:


Tradisional tradisional
a. anyaman
Aras 1 b. mewarna wau
i. Mengetahui nama kraf c. tembikar
tradisional. d. gasing mudah
e. resis
Aras 2
i. Mengenal pelbagai bahan Cadangan bahan gantian seperti:
gantian serta sifatnya dalam
proses membuat kraf mudah. a. kertas warna
ii. Memilih bahan yang sesuai b. kad manila
untuk penghasilan kraf c. kotak
secara: d. majalah wau burung
e. plastisin
a. mewarna
b. memotong
c. menganyam
d. membuat imbangan
e. menghias bahan lembut
secara gurisan dan
tekanan.
f. membentuk bahan lembut
dengan picitan

tembikar
an yam an

5
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 1

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3
i. Menghasilkan kraf mudah
dengan menggunakan
pelbagai teknik secara kreatif.
ii. Menyata dan memperagakan
hasil kerja sendiri. tutup botol

buah pinang

contoh gasing mudah

6
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 2

Objektif:

Pada akhir Tahun Dua murid dapat:

1. Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang dipelajari.

2. Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan benda, alat, dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan.

3. Menghayati benda yang dilihat, disentuh, dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai.

4. Menggunakan bahan asas dan bahan gantian dalam kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan, dan kraf.

5. Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif.

6. Menggunakan beberapa teknik dan proses menghasilkan kerja Seni Visual melalui penerokaan terhadap bahan alam
dan bahan kutipan.
7. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti beker jasama, berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan
keselamatan.

8. Meningkatkan minat, daya kreativiti, dan imaginasi dalam kegiatan Seni Visual.

7
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 2

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

1. Menggambar Menggambar Cadangan teknik seperti:

Aras 1 a. stensilan
i. Mengetahui dan b. kolaj
mengenalpasti alat, bahan, c. gurisan
dan teknik dalam asas d. lukisan
menggambar berdasarkan e. gosokan
beberapa eksperimen. f. capan
ii. Menyedari wujudnya rupa g. catan stensilan
asas geometri di h. resis
persekitaran. i. cetakan

Aras 2
i. Menghasilkan gambar
dengan memanipulasi bahan
yang berasaskan air,
minyak, dan bahan kering.

Aras 3
i. Menghasilkan gambar
dengan menggunakan
pelbagai bahan serta teknik
setelah membuat
pemerhatian. kes an gosokan lukisan
ii. Menyata dan mempamerkan kol aj
hasil kerja sendiri.
iii. Mengumpul hasil kerja.

8
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 2

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

gurisan

resis catan

9
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 2

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

2. Membuat Corak Membuat corak dan rekaan. Cadangan teknik seperti:


dan Rekaan
Aras 1 a. garisan dan gurisan
i. Menggunakan pelbagai b. resis
jenis garisan untuk c. lukisan
menghasilkan corak secara d. capan
terancang. e. golekan
ii. Mengenali dan melukis f. kolaj
corak dengan
menggunakan motif rupa g. stensilan
organik dan geometri. h. lipatan dan guntingan
i. cetakan
Aras 2
i. Mencorak dengan lipatan dan guntingan
menggunakan pelbagai alat,
bahan, dan teknik.

Aras 3
i. Mengolah bahan alam dan
kutipan yang boleh dijadikan
motif dalam penghasilan
corak secara kreatif.
ii. Menyata dan mempamerkan
hasil kerja sendiri.
iii. Mengumpul hasil kerja. cetakan
garisan

10
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 2

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

3. Membentuk dan Membentuk dan membuat a. hiasan diri (ornament)


Membuat Binaan binaan dengan menggunakan b. boneka mudah
pelbagai bahan. c. model
d. bekas
Aras 1 e. lipatan kertas (origami)
i. Mengenali dan f. topeng muka
membezakan bentuk
organik dan geometri. Cadangan bahan seperti:
ii. Memilih bahan yang model
se suai untuk a. kad manila kender aan
menghasilkan binaan b. kotak
mudah. c. manik
d. kulit telur
Aras 2 e. bola ping pong
i. Menggunakan bahan f. kertas warna
kutipan dan objek alam g. kapas
yang sesuai untuk h. batang ais krim
membentuk dan membuat
binaan berdasarkan
kemahiran:
a. memotong
b. mencantum
c. menampal
d. menghias
e. menyusun
hiasan diri

