Anda di halaman 1dari 6

Falsafah Pendidikan

Konsep Asas Falsafah Pendidikan


Falsafah Pendidikan Barat
Falsafah Pendidikan Timur
Falsafah Pendidikan Islam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Konsep Asas Falsafah Pendidikan
Sebagai panduan untuk menetapkan matlamat, jenis kurikulum, kaedah-kaedah
pengajaran dan peranan guru di sekolah.
Membahaskan 3 persoalan utama:
1. Metafizik (kewujudan alam dan roh)
2. Epistemologi (ilmu yang sering ditanya)
3. Aksiologi (nilai etika & estetika)
Falsafah Pendidikan Barat
Terbahagai kepada dua bahagian
1. Falsafah Pendidikan Tradisional
- Perennialisme & essensialisme
2. Falsafah Pendidikan Moden
- Progressivisme, rekonstruksionisme & eksistensialisme
Falsafah Pendidikan Timur
Terdiri daripada:
1. Konfusianisme (China)
2. Nasionalisme (India)
Pengasas Konfusianisme, Kung Fu Tze asas kepada sistem pendidikan ialah
prinsip kebenaran dan segala aspek kebaikan.
Ahli falsafah India Rabindranth Tagore (1861-1941)- Pendidikan merujuk kepada
sistem pendidikan yang ideal, nasionalisme.


Falsafah Pendidikan Islam
Menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah pengendalian Al Quran dan
Sunnah yang menjadi teras di dalam pendidikan dan kebudayaan Islam
Dasar pendidikan islam:
1. Tauhid (keesaan Tuhan)
2. Kepercayaan kepada pesuruhNya
3. Kepercayaan kepada wahyu dan nabi
4. Manusia berpotensi dalam perkembangan moral dan kerohanian
5. Kehidupan dunia akhirat
6. Persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua umat Islam
7. Individu bertanggungjawab untuk tindakan sendiri
Falsafah Pendidikan kebangsaan FPK)
Menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha
pendidikan di Malaysia.
Digubal daripada ideologi yang dimanifestasikan dalam laporan dan dasar-
dasar pendidikan termasuk Rukun Negara.
Falsafah Pendidikan kebangsaan adalah seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dam bersepadu
mewujudkan insan yang harmoni seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mukia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kese4jahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmoian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.

Falsafah Pendidikan guru (FPG)
Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat
setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
penting usaha menuju kepada arah kebenaran dan ke aerah pencapaian
hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan
perserongan dan prinsip-prinisp Rukun Negara.
Matlamat FPG
Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya
tahan.
Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang
keguruan.
Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berterusan
Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah
rendah dan menengah di Malaysia.
Model konseptual Pendidikan guru
Aspek kendiri
o Guru perlu memupuk budaya ilmu, pembentukan sahsiah serta daya
ketahanan dalam diri.
Aspek masyarakat
o Guru perlu menyedari bahawa sebagai seorang agen perubahan dia
boleh mendidik dan memimpin anak muridnya.
Aspek ketuhanan
o Guru mesti dapat meningkatkan ilmu murid seta membentuk murid
yang patuh dan tatat kepada agama masing-masing.
Implikasi FPK dan FPG kepada peranan guru sebagai pendidik
Mesti cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik
Peka kepada aspirasi bangsa, masyarakat dan Negara
Menjadi seorang guru yang serba boleh
Mesti mempunyai paras tenaga yang tinggi dan mempunyai stamina untuk
bekerja keras serta tidak mudah putus asa
Peranan guru dalam merealisasikan FPK dan FPG
Ciri-ciri profesion (Lieberman)
Suatu perkhidmatan yang penting dengan matlamat yang eksplisit ke arah
kebajikan masyarakat dan Negara,
Ahli profesional menggunakan daya intelektual untuk menunaikan kewajipan
Ali profesional dilatih secara khas dalam kemahiran profesional berdasarkan
kepada kursus dalam tempoh yang ditetapkan
Ahli dalam sesuatu profesion adalah pakar dalam bidang mereka dan
mempunyai autonomi semasa menjalakan tugas
Ahli profesional lebih mementingkan kualiti perkhidmatan dan dedikasi
daripada keuntungan
Ahli profesional menjadi ahli dalam persatuan yang mempunyai kuasa untuk
mengasal mereka dari segi integriti dan mengambil tindakan ke atas mereka
yang memecahkan amanah.
Ahli profesion mengikut satu set etika profesion
Ahli profesion bertanggungjawab ke atas keputusannya semasa
melaksanakan tugas.
Mempunyai kelayakan akademik dan profesional.
Mempunyai autonomi dalam pengurusan bilik darjah dan kaedah pengajaran.
Ahli dalam persatuan guru.
Menurut kod etika keguruan.
Dianggap sebagai perkhidmatan profesional kepada pelajar, masyarakat dan
Negara.
Dianggap sebagai pakar pendidikan.


Guru sebagai bukan professional
Guru sandaran tidak terlatih
Bukan semua guru jadi ahli persatuan perguruan (NUTP)
Peratuan perguruan tiada kuasa ke atas pengambilan guru
Autonomi guru terhad
Mempunyai kelayakan akademik yang berbeza.
Kod etika profesion perguruan
Tanggungjawab terhadap pelajar
Menjaga kebajikan
Bertindak adil
Maklumat pelajar dirahsiakan
Membimbing pelajar tanpa mengenakan bayaran
Menjadi role model dari segi tingkahlaku
Memajukan diri melalui kursus

Tanggungjawab terhadap ibu bapa
Menghormati kewibawaan ibu bapa ke atas anak meraka
Memberi kerjasama kepada ibu bapa
Maklumat peribadi daripada ibu bapa dirahsiakan
Memberitahu keadaan pelajar kepada ibu bapa
Tidak menyalahhgunakan kuasa
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara
Mengelakkan ajaran yang menentang rukun Negara
Menyemai nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar
Menghormati sekolah dan bertindak sebagai wargenegara yang tercontoh
Memupuk kerjasama dengan semua pihak
Berusaha meningkatkan taraf hidup masyarakat
Mengikut norma tingkah laku yang ditetapkan oleh masyarakat

Tanggungjawab terhadap rakan sekerja dan profesion
Tidak menjatuhkan maruah rakan sekerja di hadapan pelajar
Tidak terlibat dalam aktiviti yang mengganggu keberkesanan
Menjaga imej profesion
Membantu rakan sekerja dan guru permulaan
Mengelak perbuatan yang menjatuhkan nama baik profesion
Menjadi ahli dalam peratuan perguruan
Akauntabiliti guru
Terhadap sekolah
Melaksanakan semua tugasan yang diberi
Terhadap diri sendiri
Menjadi role model
Terhadap Pelajar
Membimbing ke arah perkembangan pelajar secara holistik berlandaskan FPK
pembelajaran seumur hidup
Terhadap profesion guru
Menjaga imej profesion menurut kod etika perguruan
Terhadap masyarakat
Membantu masyarakat melalui pertubuhan sukan, pendidikan dan kebudayaaan

Anda mungkin juga menyukai