Anda di halaman 1dari 2

Bil.

Tuan :
Bil. Kami : SMKNII/P/800/01/01/11
Tarikh
: 2 MEI 2014
YG BHG DATUK ABDUL GHANI BIN DATUK MOHD YASSIN
Ketua UMNO Bahagian P.182 Pensiangan
Keningau.
Melalui,
NG MIN HOO @ MIKE EPING
Pengetua,
SMK Nabawan II,
Peti Surat 30,
89957 Nabawan.
YB Datuk,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN PONDOK ILMU SMK NABAWAN II
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
02. Untuk makluman YB Datuk, di dalam Majlis Agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan
yang lepas, pihak sekolah sebulat suara dan bersetuju untuk membuat permohonan dari YB
Datuk untuk beberapa pembangunan di sekolah kami.
03. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon jasa baik YB Datuk sekiranya dapat
memberi sumbangan pembinaan pondok ilmu murid-murid yang bertujuan untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti-aktiviti
yang memerlukan murid-murid melakukan pergerakan di ruang yang lebih kondusif. Di
samping itu, pembinaan pondok ilmu tersebut adalah bertujuan untuk keselamatan anakanak sekolah yang akan pulang dari sekolah dan menunggu pengangkutan atau ibu bapa
mereka bagi mengelakkan kes-kes yang tidak diingini berlaku.
04.

Bersama ini saya lampirkan salinan kertas kerja tersebut untuk rujukan YB Datuk.

05. Segala sumbangan yang dihulurkan dari YB Datuk


didahuluikan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
"BERSATU MEREALISASIKAN IMPIAN"
Yang menjalankan tugas,

__________________________
(MOHD ALI BIN NASIP)
Penyelaras Program
SMK NABAWAN II
s.k : Fail

amatlah kami hargai dan

Anda mungkin juga menyukai