11
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 2

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3
i. Menghasilkan binaan yang
berfungsi berdasarkan
pemerhatian dengan
menggunakan pelbagai
alat , bahan, dan teknik
secara kreatif.
ii. Membuat pameran dan
persembahan hasil kerja.
iii. Mengumpul hasil kerja.

bekas
lipatan

12
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 2

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

4. Mengenal Kraf Pengenalan kepada beberapa a. batik


Tradisional motif dalam penghasilan kraf b. wau
tradisional. c. gasing
d. hiasan diri (ornament)
Aras 1 e. tembikar
i. Mengenal motif kraf f. anyaman/kelarai
tradisional yang sesuai. g. portfolio mudah
ii. Mengenal dan meneroka
bahan asas dan bahan Cadangan bahan seperti:
gantian serta sifatnya untuk wau bulan
menghasilkan kraf. a. kertas
b. kad manila
Aras 2 c. krayon
i. Menggunakan bahan asas d. lidi
dan bahan gantian untuk e. plastisin
menghasilkan kraf mudah. f. kertas warna
g. warna air
h. kertas majalah

batik

13
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 2

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3
i. Menghasilkan kraf
tradisional mudah dengan
hiasan bermotifkan flora
atau fauna secara kreatif.
ii. Membuat pernyataan
tentang hasil kerja sendiri.
iii. Mengumpul hasil kerja.

tembi kar anyaman

14
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 3

Objektif:

Pada akhir Tahun Tiga murid dapat:

1. Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang dipelajari.

2. Memilih, memadan, menyusun, dan memanipulasi bahan secara kreatif.

3. Meneroka pelbagai alat, bahan, dan teknik dalam kegiatan menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk

dan membuat binaan serta kraf tradisional.

4. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan Seni Visual.

5. Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna untuk penghasilan.

6. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti beker jasama, berkeyakinan diri, ketelitian, kekemasan, kebersihan, dan

mengutamakan keselamatan.

7. Menghargai hasil ker ja sendiri dan rakan.

15
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 3

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

1. Menggambar Meneroka beberapa teknik yang a. stensilan


berbeza dalam melukis dan b. montaj
membuat gambar. c. capan
d. catan
Aras 1 e. kolaj
i. Menggambar dengan f. resis
menggunakan pelbagai g. lukisan
bahan dan teknik melalui h. gurisan
penerokaan. i. tekapan
j. cetakan
Aras 2
i. Memilih dan menggunakan
alat, bahan, dan teknik
yang sesuai dalam montaj
penghasilan gambar.

Aras 3
i. Menghasilkan gambar
dengan menggunakan
pelbagai alat, bahan dan
teknik secara kreatif
melalui penerokaan.
ii. Membuat pernyataan
tentang hasil kerja sendiri
dan rakan.

catan
kol aj

16
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 3

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

iii. Membuat dokumentasi


mudah dalam portfolio.

resis

gosokan

17
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 3

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

2. Membuat Corak Meneroka beberapa teknik yang a. cetakan


dan Rekaan berbeza dalam membuat corak b. capan
dan rekaan. c. lipatan dan guntingan
d. tarikan tali
Aras 1 e. gurisan
i. Menggunakan motif f. kolaj
organik dan geometri g. stensilan
untuk menghasilkan corak. h. tekapan
ii. Mengenali warna asas i. catan corak bertindih
serta mengolahnya dalam
penghasilan corak.

