Anda di halaman 1dari 4

Asas Perbarisan

Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak. Mereka
seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri.
Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat
beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.
Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat.
Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada
kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk
baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam sedia.
Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga
15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar,
buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.
Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan senang diri adalah sama seperti
kedudukan sedia. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jarijari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.
Rehatkan Diri
Kedudukannya sama seperti senang diri. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras
pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu
melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan
hadapan, kecuali penanda keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak

kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat
genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan
dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama,
pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan
kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan
hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus,
hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan pandang
depan, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini
mesti dalam keadaan sedia.
Ke Kanan Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90 ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak
kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Ke Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap
dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90 ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan
di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan
tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.
Ke Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180 ke belakang mengikut arah pusingan
jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia.
Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan
belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan.
Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan
hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua
langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki
kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang
berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam
kedudukan sedia. Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan
bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke
hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan
supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Langkah Ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah
kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar
hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki
kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki
kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri,
Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci.
Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia.
Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat
pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin
dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;

Paras ahli tinggi di kiri; dan


Paras ahli rendah di kiri.
Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya.
Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke
hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman
diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3
langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
HUKUMAN KAWAD
1. Baris, baris sedia
2. Baris, senang diri.
3. Rehatkan diri..
4. Scout.
5. Luruskan barisan,
6. Scout,
7. Buka barisan, Gerak,
8. Ke kanan lurus,
9. 2.Pandang depan.,
10. Bergerak ke kanan, kanan pusing..,
11. Menghadap kehadapan, kiri pusing,
12. Bergerak ke kiri, kiri pusing,
13. Menghadap kehadapan, kanan pusing,
14. Menghadap kebelakang, belakang pusing,
15. Menghadap ke hadapan, belakang pusing,
16. Dua langkah ke kiri, Gerak,
17. Tutup barisan, Gerak,

18. Keluar.Baris.

Anda mungkin juga menyukai