Aras 2
i. Menyusun motif untuk
menghasilkan corak.
ii. Menghasilkan kesan corak
dengan menggunakan
pelbagai alat, bahan, dan
teknik.

lipatan dan guntingan


gurisan pada tembi kar

18
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 3

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3
i. Menghasilkan corak dengan
menggunakan pelbagai
alat, bahan, dan teknik yang
se suai dan secara kreatif
melalui penerokaan dengan
menentukan motif.
ii. Membuat pernyataan
tentang hasil kerja sendiri
serta rakan.
iii. Menyediakan dokumentasi
capan
mudah dalam portfolio.

corak berasas kan


geometri

19
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 3

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

3. Membentuk Meneroka beberapa teknik yang a. arca


dan Membuat berbeza dalam membentuk dan b. bekas
Binaan membuat binaan. c. model
d. topeng serkup
Aras 1 e. asemblaj
i. Mengetahui dan meneroka f. alat muzik
kegunaan bahan kutipan g. penindih kertas
dan objek alam.
ii. Menghasilkan binaan Cadangan bahan seperti:
dengan teknik luakan dan
tambahan. a. kotak
b. kad manila
Aras 2 c. penyedut minuman
i. Membentuk dan membuat d. kertas warna asemblaj
binaan dengan e. tin / botol
menggunakan bahan dan f. klip kertas
teknik yang berbeza dalam
penghasilan.

model alat muzi k

20
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 3

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3
i. Menghasilkan binaan dan
menghias dengan
menggunakan pelbagai alat,
bahan dan teknik secara
kreatif.
ii. Membuat pernyataan secara
lisan tentang hasil kerja
sendiri dan rakan.
iii. Membuat dokumentasi
mudah dalam portfolio.

hiasan diri

boneka

topeng

21
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 3

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

4. Mengenal Peningkatan pemahaman tentang a. batik


Kraf Tradisional beberapa motif dan tatacara serta b. wau
disiplin kerja. c. gasing
d. anyaman
Aras 1 e. tembikar
i. Menggunakan bahan f. hiasan diri (ornament)
gantian untuk menghasilkan g. alat pertahanan diri
kraf tradisional melalui
penerokaan. tembikar
ii. Memahami motif flora dan Cadangan bahan gantian seperti:
fauna.
a. kertas
Aras 2 b. plastisin
i. Menghasilkan kraf c. kad manila
tradisional secara mudah d. tutup botol
dengan menggunakan e. klip kertas
bahan asas. f. penyedut minuman
ii. Menguasai kemahiran g. kadbod
motor halus (psikomotor) h. benang
dan tatacara serta disiplin
kerja.

wau ku cing

22
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 3

Bil Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3
i. Meneroka motif, bentuk, dan
corak yang mudah dalam
penghasilan kraf tradisional.
ii. Membuat pernyataan secara
lisan tentang hasil kerja
sendiri dan rakan.
iii. Membuat dokumentasi
mudah dalam portfolio.
anyaman

bati k

23
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 4

Objektif:

Pada akhir Tahun Em pat murid dapat:

1. Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang dipelajari.

2. Mengenal dan menggunakan elemen Asas Seni Reka dalam penghasilan karya secara kreatif.

3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu

hasil kerja.

4. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan Seni Visual.

5. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti beker jasama, berkeyakinan diri, ketelitian, kekemasan, kebersihan dan

mengutamakan keselamatan.

6. Menghargai hasil ker ja sendiri dan rakan.

7. Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk menghasilkan portfolio.

24
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 4

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

1 Menggambar Menggunakan Asas Seni Reka dalam a. lukisan


menggambar berdasarkan tema b. stensilan
imaginasi murid. c. kolaj
d. resis
Aras 1 e. catan
kolaj
i. Mengenali Asas Seni Reka f. mozek
seperti warna, garisan, g. gurisan
bentuk, imbangan dan h. cetakan
penegasan dalam aktiviti i. capan
menggambar. j. lawatan
ii. Mengenali pelukis tempatan k. pemerhatian terhadap alam
dan hasil karya mereka. sekitar

Aras 2
i. Menghasilkan gambar dengan cetakan
menggunakan alat, bahan,
dan teknik yang sesuai serta
mengaplikasikan Asas Seni
Reka.

Aras 3
i. Menghasilkan gambar
berdasarkan tema imaginasi
murid dengan menggunakan
alat dan bahan yang sesuai.
stensilan
mozek

25
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 4

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

ii. Menyatakan secara lisan


tentang hasil kerja sendiri dan
rakan.
iii. Mengumpul dan merekod
maklumat serta pengalaman
menghasilkan portfolio .

resis

gurisan

catan

26
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 4

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

2 Membuat Corak Menggunakan Asas Seni Reka dalam a. capan


dan Rekaan membuat corak dan rekaan. b. cetakan
c. lukisan
Aras 1 d. lipatan dan guntingan
i. Mencorak dengan e. tekapan atau surihan
menggunakan elemen Asas f. ikatan dan celupan
Seni Reka seperti garisan, g. kolaj
rupa, bentuk, warna, jalinan
dan ruang melalui
penerokaan. lipatan

Aras 2
i. Menyusun motif mengikut grid
untuk menghasilkan corak.

Aras 3
i. Menghasilkan corak untuk
dijadikan satu rekaan
berfungsi seperti penanda
buku, pembalut hadiah, kad
ucapan, dan bekas.
ii. Mengumpul dan merekod
maklumat serta pengalaman
untuk menghasilkan portfolio. ko laj ikat dan celup

27
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 4

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

gosokan

lukisan

capan

28
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 4

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

3 Membentuk dan Menggunakan Asas Seni Reka dalam a. arca


Membuat Binaan membentuk dan membuat binaan. b. model
c. bekas
Aras 1 d. mobail
i. Menghasilkan objek 3D mudah e. topeng
dengan menggunakan elemen f. diorama
Asas Seni Reka seperti bentuk g. assemblaj mobail
dan ruang. h. demonstrasi

Aras 2 Cadangan bahan seperti:


i. Mengaplikasi konsep, struktur,
dan imbangan dalam a. kotak
membentuk dan membuat b. kad manila
binaan yang berfungsi. c. botol/tin
d. kertas warna/majalah
Aras 3 e. tali/benang
i. Menghasilkan binaan 3D yang f. dawai
lebih kompleks dengan
mengutamakan kemahiran
seperti memotong,
mencantum, dan mengikat..
ii. Membuat pernyataan secara
lisan tentang hasil kerja sendiri
dan rakan.
iii. Mengumpul dan merekod
maklumat serta pengalaman
pembelajaran untuk model arca
menghasilkan portfolio.

29
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 4

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

binaan

topeng diorama

30
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Tahun 4

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

tenunan
4 Mengenal Kraf Pengenalan kepada penggunaan alat, a. tenunan Seni mani k
Tradisional bahan, teknik, dan proses dalam kraf b. tembikar
tradisional. c. seni tekat
d. seni manik
Aras 1 e. anyaman
i. Menggunakan elemen Asas f. portfolio
Seni Reka, bahan, dan proses g. lawatan
yang sesuai dalam h. demonstrasi
penghasilan kraf mudah.
ii. Mengenali bahan sebenar dan Cadangan bahan seperti:
proses penghasilan kraf
tradisional serta elemen Asas a. plastisin
Seni Reka. a. manik
b. benang
Aras 2 c. kad manila
tekat
i. Mengetahui latar belakang dan d. biji-bijan tembi kar
mengenali ragam hias kraf e. penyedut minuman
tradisional. f. gabus
ii. Menghasilkan kraf mudah.
anyaman

Aras 3
i. Mengaplikasi Asas Seni Reka
dan ragam hias dalam
penghasilan dengan
menggunakan bahan sebenar,
proses dan teknik yang betul.
ii. Mengumpul dan merekod
maklumat serta pengalaman
pembelajaran untuk
menghasilkan portfolio.

31
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 5

Objektif:

Pada akhir Tahun Lim a murid dapat:

1. Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang dipelajari.

2. Meningkatkan pengetahuan serta mengaplikasi elemen Asas Seni Reka dalam penghasilan.

3. Membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dan bantuan komputer dalam penghasilan.

4. Menggabungjalin aktiviti Seni Visual dengan mata pelajaran lain dalam usaha mew ujudkan idea yang kreatif.

5. Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif.

6. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti beker jasama, kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan.

7. Menghargai sumbangan pelukis dan tokoh kraf tempatan.

8. Mengumpul, menyatakan dan merekod pengalaman pembelajaran untuk menghasilkan portfolio.

32
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 5

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

1 Menggambar Menggambar berdasarkan tema a. kolaj


pengalaman dan imaginasi murid b. resis
secara manual dan berbantukan c. catan
komputer. d. mozek
e. gurisan
Aras 1 f. cetakan
i. Mengaplikasi elemen Asas g. capan catan
Seni Reka yang sesuai dalam h. lukisan
menggambar. i. menggunakan perisian komputer seperti Paintbrush, Photoshop dan
ii. Mengetahui dan Microsoft Word
menggunakan bahasa seni j. memerhati dan mengenalpasti kewujudan elemen Asas Seni Reka
visual (istilah) yang mudah dalam alam ciptaan Tuhan
untuk berinteraksi. k. membuat perbandingan dan membincang tentang karya pelukis
tempatan yang dipamerkan
Aras 2 l. membincang hasil kerja murid.
i. Menggambar berdasarkan
idea yang diperolehi dari
pemerhatian dan penerokaan
alat, bahan dan teknik.
ii. Menggunakan komputer
sebagai alat bantu dalam
kegiatan menggambar.

moz ek
gurisan

33
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 5

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3

i. Menggambar dengan
menggunakan gabungan
pelbagai alat, bahan dan
teknik yang lebih kreatif dan
kemas.
ii. Menyatakan secara lisan
tentang hasil kerja sendiri dan
rakan.
iii. Menghargai sumbangan
pelukis tempatan.
iv. Mengumpul dan merakam
maklumat serta pengalaman lukisan pemandangan menggunakan
pembelajaran untuk perisian komputer
menghasilkan portfolio.

cetakan
lukisan

34
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 5

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

2 Membuat Membuat corak dan rekaan a. catan


lipatan dan guntingan
Corak dan berdasarkan imaginasi murid secara b. lukisan
Rekaan manual dan berbantukan komputer. c. kolaj
d. resis
Aras 1 e. menghias objek
i. Menghasilkan motif f. lipatan dan guntingan
berdasarkan penerokaan g. menggunakan perisian komputer seperti
objek alam dan objek buatan Paintbrush, Photoshop dan Microsoft Word
manusia.
ii. Menghasilkan corak dengan
menggunakan motif, bahan
dan teknik tertentu.

Aras 2
i. Mengenal pelbagai jenis grid
untuk membuat corak. catan menghias objek
ii. Menyusun motif mengikut
grid.

Aras 3
i. Menggunakan komputer bagi
membantu menghasilkan
corak.
ii. Menghasilkan gubahan corak
menggunakan garisan grid
yang sesuai.
iii. Membuat pernyataan secara
lisan tentang hasil kerja
sendiri dan rakan.

35
iv. Mengumpul dan merekod
maklumat serta pengalaman
pembelajaran untuk
menghasilkan portfolio.

resis kol aj

mencorak dengan
menggunakan perisian
komputer

36
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 5

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

3 Membentuk Menggunakan Asas Seni Reka dalam a. arca pembungkusan


dan Membuat membentuk dan membuat binaan. b. boneka
Binaan c. asemblaj
Aras 1 d. alat muzik
i. Menghasilkan arca e. hiasan diri
menggunakan pelbagai alat, f. pembungkusan
bahan dan teknik yang g. aplikasi perisian komputer seperti Paintbrush,
inovatif dengan memberi Photoshop dan Microsoft Word
penekanan kepada prinsip h. portfolio
imbangan.
ii. Mengetahui kewujudan Cadangan bahan seperti:
binaan yang berfungsi di
persekitaran. a. kotak/tin/botol
b. buluh/lidi
Aras 2 c. manik
i. Membuat lakaran reka bentuk d. dawai
binaan yang berfungsi
berbantukan komputer.

Aras 3
i. Membentuk dan membuat alat muzi k beg kertas
binaan yang kompleks dan
berfungsi dengan
menggunakan pelbagai
bahan, teknik, stru ktur dan
hiasan.

hiasan diri

37
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 5

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

ii. Menghargai sumbangan arcawan


tanah air.
iii. Mengumpul dan merekod
maklumat serta pengalaman
pembelajaran untuk
menghasilkan portfolio.

boneka
arca

contoh asemblaj
bekas menggunakan perisian
komputer

38
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 5

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

4 Kraf Tadisional Membuat Kraf Tradisional. a. batik


b. ukiran
Aras 1 c. tenunan
i. Mengenali tokoh kraf d. tembikar
tempatan dan menghargai e. anyaman
sumbangan mereka. f. tekat
ii. Mengetahui istilah-istilah g. mengaplikasi perisian komputer seperti tekat
dalam Kraf Tradisional. Paintbrush, Photoshop dan Microsoft Word
iii. Menghasilkan Kraf
Tradisional dengan Cadangan bahan seperti:
menggunakan bahan
sebenar. a. tanah liat
b. lilin
Aras 2 c. reben
i. Mengaplikasi Asas Seni Reka d. kertas warna/majalah
dalam penghasilan kraf e. kain/benang
tradisional. f. mengkuang/pandan
ii. Menggunakan komputer
sebagai alat bantu dalam tenunan
proses penghasilan.

Aras 3
i. Menghasilkan Kraf
Tradisional yang lebih
kompleks dari segi bentuk
dan motif.
ii. Membuat pernyataan tentang
hasil kerja sendiri dan rakan.
ukiran
anyaman

39
iii. Mengumpul dan merekod
maklumat serta pengalaman
pembelajaran untuk
menghasilkan portfolio.

contoh lakaran motif kelarai tampuk


pinang menggunakan perisian komputer

tembi kar bati k

40
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 6

Objektif :

Pada akhir Tahun Enam murid dapat:

1. Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang dipelajari.

2. Menguasai Asas Seni Reka serta menghasilkan hasil kerja Seni Visual yang kreatif dan berfungsi.

3. Meningkatkan pengetahuan Asas Seni Reka serta mengaplikasikannya dalam penghasilan.

4. Meneroka dengan menggunakan perisian komputer dalam proses penghasilan.

5. Mempelbagaikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya Seni Visual.

6. Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsur-unsur budaya tanah air melalui kegiatan Seni Visual.

7. Membuat pernyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan merekod pengalaman
pembelajaran dalam portfolio.

8. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti beker jasama, berkeyakinan diri, ketelitian, kekemasan, kebersihan dan
mengutamakan keselamatan.

41
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 6

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

1 Menggambar Menggambar berdasarkan tema, a. kolaj


pengalaman, imaginasi dan fantasi murid b. catan
secara manual dan berbantukan c. montaj
komputer. d. mozek
e. lukisan
Aras 1 f. cetakan sutera saring
i. Menggambar dengan memberi g. menggunakan perisian komputer seperti Paintbrush, Photoshop dan
penekanan kepada konsep Microsoft Word
perspektif dan kadar banding.
ii. Memilih, meniru, memadan dan
menyusun gambar untuk
menghasilkan satu komposisi.

Aras 2
i. Mencari sumber rujukan sebagai
pencetus idea untuk
menggambar.
ii. Mengaplikasi elemen Asas Seni
Reka dalam kegiatan
menggambar berbantukan
komputer.

cetakan s aring
mozek

42
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 6

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Aras 3
i. Menggambar dengan
menampakkan perspektif dan
kadar banding serta
mempelbagaikan alat, bahan
(media) dan teknik untuk
memberi kesan yang lebih kreatif
dan kemas.
ii. Menyatakan pendapat dan
membuat perbandingan secara
kritis dengan menggunakan
bahasa seni visual.
iii. Menghargai sumbangan pelukis
tempatan. catan menggunakan perisian
iv. Mengumpul dan merekod lukisan komputer
maklumat serta pengalaman
untuk menghasilkan portfolio.

catan kol aj

43
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 6

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

2 Membuat Corak Membuat corak dan rekaan secara a. catan


dan Rekaan manual dan berbantukan komputer b. filiografi
berdasarkan imaginasi murid c. kaligrafi
d. cetakan sutera saring
Aras 1 e. menghias permukaan 2D dan objek 3D
i. Memadankan beberapa jenis f. lipatan dan guntingan
reka corak dan ke sesuaiannya g. portfolio
dalam rekaan. h. menggunakan perisian komputer seperti
ii. Menggunakan bahan, teknik dan Paintbrush, Photoshop dan Microsoft Word. filiografi
corak yang sesuai untuk
menghiasi permukaan 2D dan
objek 3D.

Aras 2
i. Menggunakan beberapa perisian
komputer bagi membantu
menghasilkan corak.
ii. Mengolah motif berdasarkan
lipatan dan guntingan
objek alam dan objek buatan
manusia bagi menghasilkan
corak dan rekaan.

Aras 3
i. Menguasai beberapa kemahiran,
kawalan tatacara dan disiplin
kerja dalam menghasilkan corak
dan rekaan.
ii. Menghasilkan corak dengan
menggunakan garisan grid dan
cetakan s aring
warna yang sesuai
melalui penerokaan.

44
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 6

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

iii. Mengumpul dan merekod


maklumat serta pengalaman
pembelajaran untuk
menghasilkan portfolio.

catan

menghias objek

mencorak dengan komputer

45
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 6

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

3 Membentuk dan Membentuk dan membuat binaan secara a. arca


Membuat manual dan berbantukan komputer. b. model
Binaan berdasarkan imaginasi murid. c. boneka
d. asemblaj
arca
Aras 1 e. alat muzik
i. Menggunakan Asas Seni Reka f. hiasan diri
dalam membentuk dan membuat g. pembungkusan
binaan yang kompleks. h. aplikasi perisian komputer seperti Paintbrush,
ii. Menggunakan komputer sebagai Photoshop dan Microsoft Word
alat bantu dalam proses
merekabentuk. Cadangan bahan seperti:

Aras 2 a. kotak/tin/botol
i. Mengetahui bahasa Seni Visual b. dawai
berkaitan penghasilan hasil c. buluh/lidi
kerja 3D. d. kain/span
ii. Mempertingkat kemahiran e. kulit kerang/kacang
menggunakan alat, bahan dan f. kayu
teknik dalam membentuk dan g. Plaster Of Paris
membuat binaan.

Aras 3
i. Membuat model yang kompleks
dengan menggunakan pelbagai
alat, bahan, teknik, struktur dan
hiasan mengikut tatacara secara
kreatif.
ii. Membuat pernyataan perasaan asemblaj
tentang hasil kerja sendiri dan binaan
rakan secara kritis.

46
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 6

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

iii. Megumpul dan merekod


maklumat serta pengalaman
pembelajaran untuk
menghasilkan portfolio.

contoh hasil komputer


dalam gubahan membentuk mobail

47
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 6

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

4 Mengenal Kraf Membuat kraf tradisional mengikut a. batik


Tradisional tatacara. b. ukiran
c. tenunan
Aras 1 d. peralatan domestik
i. Mengenali dan menghargai e. anyaman
sumbangan tokoh kraf. f. tembikar
ii. Mengetahui istilah dalam Kraf g. kuda kepang
Tradisional. h. lawatan
iii. Mengaplikasi Asas Seni Reka i. demonstrasi
dalam penghasilan Kraf j. aplikasi perisian komputer seperti Paintbrush,
Tradisional. Photoshop dan Microsoft Word bati k

Aras 2 Cadangan bahan seperti:


i. Menggunakan komputer dalam
proses merekabentuk a. buluh
penghasilan Kraf Tradisional. b. lidi
ii. Membuat Kraf Tradisional c. kain
menggunakan bahan sebenar d. pandan
dengan kemas dan mengikut e. mengkuang
tatacara / proses sebenar. f. lilin
g. pewarna batik
Aras 3 h. canting
i. Menghasilkan Kraf Tradisional i. kayu ukiran
dengan menguasai kemahiran j. tanah liat kuda kepang
penggunaan alat, bahan dan k. pisau ukiran
teknik. l. tempurung
ii. Membuat pernyataan tentang
hasil kerja sendiri dan rakan
secara kritis dan kreatif.
anyaman

48
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
TAHUN 6

Bil. Bidang Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran

iii. Mengumpul dan merekod


maklumat serta pengalaman
pembelajaran untuk
menghasilkan portfolio .

tembikar
tenunan
ukiran

contoh rekaan (design) bati k


menggunakan komputer

49